Tuesday, January 29, 2013

motivasi:mengingati kematian

assalamualaikum..




alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan bernafas..alhamdulillah kita masih hidup sihat..syukur pada Allah..tapi perlu sentiasa diingat akan tiba satu saat dimana kita semua akan dimandikan, kita semua akan dikapankan, disembahyangkan oleh orang lain, diiringi ke kubur dan akhirnya kita dibiarkan sendiri keseorangan di dalam liang lahat.. akan tiba saat itu dimana kita semua akan kembali pada pencipta kita..
saat itu semakin hampir, bukan semakin jauh..... sedarlah dari tahun ke tahun saat itu semakin hampir, cuma kita tidak tahu saat yang tepat itu kerana ajal dan maut semua di bawah ketetapanNya...


kita tahu tarikh lahir kita tapi kita tak tahu tarikh kematian kita... ada hikmahNya Allah rahsiakan bila kematian kita..tak usahlah memikirkan bila kita akan mati, tapi bersedialah kita untuk mati pada bila-bila masa.. jadi apa persediaan kita semua untuk menuju alam kematian?... sudah cukupkah segala amalan kita untuk dibawa sebagai bekalan di alam akhirat sana?..kalau tidak cukup, marilah kita sama2 memperbaiki dan menambahbaik segala amalan2 kita... alam kematian sebenarnya bukan pengakhiran kehidupan kita. Ia sebenarnya permulaan kepada kehidupan akhirat, kerana kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara waktu, sebagai tempat persediaan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi...


tidak perlu kita berfikir bila kita akan mati, dimana kita akan mati dan bagaimana kita akan mati.. kerana semuanya sudah ditetapkan Allah, semuanya dalam aturan Allah.. apa yang lebih penting, bagaimana kehidupan kita semasa kita hidup..bagaimana kita menggunakan masa kehidupan kita di atas dunia ini.. segala-gala sesuatu yang kita lakukan, setiap amalan kebaikan dan keburukan yang kita lakukan semuanya dalam pemerhatian Allah...cuma kita mengharapkan kita akan mati dalam keadaan 'husnul khatimah' insyaAllah...


ada satu kisah mengenai dua orang yang berbeza bila, cara dan bagaimana mereka berdua mati.. si A mati pada malam jumaat, malam lailatulQadar dan di masjid.. manakala si B mati di dalam 'night club'.. mengikut bila, cara dan dimana kematian berlaku, siapa rasa-rasanya yang mati dalam keadaan baik dan mana satu yang mati dalam keadaan buruk?...


jawapannya si B mati dalam keadaan yang baik dan si A mati dalam keadaan buruk.. kenapa??... kerana jawapannya ada pada niat dan perbuatan yang dilakukan sebelum mereka mati.. si A pergi ke masjid pada malam itu dengan memasang niat untuk mencuri tabung masjid.. dan asbab kematiannya disebabkan renjatan elektrik yang diletakkan oleh AJK surau pada tabung masjid sebagai langkah keselamatan terjadinya kecurian.. manakala si B pergi ke night club pada satu malam dengan memasang niat untuk berdakwah, menyeru untuk meninggalkan kemaksiatan, berdirilah si B di tengah pentas dan memulakan dakwahnya.. akibat tidak puas hati, si B bukan setakat dilemparkan dengan kata2 yang hina malahan dibaling dengan botol arak sehingga akhirnya menjadi asbab kematiannya... sebab itulah dikatakan bila, bagaimana dan dimana kita mati itu tidak penting...


mari kita sama-sama sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengingati kematian.. Rasullullah s.a.w ketika ditanya sahabat, siapakah orang yang paling bijak?.. jawab baginda orang yang bijak ialah orang yang sentiasa berfikir akan kematian dan membuat persiapan akan ketibannya.. 




