Sunday, July 29, 2012

update:kereja

assalamualaikum...

rasanya dah lama tak update pasal kerja... sibuk sikit.. first sekali alhamdulillah dah jadi permanent staff kat situ bulan 6 ari tu.. dan ada sedikit increment gaji.alhamdulillah rezeki Allah.. jadi fokus utama sekarang berusaha sungguh2 ,kerja dengan ikhlas.......tak terpikir untuk bertukar kerja dalam tempoh terdekat ni..


cuma dikejutkan dengan ewilly yang tiba-tiba nak berenti kerja.. pagi selasa lepas la, tengah2 duduk buat kerja tiba-tiba dia datang cakap dia dah tender resignation semalam, tapi kene tolak dengan bos.. bos mintak tangguhkan dulu.. reason dia nak berenti sebab bukan dapat better job ke apa.. tapi sebab dia nak kejar impian dia.....erm....susah nak terima....tapi kesian pulak bila dia cakap umur dia dah 3+, x kahwin lagi, xade anak, x ade suami..ada peluang untuk dia capai impian dia, dia just grab the oppurtunity.. nampak dia sangat bertekad kali ni, sebelum dia kerja kat situ pown, dia dah pikir nak buat apa yang dia suka tapi cuma tak ada courage untuk buat...sekarang dia dah bersedia katanya....


oklah...aku boleh terima kemudiannya...tapi sedih pulak, mata dah mula berair bila dia tegur muka aku smacam je....mane taknya dia tu umpama cikgu pertama yang paling baik aku jumpa time kerja ni. baru jer keje 6 bulan dengan dia,dia dah nak tinggalkan aku..dia banyak tolong, susah payah pasal aku.. ada lah 2-3 peristiwa yang beri kesan mndalam kat aku..atas pertolongan dia dapat settelekan... dia lebih dari kawan sekerja sahaja bagi aku.. rasa macam kakak pown ada sebab dia banyak bagi nasihat2 berguna untuk kerja, kesihatan dan kehidupan..... rasa sayang jugak sebenarnya kat dia...huhu........


jadinya nanti tinggal aku dengan ms Ang...terkapai2 la kitorang berdua sebab dah hilang tempat berpegang yang kukuh... Ms Ang ok cuma kekadang dia blur, selalu lupa2, kelam kabut sikit... kalau nak handle apa yang Ewilly buat dia sendiri kata dia x mampu... Eddy ada offer kat dia jawatan ewilly tapi dia tolak... dia jenis taknak serabutkan kepala dia, kene g meeting bagai...first person yang akan deal dengan sape2 kalau ade important thing...besar sbnarnya tanggungjawab ewilly.. eddy pulak jenis yang lepaskan anak buah dia.. jenis tak kisah... dengar2 crita diorang nak hire orang baru.. tapi kitorang berdua yang kene ajar orang baru tu mungkin.... 


jadi hari jumaat ari tu ewilly dah pesan dan bagi nasihat panjang kat kitorang berdua... start isnin ni nanti dia akan ajar kitorang mana2 yang  x tahu personally... banyaknya kene belajar.. lebih2 lagi bila nak merge dengan rhb nanti..memang banyak la kerja kitorang, tak dapat bayangkan...Ms Ang pown bulan 12 nanti nak cuti kawin 2 mnggu...huhu...stress agaknya nanti aku..harap2 la orang baru nanti baik dan berkebolehan macam ewilly...


ramadhan: puasa tapi tak bersolat

assalamualaikum....

puasa tak semua ari ni?...alhamdulillah.. dah solat belum?...haaa yang mana dah solat alhamdulillah, yang mane belum bersolat, bersegeralah menunaikan kewajipan kita... 

apa rasanya hukum puasa tapi tak bersolat?... .. puasa dengan solat dua2 termasuk dalam rukum islam.. kalau tinggalkan salah satunya maknanya bukan islam la jawabnya.. dikira sebagai kafir.. orang kafir pulak mana dikira ibadatnya.. jadinya puasa yang dilakukannya bersifat sia-sia.. hanya dapat lapar dan dahaga sahaja... lagipun islam agama menyeluruh. mana boleh ambik separuh-separuh kan... 

