Saturday, July 25, 2009

Permata Yang Dicari

Lagu ni ditujukan khas buat semua yang sedang di alam percintaan, penuh dengan doa didekatkan hati si kekasih andai dia sesungguhnya cinta yang dicari2, jodoh yang telah ditetapkan Allah..


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Friday, July 24, 2009

melihat,berfikir, mendengar dan bersyukur......

Melihat kesusahan orang kurang upaya dalam menjalani kehidupan seharian membuatkan aku terkadang insaf akan nikmat kurniaan Allah s.w.t..barulah terasa betapa pentingnya nikmat yang Allah telah kurniakan..sungguh,kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur..terlupa untuk berterima kasih..terlalu memikirkan apa yang tiada daripada memikirkan apa yang ada.. fitrah manusia yang tidak akan pernah puas dengan sesuatu..terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti indahnya..sehinggakan yang di depan mata terlepas pandang..yang jauh terkenang-kenang..

memikirkan ada insan2 yang terlalu tabah dalam mengharungi kehidupan seharian menyedarkan aku tentang erti kehidupan..terlalu sukar untuk ditafsir apa yang bakal terjadi.. kadangkala terlalu sukar untuk dimengerti...namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kadangkala bila mengenangkan insan2 yang malang, terlontar persoalan di benakku adakah aku akan setabah itu jika aku diuji sedemikian rupa...

mendengar rintihan munajat dan alunan suci Al-Quran di malam hari menyedarkan aku betapa kerdilnya manusia di sisi tuhan..betapa terasa nikmatnya nikmat iman dan islam yang perlu dicari..hidayah tidak akan datang dengan sendirinya..mendengar suara alam juga kadangkala membawa kita berfikir akan kekuasaan dan kebesaran Allah dalam menjadikan alam semesta ini..terkadang terfikir di benak betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang aman damai, tanpa adanya peperangan..tidak seperti saudara seislam kita di bumi Palestin dan Iraq..

Betapa kita seharusnya mensyukuri nikmat kurniaan illahi..

Wednesday, July 22, 2009

senyuman..




senyuman itu tandanya gembira..
senyuman itu maknanya bahagia..
senyuman itu satu sedekah..
senyumlah pada seluruh dunia..
dunia akan tersenyum pada anda.......

senyum..senyum..senyumlah..
bak kata nasihat dari kumpulan raihan..
ape perkara yang boleh membuatkan anda tersenyum????

kekadang biler teringat balik kenangan lama..
pasti anda tersenyum...lebih2 lagi kenangan yang melucukan...
kekadang biler tengok orang gembira kita turut tersenyum..
kita ikut gembira untuk dia..lebih2 lagi orang tersayang..
kekadang tengok telatah orang lain pun akan membuatkan kita tersenyum...
biler tengok orang gelabah semacam kite tersenyum..
banyak benda di dunia ni yang boleh membuat kite tersenyum sebenarnya..

senyuman tu kekadang boleh mencairkan hati orang..
hilang perasaan marah,timbul perasaan simpati dan berbagai perasaan yang sukar ditafsir..
fakta mengatakan bila kite tersenyum kite akan kelihatan muda selalu..

jadik ape lagi..
senyumlah selalu...senyum sokmo kata orang terengganu
tapi berpadalah..tengok keadaan...tak pasal2 nanti orang ingat gila,
kena hantar kat tanjung rambutan..
huhuhuhu.....

Monday, July 20, 2009

Kembara isra' dan mikraj

video



Tanggal 27 Rejab sentiasa tersemat di ingatan setiap muslimin dan muslimat kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa penting dalam islam iaitu peristiwa isra'dan mikraj..

Isra' bermksud perjalanan yakni perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa..
Manakala Mikraj bermaksudperjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak.Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta.
Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi.
Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya.

Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha.
Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu yang kemudiannya dikurangkan menjadi lima waktu sehari semalam setelah Rasulullah berulang kali naik turun langit demi memikirkan umatNya..Sungguh Rasulullah terlalu amat menyayangi kita semua..

Peristiwa isra dan mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Apa yang lebih penting kita semua perlu menghayati setiap pengajaran di sebalik peristiwa tersebut. Peristiwa yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut pada kekuasaan-Nya
.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

kehidupan.............................................



hidup ini satu perjuangan..
kita akan berjalan dan terus berjalan ke hadapan..
semakin jauh perjalanan kita..
semakin banyak yang kita jumpa..
semakin banyak yang kita rasakan..
dan pengalaman itulah menjadi sumber kekuatan kita..
sumber aspirasi kita untuk terus maju ke hadapan...

walau apapun terjadi..
hidup mesti diteruskan..
Bumi akan terus berputar pada paksinya..
siang dan malam akan terus silih berganti..
Ombak akan sentiasa menghempas pantai..
yang hidup tak akan kembali..
masa yang lepas juga tidak akan berulang lagi..

