Monday, May 30, 2016

motivasi : rezeki

assalamualaikum

rezeki dalam hidup kita ada macam2. setiap orang Allah dah janjikan rezeki masing2. tak tercepat atau terlambat. Allah lebih tahu masa yang terbaik untuk kita terima rezeki kita

Ada orang Allah mudahkan jodoh. senang berjumpa pilihan hati dan bernikah. Lambat jodoh, Allah rezekikan kita dengan dapat beramal untuk ibubapa dan adik beradik kita..

ada orang rezekinya pada anak2.. setiap anak yang dilahirkan ada rezeki masing2.. ada orang yang bertahun menunggu zuriat, tapi ada pula orang yang senang2 membuang..;(

ada orang Allah mudahkan kefahaman..mudah belajar dan dapat membaca Al Quran..ada orang hanya mampu mengusap Al Quran.. ;(

ada orang Allah bagi rezeki masa untuk ke masjid setiap waktu..dapat beriktikaf di masjid, dapat beribadat. ada orang setahun sekali je jejak masjid, lagi kesian sekali seumur hidup, ketika jadi mayat.. ;(

alhamdulillah.. syukur dengan segala nikmat rezeki yang Allah beri. segala yang baik datangnya dari Allah..

carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, insyaallah rezeki akan mudah sampai pada kita dalam semua perkara..

bersyukurlah saat ini kita masih direzekikan dengan dapat bernafas dan masih sempat untuk bertaubat.

nikmat tuhan

bismillahirrahmannirrahim..

بِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ 

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan

Ayat yang diulang2 sebanyak 31 kali di dalam surah Al Rahman. Ayat peringatan untuk kita semua yang sering alpa dan lupa akan nikmat tak terhingga yang Allah berikan..

kita lupa untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sebaliknya kita banyak mengeluh akan kekurangan. kita banyak membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain yang pada pandangan kita 'sempurna'..
malah tak malunya kita dengan buat apa yang Allah larang dan tinggalkan apa yang Allah suruh..

kita sibuk fikirkan kehidupan di dunia.. terkejar-kejar mencari harta dunia tanpa sibuk mencari harta akhirat kita. kita lupa hidup di dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi..

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
tapi biasanya kita akan ingat bila dah terlambat. dah tergantuk baru nak tergadah kata orang. baru kita sibuk mencari Allah. baru kita sibuk menadah tangan, berdoa mengharapkan kesihatan, kemaafan..

nikmat yang Allah beri ketika kita sihat, kaya, muda dan masa lapang kita langsung tak bersyukur. bila tiba masa kita sakit, tua, jatuh miskin dan sibuk baru kita teringat Allah. nikmat hidup yang kita ada sementara ni jangan kita sia-siakan sebelum kematian datang menjengah..

maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

#pesananuntukdirisendiri

Saturday, May 7, 2016

surat untuk emak : selamat hari ibu

emak,
selamat hari ibu^^^^__________^^^^
kaklong sayang emak 200% + 100%
tapi sebenarnya rasa sedih juga
sebab tak pernah ucap depan2 (malu).. emak pula jenis tak suka kena peluk cium.. menurun la kat anak dia yang sorang ni jugak..

tapi kan emak, sebenarnya emak, emak luarbiasa, superwomen.. anak dah besar panjang camni pun emak jugak yang susahpayah masakkan kami lauk dan makanan yang sedap2. berusaha penuhi permintaan anak2 dia yang nak makan tu, makan ni..siap kadang tinggalkan untuk anak2 lain sampaikan basi makanan tu..

kaklong teringat time emak sakit dulu. berhari2 duduk hospital, tengok muka emak yang sakit, yang tak lalu makan sebak rasanya. tapi alhamdulillah emak kuat!!.. emak sembuh dengan cepat. kalau kaklong kat tempat emak, kaklong sendiri tak tahu kuat ke tak kaklong hadapi dugaan tu. alhamdulillah kami semua anak2 ada sentiasa dekat dengan emak. semoga emak kekal sihat sentiasa. jaga kesihatan emak baik2.. suka tengok emak aktif kesana kesini, ke surau dan pergi kumpulan marhaban..

teringat juga emaklah orang yang paling risau kaklong tak dapat kerja lagi lepas habis belajar dulu. sibuk tanya orang lain kalau ada kerja kosong. masa tu kaklong rasa down sangat, ada juga terdetik rasa emak terlebih2 sibuk, kaklong rasa masa tu kaklong nak buktikan sendiri kaklong boleh cari kerja sendiri tanpa bantuan emak. terasa diri ego pulak time tu. maapkan kaklong ye emak..:(

macam sekarang ni pun kaklong rasa emak risaukan kaklong yang tak kahwin2 lagi. bila sorang2 kawan kaklong kahwin, dan adik beradik sendiri pun dah kahwin, makin bertambah risau emak. insyaallah emak, jodoh tu ada, cuma tak tahu bila je..emak doakan je selalu tau.

