Monday, February 24, 2014

motivasi:makhluk dan pencipta

assalamualaikum..

siapa makhluk?.. kita semua makhluk. manusia.jin.iblis.syaitan.binatang.tumbuh-tumbuhan. segala yang diciptakan oleh maha pencipta. Siapa pula pencipta?. pencipta adalah tuhan. yakni Allah. yang menciptakan segala-galanya di dunia ini. penciptaan bumi. penciptaan langit.penciptaan manusia dari air mani yang hina sifatnya. penciptaan manusia pertama yang bergelar adam. penciptaan gunung dan seluruh alam..

tidakkah betapa hebat maha pencipta?. menjadikan dari tiada kepada ada. menghidupkan selepas dimatikan. sungguh aku bukan orangya yang layak untuk bercerita mengenai Allah. kerana dangkalnya ilmu didada. masih bertatih mencari dan mengenal pencipta. tetapi hati ingin meluahkan sesuatu mengenai pencipta untuk dikongsikan. semoga bermanfaat.

tiadalah kita hidup di dunia tanpa adanya ayah emak kita. tiadalah nikmat iman dan islam andai tiada perjuangan dari para nabi dan rasul. siapalah kita sebenarnya tanpa Allah. hanya manusia yang lemah lagi hina. yang tiada upaya melainkan dengan kehendak dan kekuasaan Allah.

ya..kita semua hanya hamba Allah. asalnya diciptakan Allah dan akhirnya juga kita kembali pada Allah. bukan mudah untuk merasa diri hamba. lantaran dikaburi dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara. dicambah dengan hasutan dalaman dan luaran. dibajai dengan sifat mazmumah lantas menjadikan kadang kita melupkan hidup bertuhan. kita berkiblatkan harta duniawi. nafsu menjadi tunggangan kita.

ALLAH.. betapa lemahnya hambaMu ini. lantaran kejahilan diri yang tidak mengenal baik penciptaku. ALLAH.. Kau sungguh dekat tetapi kami yang selalu menjauhkan diri. Kau sentiasa ada tapi kami selalu melupakanMu. Kau maha pendengar tetapi kami jarang merintih dan berharap padaMu.

ALLAH..hambaMu ini kadang alpa dengan hakikat ketuhanan. hanya merasa bertuhan bila memerlukan. ya Allah,ampunkan dosaku. ampunkan dosa kami semua. kami semua mengharapkan maghfirah dan keredhaanMu. hakikatnya kami semua hanyalah hambaMu. bimbinglah kami ya Allah menuju redhaMu. bimbinglah kami menuju syurgaMu..

amin.

motivasi:zikrullah

assalamualaikum..

semoga kita semua dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu hendaknya..

ZIKRULLAH
"Hanya dengan mengingati Allah hsti menjadi tenteram" (Ar-Ra'd:28)

sudah diamalkan. tetapi mengapa kadangkala hati kita tetap tidak tenang?. sentiasa ada gelisahnya. mungkin tidak dihayati dengan sepenuhnya. zikir bukan setakat menyebut di mulut tetapi disertai dengan hati. begitu juga amalan lainnya.. khususnya solat

terjumpa link di bawah yang sangat menarik kupasannya:
http://banyakzikir.wordpress.com/category/zikir/

#sama2 kita belajar
#banyak lagi ilmu yang perlu digali untuk lebih mengenal Allah
#pesanan pada diri sendiri

repekan di pagi isnin..

assalamualaikum..selamat pagi ;)

tak dapat tidur malam ni seperti biasa. malam ahad paling susah nak lelap mata tapi hari isnin hari yang paling bersemangat. pelik sikit mungkin dari orang lain. hari isnin la hari yang dinantikan kadang2 bila ahad satu hari memanjakan diri berehat dan bermalasan di rumah.

berita gembira!..mungkin berita basi. tak lama lagi bertambah ahli keluarga baru. pak usop dan cik ros nak dapat menantu!!.. lawa orangnya. baik budaknya!..haha.. mungkin tahun depan bertambah lagi ahli baru??.. dapat anak sedara ke??.. insyaallah.. alhamdulillah!!.. saya??.. erm..biarlah rahsia.. belum sampai seru lagi agaknya.. sama2lah doakan saya ya..

tahun ni boleh dikatakan tahun sedara mara menyambut orang baru. baik belah abah mahupun belah emak..haha.. alhamdulillah!!.. semoga masjid yang dibina berkekalan hendaknya.

nak merepek apa lagi ya.. owh ya..lama sudah tak mengupdate pasal kerja kan.. diam tak diam tahun dah masuk 2 tahun lebih kerja. dari oskib sampai ke rhbib. dan ada desas desus unit kami akan ditarik masuk bawah bank. rhb group. berpangkalan di bangi. huhu.. ini rasanya berita sedih. tak tahu bila masanya terjadi. dari mula2 dulu 2 orang, sekarang unit kami dah bertambah 9 orang. hasil gabungan dengan rhb dan 2 orang dari unit helpdesk yg ditarik masuk.