"Demi Masa,Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh, Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran."

(Surah Al-Asr:1-4)

Begitulah yang dinamakan kehidupan..
seperti yang telah termaktub di Loh Mahfuz..
setiap rencanaNya pasti ada seribu hikmah..
Cuma manusia yang kadangkala terlalu menyalahkan takdir..
tanpa dapat melihat setiap hikmah kejadian..
Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana..
atas segala sesuatu...

Sunday, July 19, 2009

atas nama cinta...

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Nak download mp3..klik sini
Nak download video..klik sini

Acer Aspire 4730z



tu r jenama baru laptop aku..baru jer beli ari ni..
ni sume sebeb laptop lama langsung x boleh bukak..
pastu plak nak pakai laptop...
terpaksa keluarkan duit simpanan..
aku dapat harga 1780..






ni plak specification die..

  • Intel Dual Core T3200 , 2.0 GHz ,1 MB L2 Cache,667 MHz
  • Intel GL40 Chipset motherboard
  • 2 GB DDR2 667 MHz Memory
  • 160 GB HDD Hard Drive
  • 8xDVD SuperMulti double layer Optical Drive
  • Wireless 802.11 b/g/ Draft-N ,56 Kbps Modem,Gigabit LAN
  • Intergrated Bluetooth 2.0
  • 14.1-inch WXGA CrystalBrite TF Display
  • Intel GL40 Graphics card
  • Dolby Digital Stereo Speakers
  • 2 USB 2.0 Ports, S-Video Out
  • 5-in-1 Media card Reader
  • Linux OS
  • Acer Crystal Eye Web Camera
more review click on below hyperlink:
Acer hoomepage
review
review2


Saturday, July 4, 2009

naqiah khalida

Novel ni mengingatkan aku pada seseorang yang dah lame aku x jumpe..mase aku sem satu kat uitm dulu,mase tu aku jadi sahabat surau..dua orang kakak yang aku ingat sangat ialah kak ika ngan kak akmal..mase tu aku rase tak keseorangan..seolah-olah aku punya kakak yang begitu mengambil berat...aku banyak belajar mengenai islam..apa yang aku sangat kagum dengan sahabat2 surau ialah ukhuwah yang terjalin antara mereka..begitu kuat, x ubah seperti sebuah kuarga yang saling memerlukan....

tapi sayang, lepas jer aku kena dok luar,tinggal kat umah sewa..aku makin jauh dengan diorang sume..kekadang kenangan tu sangat indah untuk dikenang..biler la lagi aku berpeluang untuk berada dalam kelompok orang2 macam ni..kekadang rindu untuk terus mendalami ilmu islam.. bersama2 dengan orang yang tinggi ilmu agama..setiap kata yang dilafazkan penuh dengan hikmah..


Penulis:Diya Nordin
Publisher: mustread
m/s:682 ms

Naqiah Khalida, die seorang yang sungguh tabah..diuji dengan segala dugaan dari Allah..
hidupnye hanya bersama tok nya di Pulau Tuba..namun kematian satu-satunya insan yang disayangi membuatkan die patah semagat untuk meneruskan pegajiannya..Namun Allah pertemukannya dengan sahabat yang banyak memberi semangat dan dorongan padanya.. Ahmad hafferul haziq..die banyak memberi kata2 dorongan dan semangat buat naqiah..

dengan firul, die dapat menumpang kasih umi dan abi..selepas 20 tahun die lahir ke dunia ni, baru die tahu, die x keseorangan,die bukanlah sebatang kara..die masih ada papa dan mama yang x pernah die kenal..segala maklumat die perolehi dari peguam toknye..encik luqman..
Papanya sudah punye kuarga sendiri dan die hanya mampu memandang dari jauh..

Krisis, ketamakan dan kerakusan Pak Ngahnya terhadap satu2nya harta pusaka toknye membawa naqiah jauh ke Dunedin, New Zealand..Bertahun-tahun die di negara kiwi itu, die bukannya tak rindu pada Langkawi, tapi bile mengenangkan tiada sesiapa disana, die akhirnya memendamkan jer rindunya itu..Auckland satu-satunya tempat yang boleh mengurangkan , rindunya..di Auckland, die bekenalan dengan Adi dan jugak Sajida..Alhamdulillah.berkat kesabarannya, dia dapat mengubah dan memperbaiki akhlak Sajida..