rasa bersalah pulak sebab terasa kaklong banyak buat emak risau kadang2. kalau boleh kaklong nak tengok emak hepi2 je selalu. tak pening risaukan sangat pasal anak2. kaklong paling suka bila emak ketawa sebab ketawa emak akan berjangkit pada kaklong.

anak emak ni sebenarnya paling banyak rasanya ikut sikap emak. anak sulung la katakan. degil, banyak membebel, berjimat, kelam kabut sikit..hehe..

walau kadang2 geram jugak dengan emak, walau kadang2 ada rasa marah jugak dekat emak, emak tetap emak terbaik yang kaklong ada. kaklong bersyukur Allah masih pinjamkan emak pada kaklong dan adik beradik lain. sama jugak dengan abah.. moga Allah sentiasa berikan emak dan abah kesihatan yang baik, umur yang panjang dalam ketaatan pada Allah, kehidupan yang diredhai Allah, diberikan ganjaran pahala dan syurga.. aminnnnnnnn

#selamathariibu
#kaklongsayangemak
#membebeltakbolehtidur
#hashimahsimat

yang sebenarnya..

sebenarnya,
kita memang patut bersyukur dengan segalanya.walau dengan perkara yang kita rasa buruk. sebab perkara buruk pada kita mungkin baik pada Allah, atau mungkin pada orang lain dan mungkin juga baik untuk kita. dugaan membuatkan kita jadi insan yang lebih tabah dan kuat. Allah knows better.

sebenarnya,
kita kena yakin dan percaya pada takdir yang Allah dah tetapkan. just going with the flow. sebab kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan, kita kena percaya Allah dah susun cantik2 kisah hidup kita. Allah jua sebaik2 perancang..

sebenarnya,
bahagia tidak perlu dicari. ia ada dalam jiwa kita. hanya diri kita sendiri yang tahu apa dan bagaimana untuk bahagia..

sebenarnya,
pengharapan sepatutnya hanya disandarkan pada Allah. kita boleh berharap pada manusia lain, tapi bersedialah untuk menerima kekecewaan. kadang hati tak seiring jiwa, perbuatan tak seiring percakapan..

sebenarnya,
perjalanan hidup kita di dunia sangat singkat. rugilah jika kita tak berebut bekalan akhirat kita. rugi jika kita terus hanyut dalam perkara yang tak mendatangkan faedah pada diri kita sendiri..

sebenarnya,
dragon ball ade tujuh biji kesemuanya.. 
(hahahaa......)

Thursday, May 5, 2016

surat buat bakal suami..

assalamualaikum,
kehadapan bakal suami yang berada di atas bumi Allah, yang sudah ditetapkan jodoh denganku di Loh Mahfuz,

awak,
walau siapapun awak, jika sudah tersurat awak jodoh saya, dengan lafaz bismillah, saya terima awak dengan ikhlasnya. saya bersedia menerima segala kekurangan jua kelebihan awak. begitulah juga yang saya harapkan dari awak. saya hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangannya. saya harap kita dapat hidup dengan saling melengkapi kerana itulah antara tujuan perkahwinan..

awak,
terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi suri dalam mahligai impian kita. kerana saya mungkin bukanlah insan terbaik yang pernah hadir dalam hidup awak. tetapi insyaallah, saya akan cuba menjadi yang terbaik. seorang isteri yang solehah dan seorang umi yang terbaik untuk bakal khalifah kecil kita..

bakal imamku,
saya berharap awak dapat membimbing saya dunia akhirat. menjadi seorang ketua keluarga yang baik. yang dapat membimbing kami satu keluarga ke jannah. saya tahu kita ada tanggungjawab masing2. pinta saya jadikanlah tanggungjawab itu sebagai satu amanah yang berat untuk kita laksanakan. Dan moga kita saling ingat-mengingati, saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain dalam menjalani bahtera rumahtangga kita nanti.

awak,
saya tahu mungkin akan datang dugaan dalam alam rumahtangga kita. pokok mana yang tak bergoyang bila ditiup angin. saya harapkan kita berdua tabah dalam menghadapi apa jua dugaan mendatang, dan jalani hidup dengan penuh yakin dan berani dan dalam redha Illahi. saya jadi kuat bila awak ada bersama-sama.semoga awak tetap sayang saya hingga di penghujung nafas saya, kerana itulah yang saya akan buat disaat awak dan saya bersatu dalam lafaz pernikahan. mencintai dan menyayangi awak sepenuh jiwa.

awak..
kita mungkin merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah perancangan Allah. jika apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan, semoga kita bertabah dan menerima segala takdir yang sudah dititipkan buat kita..

akhir kata,
"tercipta aku dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi"

*pecah kaca pecah gelas,
sudah baca haraplah dibalas" 

"__________________________________"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...