Sunday, February 27, 2011

muzik~~

akhir2 ni asyik terdedah dengan citer korea yang ade pengaruh muzik di dalamnya.. citer dream high x abis tengok lagi tapi 100% citer tu berkenaan muzik..art kirin school... so, jadi excited dengan muzik korean especially kebelakangan ni...

setiap citer diorang ade OST, yang pastinya 1 atau 2 lagu yang sangat menarik untuk didengar...setelah dihidangkan dengan lagu yang sama dalam setiap episod, telinga kita akan automotis dapat mengingat melodi lagu tu, walau lirik lagu langsung x paham sepatah haram pon...itulah keunikan muzik kan?..merentasi zaman, budaya, negara dan pegangan agama....

muzik satu bahasa yang boleh dipahami oleh semua orang..
muzik dapat menggambarkan ekpresi si penulis lirik dan penyanyi
muzik dapat melembutkan hati orang yang marah
muzik dapat mengubat hati yang lara..
muzik menjadi cara kita berhibur 
muzik dapat menjadi peneman kala bosan

"berhibur itu tiada salahnya, tapi haruslah berpada..".. kerana muzik itu mmg melalaikan..tapi boleh juga jadi saluran untuk berdakwah macam lagu2 nasyid yang membawa mesej ketuhanan, keinsafan, peringatan dsb..

comel la!...

p/s: kan bez kalau ade bakat bermain alat muzik, terutamanya gitar.. tengok lelaki atau perempuan yang dapat main gitar rase macam diorang ni sangattt cool dan macho!....dpt bace not2 muzik..fuhhh...

Monday, February 21, 2011

secret garden..

nampaknya seminggu ni akan demam dengan citer korea yang paling bez penah tengok ni!..haha...
sampai berjaya membawa virus pada ayien dan gak farah.. sape2 x tengok lagi, cpat2 tgok citer ni.. romantis + action + kelakar!... aku buat sinopsis sikit ye...aku pekenalkan dulu watak2 utama



sape peminat korea x kenal ngan artis lelaki ni?..mesti kenal la dgn hyun bin ni... comel n hensem!.. sblum ni dalam citer my lovely samsoon.. ok..watak dalam citer ni namanya kim joo won, CEO LEOL Department Store.. dalam citer ni, die mmg kaya giler la..umah die punye besar dengan taman yang sangat luas!.. die ni ade claustrophobia, pobia dengan ruangan sempit..

ni die heroin citer ni- Gil La Im.. seorang stuntwomen.. dia hidup bersama-sama kawannya Ah Young yang bekerja di LEOL store..ayahnya seorang bomba, meninggal dunia dalam satu kejadian ketika menyelamatkan seorang mangsa.. sangat lasak dan keras kepala..

oska../ choi woo young dalam citer ni sbagai star singer yang akan menerbitkan album yang ke 7.. minat giler ngan oska oppa ni..haha..terutama bile die senyum sbb bile die senyum, nampak banyak garis2 kat tepi mata dia..oska dengan kim joo woon cousin belah emak..selalu jer buat joo woon bengang tapi dia selalu mengalah..sangat baik dan klakar dalam citer ni!..

n last skali Kim Sa Rang as Director Yoon Seul.. kekasih pada oska tapi ade salahpaham sikit antara die dan oska menyebabkan selepas 15 tahun baru bersama..

k..dah kenal muka sume watak2 utama kan..nak citer sikit jer pasal sinopsis die..besalah kisah cinta antara Joo Won dgn Ra Im...sangat10x sweet kisah cinta diorang..x tahu nak gambarkan sweetnya camner, kene tengok sndiri.. yang paling best biler diorang tertukar badan.. Ra Im masuk dalam badan Joo Won, Joo Won masuk dalam badan Ra Im.. diorang belajar kehidupan masing2 yang sangat berbeza dengan cara ni.. bile hujan turun diorang jadi normal balik...last2 hepi ending walaupun emak Joo Woon sampai sudah x iktiraf Ra Im sbagai menantu dia..tapi dapat terima cucu2 die dengan baik..

layan gambar la ye..;p

part ni paling bez bile Ra Im tolong Joo Woon buat seat-up..


sbb minuman ni la diorang bertukar badan
sectery kim n ah young yang sangatttt kelakar jgak!..
anak2 diorang yg cute!!

