Showing posts with label seseorang. Show all posts
Showing posts with label seseorang. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

suatu masa dahulu..

teringat pada suatu masa dahulu. kali pertama berjauhan dengan keluarga. mungkin sebab kali pertama saya kurang rasa sedih, lebih kepada perasaan eksited untuk hidup sendiri, jauh dari rumah.

KMM aka Kolej Matrikulasi Melaka Londang menjadi titik tolak permulaan saya keluar dari dunia tempurung saya. Sebelumnya dunia sy hanya berlegar sekitar rumah dan sekolah. di selayangku sayang.

Disana peluang untuk berjumpa dengan lebih ramai kawan dan lawan. Disana sy belajar erti berdikari..Banyak benda, peristiwa, ilmu yang sy belajar di sana.. saya yg sekarang mungkin sedikit sebanyak hasil dari saya yg disana.

Alhamdulillah.. antara kenangan manis yang akan dikenang seumur hidup. rasanya banyak yang manis dari yang masam.. saya cukup bertuah sebab ditempatkan bersama mereka yang teristimewa. mereka teman gaduh, teman bicara, teman meluah rasa. mereka teman suka duka. mereka teman dan adik beradik.. 4 orang dari negeri yang berbeza bersama 4 personaliti yang berbeza.

along aka saya. asal dari selangor. paling pendiam dan pemalu.

angah aka Ismatul Nurul Ashikin. Asal dari kelantan. paling riuh antara kami semua. rajin dan sungguh2 buat sesuatu kerja. sy paling rapat dengan angah. paling ingat angah punya perangai pelik. kaki akan letak dalam bantal masa tidur. comel!!.. angah ajk surau sekali ngan acik.

acik aka Nur Syamila. Asal dari perak.paling pandai antara kami. paling ingat katak selalu masuk kat bawah katil acik yg penuh dengan plastik. saya la selalunya akan jadi heroin keluarkan katak.depa semua berdiri atas katil. hehe.. acik, jenis yg independence, nampak garang sebenarnya tapi hati dia lembut. Kadang2 keluar juga perangai kanak2 ribena dia bila dengan alang.

alang aka Lenny Farina.Asal dari kedah. Paling cantik antara kami. yg lain pun cantik2 jugak..hehe. teror speaking habak hang. paling manja juga tapi sebenarnya paling matang antara kami. mungkin sebab sejarah hidup dia

paling rindu nak dengar loghat kedah alang  loghat kelantan angah.serius!! rindu sangat dengan diorang. lupa.kami ada jiran rapat, menjadikan kami satu keluarga yg besar. Intan, Kak Anis dan Hazirah.. nanti sy cerita pasal diorang pulak dan orang2 lain.

pada waktu dulu tu pada tahun 2005/2006. jadi sekarang hampir 10 tahun. semua pun dah ada hidup masing2.angah dah kahwin, ada seorang puteri yg comel!!. sekarang sambung belajar di Aussie. Alang berjaya dengan bisnes dia sendiri. jojiejojes..acik baru je kahwin sabtu lepas. bangga dengan hangpa sume.along je terkontang kanting haa.. tapi terkilan juga sebenarnya, terputus hubungan dengan acik. alang pun baru2 je jumpa balik. kalau dulu selalu contact2 mungkin dpat buat reunion dekat kenduri acik. ;(


Sunday, March 2, 2014

part 3: sebenarnya dia...

assalamualaikum..

bersambung lagi dengan siri sebenarnya dia...saya kan ada 4 orang adik beradik tersayang.ada dua lagi yang belum sempat diceritakan. ok arini kalau sempat boleh buat dua sekaligus.kalau tak hanya Allah yg tahu bila saya rajin nak bercerita..hehe.. ;)

ok..sebab semalam besday dia yang ke 26 tahun. 1 mac 1988 tarikh dia dilahirkan. anak kedua. lelaki.mesti emak abah gembira dengan kelahiran dia sebab pelengkap sepasang rezeki yg Allah bagi. berselang lebih kurang setahun dua bulan jarak kami. jadi kadar pembesaran atau zaman tumbesaran kami lalui tak banyak sangat beza.

