Assalamualaikum..
pernah tak rasa hidup ini terasa kosong? semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. nak senyum pun rasa serba salah. rasa macam putus cinta walaupun tak berkasih..
itu yang kita rasa sekarang... :(
apa khabar wahai hati?
nampaknya khabar tak baik, mungkin tengah sakit..
astaghfirullahal'azim.. zikir tu sentiasa di hati.. tapi kenapa jiwa kita masih tak tenang?.
kita sendiri tahu jawapannya..
sebab kita masih gagal memahami dan mendalami..
apa khabar dengan iman kita?.
khabar tak baik jugak.:(
kita sendiri dapat menilai tahap keimanan kita..
makin hari makin jatuh..
jangan terus tersungkur sudah.
harapnya kita bangkit semula mencari diri, cambahkan keimanan kita, fahami erti hidup..
Syukur Ya Allah,
kerana menghadirkan rasa ini padaku..
Aku tahu aku sering melupakanMu..
Kau rindu padaku..
aku juga rindu untuk berada dalam pelukan kasihMu
Ampunkanku Ya Allah..
Ampunkanku..
No comments:
Post a Comment