Friday, May 10, 2013

review : bunga merah punya

assalamualaikum, salam hari jumaat..



tetiba kan nak buat review drama, terasa mcm dah lama tak buat review untuk drama/filem.. aaaa, sape yang tengok cerita ni??..best kan kan kan?..masih keudara di TV9, setiap hari khamis jam 8.30 malam.. walaupun x habis lagi cerita ni tetiba terasa semangat nak menulis pasal cerita ni.. lama jugak rasanya takde perasaan fanatik tengok drama ni..last skali maybe drama korea kowt.. sampaikan tetunggu-tunggu, tenanti-nanti hari khamis, pagi2 jer dah rasa happy sbb hari ni ada cerita ni..balik pulak belum 8.30 dah tunggu depan tv..hahaha..gile fanatik tak?..mcm jatuh cinta pulak..



kenapa ek suka sangat2 cerita ni??. meh kita bagi sebab2 nyer..
sebab pertama sebab watak utama dia IZZUE ISLAM.. entah sejak bila pulak minat kat dia, tetiba jer...hahaha..
kedua sebab cerita ni lain macam sikit..dia macam ala-ala muzikal,ada banyak lagu..
ketiga, sebab lagu2 dalam cerita ni semua best2..suka sangat2 mcm lagu sampaikan rindu, kau,aku dan waktu, hujan di tengah malam & lagu tema bunga merah punya
keempat, sebab pengarah dia pengarah muda yg berbakat dan hensem, Zulhuzaimy
kelima, sebab cerita dia cerita time kecik2 membawa ke zaman besar..suka cerita2 yang macam ni...
keenam, sebab jalan cerita dia kowt,penuh dengan konflik, cinta,persahabatan....sekejap suka, sekejap menangis..

haaa...ada sebab lain lagi x??..xde dah kowt..


tapi kan macam dah nak abis jer cerita ni..:(..sebab bunga dah jumpa merah.. tak tahu camne pengakhiran cerita ni..jeng jeng jeng.. yang kita boleh agak sekarang ni, pokchu tu ayah kandung merah,so merah dengan iffah adik beradik...hitam mgkin masuk penjara sebab membunuh.. merah mungkin balik kampung dengan bunga..entah, kemungkinan je la kan...

ok.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...