Thursday, May 5, 2016

surat buat bakal suami..

assalamualaikum,
kehadapan bakal suami yang berada di atas bumi Allah, yang sudah ditetapkan jodoh denganku di Loh Mahfuz,

awak,
walau siapapun awak, jika sudah tersurat awak jodoh saya, dengan lafaz bismillah, saya terima awak dengan ikhlasnya. saya bersedia menerima segala kekurangan jua kelebihan awak. begitulah juga yang saya harapkan dari awak. saya hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangannya. saya harap kita dapat hidup dengan saling melengkapi kerana itulah antara tujuan perkahwinan..

awak,
terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi suri dalam mahligai impian kita. kerana saya mungkin bukanlah insan terbaik yang pernah hadir dalam hidup awak. tetapi insyaallah, saya akan cuba menjadi yang terbaik. seorang isteri yang solehah dan seorang umi yang terbaik untuk bakal khalifah kecil kita..

bakal imamku,
saya berharap awak dapat membimbing saya dunia akhirat. menjadi seorang ketua keluarga yang baik. yang dapat membimbing kami satu keluarga ke jannah. saya tahu kita ada tanggungjawab masing2. pinta saya jadikanlah tanggungjawab itu sebagai satu amanah yang berat untuk kita laksanakan. Dan moga kita saling ingat-mengingati, saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain dalam menjalani bahtera rumahtangga kita nanti.

awak,
saya tahu mungkin akan datang dugaan dalam alam rumahtangga kita. pokok mana yang tak bergoyang bila ditiup angin. saya harapkan kita berdua tabah dalam menghadapi apa jua dugaan mendatang, dan jalani hidup dengan penuh yakin dan berani dan dalam redha Illahi. saya jadi kuat bila awak ada bersama-sama.semoga awak tetap sayang saya hingga di penghujung nafas saya, kerana itulah yang saya akan buat disaat awak dan saya bersatu dalam lafaz pernikahan. mencintai dan menyayangi awak sepenuh jiwa.

awak..
kita mungkin merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah perancangan Allah. jika apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan, semoga kita bertabah dan menerima segala takdir yang sudah dititipkan buat kita..

akhir kata,
"tercipta aku dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi"

*pecah kaca pecah gelas,
sudah baca haraplah dibalas" 

"__________________________________"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...