banyak kenangan masa kecik tapi tak semua dapat ingat.itupun sesetengahnya abah yang cerita balik. ok..sebenarnya dia adik lelaki saya yang kedua. sekarang pangkat dia leftenan muda (dr) Khairul Anwar.. terbaik la angah!!.. hehe..angah kebanggaan kami sekeluarga. emak abah dan adik beradik lain pastinya gembira dengan kejayaan angah. sehinggakan emak abah tak dapat tahan emosi bila ada orang bercerita pasal kejayaan angah

alhamdulillah.. bulan 4 tahun ni angah bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya. jadi ini besday terakhir dia sebagai bujang. tahun depan ada rezeki mungkin sebagai ayah pulak?..hehe..kita doakan sama2.. bertambah lagi ahli dalam family

ok..angah dari kecik lagi dah menampakkan kemampuan dan kebolehan dia. pergi sekolah pun rajin. peksa semuanya straigh A rasanya. sejuk perut emak mengandungkan angah. emak pernah cakap angah paling senang emak lahirkan. kecik2 pun tak banyak masalah. beza sungguh dengan saya..hehe..ingat lagi masa abah ajar maths soalan tambah tolak rasanya.angah je dapat jawab betul. masa mengaji pun angah dulu naik quran.saya terkedek kedek lagi baca muqaddam. tapi nak surah2 akhir la jugak. mana tak cemburu bila emak asyik puji angah je kan kan..hehe..itu semua cerita lama..

bila pikirkan balik. kelakar cemburukan adik sendiri. hehe.dah memang dia berbakat. nak jadi macam sekarang bukan senang. banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui betul tak?.. tapi time kecik dulu angah ni nakal jugak. sampai kene balun dengan abah.kena ikat kat pokok rambutan. jadi orang juga akhirnya..

sekejap je dulu kecik, sekarang dah besar panjang. nak jadi suami orang pun. hehe.. semoga angah terus berjaya di akhirat dan di dunia. moga menjadi suami dan anak yang baik. semoga terus mampu menyumbangkan bakti pada pesakit dan juga buat negara tercinta. amin.

Friday, June 14, 2013

part 2: sebenarnya dia...

ok..sambung lagi..orang lain pulak... hehe..part 2: sebenarnya dia... ialah 

KHAIRUL RASYID BIN MOHD YUSOP

hehe..tengok belakang nama ayah kitorang sama kan??.. of course lah, sebab kami adik beradik satu emak, satu bapak..darah yang mengalir dalam diri dia sama je macam darah yang mengalir kat dalam diri saya.. (warne merah jugak kan)..


sebenarnya nak buat entri ni time besday dia 25/5 ari tu..tapi saya busy (alasan..haha, sebenarnya xde mood).. sesangat.. xpelah kan belum sampai sebulan pun..ari ni semangat pulak nak bercerita kan.. ok, adik lelaki terakhir saya ni sebenarnya,,erm..susah jugak nak decribe dalam one word...(berpeluh berpikir)


dia yang dulu dengan dia yang sekarang memang berbeza sangat2..saya suka sangat dia yang sekarang la of course.. manusia berubah kan, acit (nama manja adik saya..haha) pun berubah juga seiring masa dan penambahan usia (chewah..haha).. takyah lah citer dulu2,kite citer yang sekarang la kan...saya suka dia jadi pemuda yang dekat hatinya dengan masjid..kalau takada apa2, setiap solat fardu dia nak g solat kat masjid/surau..terutama sekali solat subuh, sampaikan abah pun jadi terikut pergi surau jugak solat subuh.. Lepas tu dia berdakwah sekali, sama2 ajak memeriahkan masjid/rumah Allah.. Itu yang saya kagum dan bangga sangat... 