Saturday, February 19, 2011

alhamdulillah..

alhamdulillah..rezeki makin bertambah2 sejak akhir2 ni.. 
insyaAllah, kontrak keje dapat sambung 6 bulan lagi dengan kenaikan gaji!.. time kasih banyak2 pada En Faizal yang sangat prihatin dan mengambil berat mengenai kebajikan pekerja2 bawahan dia.. kitorang bertiga dah tahu awal2 lagi bile kavitha gtau ayien..tapi baru hari jumaat en faizal turun tempat kitorang semata-mata nak gtau berita gembira tu.. tapi reaksi kitorang macam x gembira bagi dia, sampaikan dia tanya happy x ni?..hehe...


dan untuk reader digest tu banyak dia bagi susulan untuk menang hadiah2 lain.. setakat ni belum confirm apa2 pun lagi sebab cabutan rasanya tengah bulan 6 untuk president prize ke x silap..yang grand final nyer pulak cabutan dalam bulan 1 tahun depan..so, x confirm lagi, tpi high opportunity bila nama aku akan diberi keutamaan..ape-apepun bersyukur pada Allah atas segala rezeki yang x pernah putus dalam hidup aku.. apa yang penting aku ada kehidupan yang bahagia bersama family dan kawan2..



semalam ikut ana g macam kelas untuk ecosway..ana dah lama ajak masuk ecosway tu sebab die nak cari partner untuk bukak stokist..so, smalam dapat dengar dengan lagi jelas la step by step oleh sifu yang pendapatan bulanan dia mencecah 1M.. dengan hanya ada NETWORK.. dengan recruit orang2 baru/ downline yang bekerja keras untuk bukak stokis dan recruit orang2 lain lagi.. giler la!.. cosway ni mmg dah lama..lebih 30 tahun!..tapi ecosway baru dalam 3 tahun diperkenalkan kat malaysia.. maksud ecosway ni sape2 pown leh ada kedai percuma sendiri, dengan zero risk, dengan x kuar duit sesen pown untuk stok.. semuanya cosway yang handle.. sifu tu keje die kuar negara recruit ramai orang lagi.. rasenya die pown dah jadi antara millionair kat malaysia ni..tapi sangat low profile!.. orang cina, cara die berpikir x macam orang melayu kebanyakkan bile banyak duit..tahu x die buat apa dengan duit banyk yang dia ada.. die melabur dalam hartanah.. dia beli ladang2 kelapa sawit, ladang getah!.. umah die pown teres 2 tingkat jer, bukan banglo sebesar2 istana.. bagus betol!..

Sunday, February 13, 2011

ampunkan daku...

tajuk carekarama ari ni..sangat menarik dan sangat besar mesej yang disampaikan.. dengan pelakon2 yang sangat mantap, sheila rusly, fauziah nawi dan zamarul hisyam sebagai teraju utama.. dengan latar belakang KEWAJA...

yang paling berkesan kat hati kata2 yang sheila rusly cakap..
"darah kita semuanya sama, x ade bezanya, jika ditoreh belum tentu dapat tahu mana halalnya, mana haramnya.."..
"semua manusia buat kesilapan..masyarakat harus beri peluang dan ruang untuk mereka berubah.."
"jangan gelar mereka anak haram tapi anak yang tak sah taraf. kerana mereka langsung x bersalah. yang haramnya tindakan yang ibubapa mereka lakukan.."...

lebih kurang macam tu la antara kata2 shiela rusly dlam citer tu..
jadi memang betul kita manusia x akan lari dari membuat kesalahan..walau sekecil atau sebesar manapun ia tetap kesalahan..dan mereka juga berhak mendapat peluang untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik. dan kita juga tidak layak sebenarnya untuk menghukum orang lain kerana itu dosa mereka dengan yang maha kuasa. sama halnya dengan pesakit AIDS dan HIV...kadang mereka bukan diminta untuk menghadapi dan mengharungi kehidupan sedemikian, penuh dengan cacian, makian..tapi itulah mehna yang Allah telah tetapkan buat mereka... 


Saturday, February 12, 2011

CANDAL...



buku yang baru aku beli dr pts fortuna sdn bhd- karya novel thriller dari Siti Jasmina Ibrahim. X pernah dengar nama penulis ni sebenarnya sebelum ni tapi beliau penerima anugerah seri negara ke 8..

belum habis baca lagi, baru je sparuh tapi sangat kagum dengan gaya penulisannya yang sangat2 sastera.. dan menyentuh banyak isu..jadi sangat2 kagum dengan penulis ni..

