Thursday, December 24, 2009

%#^&....hari tertension%#@!....

agak tension hari ni dan besok jugak pasti akan tension...ari ni buat reverse buddy dan dapat master buddy yang garang..nasib x baik kali ni, besanya akan dapat yang baik2.. memang dah bergenang jer air mata tadi selamat x berjurai..kalau x malu la jugak dengan perempuan india yang garang itu..x baik pulak memburuk-burukkan orang tapi memang nasib x baik kot ari ni..


lepas tu dah la balik kerja ari ni lewat..keluar nak dekat kul 7..dan yang paling bengang sepatutnya x kerja esok kene keje pulak...huhuhu...masuk kul 7 pagi plak tu..nampaknya kene bangun kul 5 la jawabnya...dah tension tadi x abis, masuk tension baru..balik pulak tadi jam sikit.. pastu kuar makan terus dengan dayah n wirda..dan tension lagi biler tunggu lambat sangat..dapat2 pulak makanan x berapa nak sedap...huhuhu...tapi sebab dah lapar, bedal je la..


balik umah pulak diorang nak celebrate ijah yang dapat 8A untuk PMR result dia..tahniah ijah.. nanti kaklong bagi hadiah..tapi lambat sikit r, tunggu gaji masyuk..bangga gak jadi kakak die..hehehe...dan sempena meraikan malam terakhir acit yang akan pulang kembali ke sarawak pagi ni...jadi makan besar lagi..perut dah kenyang makan nasi tadi tapi sedap makan reramai, makan jugak sesama...alhamdulillah..rezeki makanan melimpah-limpah kat umah ni..

dah kene tidor dah ni kalau x terlajak pagi besok..tapi hari ni agaknya memamg hari tension sedunia..huhuhu...

Wednesday, December 23, 2009

terkadang.....

terkadang aku sedikit cemburu akan orang lain yang punya keistimewaan yang aku tak ada.. walau aku mencuba memperbaiki, masih ada lagi ruang2 kosong yang tak terdaya aku menutupinya, lantaran beginilah sifat azaliku..sukar untuk menerima sesuatu..lebih banyak memberi daripada menerima..lebih banyak mengalah dari melawan...

terkadang aku terasa sungguh sepi di dalam ruang waktuku yang tersendiri..bukan niatku bersikap begitu tetapi terasing itu adakalanya sudah sebati dalam jiwaku..bukan hendak bersikap biadap tetapi kesenyapan itu lebih dekat dengan diriku...

terkadang aku terlalu sensitif dengan perasaanku sendiri..terlalu banyak persoalan yang aku tak ada jawapannya..perasaan rendah diri kerap bertandang walau aku cuba mengusir dengan motivasi diri..namun aku bersyukur dengan apa yang aku ada saat ini..aku bersyukur akan diriku seadanya...mungkin ini percaturan hidup yang telah tersurat untukku..aku cuba memahami walau adakalanya tidak kutemui jawapannya...

Saturday, December 12, 2009

Pohon hijau-Brothers



Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

dendam..

tak tahu bagaimana bermula
dunia hitam dari sisi gelap
ada kisah derita di belakang
ada dendam kesumat di hadapan..

dunia ini serba kejam..
tiada pilihan baik yang harus dipilih.
dibunuh atau membunuh
perlukah aku memilih???

terleka musuh datang menghampiri
terlambat nyawa jasdi taruhan
waspada perkataan yang sering ada di benakku
dendam perkataan yang aku tanamkan..
muncung yang mengeluarkan peluru tak bermata
bagaikan azimat bagiku..
berapa ramai yang jadi galang gantinya..
berapa ramai yang telah tewas di hujung muncung azimat ini..
tak terhitung nilainya..
semuanya kerana DENDAM..

tapi pilihan apa yang aku ada???
menjadi mangsa pada pemangsa yang durjana??
jadi apakah aku yang sekarang bukan pemangsa yang durjana itu??


p/s: hasil nukilan dari mimpi..

Wednesday, December 9, 2009

9 nyawa..