Dia pun sama, ramai kawan jugak..rasanya ramai kawan2 yang senang dengan sikap dia.. Dia suka tolong orang..kawan2 dia memang dia tolong sungguh,bukan senang nak dapat kawan waktu susah..Teringat time dia accident dulu, setiap hari ada kawan2 dia yang datang berziarah..cikgu2 pun senang dengan dia, mana2 tempat dia pergi,memang orang berkenan dengan dia..siap awal2 dulu masa g sarawak, satu family dah bekenan nak jadikan menantu.. senang kata dia pandai bergaul dengan orang lain.. itu beza saya dengan dia, saya fail bab2 bergaul mesra dengan orang2 ni..saya lambat nak mesra,makan masa....


Dia ni kira 'lantang' juga orangnya.. lebih2 sekarang dah berjinak2 dalam bidang bahas2/pidato ni.. ye, dia ada bakat ikut perkiraan saya untuk jadi wakil menteri..kerana kebolehan berucap dan meyakinkan orang..tapi kekadang 'over' jugak..haha..sebab menampakkan sangat pendirian politik dia.. kira sebenarnya dia jujur orangnya.. Abah kata acit banyak ikut perangai abah masa muda2 dulu.. memang sebenarnya acit lagi banyak persamaan sikap dan sifat macam abah dari angah.. kira boleh dikatakan anak abah la.. tapi boleh jugak jadi anak emak, manja sangat jugak dengan emak.. kesimpulannya kira kami semua anak emak dengan anak abah jugak!!..(xde kene mengene statement..haha)


Adik saya ni,kelemahan dia...banyak jugak..erm, dia sebenarnya kuat menangis..cengeng siki..senang je tengok air mata dia keluar..haha.. 2nd, dia baran sikit orangnya..tapi rasa2nya semakin dapat dikawal dengan baik..bagus2..haha.. tapi macam banyak kelebihan la berbanding kelemahan (haha, mcm nak promote adik pulak)..


still thinking about one word to describe him.. erm, any ideas??







Sebenarnya dia....

Beza dia dengan saya 10 tahun..jauh jugak kan??..Citarasa dia lebih kurang sama dengan saya..biasanya apa yang saya suka,dia suka..apa yang dia tak suka, saya pun sama..mungkin dalam beberapa perkara kecik yang kami tak sehaluan.. Pemikiran dia tak menggambarkan usia dia kerana dia suka explore new things.. up to date..Ape2 yang dia tak tahu semuanya di'google'.. sifat ni sama jugak macam saya.. 


Saya kagum sebenarnya dengan dia..Kagum dengan bakat dia..Dia ada bakat besar dalam bidang seni.. lukisan2 dia walaupun tengok simple, tapi ada expression..bukan senang nak lukis kalau xade bakat kan..Dia warisi bakat melukit tu dari abah..kalau abah terer lukis scene/pemandangan, dia terer lukis anime/watak.. Lagi satu yang saya kagum pasal dia, dia punya gaya pembawakan.. Dia nampak senyap jugak, x banyak cakap macam saya jugak..tapi mana2 kitorang pergi mesti ada kawan2 yang akan tegur dia.. Kesimpulannya dia popular,dikenali dan disenangi ramai..


Tapi yang saya tak suka pasal dia, dia ni moody/berangin sikit.. kalau mood dia ok, ok la orang sekeliling..dia layan baik..kalau mood dia tak ok, memuncung je..saya pun x berani tegur kalau tengok dia dah macam tu...Ok. sebenarnya dia adik bongsu saya..Nor Farhanah Binti Mohd Yusop.. semalam hari lahir dia yang ke 14 tahun.. Selamat Hari Lahir Farah..haha.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, berjaya dunia akhirat..jadi anak yang solehah, adik yang baik..haha.. 


