Wednesday, December 9, 2015

motivasi: bagaimana kematian kita..

kematian demi kematian..
yang berlaku di sekeliling kita..
benar.. kematian itu dekat..
kerna kita tidak tahu bila ianya akan menjengah..
buat kita terpikir bagaimana kita nanti..??
kata pepatah manusia mati meninggalkan nama..
besar maknanya nama kita sebenarnya..
adakah nama kita akan terselit dalam doa mereka yg sayangkan kita?..
adakah ada kiriman alfatihah buat kita di penghujung solat?..
adakah kubur kita akan sentiasa diziarahi atau hanya sekali setahun??..
adakah kebaikan atau keburukan kita yg akan dicanangkan?.
adakah kita akan terus diingati dalam kenangan??..

bila kita meninggalkan dunia, kita tiada apa2..
kita akan keseorangan di alam kubur..
hanya 3 perkara ini sahaja sebagai pembantu kita..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda (maksudnya) : "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...