Monday, January 4, 2016

monolog diri

luahkan segala apa yang tersurat dan tersirat..nanti jiwamu akan tenang. menangislah.. seandainya itu dapat meredakan hatimu.. kita bukan manusia yang sentiasa kuat. kita insan yang tersangat lemah.. sentiasa kalah dengan emosi yang kadang2 muncul tanpa diduga..

mengadulah padaNya..
tiada siapa yang layak untuk menyimpan rahsia hatimu..
pintalah sesungguhnya padaNya
kerna Dia maha pemberi segalanya..
Dia jugalah yang memegang hati2 kita semua..

segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
siapa kita untuk mempersoalkannya..
Allah sudah sediakan takdir hidup yang terbaik untuk kita..
insyaAllah...
Allah jua sebaik2 tempat bergantung..
jangan pernah lupa akan janji2 Allah pada mereka yang bersabar..
dan Allah sentiasa begitu hampir pada kita...



remember

mengingati seseorang tanda kita rindukan orang itu..
diingati tanda kita disayangi..

ingatan datangnya dari memori..
memori tercipta dari kenangan..baik atau buruk ia tetap kenangan.. bila terkenang kadang ia buat kita tersenyum sendiri atau menangis sendu..

bila kita diingati..itu maknanya kita mungkin pernah menjadi orang penting dalam hidup dia. kita mungkin bermakna dalam satu tempoh hidup dia..

alangkah baiknya jika jasa dan budi kita diingati.. menjadi perbualan dimulut..menjadi contoh pada yg lain dan menjadi saham akhirat kita disana..

tiada siapa yg minta dirinya untuk tidak diingati. kerana itu bukti kita wujud. kita pernah ada dalam kamus kehidupan..

siapa yang awak tengah ingatkan sekarang??
dan siapa yang tengah ingatkan awak??..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...