Saturday, January 26, 2013

abah, anak dan laptop

assalamualaikum....


terbaca mengenai satu kisah di facebook, cuba mencarik balik tapi tak berjumpa pula.. nak berkongsi disini sebenarnya ...xpe, aku cuba ceritakan apa yang aku ingat dengan versi aku la.. kalau ada penambahan dari cerita asal tu, aku tambah2 perisa dia sikit supaya jadi lagi sedap.. kalau tak sedap tu, maapla ye, carilah makanan lain..:0


ceritanya mengenai seorang ayah yang ingin membeli laptop untuk anaknya untuk sambung belajar.. seorang ayah ni satu hari pergi ke sebuah kedai menjual laptop..ditinjau-tinjau,dilihat-lihat laptop yang terpamer di kedai tu..sehinggakan jurujual pun bertanya ''nak cari laptop pakcik?'' pakcik tu pun menjawab dengan gembira dan bangga sekali..."ya, anak pakcik dapat sambung belajar di universiti, pakcik ingat nak belikan dia laptop"..jurujual tu pun mulalah menggunakan skill menarik pelanggannya, 'mempromotekan' salah satu laptop disitu.. pakcik tu cuma terangguk2.. lepas mendengar harga yang disebut jurujual,pakcik tu pun senyap je..lalu dia pun berkata. "lainkali pakcik datang lagi, duit pun tak berapa cukup lagi ni".. jurual tu pun cuma mengangguk..mungkin paham dengan keadaan dan situasi pakcik tu..


selang seminggu.. pakcik tu datang lagi bersama seorang anak perempuannya... anak pakcik tu teruja dan tertarik dengan laptop 'acer' yang lebih mahal..ayahnya cuma mampu tersenyum kelat dan mungkin berkira-kira didalam hatinya, cukupke duit yang aku ada ni??.. lalu dia pun memujuk anaknya supaya mengambil laptop yang lebih murah harganya dan cukup dengan duit yang dia ada...mulanya anak dia seakan menolak dan mahukan laptop acer itu juga..jurujual yang paham dengan perasaan si ayah turut memujuk si anak dengan berkata laptop yang dipilih si ayah sudah cukup untuk kerja2 asas di universiti..akhirnya si anak terpujuk dan mengalah.. habis cerita.... biasa je kan??...


belum habis lagi sebenarnya... luarbiasa dalam cerita ni di penghujungnya bila si ayah mahu membayar harga laptop tu.. harga laptop tu RM1000, duit yang diberi pada jurujual tu, sekeping je RM50, selebihnya campuran duit RM1O,RM5 dan RM1... CUBA BAYANGKAN.. dan sewaktu serahkan duit tu pada jurujual sepertinya hanya itu sahaja duit yang dia ada dan tinggal.. dengan muka yang berat hati sekali.. tapi bila terpandang wajah anaknya yang ceria, disenyumankan jua mukanya.... 


sedih kan??..sedih sangat... itu antara pengorbanan seorang ayah terhadap anak2nya... insaf seketika, cuba bertanyakan pula apa yang aku dah buat untuk gembirakan hati abah dan emak??... teringat jugak time aku dapat masuk u jugak... abah jugak yang susah payahkan mencari laptop untuk kemudahan aku.. walaupun cuma laptop 'secondhand', tu ckup bermakna buat aku... tiba-tiba je satu malam tu kawan En Zaini (jiran sebelah rumah) datang dan bawak laptop..aku tak tahu menahu pun sampai malam tu, sambil buat air aku menangis la jugak, terpikirkan abah yang bersusah payah pikirkan tentang aku.... ye la,  time tu hidup kitorang pun x lah semewah sangat, tapi alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada, x pernah putus.... 


laptop yang banyak berjasa tu la yang aku gunakan sepanjang time degree aku.. laptop toshiba yang sangat berat tu.. kehulu-kehilir bawak..lepas abis je belajar terus rosak pulak... mgkin niat abah ikhlas untuk guna time belajar je kowt..haha...xdelah, aku melawak je tu.. 


kesimpulannya dapatlah 'direlatekan' cerita diatas dengan cerita sebenar aku.. buat aku sebak sekali bila terbaca cerita2 mengenai pengorbanan seorang ayah dan emak... ni baru satu kisah, banyak kisah2 lain lagi yang kalau diceritakan tak terhitung rasanya pengorbanan diorang kan.... itulah kita ni sebagai anak kene sentiasa beringat akan jasa2 diorang...kita pun nanti insyaAllah akan jadi seorang emak dan ayah dan akan mempunyai anak2 juga... mungkin kita akan lebih memahami perasaan mereka bila kita berada di tempat mereka..


akhir kata..."sayangilah kedua ibubapa kita.... kalau kita permata berharga mereka, mereka pulak emas, intan permata berharga bagi kita".....

