Monday, March 23, 2015

hati..

assalamualaikum..

emosi saya kurang stabil pagi ini. hati saya rasa rindu. pada ramai orang yang pernah menjadi sejarah dalam kehidupan saya. pada kenangan2 masa lalu.. saya rasa bersalah pada mereka2 yang hatinya saya pernah tanpa sengaja terlukakan.. bukan niat hati saya untuk berbuat begitu.. sungguh!

bukan mudah untuk menjaga hati semua orang. lebih lagi orang yang kita sayang. baik jaga hati sendiri. bimbang2 hati sendiri semakin pudar warnanya..jaga2 jika semakin hitam..

berbicara mengenai hati ini payah. kalaulah hati orang lain kita boleh nampak. boleh pandang telus ke dalam dada. apa ada pada hati mereka?. ada siapa dalam hati mereka?. ajaib agaknya!!.. hati sifatnya bolak balik.. moga Allah tetapkan hati kita pada islam..

berbalik mengenai mereka yang pernah hadir dalam hidup saya. saya sangat hargai setiap seorang dari mereka.. ada sebab Allah datangkan mereka dalam hidup kita.   kita dapat belajar sesuatu dari mereka, dari pengalaman lepas..

Bismillahirrahmanirrahim

SesungguhNya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu 
Berhimpun dalam naungan cintaMU
Bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan.

Kuatkanlah ikatannya, tegarkanlah cintanya, tunjukilah jalan- jalanNya,dan terangilah dengan cahanyaMu yang tiada pernah padam. 
Ya Rabbi bimbinglah kami.

aaaminnn....

saya takut..

assalamualaikum..

banyak kali juga saya ada terpikirkan berkenaan ini. saya sebenarnya memang takut. takut dengan apa yang saya dah buat, maksud saya apa yang saya tuliskan dan coretkan di laman blog ini. takut akan dipersoalkan di kemudian hari dan takut bila dipersoalkan di hadapan Allah nanti..

dalam masa yang sama, saya mengharapkan tulisan saya di laman blog ini sekurang kurangnya memberi sedikit manfaat pada pembaca lain.. semoga bila saya sudah tiada didunia ini, tulisan saya masih hidup, ada yang membaca dan dibukakan pintu hati mereka ke arah kebaikan. moga saya juga dapat sedikit manfaat daripanya di sana..

saya menulis bukan kerana nama, malah saya tidak suka menjadi perhatian dan saya suka jika saya tak dikenali sesiapa. saya menulis kerana minat saya dalam penulisan. tapi saya hanya manusia biasa. bahasa pun tungang langang, gaya bahasa pun jauh gaya dari bahasa sastera. banyak merapu dan merepek. tapi ada sesetengahnya saya menulis dari hati saya. sesetengahnya terutamanya motivasi lebih pada mengingatkan diri saya sebenarnya.

ya. saya manusia yang lemah serba serbi. terutamanya yang melibatkan emosi dan perasaan. saya sentiasa memerlukan kata2 motivasi untuk saya positif pada kehidupan ini..

maapkan saya yang serba kekurangan.

Tuesday, March 10, 2015

4:17-18

17- Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

18-Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih

sisi gelap + sisi terang

selepas tengok cerita black swan.. terasa terkesan sedikit, sbb cerita dia macam ada kelainan, cerita di sebalik cerita, dan ada unsur psikologi.. bila google2, rupanya cerita ni memang hits, pelakon yg melakonkan watak nina, pemain utama cerita ni menang anugerah oscar..dan banyak lagi anugerah yang mengiktiraf cerita ni..

sebenarnya bukan nak cerita pasal sinopsis cerita ni..itu boleh google sendiri..tapi nak cerita pasal personaliti diri manusia. setiap dari kita pastinya ada sisi gelap dan sisi terang.. yang membuatkan kita menjadi diri kita bila salah satu dari sisi menjadi dominan kepada sisi yang lain.. tiada manusia yang sempurna. kesempurnaan tak akan tercapai sampai bila2.. kita hanya boleh menghampiri sempurna..

naluri.. apa yang ada jauh dari lubuk hati yang paling dalam.. satu bentuk keinginan yang seakan memaksa untuk dikeluarkan atau disalurkan. akhirnya bila tekanan menghampiri luar dan dalam, sehingga minda tidak dapat ditahan...

muncullah naluri..
muncullah sisi gelap..

yang pasti..yang akhirnya memakan diri sendiri. yang membunuh jiwa..

sisi gelap + sisi terang = manusia

Sunday, March 1, 2015

nilai..

assalamualaikum..

bukan nak cerita pasal Nilai, tempat cari barang2 kahwin tu.. hehe.. ini nilai lain..nilai yg dimaksudkan ialah sikap/sifat seseorang.mungkin ini yg paling dekat.. kalau dulu masa kita sekolah ada belajar pelajaran pendidikan moral kan?. tapi ini untuk pelajar bukan beragama islam rasanya. ok.kalau mcm tu kelas pendidikan agama islam la untuk pelajar islam.. ada banyak konsep nilai yang kita dah belajar kan?..

banyak.. antaranya nilai tolong menolong, kerjasama, berterima kasih, bersyukur dan sebagainya. tapi biasalah kan masa kita belajar, kita cuma belajar..kadang tak paham pun konsep sebenar. bila jadi  pada kita sesuatu perkara yg berkaitan dengan nilai yg kita pernah belajar, baru kita faham dalam konsep yg sebenarnya. saya pasti sampai usia kita dewasa pun, sesetengahnya masih tak paham dengan konsep nilai..saya pun salah seorang..hehe.. tapi hidup ini kan satu perjalanan panjang dan kita belajar dari perjalanan panjang itu. pelajaran satu proses panjang yang tak akan pernah habis selagi kita hidup..

sebenarnya nak cerita pasal kepentingan nilai. istilah nilai sendiri pun dah memberi satu maksud yg penting atau tinggi kan. contohnya nilai matawang dan nilai emas. tapi nilai2 yang baik tak ternilai harganya, tak dapat disamakan dengan apa2 nilai pun. macam pening je kenyataan ni..haha..

nilai sebenarnya dia macam pakej tau. contohnya, dari kecik kita dah dididik dengan nilai bersyukur dan berterima kasih.. sampai besarlah nilai ni kita bawak bersama.. macam tu la jugak kalau dari kecik kita dah terbiasa dengan nilai2 buruk.. keberangkalian tinggi untuk kita tetap ada nilai tu bila kita dah besar. melainkan sesuatu yg besar atau memberi kesan mendalam terjadi dipertengahan kehidupan dia..

jadi kesimpulannya nilai ni sesuatu yang sangat2 penting. so, bakal emak ayah..take note.. terapkan nilai2 murni dalam diri anak msing2 sejak kecik lagi..emak ayah memainkan peranan yg sgt penting dlam pembentukan diri anak2.. moga2 semua anak msing2 jadi manusia yg hebat bila besar nanti ya..hebat di dunia. hebat di akhirat.. amin..

#merepekpagibuta
#macamemak2pulakbaginasihatkeluarga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...