Thursday, November 30, 2017

Ujian

Allah uji dengan sedikit ujian buat aku. Tandanya Allah sayang pada aku. Aku amat bersyukur padaMu ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Aku bersyukur masih punya emak dan abah. Sejujurnya aku tak mampu membalas jasa2 mereka berdua sejak aku kecik sampai sekarang. Walaupun aku hanya hendak membahagiakan mereka berdua tapi aku lah yang sering membuatkan mereka risau. Maapkan kaklong abah, emak.. Begitulah nilai kasih sayang emak abah pada anak2.. Insyaallah kalau ada rezeki lain, mungkkn aku juga akan turut sama rasa apa yang mereka rasa.


Aku bersyukur masih ada adik beradik dan kawan2 yang banyak memberi sokongan dan mendoakan yang baik2 untuk aku. Terima kasih kalian semua. Aku tahu dan kenal siapa mereka. Aku juga berharap aku akan ada untuk mereka jika mereka memerlukan aku di waktu susah mereka.


Aku amat bersyukur pada separuh jiwa aku. Ada disisi saat aku memerlukan. Terima kasih abang!!. Kita berdua rasa kehilangan. Insyaallah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Janji kasih sayang antara kita terus subur mewangi. Kita harungi semua dengan kuat sama2 ya abang..


Aku redha ya Allah. Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
Engkau kuatkan hati aku dan berikan kesabaran buat aku. Aku yakin semua yang berlaku ada hikmahNya. Insyaallah..

Thursday, November 2, 2017

Konsep kasih dan sayang

Konsep asas memberi dan menerima. Kalau tiada siapa yang memberi, tiada siapa yang akan menerima. Kata orang kalau kita mahukan sesuatu, kita yang patut berikannya dahulu, kemudian kita akan dapatnya. Tapi tak dapat diaplikasikan dalam semua benda. Konsep lain pula memberi kenalah ikhlas, memberi tanpa mengharapkan balasan..

Tapi kalau berkenaan kasih sayang bagi aku tiada kompromi.. Kita kena tamak dalam berkasih sayang. Biar kita sayang ramai orang, nanti lagi ramai orang yang akan sayang kita balik. #sebarkankasihsayang..

Walau kadang kita tak kenal orang tu, tapi kita sayang pada dia. Meluas sebenarnya perkataan kasih sayang itu sendiri. Memperingatkan orang, menegur salah orang, memberi salam, senyum.. Semuanya tanda kasih dan sayang kita..

Biasanya kalau kita sayang sesuatu benda/seseorang kita akan jaga dia baik2.. Contohnya macam kereta, kita hantar servis, cuci dan segalanya la supaya di kemudian hari dia takkan meragam kan? Betul tak? Kita sayang dia, dia sayang kita balik.. Kalau kita biarkan dia, gunakan dia tanpa kasih sayang, cepatlah dia merajuk dengan kita, dan macam2 la rosaknya, dan banyaklah duit yang keluar.. 😑

Macam tu jugak hubungan sesama manusia. Kalau kita sayangkan seseorang kita pasti jaga baik2 hubungan itu.. Supaya kekal bahagia di kedua2 belah pihak..

Sama juga hubungan dengan Allah.. Kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.. Insyaallah.. Malah Allah akan bagi kita lebih dari apa yang kita bagi pada Allah.. 'maka nikmat manakah yang kamu dustakan?'.. Cuma kita selalu leka dan lupa akan sekian banyak nikmat yg Allah bagi.. Terlupa untuk bersyukur dan berterima kasih.. 😥😥😥

#sekian
#selamatmalam
#takbolehtidor
#emositerganggu
#membebel

Wednesday, November 1, 2017

01 November 2017

Sepi itu hadir kembali.. Rasa yang buat aku jadi seperti seorang manusia yang kehilangan, sesat dalam lautan perasaan yang bergelombang dengan bermacam fikir dan emosi yang melimpah. Aku seringkali tewas bila berhadapan dengan dia, kadang kalah sebelum sempat berjuang lelah..

