Saturday, May 2, 2015

some notes

everything does for reason. kadang kita tak tahu sebab disebalik tindakan seseorang tapi pastinya ada sebab kukuh kenapa dia buat begitu dan begini. dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. kita mungkin tahu dan faham selepas kita teliti semula setiap kejadian yang berlaku. dan kita akan bersyukur dengan setiap kejadian dan hikmah yang Allah titipkan untuk kita..

sometimes, life is out of our control. kita hanya berhak merancang, tetapi Allah jualah yang berhak menentukan. kadang bila apa yang kita nakkan berlaku tak seperti yang kita harapkan, kita belajar kita hanya hambaNya yang lemah. Allah dah tetapkan takdir buat setiap hambaNya. kita belajar untuk berdoa dan berharap.

sometime we forget about choices. life actually all about choice. pilihan sentiasa ada. tinggal kita kadang yang degil atau tak nampak jalan lain, hanya berpegang pada satu jalan. kita ada pilihan untuk patah balik, jalan terus atau pilih simpang lain. mungkin bila kita pandang sesuatu dari sudut yang berbeza kita akan nampak pilihan lain tu.

as long as we know what we actually wants in this life, there is always route for us to get what we want. kita mungkin tak nampak apa yang akan berlaku di hadapan kita, tapi life is always move on.. nak tak nak kita akan tetap lalui hari2 mendatang. #positivemodeon

bahagia sebenarnya bukan untuk dicari, tapi ia ada dalam diri kita. merasa cukup dan bersyukur juga bahagia. apa yang kita ada itulah bahagia kita sebenarnya. terpulang kerana bagi aku bahagia juga subjektif sifatnya.

fitrah manusia adalah kembali ke asal kejadian. Allah ciptakan setiap sesuatu ada sebab dan fungsinya tersendiri. setiap dari kita pastinya akan kembali kepada pencipta kita. di pertengahan jalan mungkin kita tersimpang dari jalan yang sepatutnya tetapi naluri kita akan sentiasa berbisik mengenai fitrah kita.

jangan mengaku kalah sebelum bermula. hidup ini penuh dengan uncertainty..kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi. teori hanya teori. 50% betul. 50% salah. jadi jangan letakkan hidup kita atau orang lain hanya pada teori semata. mencuba lebih baik dari tidak mencuba langsung.#moretodirisendiri #sissentap

cukuplah dulu. mood lepas habis baca novel kelabu. orang semua dah lama habis baca, aku baru je cari dan baca buku ni. walaupun di pertengahan cerita terasa tertipu sangat dengan penulisnya, tapi tetap jugak gagah menghabiskan sehingga ke mukasurat terakhir.
#superb #nadiakhan #kelabu

Sunday, April 19, 2015

motivasi : mengharap syurgaNya

bila kita sedar diri kita seorang pendosa, langkah wajib seterusnya kita mesti bertaubat. Taubat nasuha, taubat yang sebenar-benarnya. bukan taubat namanya jika masih melakukan dosa. Namun Allah maha pengampun, meski berapa kali kita tersungkur, bertaubat kemudian mengulangi dosa, kemudian bertaubat kembali, Allah tetap menerima taubat kita. Dengan niat, kita ikhlas bertaubat kerana Allah.

Namun cuba bayangkan selepas kita berbuat dosa dan tidak sempat bertaubat untuk kali yang tak terhitung bilangannya, nyawa kita ditarik Allah. Astaghfirullah.. kita meninggal dalam keadaan berdosa. Minta2 kita semua dijauhkan dari keadaan yang begitu.

