Monday, July 20, 2009

Kembara isra' dan mikraj




Tanggal 27 Rejab sentiasa tersemat di ingatan setiap muslimin dan muslimat kerana pada tarikh inilah berlakunya peristiwa penting dalam islam iaitu peristiwa isra'dan mikraj..

Isra' bermksud perjalanan yakni perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa..
Manakala Mikraj bermaksudperjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak.Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta.
Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi.
Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya.

Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha.
Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu yang kemudiannya dikurangkan menjadi lima waktu sehari semalam setelah Rasulullah berulang kali naik turun langit demi memikirkan umatNya..Sungguh Rasulullah terlalu amat menyayangi kita semua..

Peristiwa isra dan mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Apa yang lebih penting kita semua perlu menghayati setiap pengajaran di sebalik peristiwa tersebut. Peristiwa yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut pada kekuasaan-Nya
.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...