solat tinggal puasa buat..macam pakai baju, x pakai seluar... macammane tu??... lagi2 pulak solat itu lebih penting sebenarnya dari kewajipan berpuasa.. jadi rasanya sebelum belajar berpuasa baik belajar solat dulu.. tiang asas perlu ditegakkan dulu, baru boleh bina banggunan yang kukuh.. kalau dapat belajar seiring lagi bagus...

marilah kita semua jaga solat kita, berpuasa dan tingkatkan amalan kita sempena bulan ramadhan kali ni.. insyaAllah..

Thursday, July 26, 2012

ramadhan: apa yang best mengenai ramadhan??

Assalamualaikum dan selamat berpuasa..


Hari ni diam tak diam masuk 6 hari dah kita puasa.. tak terasa masa cepat sangat berlalu.... hari selasa ari tu tengok rancangan tv3 11 malam..lupa lak nama rancangan dia..sape tengok??.. pasal ramadhan2 ni lah, ramai artis jemputan yang dijemputnya, ada rabbani, ada tomok, ada dato aziz satar dan sorang lagi yang manis sekarang bertudung, diana amir...


Ada seorang lagi ustaz, tak ingat juga nama dia, tapi paling seronok ustaz ni punye slot la.. jawapan dia bersahaja jer... di awal2 rancangan tu, diorang ada lah buat VT pendapat orang ramai bertanyakan soalan seperti post title di atas tu.. rata2 jawab yang best sebab bazar ramadhan dan ada terawih...jawapan standard la kan....

kalau tanya aku pulak, aku rasa semua2 pasal ramadhan best.. dari sahurnya, dari masa pergi bazar beli juadah berbuka puasanya, masa solat terawihnya, dan paling bestnya mestilah time tunggu azan maghrib untuk berbuka tu.. time2 menunggu detik2 tu yang paling berharga..  kalau bulan2 biasa tak ada semua tu.. kalau ada pown macam kita puasa sunat tak sama perasaan dan meriahnya ketika kita sambut bulan ramadhan...


haaa..itulah dia keistimewaan ramadhan... Allah bagi kita dua kegembiraan pada orang2 yang ikhlas berpuasa ni, gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika bertemu Allah nanti.... banyak lagi sebenarnya keistimewaan ramadhan... rasullullah s.a.w sendiri dari bulan rejab sudah berdoa untuk menantikan kehadiran bulan istimewa ni.. setiap di dunia ini ada perhiasannya sendiri..wanita perhiasan rumahtangga, bintang perhiasan malam, jumaat perhiasan hari2, dan ramadhan perhiasan bulan2.. Bagi sesiapa yang mengetahui keistimewaan2 yang Allah bagi pada bulan Ramadhan ini pasti tak akan lepaskan peluang untuk meraihnya..


Mana taknya, ibadah wajib digandakan sebanyak 70 kali..ibadah sunat pahalanya dikira sebagai ibadah wajib jugak.. paling mustajab untuk berdoa.. segala amal kebajikan seperti bersedekah, membantu orang2 lain semuanya dikira tinggi di sisi Allah..bekerja pun dikira salah satu ibadat, dan orang yang menyediakan juadah berbuka juga ada saham yang tinggi... dan yang paling ditunggu-tunggu malam lailatur qadar pastinya.. malam yang menyamai seribu bulan...


Segala syaitan, jin, iblis juga dah dirantai Allah..tapi perlu diingat nafsu sentiasa ada bersama kita. Kesimpulannya pesanan pada diri juga, ibadah puasa ni bukan hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata..yang lain2 seperti nafsu, pandangan, mulut terutamanya kene jaga elok2.. jangan kita hanya dapat lapar dan dahaga semata-mata tanpa dapat pahala dari Allah... insyaAllah moga2 puasa kita semua diterima Allah dan diberikan ganjaran yang selayaknya... amin......

