Tuesday, March 10, 2015

sisi gelap + sisi terang

selepas tengok cerita black swan.. terasa terkesan sedikit, sbb cerita dia macam ada kelainan, cerita di sebalik cerita, dan ada unsur psikologi.. bila google2, rupanya cerita ni memang hits, pelakon yg melakonkan watak nina, pemain utama cerita ni menang anugerah oscar..dan banyak lagi anugerah yang mengiktiraf cerita ni..

sebenarnya bukan nak cerita pasal sinopsis cerita ni..itu boleh google sendiri..tapi nak cerita pasal personaliti diri manusia. setiap dari kita pastinya ada sisi gelap dan sisi terang.. yang membuatkan kita menjadi diri kita bila salah satu dari sisi menjadi dominan kepada sisi yang lain.. tiada manusia yang sempurna. kesempurnaan tak akan tercapai sampai bila2.. kita hanya boleh menghampiri sempurna..

naluri.. apa yang ada jauh dari lubuk hati yang paling dalam.. satu bentuk keinginan yang seakan memaksa untuk dikeluarkan atau disalurkan. akhirnya bila tekanan menghampiri luar dan dalam, sehingga minda tidak dapat ditahan...

muncullah naluri..
muncullah sisi gelap..

yang pasti..yang akhirnya memakan diri sendiri. yang membunuh jiwa..

sisi gelap + sisi terang = manusia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...