Mungkin dari kecik saya banyak jaga dia, menyanyikan dia kat buaian, bercerita sebelum dia tidur, pakaikan baju dia. suap makan dia..dia makan jugak la nasihat2 yang saya bagi. Kami rapat la jugak sebab tinggal kami berdua je sekarang kat rumah tu.. tapi saya bukanlah kakak yang baik sebab saya jarang ambik tahu jugak masalah dia..kekadang dia bercerita pun dengar tak dengar je.. jarang la jugak kita women talk sangat..haha..tapi saya sayang dia sangat2.. saya sayang semua adik beradik saya yang lain jugak.. cuma ye la saya ni sebenarnya tak pandai nak ekpreskan rasa sayang saya.... 



Sunday, January 8, 2012

cerita seorang lagi sahabat..

Terasa hari ni nak bercerita mengenai orang2 yang aku kenal, yang aku respect pulak.. ok, next person ialah WIRDA SHAFIRA..



Dia ni pown sebenarnya aku kenal dari sekolah menengah, sekolah rendah pown same jugak, tapi tak pernah  tahu kehadirannya di sk2 dulu2..itupun lepas dia cerita yang dia masuk sekolah tu dari darjah 4, baru aku tahu.. kita sama kelas form2 dan form 3 jer, lepas tu dia sambung belajar kat mrsm muar.. masa form 2 x kawan sangat dengan dia, kenal sebagai kawan sekelas je la.. ye la, dia pown kawan bertiga jer, zalikha dengan fawwaz geng rapat dia.. masa form 3, hamizah x sama kelas dengan aku, so aku kenelah mencari kawan baru..kebetulan kawan satu meja fawwaz, lidya pown bertukar kelas..so aku pown duduk la sebelah fawwaz, belakang wirda dengan zalikha.. dari situlah berkawan dengan dia, bersembang2..tapi aku still pendiam jugak masa tu..banyak buat kerja sekolah dengan studi, ye la nak pmr tahun tu kan.. kene usaha sungguh2, tebus kekecewaan upsr..dari form1 lagi aku dah bertekad macam tu sebab nak buktikan dekat emak aku yang aku pun pandai jugak!!..hahaha (masa tu zaman memberontak dengan emak..hahaha).. lagipown diorang bertiga ni suka bergosip, lepas tu ade bahasa tersendiri yang diorang gunakan merujuk ke sesorang.. aku pown malas la nak ambik pusing...


Yang jadi rapatnya dengan wirda ni time uitm, kitorang berjumpe semula..memang lepas sekolah kitorang still contact lagi..tau die masuk uitm sama,fakulti sama, so kitorang pown decide nak daptar sama2 la.. so, mase nak ambik no bilik tu, memang wirda dah siap kira2 nak satu bilik..so, jadilah kitorang roomate, dan kemudian bila duduk menyewa di luar, tambah jadi housemate..masa ni la jadi rapat, jadi kenal dengan tabiat masing2..dah duduk sebilik 3 tahun kan..memang kenal sangat la luar dalam perangai dia cammane...banyaklah berbincang./berbual/mengutuk dari hati ke hati... hahaha.... banyak yang dia tahu pasal aku, banyak yang aku tahu pasal dia...

yang beznya dengan wirda, kitorang ada banyak benda yang sama yang boleh dikongsi, minat yang sama, cara berpikir pown agak sama.. kira kitorang sehati sejiwa jugak la..=p  setiap semester dulu mesti akan pergi ke satu2 tempat..sebab kitorang suka berjalan2, pergi sana-sini..cume duit jadi kekangan.. lepas tu kitorang ni hantu novel.. lebih2 lagi novel trailer, Ramlee Awang Mursyid novelis yang kitorang minat..dah kenal dengan dia baru tahu sape2 yang dimaksudkan time sekolah dulu.. lepas tu kitorang sama jugak satu tempat kerja kat vads.. 