Allah maha penerima taubat. tinggal hambaNya sahaja yang gagal bertaubat. Dengan rasa bertaubat, kita sentiasa mengharapkan Allah mengampuni dosa2 kita. kita mengharap Allah mendengar permohonan taubat kita. Kita sungguh2 buat segala amal ibadat. semuanya untuk diri kita juga. bukan untuk orang lain. segala amal ibadah kita pahalanya kita sendiri yang akan dapat.

sebenarnya tidak cukup segala amal ibadah kita walau kita hidup seribu tahun pun. kalau bukan kerana mengharapkan kasih sayang Allah dan syafaat dari Rasulullah s.a.w.. tetapi sebagai hambaNya yang lemah, sepatutnya kita persembahkan yang terbaik, bekalan yang terbanyak yang mana kita mampu, selebihnya rasa berharap pada Allah. Dengan rahmat dan kasih sayangnya moga kita semua termasuk di kalangan orang yang dijanjikan syurgaNya..

motivasi : ampuni dosa-dosaku

sungguh bila direnung kembali kita seringkali melakukan dosa. samaada kita sedar atau tidak atau samaada yang nyata atau yang tersembunyi. dengan ilmu kita kadang baru tersedar selama ini kita jahil. jahil untuk mengambil tahu sesuatu hukum. padahal ilmu itu yang wajib dituntut kerana melibatkan dosa dan pahala.

Allah. kita semua pendosa. meski kadang kita tahu kita hamba yang berdosa, kita masih tegar melakukan dosa tersebut. barangkali bila nafsu lebih mengatasi iman. bukan kita tidak tahu hukumnya berdosa. bukan kita tidak tahu Allah tengah memerhati kita. bukan kita tidak tahu semua amalan kita dicatat oleh malaikatNya.

Allah. banyaknya dosa hambaMu ini, tetapi seringkali tewas dengan dugaanMu. bantulah hambaMu ini, berikan petunjuk, kekuatan dan inayah. Moga aku menjadi hambaMu yang sentiasa dalam rahmat dan keberkatanMu selalu.

Hari baru. permulaan baru, pastinya dengan azam dan semangat yang baru. bukan untuk mengulangi dosa semalam. peluang yang Allah berikan selayaknya digunakan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

Hati yang berbolak balik ini ya Allah, tetapkanlah. pada agamaMu. pada jalanMu. Ampuni dosa-dosaku. sesungguhnya hanya Engkau yang maha pengampun, lagi maha pengasih dan penyayang..


Tuesday, April 7, 2015

suatu masa dahulu..

teringat pada suatu masa dahulu. kali pertama berjauhan dengan keluarga. mungkin sebab kali pertama saya kurang rasa sedih, lebih kepada perasaan eksited untuk hidup sendiri, jauh dari rumah.

KMM aka Kolej Matrikulasi Melaka Londang menjadi titik tolak permulaan saya keluar dari dunia tempurung saya. Sebelumnya dunia sy hanya berlegar sekitar rumah dan sekolah. di selayangku sayang.

Disana peluang untuk berjumpa dengan lebih ramai kawan dan lawan. Disana sy belajar erti berdikari..Banyak benda, peristiwa, ilmu yang sy belajar di sana.. saya yg sekarang mungkin sedikit sebanyak hasil dari saya yg disana.

Alhamdulillah.. antara kenangan manis yang akan dikenang seumur hidup. rasanya banyak yang manis dari yang masam.. saya cukup bertuah sebab ditempatkan bersama mereka yang teristimewa. mereka teman gaduh, teman bicara, teman meluah rasa. mereka teman suka duka. mereka teman dan adik beradik.. 4 orang dari negeri yang berbeza bersama 4 personaliti yang berbeza.

along aka saya. asal dari selangor. paling pendiam dan pemalu.

angah aka Ismatul Nurul Ashikin. Asal dari kelantan. paling riuh antara kami semua. rajin dan sungguh2 buat sesuatu kerja. sy paling rapat dengan angah. paling ingat angah punya perangai pelik. kaki akan letak dalam bantal masa tidur. comel!!.. angah ajk surau sekali ngan acik.

acik aka Nur Syamila. Asal dari perak.paling pandai antara kami. paling ingat katak selalu masuk kat bawah katil acik yg penuh dengan plastik. saya la selalunya akan jadi heroin keluarkan katak.depa semua berdiri atas katil. hehe.. acik, jenis yg independence, nampak garang sebenarnya tapi hati dia lembut. Kadang2 keluar juga perangai kanak2 ribena dia bila dengan alang.

