Thursday, March 28, 2013

Tip : Cara Rasulullah menjaga kesihatan diri

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang dah banyak baca mengenai tip yang saya nak kongsikan ini.. tapi saya nak berkongsi juga untuk peringatan diri sendiri dan untuk cuba diamalkan.. insyaAllah

1) Selalu bangun sebelum subuh - untuk bersiap2 melaksanakan solat sunat sebelum subuh dan solat fardhu subuh secara berjemaah di surau. Solat sunat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya. Solat subuh berjemaah juga besar ganjarannya dan menjadi penanda kegemilangan umat islam. Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh.


2) Aktif menjaga kesihatan - Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai pakaian wangi.. juga terdapat cara Rasulullah menjaga tatacara makanan baginda untuk kekal sihat..nanti saya cuba kongsikan..


3) Tidak pernah makan berlebihan - Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda. Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Makan perlulah tidak terlalu kenyang, dan tidaklah terlalu sedikit sehingga lapar. Perut juga memerlukan rehat dan umat islam disarankan berpuasa sunat isnin dan khamis. Perut yang terlebih makanan banyak menyumbang kepada keburukan daripada kebaikan seperti penyakit diabetis,kencing manis dan lain2 penyakit. Perut yang penuh juga membuatkan seseorang liat untuk melakukan kerja2 lain, terutamanya melakukan ibadah pada Allah


4) Gemar berjalan kaki - Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredadaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau boleh meletakkan kenderaan betul2 di hadapan tempat yang kita hendak pergi


5) Tidak pemarah - Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Sifat pemarah salah satu sifat mazmumah yang patut dihindarkan kerana marah itu daripada syaitan. Emosi 'marah' ini biasanya lebih dikuasai nafsu dari akal fikiran.


6) Pemaaf - Sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaapkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa bersalah dan rasa marah dan menjadikan hati kita lebih tenang.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT, tetapi dengan MEMBERI"

Sebenarnya banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah yang boleh kita amalkan. Semoga hati kita semakin dekat dengan baginda Rasulullah yang amat kita rindukan


motivasi: ikhlas

ikhlas, tempatnya dalam hati...pengukurnya dapat dilihat melalui tindakan dan perbuatan
ikhlas, memberi tetapi tidak mengharapkan balasan
ikhlas, lillahi taala...
ikhlas, semata-mata hanya mengaharapkan balasan dari Allah


mulut begitu mudah menutur ikhlas, hatinya hanya Allah s.w.t yang tahu.. jika ada terselit niat2 lain, demi kepentingan diri,itu cuma ikhlas di mulut.. Ikhlas di hati tidak perlu 'berikhlas' di mulut, cukup hanya dia dan Allah yang tahu..


bukan senang mendidik ikhlas di hati. Ikhlas juga pengukur segala ibadah kita. Tidak dikira sebagai ibadah jika hati kita tak berikhlas..jika kerana dipaksa..(betulkan jika saya tersilap)..islam juga bukan agama paksaan. Tapi saya pernah terbaca juga, buatlah (menutup aurat, solat, dsb) walaupun terpaksa, kerana dalam keterpaksaan, dari keterpaksaan akan datang keikhlasan..


bagaimana keihlasan kita kepada Allah?..
bagaimana pula keikhlasan kita sesama manusia??
dan bagaimana keihlasan kita dalam kehidupan ini sehingga detik ini?


adakah kita sudah dikira cukup ikhlas?.. muhasabah diri sendiri dan renungkan kembali..semoga kita sentiasa ikhlas kerana Allah s.w.t.. insyaAllah
assalamualaikum..

Sunday, March 17, 2013

motivasi: takdir ceritera terindah.....

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui..." (Surah Al Baqarah: 216)




Ayat yang jelas menunjukkan Allah maha mengetahui, sedangkan kita tidak mengetahui sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kita.


Jalan takdir setiap orang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dalam keluarga islam, tapi akhirnya kristian yang jadi anutannya. Ada orang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya tapi tidak berjumpa dengan kebahagiaan. Ada orang yang dilahirkan dalam keluarga porak poranda, tapi akhirnya menjadi seorang yang berjaya dan dihormati. Bemacam-macam,berjuta situasi dan keadaan.. tetapi apa yang penting bukan permulaan kehidupan, pengakhiran kehidupan yang jadi ukuran.. 


jangan sesekali menyalahkan takdir, kerana takdir yang Allah tetapkan adalah takdir yang terbaik untuk setiap hambaNya..bagi yang redha dan menerima qada qadarnya, pasti bertemu dengan hikmahNya.. setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, sebenarnya kita yang membuat pilihan sendiri.. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya melainkan diri sendiri yang mengubahnya. 



Jadi setiap yang berlaku ada hikmahnya yang mungkin kita tak nampak sekarang.. bina kekuatan dari setiap ujian yang Allah beri.. Bina kecekalan dan ketabahan dalam mengharungi ujian hidup.. tanamkan redha dan kesyukuran atas segala nikmat yang Allah berikan.. ingatlah Allah jualah yang membolak-balikkan hati kita semua..


berdoalah selalu supaya hati kita semua ditetapkan hanya untuk mencari redha Allah..berdoalah supaya hati kita semua kuat dalam mengharungi badai kehidupan kita.. berdoalah supaya kita semua sentiasa dikuatkan nikmat iman dalam diri..InsyaAllah Allah Maha berkuasa atas segala-galanya




Wednesday, March 6, 2013

kadang-kadang mata....

kadang-kadang kan apa yang kita nampak dengan pandangan mata kasar kita
bukan seperti apa yang kita bayangkan di otak kita
otak hanya menterjemahkan apa imej yang mata nampak..
kenyataannya betul atau tidak, percaya atau tak mahu percaya
hati kita yang putuskan...
mata hati.....atau naluri


kadang-kadang memang kita sering tertipu dengan mata kita
bukan jugak sesuatu yang kita tak nampak tiada atau tidak wujud
macam bulan/bintang,mereka wujud di waktu siang
tapi kerana terangnya cahaya matahari mengatasi cahaya mereka
jadi yang terlihat di mata kita hanya matahari..


Lihat saja dalam diri kita
Otak,jantung dan organ2 lain,
mereka ada yang menjadikan diri kita bernyawa
tidakkah kita takjub akan kejadian diri manusia...
betapa kuasanya Allah menjadikan diri manusia yang unik


seperti juga yang berkaitan dengan benda2 ghaib
malaikat,syurga,neraka,jin,iblis dll
dan yang paling maha berkuasa atas segala-galanya
Dia juga sentiasa ADA, selalu dekat dengan kita


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...