Karya terbaru hasil tangan penulis favorite aku, Ramlee Awang Mursyid akhirnya berjaya aku habiskan..novel ini dah pun menjengah di pasaran pada 24 November..

Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Penerbit: Alaf 21
m/s: 517

Mata hati
tidak pernah berdusta


Novel kali ini, Ramlee masih lagi membawakan alam bawah sedar sebagai jalan cerita utama seperti karya trilogi bagaikan puteri sebelum ini..kalau di dalam bagaikan puteri watak utama suryani yang koma telah jauh mengembara ke zaman Laksamana Sunan tapi untuk karya kali ini watak utama INTAN SURYANI juga koma tapi rohnya masih berada di alam yang sama..

Berkali-kali INTAN koma dan kemudian sedar semula menyebabkan mamanya, Azizah percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi..mitos kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa begitu kuat mempengaruhi Azizah sehinggakan tanpa sedar azizah terlalu mengongkong kehidupan INTAN..ditambah dengan peristiwa silamnya bersama arwah suaminya, Sanusi membuatkan dia terlalu menyayangi Intan...dan atas faktor kesihatan INTAN yang lemah jantung membuatkan dia terlalu berhati2 dengan kehidupan anaknya, sehinggakan INTAN merasakan dia bagaikan seorang puteri dalam sangkar emas yang tidak bebas ke mana-mana..

HAKIM, seorang anak yatim piatu yang buta menyara adiknya, Shauqi dengan penuh tanggungjawab.. Hatinya sangat luhur..sesiapa sahaja akan terusik melihat keikhlasannya.. Anugerah TUHAN, mata hatinya lebih celik dan dia mampu mendengar suara mereka yang berada di sempadan antara hidup dan mati..

Mereka berdua bertemu jua, INTAN dan HAKIM..di alam paranormal..ketika INTAN berkunjung ke kota singapura untuk berbulan madu..Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita..kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai..tika ini erti kebaikan dan kejahatan terbuka...INTAN meniti balik ke masa2 yang begitu jauh ditinggalkan dalam kehidupannya, menyelongkar balik segala kenangan yang sudah dilupakan...

Kemalangan ngeri tika usia INTAN 10 tahun dahulu rupanya penyebab HAKIM menjadi buta dan sekaligus menjadi anak yatim piatu..dan kemalangan itu jugalah yang meragut nyawa bapanya dan penyebab utama kemalangan itu mamanya sendiri, Azizah..kerana tak tertahan lagi menanggung derita hidup bersama Sanusi menyebabkan Azizah nekad untuk membunuh Sanusi dalam kemalangan yang dirancangnya..Mujur nyawa INTAN dapat diselamatkan...

Dan tika di alam prasedarnya inilah, INTAN berjaya menyelongkar sisi sebenar suaminya, Khairil..seorang penipu dan pembunuh kejam..rupanya dia dijadikan alat untuk mengaut kekayaan yang dimilikinya..segala-galanya telah dirancangkan dengan begitu teliti sekali..cuma silapnya Khairil tidak sabar dan perbuatannya berjaya mengundang syak di hati Dr Daud, kawan rapat Azizah..Hasilnya dia berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri ke sempadan johor-singapura selepas berjaya membunuh Shauqi, adik HAKIM..

Penangkapan Khairil membawa kepada penangkapan sindiket dadah antarabangsa..Pak Wibowo dan Roni yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai ahli geng seberang di lorong 22 yang turut melibatkan Shauqi....

Sebelum kematian Shauqi, dia sempat bertaubat dari kerja2 kotornya..dia cuba untuk menjadi orang baik dengan kembali sujud pada Allah..semuanya kerana HAKIM, abangnya yang terlalu disayangi dan menyayanginya...namun kuasa Allah, Shauqi maut di tangan Khairil..dan dengan kuasa Allah jua, INTAN berjaya bangun dari koma apabila pemindahan jantung milik Shauqi berjaya dan sesuai dengannya...

Penghujung kepada penantian bertahun2 akhirnya berbaloi apabila HAKIM akhirnya dapat melihat semula...dan balasan MATI kepada Pak Wibowo, Roni dan Khairil..

seiring masa meniti usia..

