Monday, December 24, 2012

kita semua pendosa

ye.. memang mengaku setulusnya...
kita semua pendosa..
kita semua pernah buat dosa,hatta mungkin hanya pernah terdetik untuk berbuat dosa
bohong la kata kamu tidak berdosa
padahal kita semua tak akan pernah lepas dari dosa

sedar tak sedar setiap hari mungkin kita berbuat dosa
dari dosa kecil ke sedosa-dosa besar
hati kita ini bukannya sesuci salji atau sesuci-sucinya
pasti ada tidak sikit bintik2 hitam...
hati kita ni kalau nak tahu selemah-lemah iman,
mudah sangat dibolak-balikkana
mudah sangat dimainkan dengan seribu perasaan...


jadi bila sedar kita ni pendosa
selayaknya kita melakukan tindakan bertaubat
sesungguhnya hati siapa yang merasakan dia tidak pernah berdosa
dialah pendosa terbesar..


bagus bila ada kesedaran
lagi bagus bila disusuli dengan tindakan
jangan hanya indah dimata, senang dimulut
di tangan, di kaki, di seluruh anggota badan harus bergerak
hati - kerajaan yang utama
tempat bermulanya kesedaran...

hati kita ni sentiasa perlu diberi makan yang sepatutnya,
jika tidak kita 'termakan' makanan yang tidak sepatutnya
jadi kita pun makin jauh, jauh dan jauh...
hati-hati yang jauh ni akhirnya semakin keras dan mengeras...
hingga akhirnya susah untuk kembali pada fitrah..

--suka mengingatkan diri sendiri jugak
hidup ini sentiasa perlukan motivasi,tarbiah diri
kerna iman kita sentiasa ada pasang surutnya--

tak ada sesal

assalamualaikum..

terkesan dengan status kak fynn jamal...
no regrets - tak ada sesal..

yup---jika tak ada sesal tak perlu la ada keluhan
tak ada sesal- have to be proud with ourself

hari2 lepas memang tak akan dapat digapai semula
apa yang dah berlalu biarkan berlalu
jika ada kesempatan untuk ubahnya pun
mustahil...kita hidup dalam alam realiti
masa never will turn back


jadi berbahagialah kita di hari ini, di saat ini
kerana setiap saat, setiap detik, setiap hari, setiap masa adalah unik..
tiada siri ulangan, tiada siri tertunda..


hidup perlu terus ke depan..
hidup kita hari ini pelajaran dari masa silam..
jahat kita baik kita hari ini
dari kesilapan kita, tindakan kita di masa silam..

jadi tak perlulah disesalkan masa silam
tiada apa pun yang patut dikesalkan
anggap saja itu semua qada qadarNya
itu yang tertulis buat kita..

ok..jangan mengeluh....

Saturday, November 3, 2012

tahajjud cinta..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Yang Maha membolak balikkan hati ini..
Sujud dan syukur atas nikmat malam yang Engkau berikan..
Syukur padaMu kerana membenarkan aku berjumpa dengan malam2 terpilih seperti malam ini..
Sesungguhnya aku rindu sentiasa untuk berjumpa malam2 sebegini....

Ya Allah,
Hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatiku,
Hanya Engkau yang maha tahu apa yang aku perlukan..
Tunduk dan sujudku mengharapkan keampunan dan keredhaanMu


Ya Rabbi, 
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku,
serasa dosaku seperti gunung tinggi, tapi ku tahu pintu taubatMu seluas lautan
ampunilah aku, terimalah taubatku ya Allah
jika tidak nescaya aku termasuk di kalangan orang2 yang rugi....

Ya Allah,
Engkau tetapkanlah hatiku pada jalanMu
Engkau kuatkanlah hatiku menahan dugaanMu
Engkau tabahkanlah hatiku pada ketentuanMu
Engkau jadikanlah aku seorang yang sentiasa mengingatiMu
dalam waktu senang, dalam waktu susah
Engkau jadikanlah aku seorang yang sentiasa redha atas takdirku..

Aminnnnn....

Pimpinlah daku dalam menuju redhaMu,
Suburkan jiwaku dengan keimanan..


Ku tahu ku adaMu,
Disisiku selalu, terima kasih Ya Allah..
Thank You Allah di atas segala-galanya, nikmat dan kurniaan yang tak terhingga dariMu




Monday, October 29, 2012

Laporan Kerja 5

assalamualaikum dan selamat malam...

lama dah x mengupdate pasal kerja.. entah betul ke idak yg ke 5, dah lebih rasanya... tension sangat agaknya sampai x dapat nak update kan... lately ni mmg dikatakan setiap hari mesti pening kepala.. kadang rasa macam migrain sebab dia tangkap mata.. kadang kepala rasa berat je.. entah, sebab tension kerja mungkin...

dalam sebulan lebih ni lepas ewilly resign, alhamdulillah aku dengan ms Ang still boleh handle lagi.. semua benda kita bincang bersama-sama.. eddy pun sangat bertanggungjawab.. maybe terlebih risaukan kitorang jugak... masa memula lepas ewilly resign, kene pulak External Audit masatu.. jadinya 2 mggu tu mmg kitorang sibuk, prepare audit things dgn daily work yang rasanya bertambah smcm sebab ramai yang resign.. ye lah dept aku je pun ada dalam 4 orang resign.. tiap2 ari balik kol 7.. lebih kol 7 x berani aku, takut naik bas sorang2 bile hari dah gelap kan...