"...Memahami naluri dalam lubuk rasa yang benar tulus itu, boleh mendatangkan sirnanya perikemanusiaan. Dalam tuntutan  dunia moden yang semakin pesat memecut masa, memang tiada masa mahu meletakkan kemanusiaan di tempat teratas, sungguhpun itu yang konon digembar gemburkan serata dunia supaya keamanan kekal dari mata kasar semua..." (m/s 16- candal-siti jasmina ibrahim)..

sangat bagus kan? isu yang ditulis dengan makna yang penuh mendalam..

"..Mengapa kita perlu mengikut apa sahaja pemahaman. penilaian barat. Cara hidup sudah diatur dengan resam barat. Cara fikir semakin kebaratan, sungguhpun tidak semua sonsang. Namun yang sonsang itulah yang suka diambil, diingat, dihantukkan ke dalam kepala sehingga nilai luaran dipentingkan berbanding kecantikan dalaman yang lebih kekal abadi dan murni jadinya.."(m/s 27-candal - siti jasmina ibrahim)

nak katakan dalam setiap bab ada ayat2 yang puitis dan menyentuh isu2 kemanusiaan dan kehidupan ni.. 
jadi bagi peminat sastera dan juga novel thriller boleh dapatkan segera novel ni di kedai2 buku terdekat berhampiran anda..;p

p/s: apa maksud candal yek?

DISLEKSIA..taara zameen par



itu yang cuba dipaparkan dalam citer industan terpilih hari ini untuk dikongsi.. sangat bagus apa yang cuba disampaikan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai sindrom yang kurang mendapat perhatian ini..

Mengapa terdapat kanak-kanak yang pintar tetapi sukar belajar? 
DISLEKSIA ialah keupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam pemahaman dan perhubungan di antara bunyi2 dan huruf2..(Mercer, 1991).. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. (Wikepedia)


Diantara ciri-ciri penghidap disleksia adalah:

1. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk

2. Sering mungurang atau menambah huruf atau perkataan ketika membaca atau menulis sesuatu.
3. Mengalami kekeliruan pada huruf seperti b dan d serta p dan q.
4. Keliru diantara kiri dan kanan.
5. Kehilangan jejak semasa membaca seperti melompat bacaan dari baris pertama ke baris ketiga, melihat tulisan menjadi kecil dan besar, tulisan seperti berpusing.
6. Kesukaran mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.
7. Kurang kosentrasi semasa membuat sesuatu kerja atau tidak dapat menghabiskan sesuatu kerja sehingga habis.



kanak2 yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kekurangan fungsian otak. otak mereka beroperasi berbeza daripada kanan2 normal dan mereka melihat dunia dari sudut yang berbeza.. Banyak contoh orang2 terkenal yang menghadapi masalah ini ketika kecilnya dan mengukir nama menjadi orang yang hebat ketika besar. Contohnya Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Thomas Edison, Tom Cruise, Abhisek Bachan.. Mereka sebenarnya amat bijak berbanding usia mereka..

Cuma musuh utama mereka adalah mengeja, membaca dan mengira..kemahiran asas yang perlu ada dalam sistem pembalajaran mana2 negara. Ia tidak boleh diubati tetapi boleh dirawat dalam bebarapa kaedah..yang penting seseorang perlu membantu mereka dan memberi masa dan perhatian lebih pada mereka untuk meningkatkan kemahiran lingusistik, berfikir dan sosial.



jadi kesimpulannya..jangan dihukum terlebih dahulu kanak2 yang mengalami masalah dalam pembelajaran sebaliknya ibu bapa perlu prihatin dan mengambil berat mengenai anak2 mereka.. jika disleksia ini dapat dikesan pada peringkat awal, pelbagai langkah cepat boleh diambil untuk membantu.. seperi di Malaysia sendiri, ada persatuannya sendiri - Persatuan Disleksia Malaysia yang akan mengambil berat mengenai isu ini..



p/s: sangat suka melihat telatah budak dalam citer ni yang terlalu nakal, cuba untuk meraih perhatian dan sangat berbakat dalam bidang lukisan.. dan juga sikap amir khan yang mengambil berat mengenai pelajarnya yang bermasalah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...