Kala wajah itu kutatap..ada perasaan sayu yang bermain di tangkai hatiku, kupandangi wajah itu yang kurasakan ada cahaya harapan di situ..saban waktu wajah itu setia menunggu dan menanti, mengharapkan seseorang akan kunjung tiba..namun seiring masa meniti usia membuatkan penantiannya bagaikan sia-sia...tapi dia masih disitu seperti hari2 dan tahun2 sebelumya...menanti dengan penuh harapan..


Kala wajah tua itu datang menyapa pandanganku membuatkan aku terpikir akan nasib diriku andai aku seusia dengannya..atau mungkinkah masa itu dapat kujejak, kerna mungkin ajal datang menjemput di petengahan perjalanan kehidupan...


Wajah yang sama yang aku lihat di rumah2 orang tua..wajah yang penuh pengharapan pada seseorang yang bergelar darah daging..mereka terdampar di situ dan mengharapkan kasih sayang insan lain..kerna anak yang ditatang bagaikan minyak penuh sewaktu dulu kini begitu tega melepaskan kewajipannya...silapnya hanya satu..mungkin kerna terlalu mempercayai anaknya..sehinggakan kesalahan anaknya bagaikan dipandang sebelah mata..hasilnya disini dia dicampakkan bila kudratnya tidak diperlukan lagi...


Manusia hanya insan biasa..kadang kita tak bisa meramal apa yang bakalan terjadi..kadang apa yang terjadi x seperti yang diharapkan..kadang pengalaman insan lain boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam menempuh badai kehidupan ini...

#106

Entah kenapa hari ini sewaktu awal pagi aku dah rasakan rasa itu..rasa yang x sedap sehinggakan air masak yang diminum hanya singgah sebentar sahaja dalam tekak, x sempat menjengah ke perut..pandangan pun kurasakan agak berpinar2, tapi aku cuba bertahan..cuba melawan perasaan yang x enak itu dan aku berjaya menstabilkan diri dan emosiku..

Tapi kala petang rasa tu datang lagi...dan kali ni aku mmg x dapat nak bertahan lama..terlalu kuat rasa itu mengawal emosi aku..dan kadangkala sakit di perut datang menyinggah menambah bebanan perasaan aku..rasa2 tu datang bertingkah antara satu sama lain membuatkan aku rasa ingin menjerit sekuat hati, melepaskan beban di hati..tapi laungan itu setakat bergema dalam hati...

Ingin rasanya saat ini aku berada di tepi pantai/laut atau dalam hutan..mendengar deruan ombak menhempas pantai, mendengar bunyian unggas di hutan...terasa damai sekali mendengar nyanyian alam..sekurang-kurangnya terlepas bebanan perasaan yang aku rasakan saat ini...

Mungkin kerna rasa ni datang sebab aku terlalu penat memikirkan pasal kerja yang agak stress.. atau mungkin perasaan ni hadir kerana terlalu lama aku memendam rasa..atau mungkin kerana hormon2 kewanitaan..atau sebab2 yang x dapat dikenalpasti..

Monday, December 7, 2009

2012



baru berkesempatan menonton cerita yang dikatakan-katakan orang ramai sangat menarik..
cerita mengenai hari kiamat yang dikatakan akan berlaku pada december 2012, bilamana ari itu adalah end of the day for the world..the judgement day, hari kemusnahan seluruh umat manusia..

apa yang cuba digambarkan pengarah cerita ini Roland Emmerich penuh dengan pelbagai rasa dan pengertian yang bercampur aduk di sepanjang durasi filem ini..erti kekeluargaan, kasih sayang, sifat pentingkan diri, sifat ego, erti pengharapan, kepasrahan dan lain-lain lagi ada sepanjang filem ini...dan ada bahagian2 yang begitu menyentuh hati penonton terutamanya babak yang melibatkan perbualan telefon antara anak2 dan bapak masing2..

