Sunday, June 9, 2013

review: Qasidah buat Kekasih

                                              



Sebuah novel yang sarat dengan pengajaran. Membacanya membuat kita berfikir, perlunya menjadi manusia yang berperanan dalam membawa kebaikan dalam kalangan masyarakat. Novel ini juga membawa masej yang jelas setiap orang perlu diberi peluang, untuk kembali ke pangkal jalan.

MS Anuar mahmod pengarang buku Suara-Suara Terpendam dan novel Memoir Anak Setinggan



Penulis cerpen ‘Sebelum Berkalang Tanah’ ini telah membuktikan bahawa penulis wanita juga mampu mendalami watak lelaki sehinggakan saya rasai kelembutan, kesopanan, kedinginan serta keangkuhan insan yang bernama lelaki. Bermula dengan azan Subuh yang berkumandang serta ucapan kalimah puji-pujian kepada Allah oleh Habib Hasan membuatkan jiwa saya mula berdebar untuk meneruskan perjalanan sehingga bas Metro bernombor 12 tertera di cermin Zainul Muttaqin. Inilah novel pembangun jiwa! Novel yang benar-benar berbicara buat para pembaca yang dambakan sebuah kehidupan husnul khotimah!

Ilya Alias pengarang novel kanak-kanak Pari-Pari hati dan Otai


Melalui watak-watak yang kuat asas agamanya yang ditonjolkan di dalam novel ini, penulis dapat menyampaikan pengetahuan agama yang jarang-jarang diketahui oleh orang biasa. Perlu lebih ramai golongan yang ahli dalam bidang masing-masing terjun dalam dunia penulisan fiksyen untuk mendidik masyarakat hari ini.

Nurolshamshi Saidin, pengarang novel Dingin Salju Indiana dan Di Sini Kami Berteduh



Sebuah novel tarbiah yang sangat menyentuh jauh ke dalam jiwa. Melalui watak Zainul Muttaqin yang merindukan sang kekasihnya dengan bait2 qasidah sentiasa di bibirnya membangunkan satu peribadi seorang pemuda yang begitu hebat. Rindu dan kasihnya pada Rasulullah s.a.w membuat dia mengajak sama orang2 yang dicintainya mencintai kekasih Allah.. Miftahul Ashwaq usahanya dan juga harapannya. Memberi sesuatu yang bermanfaat buat ummah sebelum tubuh berkalung tanah.. Amilina Syakira,hamba Allah


"kehidupan di dunia ini tidak lain kecuali permainan, sedangkan kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar andai mereka mengetahui (Ayat 64,Surah Al Ankabut)"


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...