Saturday, July 21, 2012

ramadhan: ahlan wasahlan ya ramadhan


selamat datang ramadhan yang mulia..ketibaanmu sentiasa dinantikan.. bulan kemulian, bulan kerahmatan...
hari ini first day puasa..jadi dengan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA BUAT SELURUH UMAT ISLAM YANG BERPUASA... Semoga Ramadhan kali ini lebih2 baik dari ramadhan sebelum ni..


p/s: al-fatehah untuk ustaz asri...suaranye yang lunak merdu bagi aku tak ada siapa dapat menggantikannya...

Monday, July 16, 2012

kotak ajaib

assalamualaikum dan selamat malam...

tau x apakebendanya kotak ajaib??...betul tu!!...pandai la korang semua ni...kenapa panggil dia kotak ajaib??...sebab kotak biasa tak akan keluarkan bunyi dan gambar macam tv kowt..kenapa disamakan dengan kotak ek??..sebab tv sumenye berbentuk empat segi kan sama macam bentuk kotak...ade je ke tv bulat,tv segitiga. tv lonjong??...hehehe...tanya soalan jawab sendiri...


boleh dikatakan tv dan internet sama penting dalam hidup seharian aku.. phone mungkin boleh bertahan dalam seminggu kalau hilang insyaAllah..rasa haru biru jugak kalau satu hari x dapat tengok peti ajaib tu..lebih2 lagi kalau ada cerita favourite tengah main.. x boleh miss, cube juga diusahakan walau mata tengah mengantuk...walau apa halangannya kalau selagi boleh dihalang la.. 

ingat lagi time awal2 masuk matrik n uitm...awal2 kan bilik tv berkunci lagi..aku jadi meroyan nak tengok tv..bukak je bilik tv tu..aku antara muka tetap la yang melawat bilik tu...dah boleh katakan bilik kedua aku.. time dok umah sewa pulak selamat housemate ada beli software, dapat jugak aku tengok tv dari laptop... 
time sekolah dulu nak balik cepat sebab nak tengok winter sonata, time tu favourite giler dengan citer tu.. lepas tu siap buat maathon lagi..bersambung-sambung pulak citer..sejam citer lain, sejam citer lain.. 


sebab terlalu passion and patience la rasanya aku dapat bertahan 3 jam tengok hindustan.. bermalam-malam tengok citer drama korea yang berbelas-belas episod...tapi satu jer x suka citer indon terlebih meleret-leret...memula je tengok pastu dah tak sanggup dah tengok..paling lama aku tengok citer bawang merah bawang putih la agaknya...


memang ada orang kata buang masa la..atau x ade masa...banyak lagi benda lain yang penting boleh buat...tapi bagi aku sentiasa ada masa untuk kotak ajaib walaupun sekejap dan aku rasa menonton tv salah satu benda penting jugak dalam hidup ni...banyak benda yang aku tahu dan belajar sumbernya datang dari novel2 dan jugak cerita2 yang aku tengok kat tv... walau tak dinafikan pengalaman sendiri jugak menyumbang ke arah ilmu dan kematangan... cuma sebab dia dah divisualkan dalam bentuk cerita, ia lagi menangkap jiwa dan kefahaman aku dengan lebih mendalam...


hehehehe...banyak dah merepek tu...cukup2 la ok!!

Sunday, July 15, 2012

motivasi : ramadhan, sudah bersediakah kita??

assalamualaikum...


ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tiba
moga kita semua diberi kesempatan lagi untuk melaluinya..
moga kita diberi kekuatan dan ketabahan untuk mendapatkan ramadhan yang terbaik..
baik dan lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelumnya...


ini bulan kita,
bulan kebangkitan kita,
bulan peningkatan amalan kita,
bulan mulia yang yang dalamnya terdapat malam seribu malam..
bulan muhasabah diri
bulan memperbaiki diri....


bulan ramadhan yang datang insyaAllah...
kita rebut segala peluang yang ada..
kita tanamkan semangat "beribadat seolah-olah esok kita akan mati"..
jangan kita hanya mendapat penat semata-mata..
pahala hilang entah kemana..
kita jaga segala anggota kita..
kita tahan segala nafsu kita..
insyaAllah....


dan tiang solat itu juga jangan kita tinggal...
bukan semata-mata berpuasa tanpa solat...
kerana solat lebih utama dari puasa..


moga ramadhan kali ini lebih "berisi"
dan berterusan hingga ramadhan seterusnya...
bersama-sama kita cuba meraihnya...
insyaAllah...


PUISI : Melayu

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)

PUISI : AKAN KU TERUS KETUK PINTU TUHANKU


Saturday, July 14, 2012

H U J A N







Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...




Artist: Sudirman

lagu ni terasa dekat sangat dengan diri aku kala ini.....
sayu aje mendengar kan suara dan bait2 kata alyarham sudirman ni...
lagu yang macam nilah ada jiwa......


hujan, bawa bersama airmataku..........

Tuesday, July 10, 2012

minah karipap

assalamualaikum dan selamat malam..

malam ni tetiba tertengok pulak cerita ni...kelakar betul!!..jadi terasa nak tertulis dan tercomment pulak kat sini... dah tengok dah sebelum ni pun, tapi sebab kelakar, layankan jer lagi sekali...

minah..minah..minah...obses sangat dengan karipap... tak dapat makan karipap sehari boleh angau jadinya.. hahaha...melebih la tu kan..(aku jer yang over tulis sebenarnya..hahaha)... kelakar bila tengok karakter minah ni yang dibawa dengan jayanya oleh Nur Khiriah.....sampaikan Pak Man pon kena marah gara-gara karipap yang Pak Man jual tu x sedap...



Last2 dia sendiri belajar macammane nak buat karipap...lepas 2 percubaan gagal, minah dah berputus asa, tapi selamat ada si syafiq, kawan minah ni yang bagi semangat...akhirnya minah berjaya jugak buat karipap istimewa dia..


pengajarannya; jangan berputus asa... kalau gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. setiap orang yang berjaya pasti bermula dengan kegagalan..yang penting jugak usaha gigih tanpa mengenal erti penat lelah.. orang istimewa ni sebenarnya memang sangat istimewa.. kadang kebolehan, keazaman dan semangat mereka ni lebih bagus daripada orang2 biasa,,, 



p/s: sebenarnya aku pown x reti nak buat karipap, tahu makan jer!!... tengok citer ni macam teringin pulak nak cuba buat karipap aku sendiri pulak..hahaha..

Monday, July 2, 2012

kisah dan cereka kita

assalamualaikum...

kita semua....
kita semua ada kisah tersendiri..
ada cerekarama kita sendiri..
tiada satu pun yang serupa dan sama 100%
kemungkinan saling bertemu dan saling berkait antara cereka pasti ada..
kerana kita watak yang berhubungkait antara satu sama lain..
itu membentuk satu jalinan cereka yang lebih dramatis
tiada siapa hidup di dunia sendiri-sendiri


yang pastinya kisah kita-kita semua
pasti ada gembira,pasti ada duka....
pasti penuh dengan latar suasana, masa, tempat, emosi dan macam-macam lagi..
kisah kita semua pasti penuh dengan rencahnya..
diadun sehinggakan menjadi sebati dengan yang namanya kehidupan....


dalam kisah-kisah kita itu,
pasti ada yang kita cuba simpan dalam-dalam...
rahsia hati yang mungkin melibatkan maruah kita-kita
rahsia yang mungkin mengaibkan diri kita dan juga orang lain..
rahsia yang macam-macam...
yang kalau boleh sampai mati kita cuba bawak..
bak kata pepatah, biar pecah diperut, jangan pecah di mulut....


kisah, cereka dan rahsia kita..
ada yang perlu disimpan rapi
ada yang perlu dikongsi supaya menjadi pengajaran bersama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...