Bukan aku yang meminta, tapi begini suratannya. Aku tak mampu melawan, dia tetap datang saat aku paling lemah, saat aku tidak bersedia.. Aku sepertinya mengikut sahaja kehendaknya, rela dalam terpaksa.. Kadang aku larut dan asyik sekali dalam dakapan dan nyanyiannya.. Sehingga terbawa ke alam tanpa sedar..

Aku tahu aku tak patut hanyut dengannya. Tapi siapalah aku, insan kerdil yang begitu lemah sekali.. Dan ku akui walau sekuat mana diri aku, aku tak akan mampu melupakannya kerana aku memerlukan dia..


EMOSI... Bila sudah menangis, baru terasa puasnya.. Walau kadang tiada apa yg perlu ditangiskan. Ya, kita tak akan jadi lemah disebabkan menangis, tapi menangis buatkan kita jadi insan yg lebih kuat dan matang. Esok adalah hari baru yang akan jadi lebih baik dari hari ini!! Bangkit dan senyum dengan penuh harapan!!..

#emositerlebih
#hormontakstabil
#merepektengahmalam
#dirisendiripendengarsetia



Saturday, May 27, 2017

Amukan Jembalang Tanah - A.Darwisy

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua..😀😀😀

First time masuk pertandingan and kena buat review novel kat Goodreads. Dah lama sangat tak mengulas novel sebenarnya. Tapi disebabkan baru je habis baca novel ni semalam, jadi idea pun fresh lagi, bolehla mengulas sikit2..
Ok..tapi panjang sikit. Mintak2 ada rezeki menang ye..hehe..

Review Amukan Jembalang Tanah

Novel yang ditunggu-tunggu selepas sequal Jangan Biarkan Dia Masuk 2.. Insyaallah karya saudara Anuar tidak pernah menghampakan, sarat dengan ilmu dan mesej dakwah yang baik dengan plot dan gaya penulisan yang menarik. Ceritanya seolah-olah dekat dengan hati kita dan kita seakan 'hidup' dan menjadi sebahagian daripada watak-watak cerita..

Amukan Jembalang Tanah mengisahkan mengenai rahsia sebuah sekolah di dalam sebuah kampung yang dikatakan kebal dari ditawan pihak jepun. Diceritakan sekolah itu ada penjaganya. Sebelum wujudnya kampung itu, sudah wujud makhluk penjaga itu.

Kini usia sekolah itu mencecah 100 tahun. Bermula dengan majlis sambutan yang dirancang pihak sekolah maka bermulalah rentetan peristiwa yang membuka rahsia 100 tahun dahulu.

Kehilangan pelajar bernama Sakinah yang akhirnya dijumpai mati membuatkan kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba untuk menyiasat. Cikgu Mastura Dan Cikgu Badrul turut sama membantu. Dalam proses itu, pelbagai kejadian yang berlaku. Rahsia terungkap sedikit demi sedikit dan akhirnya kebenaran terserlah jua.

Siapa 'pelakunya' di akhir cerita sangat tidak dijangkakan. Kesudahan yang sangat baik sebenarnya kerana rahsia 100 tahun terjawab. Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Akibat terpaksa ditanggung demi perbuatan sendiri.

Hubungkait antara zaman kini dan zaman 100 tahun dulu ada kesinambungannya. Penulis bijak menyusun dan mengarap kemas plot demi plot. Setiap watak juga ada perwatakan penting yang saling berkait antara satu sama lain.

Saya paling terkesan sekali dengan watak Razali. Guru muda dari luar yang menjadi tenaga pengajar di sekolah itu. Dia berjaya membuka mata hati sekumpulan kecil penduduk kampung untuk melawan kebatilan dan kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka. Hatinya yang lembut, tetap mendoakan rakan sejawatnya yang jauh terpesong akidahnya. Dan dia ikhlas menerima Salmah walaupun tahu siapa Salmah dan keturunannya yang sebenar.

