Tuesday, September 25, 2012

motivasi : insan amat memerlukanmu oh tuhan

Ya....fitrah kita sebagai hamba pada pencipta
kita amat memerlukan Allah dalam kehidupan kita
pada siapa kehidupan dan kematian kita harus disandarkan
jika bukan pada Allah..
untuk siapa dan apa kita dihidupkan
tak lain tak bukan kerana Allah dan untuk Allah..


kehidupan kita ini...
kalau tiada keredhaan dan keberkatan Allah..
bagaimana??..alangkah ruginya kita
kita bandingkan saja perkahwinan tanpa restu keluarga
tanpa restu ayah ibu kita..
kemana halatuju akhir perkahwinan itu...


kita memang sentiasa perlukan Allah..
Allah tak pernah jauh dari kita
kita sendiri yang menjauhkan diri daripada Allah
kita lupa kadang tujuan hidup kita
kita hanyut dengan kenikmatan sementara
sedang kenikmatan yang Allah janjikan lebih baik dan selamanya


Kalau kita rasa kita diuji,
Ada orang lebih hebat ujiannya
Allah pilih kita sebab Dia sayang kita
Dalam ujian ada rahmatnya
ada tersembunyi hikmahnya
Kita akan lebih dapat merasa kasihNya
kita akan menjadi insan yang lebih baik..
insyaAllah...



Sunday, September 2, 2012

mood hindustan..


baru lepas tengok cite ni petang tadi..jadi malam ni mood hindustan la..heheh.. layankan lagu di atas.. 
paling suka sangat2 lagu ni dalam citer ni..banyak lagi lagu2 yang bez dala citer ni...
tapi lagu ni bez sebab dia meriah.... majls tunang diorang sama meriah macam majlis kahwin kowt...
sape tahu citer ni????


dilwale dulhaniya leh jayenge....

filem yang aku rasa romantik kowt...tengok banyak kali pun tak muak.. 
scene yang paling aku suka part Raj (SRK) pujuk emak Simran (Kajol) bile dia suruh raj bawak lari simran.. banyak lagi part2 yang diorang berdua yang menarik..part yang masa makan sama2 masa kavacokh.. dngan part last la bile simran lari kejar keretapi tu nak dapatkan Raj..
paling lucu time Raj nak cuba memenangi hati ayah Simran, part bagi burung makan tu...

k2.. x nak membebel dah...layan ek....:0

#381

assalamualaikum...:0


erm....sesi meluahkan rasa malam ni.. banyak sangat pikirkan benda yang macam2. jadi kesannya kesihatan pun merajuk dengan tuan badan dia..macam2 penyakit datang sebabnya satu je, tekanan... tekanan tu satu bebanan kan... tau, cuba jugak kawal tapi kadang2 tak dapat nak tahan.. tekanan kerja la yang paling menekan sekali... tanggungjawab jadi makin besar bila Ewilly nak resign ni..tak lama dah pun.. lebih kurang 2 mggu je lagi.. tekanan sebabnya kerja aku banyak bergantung pada dia.. nak harapkan ms Ang, boleh tapi macam tak yakin..tau2 je la dia orangnya jenis macammane.. 


Entah bile replacement person tu nak masuk.. jadi dalam tempoh sebulan dua ni kerja berganda, sebab tak ckup satu tangan kan..tak boleh ambik mc, melainkan sakit betul, kene kurangkan cuti..aku tnggal 5 hari je cti..ms Ang banyak lagi..kang dia ambik cti, tinggallah aku terkontang kanting haa... dah le hujung tahun ni ramai penghijrahan dan kemasukan staff..mmg sah2 le banyak keje.. lepas tu lagi satu hujung tahun ni bile nak merge dengan rhb lagi lah banyak keje jugak IT dept... erm... yang paling aku risau sebenarnya aku takut tak dapat nak handle things macam ewilly buat.. lagi satu pasal audit..huhu.. tengoklah mcamane keadaannya lepas 14 aribulan ni...msti stiap hari akan rasa lagi2 panjang...


tekanan lain adalah skit2 pasal masalah kesihatan, masalah hidup..hahaha... yang masalah hidup tu lantaklah, apa nak jadi jadilah... malas nak pikir lebih2..ada rezeki ada, tak ada rezeki redha je la... 


jadi mulai besok nak cuba ubah diri sikit2..nak jadi lebih kuat dan sihat..dan lebih gembira.. bila dah gembira, dah sihat mesti masalah2 lain tak terlalu menekan diri kan.. lagi satu nak perbaiki hubungan dengan Allah..insyaAllah.. semangat..semangat...:0


sekarang acit dah balik serawak balik...meneruskan pelajaran dan cita2..haha.. tiga tahun lagi la kat sana.. balik2 nanti mmg dia bawak menantu je kang.. hahaha..ijah pulak tahun depan bulan 3 habis dah program asasi dia..entah kemana la pulak nak menyambung cita2.. angah pun insyaAllah tahun depan jugak habis degree perubatan dia tu..lepas tu dia tak sabar2 nak betunang dah...hahaha... farah pulak lagi sebulan je haa nak ambik pmr.. entahle dia tu,kita doakan sama2 je lah.. dia pown kalau ada rezeki nak masuk sek teknik..lagi sunyilah kalau dia tak ada nanti tahun depan..


kawan2 pun ramai yang dah bertunang, dah kawin.. alhamdulillah kan..yang kahwin tahun lepas pun, tahun ni dah ada anak sorang... bagus2.. mggu ni pun nak g melaka, majlis kahwin zalikha... barakallah.. smoga jodoh kalian smua dipanjangkan hingga ke akhir hayat dan kekal bahagia selama-selamanya...amin....


pasal rumah kami pulak insyaAllah ada rezeki tahun depan jugak dapat pindah.. pindah tu memang akan pindah tapi tak tahu bile je.. besarlah harapan kami semua nak dapat rumah baru.. maybe lepas pilihan raya agaknya.. huhuhu... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...