Tuesday, November 18, 2014

bahagia itu...

teringat bait2 lirik lagu unic - Hakikat Bahagia..

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa
bahagia itu adalah suatu ketenangan....

jadi bahagia itu apa sebenarnya??
ramai orang mengimpikan bahagia. siapa yg tak ingin bahagia ye dak?.
tapi tak semua dapat merasakan apa itu kebahagiaan..

seperti lirik di atas, bahagia itu bolehla diibaratkan satu perasaan, satu rasa..yang terlalu gembira. sebenarnya tafsiran bahagia bergantung pada individu itu tersendiri.. bahagia itu kan ada dalam diri, hati dan jiwa kita..

bahagia itu... bila diri rasa tenang..
bahagia itu... bila bersama orang tersayang..
bahagia itu... bila melihat orang lain tersenyum..
bahagia itu... bila rasa kesyukuran atas nikmat kurniaan Allah..
bahagia itu... bila diri rasa disayangi
bahagia itu... bila melihat kebahagiaan orang lain..

banyak lagi tafsiran bahagia itu...

bahagia bukan boleh dibuat2.. kerana ia dimanifestasikan melalui tingkah laku dan perasaan kita. terpancar  dimata dan melalui senyuman yg ikhlas..

soalan cepumas. kenapa agaknya hospital sakit jiwa nama lain dia rumah bahagia??..

jawapannya kemungkinan ianya satu doa/harapan supaya penghuni rumah/hospital ini akan sentiasa bahagia atau pun akan bahagia satu hari nanti??.

apa2pun.. carilah bahagia itu!!!
ianya sentiasa ada dalam diri kita..
dan hakikat bahagia yg sebenarnya bila hati kita sentiasa mengingatiNya..

Tuesday, November 11, 2014

doa

"Aku memohon ampun kepada Allah yang maha Agung, aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang terus hidup dan selalu jaga. Aku mohon taubat kepadaNya, sebagai taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tiada mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku, dan akulah hambaMu. Dan akupun dalam ketentuan serta janjiMu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon perlindungan kepadaMu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmatMu yang Engkau limpahkan kepadaku, aku mengakui dosaku, oleh sebab itu berilah ampunan kepadaku, sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan kecuali hanya Engkau sendiri. Aku memohon perlindungan dari segala kejahatan sesuatu yang aku lakukan."

Monday, November 10, 2014

tubuh, fikiran dan roh

"ilmu menguatkan akal fikiran,
senaman menguatkan tubuh
ibadah menguatkan roh"

cukup tertarik dengan ayat di atas. salah satu antara kata2 penuh hikmah dalam novel the unsung hero. memang banyak lagi kata2 menarik/nasihat/panduan yg diberikan dlm khidupan..

memang tersangatlah tepatnya apa yg dikatakan diatas.. segala kekuatan ada sumbernya.. akal, roh dan tubuh memang cukup sinonim dalam diri manusia. roh dan jasad tak dapat dipisahkan melainkan bila sampai ajal ketetapan Allah.. selagi itu ia satu. apalah gunanya jika hanya jasad tanpa ada roh..apa gunanya roh jika tiada jasad.. dengan akal fikiran dapat membezakan kita sebagai makhluk istimewa..

ilmu sesuatu yg perlu diraih, dicari, dihayati dan difahami dan seterusnya dimanifestasikan dan diaplikasikan dalam hidup.. tanpa ilmu pengetahuan, kita akan jauh tertinggal di belakang..kalau kita tengok wahyu pertama yg diturunkan tentang peri pentingnya ilmu.. dengan ilmu kita dapat kenal Allah, kita tahu bagaimana bumi ini diciptakan dsb.. kalau kita tengok ilmu menjadi salah satu ciri perkembangan sesuatu tamadun..

