Saturday, December 24, 2011

review : fiksyen 302

alhamdulillah..sudah menoktahkan pembacaan fiksyen 302 karya terbaru ramlee awang mursyid... ermmmm....komen pertama.... agak berat rasanya kisah fiksyen kali ini, menguji minda dan seperti kebiasaan pembaca akan masuk ke alam fiksyen dan berteka-teki siapa dalangnya/pembunuh/pengakhiran cerita..



pada pendapat aku, isu psikologi ini pernah RAM tulis dalam novel mandatori..aku pown tak berapa ingat mengenai sinopsis mandatori tu, tapi yang aku ingat ada kaitan dengan split personality dan masalah psikologi lain.. lebih kurang dengan fiksyen 302 dengan isu yang sama tapi sarat dengan watak2 utama dan juga yang paling menarik bagi aku ialah pengembaraan masa-teknologi fizik kuantum...

RAM bijak menyusun plot cerita dengan bermain faktor masa dan teknik imbas kembali.. ok sebelum kita pergi sinopsis, jom bercerita mengenai watak2 yang ada dalam fiksyen ini..

Rita Yunaliza - seorang peguam hebat yang banyak mengendalikan kes 302 - hukuman yang membawa kepada mati mandatori (hukuman gantung sampai mati).. anak kepada Datuk Mahali, seorang tokoh politik dan Datin Ummi Hani

Hizamnudin Awang - Pegawai polis berpangkat tinggi di Selangor. mengendalikan kes berprofil tinggi - pembunuhan Zarina Mustapha yang membawa kepada penahanan Dato Mahali sebagai suspek utama.. Disebabkan Dato Mahali terlepas daripada hukuman makhamah dan disabitkan tidak bersalah, Hizamnudin dipaksa secara berhemah supaya meletakkkan jawatan dan bersara awal.. Dia mengusahakan sebuah restoran bersama isterinya

Alias Mohd Fadzil - Seorang pegawai polis yang berpangkat ASP ditugaskan mengendalikan kes siasatan pembunuhan Dato Siaraf. Antara watak penting dalam fiksyen ini.

Norhafiza Izura - Juga seorang peguam yang mewakili Lan Lani. Berkhidmat di firma guaman Haji Sainoh. Watak utama yang bersama-sama hizamnudin dan alias dalam merungkai misteri pembunuhan

Dr Rozlina - Doktor psikiatri di Hospital Permai di Tampoi. Pengasas kepada projek rahsia pada tahun 2032 bertujuan untuk merungkai misteri zonan.

Farid Ja'ah - Bekas penganalisis saham yang berjaya di KL..namun disahkan menghidap penyakit jiwa kerana cubaan membunuh diri dan ditempatkan di Hospital Permai. Membunuh Dato Mubarak dan Sabri

Lan Lani - Dituduh membunuh Mubarak seorang penyisat persendirian dengan mengantung mangsanya sehingga mati. kemudian di dahi mangsa ditulis dengan angka 302 dengan permanent ink marker merah.. Kemudian Lan lani berbogel dan menanti polis menangkapnya

Jimmy Yeoh - Dituduh membunuh Dato Siaraf seorang peguambela dengan menggunakan sebatang pemutar skru, menikam mangsanya secara bertubi-tubi sebanyak 32 kali dan mengukir dahi mangsa dengan angka 302. kemudian dia berbogel dan menanti polis menangkapnya

Prakash Kumar - Dituduh membunuh Roslan, seorang alibi dalam kes pembunuhan Zarina Mustapha. Perlakuan tertuduh juga sama dengan Lan Lani dan Jimmy Yeoh ketika ditangkap oleh polis.

Zonan - watak utama.. siapa sebenarnya zonan??? Nama yang meniti di bibir2 tertuduh - dikatakan sebagai roh jahat yang tak berwajah. hanya bermuka putih tanpa hidung dan mulut...

ok pergi kepada sinopisis.. cerita bermula sebenarnya pada tahun 2009, tapi penulis memulakan dengan siri pembunuhan dengan cara yang hampir serupa pada tahun 2012..Mangsa2 pembunuhan dilakar dengan angka 302 pada dahi, sejurus itu pembunuh menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Berlanjutan fiksyen ini sehingga ke tahun 2032..