alang aka Lenny Farina.Asal dari kedah. Paling cantik antara kami. yg lain pun cantik2 jugak..hehe. teror speaking habak hang. paling manja juga tapi sebenarnya paling matang antara kami. mungkin sebab sejarah hidup dia

paling rindu nak dengar loghat kedah alang  loghat kelantan angah.serius!! rindu sangat dengan diorang. lupa.kami ada jiran rapat, menjadikan kami satu keluarga yg besar. Intan, Kak Anis dan Hazirah.. nanti sy cerita pasal diorang pulak dan orang2 lain.

pada waktu dulu tu pada tahun 2005/2006. jadi sekarang hampir 10 tahun. semua pun dah ada hidup masing2.angah dah kahwin, ada seorang puteri yg comel!!. sekarang sambung belajar di Aussie. Alang berjaya dengan bisnes dia sendiri. jojiejojes..acik baru je kahwin sabtu lepas. bangga dengan hangpa sume.along je terkontang kanting haa.. tapi terkilan juga sebenarnya, terputus hubungan dengan acik. alang pun baru2 je jumpa balik. kalau dulu selalu contact2 mungkin dpat buat reunion dekat kenduri acik. ;(


Monday, March 23, 2015

hati..

assalamualaikum..

emosi saya kurang stabil pagi ini. hati saya rasa rindu. pada ramai orang yang pernah menjadi sejarah dalam kehidupan saya. pada kenangan2 masa lalu.. saya rasa bersalah pada mereka2 yang hatinya saya pernah tanpa sengaja terlukakan.. bukan niat hati saya untuk berbuat begitu.. sungguh!

bukan mudah untuk menjaga hati semua orang. lebih lagi orang yang kita sayang. baik jaga hati sendiri. bimbang2 hati sendiri semakin pudar warnanya..jaga2 jika semakin hitam..

berbicara mengenai hati ini payah. kalaulah hati orang lain kita boleh nampak. boleh pandang telus ke dalam dada. apa ada pada hati mereka?. ada siapa dalam hati mereka?. ajaib agaknya!!.. hati sifatnya bolak balik.. moga Allah tetapkan hati kita pada islam..

berbalik mengenai mereka yang pernah hadir dalam hidup saya. saya sangat hargai setiap seorang dari mereka.. ada sebab Allah datangkan mereka dalam hidup kita.   kita dapat belajar sesuatu dari mereka, dari pengalaman lepas..

Bismillahirrahmanirrahim

SesungguhNya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu 
Berhimpun dalam naungan cintaMU
Bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan.

Kuatkanlah ikatannya, tegarkanlah cintanya, tunjukilah jalan- jalanNya,dan terangilah dengan cahanyaMu yang tiada pernah padam. 
Ya Rabbi bimbinglah kami.

aaaminnn....

saya takut..

assalamualaikum..

banyak kali juga saya ada terpikirkan berkenaan ini. saya sebenarnya memang takut. takut dengan apa yang saya dah buat, maksud saya apa yang saya tuliskan dan coretkan di laman blog ini. takut akan dipersoalkan di kemudian hari dan takut bila dipersoalkan di hadapan Allah nanti..

dalam masa yang sama, saya mengharapkan tulisan saya di laman blog ini sekurang kurangnya memberi sedikit manfaat pada pembaca lain.. semoga bila saya sudah tiada didunia ini, tulisan saya masih hidup, ada yang membaca dan dibukakan pintu hati mereka ke arah kebaikan. moga saya juga dapat sedikit manfaat daripanya di sana..

saya menulis bukan kerana nama, malah saya tidak suka menjadi perhatian dan saya suka jika saya tak dikenali sesiapa. saya menulis kerana minat saya dalam penulisan. tapi saya hanya manusia biasa. bahasa pun tungang langang, gaya bahasa pun jauh gaya dari bahasa sastera. banyak merapu dan merepek. tapi ada sesetengahnya saya menulis dari hati saya. sesetengahnya terutamanya motivasi lebih pada mengingatkan diri saya sebenarnya.

ya. saya manusia yang lemah serba serbi. terutamanya yang melibatkan emosi dan perasaan. saya sentiasa memerlukan kata2 motivasi untuk saya positif pada kehidupan ini..

maapkan saya yang serba kekurangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...