senaman perlu dilakukan untuk gaya hidup yg lebih sihat.. salah satu keperluan penting untuk tubuh badan kita.. bila badan kita sihat, fizikal kita cergas, akal fikiran kita juga akan bertambah cerdas. kata orang, minda yg sihat datang dari fizikal yg sihat. dengan gaya hidup pada masa kini, kita terlalu terdedah dengan pelbagai risiko penyakit.. jika tidak dijaga pemakanan dan tidak bersenam, kita terdedah dengan risiko kegemukan, obesiti yg akhirnya melarat kpada kencing manis, darah tinggi dsb... dengan fizikal yg sihat kita juga mampu untuk beribadat kepada Allah..

ibadah juga sesuatu yg wajib dilakukan.. pengertian ibadah sebenarnya cukup luas. berbuat baik, senyum juga satu ibadah.. sesuatu yang bersangkut paut dengan roh, jiwa dan emosi mungkin boleh dikaitkan dengan ibadah.. mengenai roh sebenarnya satu misteri yg hanya Allah yg tahu. kita semua mungkin ada pengetahuan tentang roh, tp amatlah sedikit jika dibandingkan dgn ilmu Allah yg maha luas.. ketika penciptaan manusia pertama, Allah telah tiupkan roh ke jasad yg diperbuat dari tanah dan terjadilah nabi Adam a.s.. dari keturunan baginda, kita semua dilahirkan..roh juga perlukan makanan, kerna ianya sesuatu yg hidup..jadi sumber makanannya adalah ibadah kita, termasuklah zikir, solat,ibadah2 wajib, sunat dan juga harus.. apa jadi jika roh tidak diberi makan??.. jawapannya roh akan lapar, lemah dan jauh dari penciptaNya.. lama kelamaan bila roh sudah mati, jadilah manusia yg hidupnya umpama "mayat hidup".. jiwanya akan sentiasa rasa kosong, asing dan jauh dari rahmat Allah.. waallahu'alam..

kesimpulannya segala sesuatu ada sumbernya. kekuatan, kesihatan, kekayaan datangnya dari pemilik segala kekuatan, segala kesihatan dan segala kekayaan iaitu Allah s.w.t. jadi mintaklah denganNya, insyaallah.. jangan mintak dengan manusia lain, kerana mereka juga Allah yg berikan pada mereka..

Wednesday, November 5, 2014

pertemuan dan perpisahan

dalam hidup kita ni, hampir 27 tahun, ramai jenis manusia yg kita dah jumpa.. mcm2 jenis, mcm ragam rupa, sifat dan perangai.mereka ni boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama, kumpulan yg datang pergi mcm angin lalu. selalunya tak memberi kesan sangat pun. contohnya mereka2 yg hanya kenal rupa, pernah terserempak tp x tau nama dan personal lain2..

kumpulan kedua ni selalunya memberi infect yg mndalam juga, bergantung kpada hubungan emosi antara kita dan dia. kumpulan yg datang, ada dengan kita dalam jangka masa lebih dari setahun dan kemudian pergi. kerana apa?.. kerana memori dengan mereka yg buat kita teringat saat2 manis dan duka,saat sama2 senang susah dulu. mereka2 ni antaranya kawan sekelas, kawan satu tmpat kerja, kawan satu bilik, kawan satu rumah sewa, cikgu, mentor, secret admirer atau seseorang yg pernah mnjadi org pnting dlm hidup kita..
perginya kadang2 ada jodoh berjumpa semula, tapi kadang2 perginya utk selamanya. mungkin tidak akan pernah berjumpa lagi selagi hayat masih dikandung badan. lebih terasa bila tiada ucapan selamat tinggal

kumpulan yg ketiga yang pling dekat dengan hati kita. kumpulan yg datang, x pergi2 dah.. sentiasa ada susah senang dengan kita. contohnya macam keluarga dan sahabat. ramai yang boleh jadi kawan dan teman. tapi sedikit yg boleh jadi sahabat. kalau mereka pergi pun, bukan atas kehendak mereka, melainkan takdir dan kuasa Allah..

walauapapun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. setiap permulaan akan ada pengakhiran. semua benda Allah ciptakan sifatnya tidak akan kekal. hanya Allah yang bersifat kekal..

#selamattinggal
#mogaberjumpalagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...