Wednesday, November 23, 2016

first time admitted

assalamualaikum...

dah msuk hari ketiga kat wad arini.. dari petang isnin ritu.. sekarang tengah kebosanan, menunggu bila boleh discharge..

tapi alhamdulillah result scope n ultrasound normal. tak ada penyakit yang berbahaya.. cuma ada gastrik and sikit asid reflux kat dalam perut. ultrasound pulak sama macam buat tahun lepas, still ade salur darah yang bengkak kat belakang hati.. doctor panggil haemagoma kowt ( x pasti ejaan die) tapi kata tak bahaya.. kadang2 on off jgak sakit kat situ.. n rasanya cyst pun still ade kat belah ovari kiri.. tapi ni disebabkan hormon. selagi tak besar, x bahaya sangat rasanya..

nak cerita first time buat scope.. kena buat atas bawah pulak tu.. sebab mulut gatal cakap ada masalah cirit birit, sbb sblum2 ni slalu sembelit.so doc syak ade syndrom IBS atau dipanggil usus sensatif.. tapi sebenarnya ok jugak sbb dari dlu pun mmg nak check keadaan usus..cuma takut nak g hospital. ni dah alang2, buat je la..

malam sebelum tu yang siksa sebab kena habiskan air masin.. untuk bersihkan usus.. sampai 5 jag kena minum air masin tu dan x smpai 1 minit akan berulang alik ke bilik air.. seksa jgak la sebenarnya nak abiskan air tu..

bila nama dah kena panggil, bedebar smacam.. first time kena tolak dok baring atas katil jugak.. bile dah smpai kat bilik scope tu, bukannya boleh terus buat.. lama menunggu.. sebenarnya menunggu tu pun seksa gak. macam2 benda dok pikir, semua ayat al quran yang boleh baca dibaca, selawat bnyak2 kali. tak tau bape lama kena tunggu tapi ade la jgak dekat 30min kowt..

then bile dah kena sorong msuk bilik tu, tgok nurse, tgok doctor dah sedia, tgok alatan2, lagi la bdebar smacam.. bile die mcam nak start je, suruh bukak mulut n baring mengiring.. tiba2 terus pengsan.. sedar2 je dah ade kat luar bilik.. mmg x ingat langsung. xde rasa sakit pun sebenarnya.. cuma rasa pening..n perut penuh dengan angin..

antara pengalaman yang tak boleh dilupakan.. harapnya ini yang pertama dan terakhir kena buat scope. sama2 doakan kesihatan sy ye.. ssh nk jaga kesihatan lebih2 lagi tang mkanan dan senaman. makanan yang x sihat tu la favorite food.. dah terbiasa ssh nak ubah habit makan makanan yg sihat.

alahai... tapi bile dah sakit.. menyesal pulak tak jaga pemakanan kan.. tahun dpan dah nak masuk 3series, lagilah mcm2 pnyakit boleh ada kalau still x jaga pemakanan.. boleh tahan degil gak saya ni sebenarnya..hehe...

Thursday, November 17, 2016

tazkirah 17112016

assalamualaikum..
alhamdulillah  hari ini sy smpat dengar tazkirah ringkas dari ustazah kat surau rhb. mengenai khusnul khatimah. kata ustazah, kita kena selalu berdoa semasa hidup supaya mati kita nanti dalam keadaan yang baik, di tempat yang baik. doa yang terbaik. betul, kita tak tahu bila kita akan mati, begitu juga dengan tempat mati kita. kalau kita duduk selayang, membesar kat selayang, belum tentu juga kita mati kat selayang.
kita selalu dengar kalau ada berlaku kematian, kita akan beri ucapan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang baik dan beriman kan.. rasanya tak salah kalau doa yg sama kita mintak untuk diri kita sendiri selepas solat.
kita semua punya visi untuk masuk syurga kan? jadi misi kita salah satunya mati dalam keadaan baik..
insyaallah.....
ustazah ada bagi 3 tips untuk dapatkan hati yang tenang (3T)
1) tadabbur - menghayati maksud/makna isi Al Quran..
2) tahajjud - solat malam, bangun untuk mrngadu, menangis padaNya
3) tawakal - berserah diri sepenuhnya pada Allah setelah berusaha
ustazah ada jugak berkongsi mengenai asmaul husna dan ayat seribu dinar yang kalau boleh kita amalkan selalu..

Sunday, November 13, 2016

untitled & unedit

assalamualaikum..

tandus ini, tapak kaki kita berpijak.
di bawah naungan langit illahi.
kita pasak kukuh iman dalam diri.
kita bina benteng jati diri islam.
semangat perjuangan islam tidak akan pernah sirna.
selagi terbit mentari dan bulan,
selagi azan bersahutan berkumandang, selagi mana Al Quran menjadi kitab panduan, selagi itu syiar islam akan terus tertegak di muka bumi ini..

Saturday, November 12, 2016

update

assalamualaikum...
lamanya tak men'update' kat sini!!..lama jugak tak menyibuk nak menjengah kat sini.. macamlah sibuk sangat kan kan..tp bukan ada sesiapa pun yang datang nak membaca, melainkan diri sendiri.. . (alahai....hahaha..)
dah terjengah kat sini saja la ingat nak update sikit pasal diri sendiri.

baru2 ni kita baru je bertukar tempat keje..bukan dapat keje baru.. i masih setia dengan rhb tau!!
cuma berpindah tempat kerja, dari Plaza OSK ke RHB Centre kat Jalan Tun Razak.. baru je seminggu kowt, dalam proses nak menyesuaikan diri.. selamat ade bas direct dari selayang ke office terus, tak payah dah berebut2, berhimpit2 dalam lrt n bayar duit parking kat gombak.. so dapat la jimat sikit duit minyak n duit touch n go..alhamdulillah.. tapi kena gerak awal n parking secara 'haram' kat warta. memang berisiko tinggi untuk disaman..tapi mengikut kakak2 yang betahun dok parking kat situ, x penah plak kene saman.. agaknya akak tu 'kebal' dengan orang mps atau sedara2 die gak orang mps.. xpe, kite ikut rentak akak2 kat situ dulu. kang dah kene saman, baru la pikir..haha..

kat sini yang bestnya, rasanyalah macam lebih santai sikit kowt. lebih relax, xdelah kelam kabut macam kat osk,,maybe sbb persekitaran die, surau pun besar, mengantuk2 boleh la tido sekejap (tp x boleh buat selalu la), byk majlis ilmu n ade solat jemaah utk Zuhor and Asar..tapi bile nak balik terpaksa berebut nak naek bas. dah semua keluar serentak, basnya cuma ada 2 je.. dahle x boleh berdiri, cukup penumpang jalan.disebabkan kita ke selayang, nak tak nak memang kena kejar bas pertama. kalau tak, terpaksa la naek teksi (dengan jamnye)/ uber / bas rapid (berjanggut tggu gak),,
mggu lepas balik je terus pengsan, tido awal..rasa penat plak walaupun dalam bas tido je.. ye lah, belum dapat sesuaikan diri lagi la tu...


sekarang tengah pening sikit2 pikir pasal majlis bulan 12 nanti.. ermm,,,, macam banyak pulak x buat lagi..barang2 baru sikit2 je beli.. insyaallah.moga nanti majlis berjalan lancar..doakan sis ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...