Thursday, May 23, 2013

mencari sahabat..

assalamualaikum..salam kesejahteraan untuk semua..




Baru sahaja habis membaca relasi: mencari sahabat edisi kemas kini oleh Hilal Asyraf.. Sememangnya semua karya beliau bagiku menarik dan memberi mesej ketuhanan yang sangat jelas. Jadi kagum dan bertambah kagum dengan anak muda ini dalam berjuang menyebarkan islam..

Novel ini sebenarnya karya pertama beliau, ditulis ketika berumur 17 tahun, form 5!.. jadinya latar masa dan tempat berkisar mengenai sekolah..tapi persoalan utama mencari sahabat itu yang menarik kan??.. semuanya mesti pernah terpikir juga lagi2 zaman sekolah2 dulu.. kalau ikut defini sahabat Hilal Asyraf ini sahabat ialah mereka yang membawa kita mendekati Allah s.w.t.. 


Sahabat yang baik adalah sahabat yang akan memimpin kita ke syurga. Hal ini kerana, syurga adalah kemuncak bahagia. Jika dia membawa kita ke neraka, maka itu bukan sahabat namanya, kerana neraka adalah kemuncak celaka.’
(Hilal Asyraf, Fanzuru)

 Mungkin setiap orang ada defini masing2 mengenail sahabat. Adakah kita dah berjumpa dengan sahabat kita??..macam watak Saifullah dalam cerita ini, tercari2 makna sahabat dan siapa sahabat sebenarnya dalam kehidupannya.. Insiden Saifullah dengan senior dan 5 paksi kejahatan sememangya memberi kesan mendalam dan jawapan kepada persoalannya..terus menangis bila bab2 akhir tu....hehe...


ye..bagiku sahabat sememangnya individu penting dalam kehidupan kita. Kawan dimana-mana kita boleh dapatkan tetapi sahabat sejati bukan semudah itu..sesukar umpama mencari permata di dasar lautan. Sahabat tidak sesekali akan tinggalkan kita, dalam waktu senang, dalam waktu susah.. Sahabat yang baik tidak akan mengkhianati kita..setia teguh berdiri di belakang kita saat kita memerlukan. Sahabat tidak akan memburuk-burukkan kita dan mendedahkan aib kita di hadapan orang lain. Sahabat, kawan yang rapat dengan kita,memahami segala hal berkaitan kita. Sahabat juga mereka yang sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya yang lain..


alhamdulillah..rasa-rasanya ada beberapa kawan rapat yang layak dipanggil sahabatku dunia akhirat. Terima kasih dan berbangga kerana mereka menjadi sahabatku.. Moga kita semua sentiasa diberkatiNya dan sentiasa dalam rahmatNya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...