dari pemulaan sehinggalah ke pengakhiran cerita penonton hanya disajikan dengan babak2 yang suspens..melihat gempa bumi, letusan gunung berapi dan seakan-akan meteor yang menghempas bumi, tsunami yang begitu besar sehinggakan sebuah kapal yang besar berjaya diterbalikkan, manusia2 yang berlari2 menyelamatkan diri, bengunan2 tinggi yang runtuh menyembah bumi....begitu menakjubkan dan menerbitkan perasaan takut dalam diri aku..

ini baru gambaran yang digambarkan oleh manusia berdasarkan kajian2 dan bukti2 saintifik mereka...inikan pula hari kiamat yang digambarkan dalam Al-Quran yang lebih teruk, sehinggakan takkan tercapai dek akal..


Maksud firman Allah dlm surah Al-Zalzalah (1-4):
"apabila bumi digoncangkan dgn goncangannya yang dahsyat. dan bumi telah mengeluarkan beban2 yang dikandungnya. dan manusia bertanya 'mengapa bumi jadi begini?'. pada hari itu bumi menceritakan beritanya."

Firman Allah lagi dlm surah Al-Qaari'ah (4-5):

"pada hari itu (kiamat) manusia seperti anai2 yang bertebaran dan gunung ganang seperti bulu2 yang dihamburkan."


Thursday, December 3, 2009

Nur tuhan


Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

rindu pada kenangan..

Hari ni dah 3 december 2009 bersamaan dengan 16 zulhijjah 1430..penghujung bulan hijrah dan bulan masehi..cepat je setiap tahun bersilih ganti..bulan depan bulan januari dan tahun depan dah nak masuk 23 tahun...tua dah..huhuhu....rase dah terlalu lama meninggalkan zaman persekolahan.. SPM tahun 2004 dan dah nak masuk 2010..kira dah nak 6 tahun tinggalkan SMKDE..betul kata cikgu2 dulu, bila kita dah berada di alam pekerjaan, kita akan rasa rindu pada alam persekolahan...itulah apa yang aku rasakan saat ni..RINDU ngan zaman sekolah dulu..teringat dari sekolah rendah sampai sekolah menengah...kalau dulu masa sekolah, x sabar2 nak keje, nak pegang duit sendiri..sekarang selepas sebulan keje rasa lagi bez zaman sekolah..

sekarang still dalam training lagi..masih honeymoon dan sangat enjoy dengan kelas tu..belom pun rase lagi suasana sebenar kerja..tapi ada masa2 rase tension jugak...berbalik pada rasa RINDU tadi, teringat masa2 gembira dengan kawan2...semua dah jadi kenangan.. kenangan memang indah dikenang..walau ada peristiwa pahit tapi sebenarnya peristiwa itulah yang mematangkan diri kita..

mase sekolah rendah, darjah 5 yang paling bez..sebab ade cikgu rahman, cikgu yang membuatkan aku jatuh cinta dengan subjek matematik..ada siti nur anisa sebagai anak didik aku dan sampai sekarang lansung xde khabar berita lepas dia pindah..rindu sangat nak jumpa dengan dia sebab dia comel sangat...ada nazirah shaberah, aida, ariffin yang sama2 tusyen matematik dengan cikgu indran..ada efriyanti yang sekarang ni dah pun jadi isteri orang..

mase sekolah menengah pulak semua form bez kowt..tapi mase form 2 n 3 la paling bez.. rase motivasi sangat nak belajar sebab dapat keputusan yang teruk mase upsr.. dan dikelilingi kawan2 yang berlumba2 nak dapatkan pelajar top 10..dan aku berjaya dapatkan no 3 mase form 3 dan pmr dapat 7A jer..tapi alhamdulillah..hasil usaha banyak pihak...

mase form 4 n 5 pulak..rase main2 sangat..dan akhirnya result SPM sangat teruk.. aku berjaya dapat separuh jer..5/10...tapi mase form 4 n 5 ni la aku jadi rapat dengan mauizhatul, anisa, hamizah dengan insani..sampaikan kitorang digelar geng sumayyah..mane2 pun mmg berlima....

sekarang selepas hampir 6 tahun semua kawan2 dah pun ada haluan masing2..ada yang belom habis lagi belajar..ada yang tengah bekerja..ada yang dah tunang, kawin dan ada jugak yang dah ada 2-3 anak..cikgu2 kat sekolah rendah pun ramai dah yang xde..muka2 baru jer sume..sekolah menengah masih ade ramai lagi tapi lepas habis sekolah x pernah langsung dah jejak kat darul ehsan tu..huhuhu............