Banyak mesej yang disampaikan dan banyak pengajaran yang kita boleh jadikan tauladan dan sempadan, insyaAllah.. Sesungguhnya perbuatan syirik itu satu perbuatan dosa besar dan mengundang bala Allah. Makhluk tidak berkuasa. Allah jua yang maha berkuasa. Apa jua kesusahan yang menimpa dan bala bencana yang berlaku hasil jahil tangan-tangan manusia sendiri. Sama-sama kita bermuhasabah diri supaya bertaqwa kepada Allah, mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga Allah memaafkan dosa-dosa kita.
#pesanpadadirisendirijuga
#pesaningatmengingati

Diharapkan untuk novel seterusnya, penulis dapat mengembangkan lagi watak Melah dan Salmah. Mengenai hantu tenggelong/balan-balan/penanggal.

Semoga saudara Anuar terus sukses dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberikan sesuatu kepada masyarakat.
Teringat kasih!!

#orangkampung

Tuesday, May 16, 2017

Masalah dalaman

Assalamualaikum n selamat tengahari semua..😊😊

Tetiba terasa nak bercerita pasal masalah paling serius yang saya ada dari kecil sampai sekarang.. iaitu masalah keyakinan diri.. n saya nak fokuskan pada masalah pergaulan dengan orang sekeliling..

Saya takut untuk memulakan perbualan dgn orang yg x dikenali. Saya ada perasaan takut untuk ditolak, diperlekehkan ataupun dihiraukan oleh orang lain. Saya takut untuk bersuara sebab pikir tiada orang yang akan mendengar dan memberi respon.. Berat kan masalah saya??

Jadilah saya seorang yang pendiam, pemalu dan seorang yang banyak memendam rasa. Saya suka pada kesunyian, keseorangan..

Lebih teruk lagi saya memberontak pada emak saya sendiri. 😞😞

Tapi alhamdulillah dari masa ke masa, saya dapat perbaiki sedikit Demi sedikit.. kalau ada orang baru, saya Cuba ringankan mulut untuk menyapa.. Cuma dengan lelaki perasaan malu tu masih menebal.. Tapi tengok jugak Jenis lelaki yang macam mana.. kalau saya rasa selesa, saya boleh bersembang.. biasanya dgn orang yang memang banyak cakap, Jenis lembut2 sikit, atau pun dah memang kenal lama sangat..

Kalau yg Jenis senyap macam saya, memang krik2 la jawabnya.. x bercakap langsung.. ataupun dengan orang yg dalam diam saya minat.. mmg kalau cakap pun x boleh pandang direct muka atau mata dia.. ataupun ada Jenis yang memang Tak masuk atau x ngam.. mmg tak akan bercakap atau tegur jugak..

Tapi saya Cuba juga untuk jadi seorang yang peramah, ringan mulut.. x naklah orang label kita sombong kan. #siscuba..
Mana yang kenal saya mesti dah paham perangai saya macam mana.. saya akan banyak bercakap bila saya tengah excited.. pasal sesuatu yang saya suka atau dengan orang yang saya memang selesa bercerita dengan dia.. kalau tak, memang saya akan jadi pendiam..

Teringat dulu masa kat sekolah membawa ke uni memang tak bercakap dengan lelaki. Kira bertuah siapa yg dapat cakap dgn saya..hahaha (lebih2 pulak)..
Bila dah start masuk work environment, pergaulan jadi lebih luas sikit.. perempuan tak ada masalah langsung. Saya pikir dulu saya tak akan kahwin sebab sebelum tu mesti kawan Dan berkenalan dengan lelaki dulu kan??..
Tapi sebenarnya dengan tunang saya sekarang pun tak banyak cakap.. haha..
Teknologi memudahkan hubungan saya dengan dia.. kalau saya Jenis pendiam, dah tentu2 saya tak suka borak lama2 kat phone kan..

Ok..sekian sahaja sesi merepek saya tengah hari ni..

Dah dekat dah nak Ramadhan..😀😀

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...