Thursday, October 27, 2011

review: endhiran



itu diaaaa....tajuk movie khas deepavali : Endhiran...
entah camner tersangkut melayan citer tamil ni..mane layan sangat, hindustan boleh la... tapi sebab ade aishwarya rai dan rajinikanth kowt...tapi jalan citer pown mantap la... kasi 5 bintang ini cerita...

tu yang bersemangat nak habaq mai kat sini..
lagu gini citer die : mengisahkan seorang saintis AI (Artificial Intelligence), x ingat pulak nama dr ni..tapi lakonan mantap rajinikanth..bercita cita tinggi mencipta satu robot yang akan digunapakai untuk membantu tentera india.   Berlaku konflik jiwa dalam diri robot itu sendiri yang diberi nama Citti bila dia sudah mempunyai perasaan sepertimana manusia..Citti jatuh cinta dengan Sana lakonan Aishwarya Rai, iaitu tunang pada Dr.. kemudian Citti dimusnahkan sendiri oleh Dr kerana die tak boleh terima yang robot ni ada perasaan dengan tunang die.. haha.. lepas tu ada watak jahat, Dr Bora yang tamak dan bercita-cita untuk memiliki Citti..Dr Bora akhirnya memanipulasi Citti sehinngakan Citti menjadi robot jahat..yang akhirnya membunuh Dr Bora..

Best kan plot die?? ..banyak hikmah/pengajaran yang aku rasa boleh ambik dalam citer ni..
1- Manusia sebaik-baik kejadian..bersyukurlah..tiada satu pun makhluk yang serupa manusia yang Allah ciptakan..


2-Tangan-tangan manusia sendirilah yang membawa kerosakan ke atas muka bumi tuhan ini..
3-Perasaan yang pelbagai (cinta, marah, suka..dll) adalah satu anugerah....


4-kebaikan jua yang akan mengatasi kejahatan

banyak babak2/scene2 yang aku rasa best dalam citer ni..
-scene Citti selamatkan perempuan dalam kebakaran.. die cume menerima arahan menyelamat.. tak terpikir mengenai maruah perempuan tu..(tengah mandi dalam keadaan tak berpakaian)
-scene Citti jadi jahat..mase die larikan Sana, die rampas semua senapang dengan kuasa telekinesis yang dia ada dan buat semacam peluru mesingan
-scene..punyelah bijak Citti yang jahat ni die multiply kan diri die..jadi banyak2 serupa macam die... 
-lepas tu scene nak kenalpasti antara robot atau manusia (mase tu Rajinikanth menyamar jadi robot)..Citti suruh pusingkan kepala... Rajinikanth je x pusingkan kepala...hahaha...
-Scene last2..memang gempak habiss... perang antara robot dengan manusia la boleh dikatakan...

kesimpulannya..
=yang baik menang (manusia)..yang jahat (robot) kalah
=pengarah, penulis cerita, aktor, aktress dll dalam citer ni memang best!!.. citer melayu pown kalah kowt..
=aishwarya memang sangat cantik..
=robot memang patut diharamkan..ataupun yang serupa dengannya termasuk klon..kerana memang terbukti membawa banyak keburukan berbanding kebaikan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...