Namun, pada cuti semester akhir, hatinya tergerak untuk balik ke Malaysia...Rupa-rupanya ada hikmah yang die tidak menduga..sahabatnya yang jugak merupakan tunangan x rasminya rupa-rupanya mengidap kanser tulang..Adi merupakan sepupu kepada Firul..Sajida plak adalah adik kandungnya yang berlainan emak..

Naqiah akhirnya bertekad untuk berkahwin dengan Firul, malah terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk menjaga suaminya yang sakit..Dia terlalu bahagia dengan perkahwinan itu walaupun papanya sendiri tidak mengaku dirinya sebagai anak..Die tidak pernah menceritakan kepada Firul betapa hatinya cukup terluka dengan kata2 papanya..segalanya dipendamkan sendirian..Namun akhirnya die redha..Janji Allah terhadap suaminya telah tiba..Di saat die berjihad melahirkan cahaya mata, suaminya jugak berjihad dengan saat2 kematian..namun takdir Allah mengatasi segalanya..Firul sempat bangun dari koma dan mengazankan anaknye yang diberi nama Firdaus Izzudin(Syurga Pejuang Agama)..

Kematian Firul menjadikan die seorang balu muda..namun itu tidak mematahkan hasratnya untuk terus berjuang..Die kembali ke Dunedin untuk menyahut seruan ilmu..Namun mehna Allah tetap bersamanya..Dia diuji lagi..apabile Sajida dan mak tirinya datang menyerangnya dan menuduh die perampas segala kebahagiaan mereka.. sementelahan dengan masalah Pak Ngah nya yang ingin menyamannya dan jugak lamaran yang kunjung tiba dari dua jejaka membuatkan die seolah-olah tidak tahan lagi..Muncul Mama Nadia yang dianggapnya sebagai mama angkatnya..Akhirnya selepas beberapa isktiharah, die menerima Adi yang sebelumnye pernah ditolak..Die terlalu bahagia dengan kehidupannya bersama Adi..Adi bagaikan jelmaan Firul..
Layanannya sebelum Adi bergelar suaminya sudah cukup membuatkan naqiah terlalu segan sebenarnya..Pada Adi, die pernah memberitahu bahawa die terlalu cintakan Firul, namun Adi tetap memberinya masa..Adi terlalu sabar dan baik baginya walaupun die pernah silap mentafsir peribadi suaminya dulu..

"Allah tidak akan pernah menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya..Dia sekadar menduga kita mengikut tahap kemampuan kita menerima dugaan itu.. Bila Allah menduga kita, maksudnya Dia sayangkan kita.Dia menguji keimanan kita padaNya..Setiap ujianNya punya hikmah yang terhijab, yang kita tak duga,yang kita tak sangka"

"Apabila Allah menyenangi hamba maka diuji agar Allah mendengar permohonanya (kerendahan hatinya)"

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk"

(Surah Al-Baqarah Ayat 45)
Kesudahanya bahagia yang dikecapi Naqiah..Mama Nadia rupa-rupanya mama kandungnya..dan die akhirnya dapat menerima mamanya walaupun perasaannya terlalu sakit bile mengenangkan die diperlakukan sedemikian rupa..Sajidah juga akhirnya dapat menerimanya setelah kebenaran akhirnya terbongkar..Dia dapat menerima segalanya dan redha atas ketentuanNya..Dan bahagia yang diperolehnya..


blackmail

itu tajuk cite hindustan kul 12.30 tadi..
agak menyedihkan pada babak2 akhir tadi..
pelakon die sunil shetty ngan ajay devgan..
yg pempuan x tau plak name die..

citer ni sebenarnye mengisahkan kehidupan si sekhar(ajay), seorang penjenayah dan bekas pelumba kete..yg si sunil ni plak inspektor yg tangkap sekhar..mase die kena tangkap tu, isteri die tengah sarat,nak melahirkan anak..isteri die mati tapi anak die selamat..yg sekhar plak kena tangkap dan dipenjarakan selama 8 tahun..die tak tau pun anak die selamat..yg die tahu die nak balas dendam atas kematian isteri die..

anak tu plak dijaga dan dibesarkan oleh sunil..bile sekhar tahu jer die ade anak dengan isteri die, die datang carik sunil sbb sunil sorang jer tahu mane anak die..sunil x nak gtau perkara sebenar sbb die sayang sangat kat budak tu..jadinye sekhar pun culik la budak tu...

last2 sekhar tau la budak tu sebenarnya anak die..anak die tu pun minat kat kete lumba..
babak last 2 mase sekhar nak pulangkan balik budak tu die kena tembak jugak..

begitulah citernye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...