Wednesday, December 2, 2009

hidup ni tak adil!!!

itulah hakikat kehidupan yang terpaksa kita hadapi..bukan senang mencari adil dalam dalam setiap benda yang kita lakukan...yang kaya, berharta, berpelajaran, berpangkat, punya kuasa itulah yang selalu dipandang tinggi, dipandang hormat..sedangkan yang miskin, x berpelajaran tinggi,yang kerja tukang sapu tu dipandang hina....kadang-kadang yang kaya bertambah-tambah kaya sedangkan yang miskin bertambah miskin...mungkin kita nampak situasi ni berat sebelah..tapi itulah yang terjadi..mana taknya yang kaya makin tamak dalam mencari harta sehinggakan menindas golongan yang lemah yang x berpelajaran ni....

ketidakadilan sebenarnya berlaku di mana-mana..dalam kehidupan seharian kita..mungkin kita sedar ataupun tidak sedar..dalam keluarga sendiri pun boleh nampak ketidakadilan bilamana sesetengah insan yang bergelar emak/ibu/umi dan lain-lain panggilan kadangkala membeza-bezakan kasih sayang pada anak-anaknya..memang x dapat dinafikan walau kadangkala di mulut mengatakan kasih sayangnya sama rata tapi dari perbuatannya menunjukkan sebaliknya...itu peringkat keluarga, bagaimana dengan kawan2..antara guru dan anak murid, antara bos dan pekerja2..dan antara negara2..apa yang pasti kita semua selalu merungut atas sesuatu benda yang kita kurang puas hati disebabkan ketidakadilan ini..

tengok saja pada Amerika Syarikat, sebuah negara yang 'gahnya' memang x dapat dinafikan.. sampaikan semua kuasa besar tunduk pada dia..apa yang dia ada yang xde pada negara kita??
KUASA...dia dapat kuasai ekonomi dunia, bukan ekonomi jer, tapi semua benda dia maju ke hadapan....dan dengan senang2 saja dia salahgunakan kuasa yang dia ada untuk manfaat negara dia..



kadang-kadang orang lain bersusah payah, orang lain yang dapat nama..
kadang-kadang orang yang baik jadi jahat sebab ketidakadilan yang berlaku dalam hidupnya..
kadangkala orang baik jadi mangsa keadaan orang lain..
kadang-kadang niat baik seseorang dipandang serong...


bukan semua orang kaya yang memandang rendah orang lain..masih ada lagi orang2 yang berhati mulia yang sanggup membantu orang lain...dan bukan semua orang yang miskin, x berpelajaran ni baik...dan kesimpulannya untuk menjadi orang yang kaya, berpelajaran tinggi, dipandang tinggi sebab kebaikan yang dilakukan, kita sendiri kene berusaha ke arah itu kerana mentaliti masyarkat kita akan memandang tinggi golongan ni..


hakikatnya hidup ni memang x pernah adil..susah untuk mencari keadilan kerana manusia tak sempurna..yang maha sempurna dan maha adil hanya Allah...

#101...

lega...alhamdulillah,selepas mock call kedua..2 je yang fatal, berjaya memenuhi apa yang aku harapkan..nasib baik sangat kowt sebab dapat QA yang sama...die baik sangat, mmg cara die nak tolong..ape-apepun 3rd mock call minggu depan..huhuhu....dan keseluruhan untuk satu kelas banyak yang improve...mesti encik wan suka hati:p

balik tadi pulak bersembang dengan kakak yang berniaga depan warta..punyelah ramah..lame gak sembang ngan die..melarat pulak sampai dia siap cite pasal bekas suami dia lagi, padahal baru jer kenal sat tu...banyak gak dapat motivasi dari cerita kakak tu...mungkin boleh dijadikan panduan untuk jadik lebih tabah dan kuat...