Tuesday, January 22, 2013

untitled pic 2


untitled pic 1


motivasi:ujian dalam kehidupan



hidup ini....memberi seribu satu makna.. memberi sejuta rasa...
pernah terdetik di hati hidup ini sangat melelahkan,
seperti sukar bernafas di dalam ruang sempit...
sepertinya aku terkurung di dalam tempat yang tertutup
mungkin seperti jasad dan roh hidup yang dikambus dalam liang lahad..


saat itu, detik-detik itu...
aku terlalu lemah, menyalahkan diri sendiri, menyalahkan takdir....
aku lupa Allah ada sentiasa bersama aku..
aku bersyukur kerana masih ramai yang sayangkan aku
alhamdulillah Allah masih sayangkan aku......
aku belajar erti kasih sayang keluarga,
aku belajar erti Rahman dan Rahim Allah..


bila terkenangkan insan2 lain yang lebih teruk diuji,
bila bandingkan,terasa betapa beruntungnya diri
apalah sangat ujian ini jika dibandingkan mereka yang lebih teruk mehnanya
diuji dengan kehilangan, kesakitan, keperitan hidup.........
malu rasanya bila terkenang semua ini.....
dan bertambah erti rasa bersyukur dengan kehidupan..


hidup ini...walau macammana perit sekalipun...
perlu diteruskan.... kita tak tahu lagi jalan di hadapan bagaimana..
ketabahan dan kecekalan hidup insyaAllah akan dibalas dengan kebahagiaan jua suatu hari nanti
tidak di dunia,di akhirat menanti... insyaAllah..
Allah tidak pernah biarkan hambaNya keseorangan....
perlu sentiasa ingat itu....


Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286) 

Monday, January 14, 2013

14 Januari 2013

assalamualaikum..

14 January 2013 = 2 Rabiul Awal = 26 tahun....
"selamat hari kelahiran buat diri aku sendiri.... semoga sentiasa sihat selalu, dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu.. moga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari2 mendatang.. insyaAllah.. "

tahun demi tahun cepat je terasa berlalu.. tambah lagi 1 no kat belakang dari tahun lepas.. sampai bile bertambahnya..waallahu'alam..hanya Allah yang lebih mengetahui.. alhamdulillah bertemu juga umur 26, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini.. alhamdullillah atas segala nikmat Allah yang tak terhingga.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berada disini.. meluah rasa...


terima kasih pada emah & abah terutamanya.. insan2 yang amat berharga dan bernilai dalam hidup seorang anak.. alhamduliilah Allah bagi peluang dapat bersama2 emak & abah lagi... tiada apa yang dapat membalas segala jasa2 dan pengorbanan emak abah... cuma terus berbakti, berdoa dan menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka yang mampu aku lakukan...insyaAllah.. terima kasih juga pada adik-beradik - angah, acit, ijah & farah.. terima kasih Allah sebab bagi aku sebuah keluarga kecil yang bahagia...


terima kasih pada sahabat2, kawan2 dan sesiapa yang pernah hadir dalam hidupku.. kalian insan2 yang amat istimewa.. hadirnya kalian atas takdir illahi, dipertemukan, saling berkenalan dan berukhuwwah.. terima kasih Allah.... bagiku tiada apa di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan..


teringat masa form5, umur 17 tahun... target 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang.. tak sangka dah pun melepasi target umur itu.. walaupun mungkin apa yang di'targetkan' tu ada yang berjaya, ada yang tak berjaya.. alhamdulillah atas segala-galanya....


berharap akan jadi lebih istiqamah dalam apa2 jua yang dilakukan.. dan berharap akan jadi insan yang lebih baik dari hari ke hari... insyaAllah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...