Kesemua mangsa yang terlibat sebenarnya berkaitan dengan kes Zarina Mustapha.Kemudian ketiga2 mangsa disahkan menghidap penyakit psikitri dan dibebaskan dari pertuduhan. Pelengkap kepada cerita pembunuhan Dato Mahali sendiri oleh Farid Ja'ah dan seperti sebelumnya farid pun terlepas dari pertuduhan dan disahkan tidak waras oleh makhamah.


sebenarnya boleh disimpulkan permulaan semuanya adalah CEMBURU dan DENDAM akibat dari salahsangka yang sebenarnya adalah fungsi OTAK  yang dipengaruhi dengan NAFSU... Ramai yang akhirnya terjebak dan menjadi mangsa.. Di sepanjang2 cerita, pembaca akan meronta-ronta mengenai siapakah zonan yang sebenarnya.. wujud dalam halusinasi atau wujud dalam bentuk nyata???..

ni dia bunya krinologi (betul ke perkataan ni) :




2009 - kisah percintaan Irwanshah dan Zarina Mustapha. zarina adalah setiausaha kepada Datok Mahali. Dato Mahali sememangnya seorang tokoh politik yang corrupt. banyak penyelewengan wang rakyat yang dilakukan.. Juga seorang kaki perempuan..cerita bermula dengan kematian zarina. Dato Mahali dituduh sebagai pelakunya. Namun kemenangan berpihak pada Dato Mahali. Dia bebas dari pertuduhan itu. Ini mengundang kemarahan Irwansyah.. Dia lah dalang fiksyen 302

2012 - Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash dan Farid Ja'ah melakukan pembunuhan atas arahan zonan. begitu juga pembunuhan Nurul, pekerja di Haji Sainoh & Co.. kononnya dilakukan oleh Dina. Dan di pertengahan cerita baru diketahui Dina sebenarnya sudah meninggal dunia, dibunuh oleh Farid Ja'ah dan disembunyikan di bilik utama pangsapuri Farid. berlaku split personality di dalam diri Farid. Juga percubaan pembunuhan dan pencerobohan ke atas Fiza dilakukan oleh Farid. Kesemua mereka dilepaskan dari pertuduhan 302 dan diarahkan menerima rawatan mental setelah disahkan tidak berfikiran waras. Case Closed!!.. 

2014 - Kematian Norhafiza Izura setelah peguam muda itu nekad untuk memburu Zonan. Sifatnya yang degil dan mempercayai zonan sebenarnya seorang pembunuh yang bertopengkan manusia dan ingin menuntut pembelaan buat Nurul mengundang padah padanya sehingga nyawanya menjadi galang ganti. ASP Alias juga mengalami kemalangan apabila brek gagal berfungsi..seperti kejadian ini dirancang dengan begitu teliti. Juga kematian Lan Lani di Hospital Permai. 

2032 - Rita Yunaliza menerima jemputan dari Dr Rozlina untuk dijadikan subjek dalam satu projek rahsia untuk merungkai misteri Zonan. Menerusi mesin yang dicipta membolehkan seseorang melangkaui masa silam dan memasuki minda watak yang dipilih. Rita bersetuju untuk dijadikan subjek. Watak yang dipilih adalah Norhafiza Izura dan kembali pada 2012 dan 2014. Zonan akhirnya mengetahui mengenai projek rahsia ini dan akhirnya berjaya membunuh Dr Rozlina, Dr Hakimi (pembantu Dr Rozlina) dan Rita yang berada dalam jasad Norhafiza Izura dibunuh dan sempat mengetahui siapakah Zonan. Namun apabila dia kembali ke tahun 2032, dia mengalami amnesia tahap serius, kesan daripada kegagalan eksperimen itu. Zonan masih terselamat kerana tiada siapa pun yang percaya Zonan wujud di alam nyata. 


Pengakhiran cerita kita akan tahu siapa zonan sebenarnya...tak nak bagitahu siapa, kene baca sendiri =)
Lepas bace fiksyen 302 ni, semangat berkobar2 nak mendalami bidang psikologi.. menarik!!!... Zonan sendiri rasanya memiliki IQ tahap genius..bijak merancang, bijak menyamar, bijak memanipulasi..  

Yang paling mengejutkan atau orang kata ade twist nyer bila kita tahu siapa sebenarnya pembunuh Zarina.. Dan di akhir cerita Rita sendiri yang menjadi peguambela bagi Zonan, (pembunuh ayahnya)


Jadi kesimpulannya JANGAN PERCAYA!!!
Thanks Wirda Shafira bagi pinjam..=0.. tapi dah beli juga untuk simpanan sendiri...


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...