tapi lepas tu kembali normal macam biasa.. tapi bab decide, kitorang decide bersama2.. x yakin nak decide sendiri.. berita gembiranya replacement untuk ewilly, 5 November ni baru masuk, lelaki berbangsa kadazan.. dengarnya banyak pangalaman dah, baguslah kan sebab mmg banyak kerja nanti bile nak merge ujung tahun ni.. tapi x tahulah macamane, nervous la jugak.. lelaki pulak tu!.. blan 12 nanti ms Ang nak cuti kawin pulak.. tinggal aku sorang2 pulak..mesti tension balik time tu kan... fuhhh!... dalam masa sebulan ni mana leh dia nak master semua system.. at least bagi dia masa dalam 3 bulan.... bile la pulak aku boleh bercuti.. gamaknya tahun depan je la.....


ari ni pulak sengaja ambik cuti, nak rehatkan diri... tapi kesian gak Ms Ang, kalut sesorang.. dahle ari kamis mggu lepas aku ambik half day, time tu la plak, internal audit pulak mintak macam2.. tanya macam2.. kesian dia kene buat sesorang.. aku tolong setakat termampu je la... nak buat mcammane.. besok kembali bekerja.. uwaaaa.... tension balik...

Saturday, October 13, 2012

motivasi : last breath

assalamualaikum..

sangat terkesan dengan lirik lagu bawah ni.lagu penuh oleh Hafiz Hamidun:Last Breath..



"Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay"

yelah kita tak tahu bile tiba dan masanya kita meninggal dunia. mungkin esok, mungkin petang kejap lagi, malam sat lagi... dan kesudahannya kehidupan kita ni hanya terbentang dua pilihan.. ke syurga atau ke neraka..jadi dari sekarang kita kena bersegera membuat pilihan..

mungkin kita tak sedar atau lupa nikmat nyawa yang Allah beri ni.. macam senang je bernafas, tak susah..beza dengan orang yang ada masalah asma, atau pernafasan yang teruk kan.. mesti mereka2 lebih menghargai kepentingan udara yang kita sedut.mana tahu mungkin itu nafas terakhir mereka..

lagu ni dulu aku suka sangat sebab dalam satu lagu macam2 nada dia.. banyak rangkap2 dia yang menarik lagi..contohnya yang second last tu

"They cry not knowing i cry worse, for they go home i face my God..Allahurabbunasalimna"

macam satu lagi lagu yang menyentuh perasaan juga mengenai kematian. lagu menanti di barzakh:FarEast


"7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,"

tak terungkap rasanya kematian. kita tidak mampu merasa selagi kita tidak mati dan kita tak dapat menceritakan kepada orang lain bagaimana sakitnya kematian itu..ianya melalui pengalaman masing2.. dan tak akan ada yang terlepas merasainya.."tiap2 yang bernyawa pasti akan merasai mati"..


dan detik selepas kematian kita juga hanya kita seorang yang merasainya.. mereka2 yang didunia menangisi kematian kita, menghantar kita ke kubur..menghantar ke perkampungan abadi.. harapnya damailah kita di sana dengan doa2 dan ingatan mereka pada kita..

tak terlepas juga lirik lagu yang paling famous sekarang, Teman Pengganti:Black ft Malique.. sangat mendalam dan menyentuh perasaan lagu ni..

"Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi"

semoga kita semua meninggal dunia dalam khusnul khatimah.. moga kita semua meninggal dunia dalam keadaan suci bersih... amin.. insyaAllah














motivasi : apa gunanya...

assalamualaikum dan selamat pagi..

pesanan pada diri sendiri dan orang lain jugak...

#1 apa gunanya muka yang handsome/cantik, tapi tak bersolat.. sebaliknya membangga diri dengan kurniaan Allah yang tak selamanya kekal..biar kita cantik di pandangan Allah kerana pandangan Allah lebih penting dari pandangan manusia


#2 apa gunanya bersuara lunak merdu tapi tak pandai mengaji.. merangkak-rangkak membaca kalimah Allah.. sedang lagu dan irama lancar je meluncur dari mulut..


#3 apa gunanya kekayaan seandainya bakhil,kedekut untuk mengeluarkan zakat.. kekayaan dan rezeki yang Allah kurnia terkandung juga di dalamnya rezeki untuk orang2 lain..


#4 apa gunanya petah berkata-kata tetapi tidak pandai berhujah.berdakwah menyebarkan agama islam.. disini pentingnya ilmu kan..


#5 apa gunanya pujian2 dari orang sekeliling tapi sebenarnya tidak iklas

#6 apa gunanya bijak ilmu dunia tapi kurang ilmu akhirat.. dua2 kene seimbang.. jangan yang fardu ain pun kita ambik mudah ye...

#7 apa gunanya tubuh dan akal pikiran yang sihat tidak digunakan untuk beribadah dan mengingati Allah selalu..


#8 apa gunanya semua kejayaan dan nikmat jika kita tidak bersyukur pada Allah yang maha pemberi

#9 apa gunanya ilmu pengetahuan yang kita miliki jika kita tidak sebarkannya untuk kepentingan ummah

#10 apa gunanya hidup di dunia jika tidak mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah..


banyak lagi kan, sedar tak sedar kita selalu lupa......sama2 kita mengingatkan.. insyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...