apa perasaan saya sekarang pasal kerja?..x ade rasa apa kowt!!.. huhu.. macam kesian je kan bunyinye.. entah!!. Allah lebih mengetahui. saya kene sentiasa memperbaharui niat. iklhas untuk mendapat redha Allah!!.. barulah ada sinar harapan disitu. mungkin dalam 2/3 tahun lagi ingin menukar angin. buat apa yang saya ingin buat.insyaallah..

owh ya sebenarnya besok saya kene shift pagi.masuk 7.45 sampai 4.45.. harus bergerak lebih awal. tapi sekarang pun tak tidur lagi ni..bagaimana sih?.. pasti terbabas ketidurannya besok pagi!!... pasti sampai paling awal pun pukul 8.. tapi siapa je la yang dah masuk kerja seawal 7.45..huhu..terpaksalah mengikut arahan..lainla kalau bekerja sendiri ye dak..

mau bicara apaan lagi ini??. erm..sudahla. stop sini aja dulu.. selamat tidur buat diri saya. semoga diri kita semua dilindungi selalu,dirahmati dan diberkati di dunia dan juga di akhirat.. amin..;)

Thursday, February 20, 2014

rahsia hati

motivasi: bacaan talqin..

assalamualaikum.. alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk kekal hidup. Namun setiap yang bernyawa pasti akan mati suatu hari nanti.

Bacaan talqin yang selalunya dibaca dikubur untuk si mati sebenarnya satu nasihat juga bagi kita yang masih hidup. pastinya kita masih mampu untuk mendengar lagi dan mengambil iktibar. suatu hari nanti juga nama kita akan turut diselitkan dalam talqin seperti di bawah;

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr

p/s: semoga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khatimah iaitu sebaik baik kematian. insyaallah..

Tuesday, February 11, 2014

cukup terasa pabila;

cukup terasa

1) sedih
- bila orang yg kita sayang keluarkan kata2 yg menghiris hati kita. pedih dia rasanya macam dada kene hiris pisau..
-bila orang yang kita percaya boleh tipu kita hidup2
-bila jadi orang yang terakhir dapat tahu satu2 berita walaupun kita antara orang yang paling rapat.

2) terharu
-bila ada orang lain yang sudi mengambil berat pasal kesihatan diri.
-bila ada orang yang sudi hulurkan bantuan di kala waktu susah tanpa mngharapkan balasan walaupun hubungan kita dengan dia kurang baik
-bila orang hargai apa yang kita buat dan cakap terima kasih walaupun perbuatan itu nampak kecil tapi cukup bermakna

3) gembira
-bila pandang muka kanak2 comel dan perhatikan telatah mereka.
-bila dapat tengok muka orang2 yg kita sayang gembira,senyum dan ketawa
-bila dapat luangkan masa dengan alam

4) excited
-bila hal2 yang berkaitan novel dan penulis kesukaan -RAM
-bila dapat tengok/nikmati pemandangan/tempat orang lain/baru
-bila jumpa dengan orang peramah yg byak cerita pasal pengalaman hidup

#sebenarnya perkataan atau perbuatan dua2 meninggalkan kesan yang mendalam. dapat ingat sampai mati.
#terasa diri sangat sensitif kebelakangan ini

Monday, February 10, 2014

opick - rapuh

saat ini..detik ini..lagu ini begitu hampir pada jiwaku.. "Ya Allah, terasa diri sungguh rapuh.bantulah hambaMu ni ya Allah.berilah aku kekuatan.berilah aku ketaatan.berilah aku ketaqwaan. Ampunkan dosaku.terimalah ibadahku".. amin..amin..amin..ya rabbal a'lamin....

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Friday, February 7, 2014

tak pelik tak mustahil

mungkin tak pelik dan tak mustahil bila melibatkan hati dan perasaan.seribu satu cerita..kadang tak ada sebab untuk kita sukakan seseorang. tiba tiba dia datang..


kadang kita baru jumpa dengan seseorang tu tapi macam dah lama kenal.kita senang dengan dia. ada orang kata sebab kita ada dalam doa mereka..

sama juga dengan perasaan benci mungkin. mungkin bukan benci tapi lebih pada tak suka. tak ada sebab. cuma wujud perasaan tak suka atau kurang senang. mungkin sebab tak pernah kenal dengan baik..

kesimpulannya kita memang mudah membuat andaian pada seseorang...

me myself

Tuesday, February 4, 2014

CNY @ gua tempurung

assalamualaikum..
minggu ini pula kita beriadah di gua tempurung..seronok!! first time jugak masuk gua.. subhanAllah... cantiknya ciptaan Allah.. kagum sangat2 dengan struktur dalam gua.. serius cantik!!
angah ambik pakej yang paling mencabar pulak tu..tour sampai abis!! memang challenging!! merangkak, jalan itik..masuk lubang, menggelungsur..redah air lebih dari paras pinggang.. wau!!..pengalaman yang cukup berharga. renjer yg bawak kitorang pulak sporting.. grup kitorang paling ramai..semua bangsa ada. budak kecik pun ada..pakcik dlm lingkungan 50 thun pun ada..semua semangat!!..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...