Dia seakan berperang dengan dirinya sendiri..Bisikan bisikan yang seakan menghasut untuk melupakan hasratnya,memadamkan keyakinannya..lalu tafsir al-Quran yang sempat dibeli di Indonesia, diselak lembaran demi lembaran. Tangannya bergetar apabila menyentuhnya. Melihat ayat-ayat yang terpampang di depannya. Sehingga tiba pada ayat mengenai gambaran neraka, bertambah mengigil dan terketar2 tangannya. Dia menyelak lagi dan tiba pada ayat mengenai gambaran syurga pula. Dia menangis keseorangan. Di sebalik air matanya timbul satu ketenangan yang tidak pernah dirasakan..
sayup-sayup terdengar laungan azan dari masjid berhampiran. Dia bagaikan terpukau dan tertarik untuk menyambut seruan itu. Kakinya mengheret langkahnya tiba di masjid. kelihatan ramai lagi orang2 lain berpusu2 datang walaupun suara itu sudah terhenti. Dia melihat dan memerhati. Mereka membentuk satu barisan seperti satu binaan teguh. Dia jadi semakin bertambah kagum dengan apa yang dilihatnya. Jauh dalam hatinya dia ingin turut sama dalam jemaah itu.
Kini keyakinannya telah tetap. tiada siapa yang dapat menganggu gugat hasratnya. Lebih2 lagi selepas menghadiri persidangan islam dan kristian di Jakarta. Dia yakin inilah agama yang benar. Ya, inilah satu-satunya agama yang tiada keraguan padanya. Hasratnya disampaikan pada isterinya, dan ternyata isterinya tidak dapat menerima keputusannya.. dia sayangkan isterinya dan dia juga lebih sayangkan agama yang ingin dianutinya..
"Aku bersaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Ada satu perasaan aneh yang menerpa selepas dia mengucap kalimah itu dengan tenang. Seakan satu keyakinan dan satu ketenangan yang sukar diperolehi..Kalimah yang membezakan agama yang dianutinya dulu dan kini. Pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Pemisah antara syurga dan neraka. Pemisah antara islam dan kafir. Dia sangat tersentuh dengan sikap pegawai2 PERKIM yang menyambut baik kehadirannya sebagai saudara baru..sehinggakan ada yang menitiskan air mata. kemudiannya dia dibawa ke masjid sekali untuk menunaikan solat zuhur. Dia cuma mengikut pergerakan yang memang sudah dihafalnya. Walaupun dia tidak membaca apa2 ayat.tapi dia dapat merasakan Allah itu dekat sekali dengannya. Rasa dirinya terlalu kerdil, tunduk dan sujud di hadapan Allah, tuhan sekelian alam...Selepas selesai solat, pihak masjid mengumumkan keislamannya. Dia kemudiannya dikerumuni jemaah masjid untuk bersalam dan berpelukan. Semuanya mengucap syukur atas keislamannya. Sungguh dia diraikan. Dia rasa dihargai.
Dia sudah menemui apa yang dicarinya. Kini tugasnya dia mahu kebenaran ini dikongsi bersama2 orang tersayang. ibunya dan isterinya terlebih dahulu sebelum pengikut2nya sebelum ini. Dia tahu tidak mudah baginya..dia tahu akan ada banyak penentangan.. dulu dia dilahirkan dengan agama kristian. tapi disebabkan konsep triniti yang tidak difahaminya membuatkan dia memilih ateis, tidak percaya pada agama. Dia rasakan menjadi penganut ateis lebih mudah,bebas dan mudah difahami. Kuasa sains dapat membuktikan banyak perkara yang dia tidak fahami. Sains dapat menjawab segala-galanya.
Dia seorang yang terpelajar. Pensyarah muda bergelar Doktor dan mengajar anatomi kepada pelajar2 perubatan. Dia memperjuangkan konsep ateis, tidak percayakan tuhan dan giat menyebarkan dan menghasut pelajar2 untuk mengikuti ajarannya. Muncul seseorang, doktor pakar islam..Dr Ahmad Zabidi.. Selepas beberapa kali perdebatan dengan doktor muda itu,keyakinannya terhadap perjuangannya selama ini semakin goyah sedikit demi sedikit. Peribadi doktor muda itu juga sangat terkesan di hatinya, terdetik di hatinya mungkinkan ini agama yang benar...sehinggakan tiba pada satu peristiwa fitrah bertuhan membuatkan dia nekad akhirnya memilih islam..Di sebalik sains,terdapatnya tuhan dan tuhan lebih saintifik
Sangat menarik sekali apa yang cuba disampaikan Dr Farhan Hadi, penulis novel ini: Tuhan Lebih Saintifik. Pertembungan antara ateis dan islam. Pertembungan pemikiran antara pensyarah ateis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam. Persoalan-persoalan, perdebatan2 dan jawapan2 yang sangat menarik dan ilmiah untuk direnung bersama. Tahniah Dr Farhan. Ini rasanya antara karya yang hebat untuk dibaca.
"Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya., rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya"
No comments:
Post a Comment