ok, bercerita mengenai peribadi wirda pulak..hehehe.. dia yang aku kenal panas baran sikit orang dia.. time2 kat u dulu dengan aku2 pown selalu jer menjadi mangsa kemarahan dia.. hahaha.. tapi lama2 dia dapat jugak mengawal baran dia tu..Dia ni ade semething special dalam diri dia yang orang2 lelaki dapat nampak, aku rasa la... sebab ramai sebenarnya yang minat kat dia ni, sampaikan yang dah ada ikatan yang sah pown terkejar2 dia..tapi dia kira ada rupa jugak la..yang paling orang lelaki suka mungkin cara pembawaan dia la aku rasa...dia memang sangat pandai membawa diri, itu aku respect sangat!!.. pandai menyesuaikan diri, petah berhujah!!.. pandai putar belit dan pandai buat orang kalah kalau bercakap dengan dia.. dia x lah peramah sangat jugak aku tengok, tapi senang berkawan dengan mana2 orang, terutamanya lelaki..


yang aku respect jugak dengan dia sesangat sebenarnya dia seorang yang tabah dan cekal!!.. tabah sesangat!!.. dari kecik dari penceritaan dia sampai sekarang dari katamata aku berkenaan keluarga dia lah terutamanya, dia sangat tabah.. sampai satu tahap tu dia menangis time solat, aku dengar jadi sedih, menangis sama2 dengan dia sekali..kisah hidup dia menarik kalau nak dijadikan novel..aku selalu cakap kat dia cenggitu.. dia pown mengiakan jer.. sekarang ni masing2 dah sibuk, jarang berjumpa.. cuma acara wajib tahunan kitorang memang dinanti-nantikan... Pesta buku antarabangsa =p

cerita seorang sahabat ..=)

terasa nak bercerita mengenai sahabat yang aku kenal dari sekolah tadika lagi.. sehingga kini masih bersama2 lagi, kekal menjadi sahabat dan antara insan teristimewa dalam hidup aku..HAMIZAH ZAHRi.. 



Bercerita mengenai peribadi dia senang cerita dia sangat2 menyenangkan, sangat membuatkan orang senang dengan dia..haa...macamtu la dia..antara orang yang aku respect sangat pasal peribadi dia.. Dia suka nak membantu orang lain, walaupun x boleh, dia cuba jugak iktiarkan, dia pandai ambil hati orang lain, pandai gembirakan hati orang lain... orang jadi senang berkawan dengan dia.. dia senang masuk dengan semua peringkat umur, dari kanak2 sampailah ke tua... Dia yang aku kenal memang rajin berusaha, rajin buat kerja dan bersemangat sekali dalam hidup!!...


Ingat banyak kenangan manis dengan dia saat waktu sekolah dulu, dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah...bile dah besar dewasa ni nampak dia menjadi insan yang lebih kuat dan sabar menghadapi dugaan dari zaman sekolah dulu..masa sekolah dulu pun ramai yang senang dengan peribadi dia.. sampai aku pernah berfikir la, untungnya sape yang jadi suami mieza, bertuah sape yang dapat memiliki hati dia!!..senang cerita memang menantu pilihan la..

aku sebenarnya cuba nak menjadi seperti dia.. merendah diri, semua orang senang dengan kita.. tapi rasa-rasanya mesti tak boleh...hehehe... sebab ape tau..aku ni memang murah dengan senyuman tapi mesti ramai orang kata aku ni sombong sebab aku tak reti nak tegur orang dulu, nak beramah-ramah/bersembang2 dengan orang yang baru kenal..yang dah lama kenal pown kalau x rapat memang xboleh sembang kencang.. kira sebenarnya aku ni susah nak terima orang baru, susah nak percaya orang!..teruk kan??..hahaha...

hahaha..dah lari tajuk sikit. ok.. dipendekkan cerita, mieza satu dalam sejuta kot orang2 yang cenggini.. ape orang kata tu, peribadi contoh la!! =p    bukan nak bodek dia sebab dia kawan baik aku tapi selama yang aku kenal camgitu la perangai dia, dari kacamata aku itulah yang aku nampak.. moga2 mieza dapat apa yang diimpikan dan segala impiannya menjadi kenyataan..amin=p


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...