Monday, December 24, 2012

kita semua pendosa

ye.. memang mengaku setulusnya...
kita semua pendosa..
kita semua pernah buat dosa,hatta mungkin hanya pernah terdetik untuk berbuat dosa
bohong la kata kamu tidak berdosa
padahal kita semua tak akan pernah lepas dari dosa

sedar tak sedar setiap hari mungkin kita berbuat dosa
dari dosa kecil ke sedosa-dosa besar
hati kita ini bukannya sesuci salji atau sesuci-sucinya
pasti ada tidak sikit bintik2 hitam...
hati kita ni kalau nak tahu selemah-lemah iman,
mudah sangat dibolak-balikkana
mudah sangat dimainkan dengan seribu perasaan...


jadi bila sedar kita ni pendosa
selayaknya kita melakukan tindakan bertaubat
sesungguhnya hati siapa yang merasakan dia tidak pernah berdosa
dialah pendosa terbesar..


bagus bila ada kesedaran
lagi bagus bila disusuli dengan tindakan
jangan hanya indah dimata, senang dimulut
di tangan, di kaki, di seluruh anggota badan harus bergerak
hati - kerajaan yang utama
tempat bermulanya kesedaran...

hati kita ni sentiasa perlu diberi makan yang sepatutnya,
jika tidak kita 'termakan' makanan yang tidak sepatutnya
jadi kita pun makin jauh, jauh dan jauh...
hati-hati yang jauh ni akhirnya semakin keras dan mengeras...
hingga akhirnya susah untuk kembali pada fitrah..

--suka mengingatkan diri sendiri jugak
hidup ini sentiasa perlukan motivasi,tarbiah diri
kerna iman kita sentiasa ada pasang surutnya--

tak ada sesal

assalamualaikum..

terkesan dengan status kak fynn jamal...
no regrets - tak ada sesal..

yup---jika tak ada sesal tak perlu la ada keluhan
tak ada sesal- have to be proud with ourself

hari2 lepas memang tak akan dapat digapai semula
apa yang dah berlalu biarkan berlalu
jika ada kesempatan untuk ubahnya pun
mustahil...kita hidup dalam alam realiti
masa never will turn back


jadi berbahagialah kita di hari ini, di saat ini
kerana setiap saat, setiap detik, setiap hari, setiap masa adalah unik..
tiada siri ulangan, tiada siri tertunda..


hidup perlu terus ke depan..
hidup kita hari ini pelajaran dari masa silam..
jahat kita baik kita hari ini
dari kesilapan kita, tindakan kita di masa silam..

jadi tak perlulah disesalkan masa silam
tiada apa pun yang patut dikesalkan
anggap saja itu semua qada qadarNya
itu yang tertulis buat kita..

ok..jangan mengeluh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...