kakak ni dah berniaga 6 tahun dan berjaya membesarkan ketiga2 anak dia seorang diri, tanpa suami disisi..suami dia katanya tinggalkan dia sebab nak kawin dengan orang dari indonesia.. masa tu anak2 die kecik lagi..dan suami die nakkan hak penjagaan untuk anak perempuan.. sampai masuk court tapi kakak tu la menang..lepas tu yang die pindah KL dan cuba bina hidup baru dengan bukak bisnes..alhamdulillah..sebab pandai berniaga dan rezeki Allah, dia berjaya sampai dapat beli umah dengan kereta sendiri..dan suami dia tetiba datang balik, merayu suruh terima balik...huhuhu...memang x nak la kakak tu..sedap2 orang dah kaya sikit nak balik hidup sama..dulu mase susah ditinggalkan macam tu jer...

jadi moral of the stories, kite kene bangun balik selepas kecewa...hidup mesti diteruskan walau apapun yang terjadi...dan x boleh harapkan lelaki 100%..kite orang perempuan kene berusaha untuk diri sendiri jugak..kalau jadik kes cerai-berai ni, kaum hawa la yang selalunya susah..satu kecewa dengan bekas suami yang sibuk carik pengganti..kedua kalau ada anak nak kene pikirkan pasal anak2...suami selalu lepas tangan..(tapi kes macam ni bukan sume suami salah..ada jugak isteri yang buat hal).. tapi apa-apapun sebelum kawin orang perempuan kene jugak ada harta sendiri untuk masa hadapan yang kita pun x tau.. sekadar langkah berjaga-jaga..

Sunday, November 29, 2009

#101

Dah nak abis raya dah pun..tapi rasenya x terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat seluruh muslimin dan muslimat yang menyambutnya..semoga jemaah yang menunaikan haji dan umrah mandapat haji yang mabrur, selamat pergi dan kembali..amin..

Tahun ni raya haji x macam tahun lepas..tahun lepas baik kampung..dapat tengok orang sembelih depan mata..tahun ni dapat solat raya jer..dan x terasa pun raya..apa-apapun alhamdulillah..diberikan kesempatan untuk menyambut lagi tahun ni...

Besok dah hari isnin balik..x suka hari isnin..tapi nak buat camner..tapi esok bez sikit kowt sebab gaji first dah masuk..mintak-mintaklah masuk sebab die kata hujung bulan..esok dah pun 30 aribulan..banyak dah perancangan untuk gaji pertama ni...huhuhu..mesti ade jer nanti yang x dapat nak beli..tapi untuk novel mmg x boleh tolak tepi..lagi2 buku ramlee awang murshid yang terbaru, 9 nyawa dah pun berada di pasaran..mmg wajib beli...

Hari selasa ada mock call lagi..first mock call untuk product..risau mmg risau tapi nak kata bersedia belom lagi jugak..kira lama jugak sebenarnya masa yang diberi sebab patutnya ari kamis ari tu dah kene buat...takut kecewakan lagi encik wan..kesian tengok dia..penat die mengajar..mmg nampak senang tapi ssh jugak kalau tak ade keyakinan.. sume pon mmg dah ade dalam sistem,depan mata kite jer..cuma kalau dah gabra mmg x ingat apa dah..dah deliver pon punyer susah..harap2 bejalan lancar..target nak kene kurangkan fatal..kalau yang untuk system ari tu, 5 fatal..nak kurangkan jadi bawah dari 5 yang fatal.. insyaAllah.. awak boleh amilina..
kene lebih confident jer...walau apapun kene buat betul2 sbb nak sangat keje ni..ssh nak cari keje lain..huhuhu.........

Tuesday, November 24, 2009

human is complicated..

Tiada siapa yang suka tunjukkan kelemahan dirinya pada orang lain..kadang-kadang terpaksa berpura-pura atau hipokrit di hadapan orang lain..walau di hadapan orang lain dia ketawa gembira, tapi jauh di sudut hati dia mungkin ada perasaan sedih..orang yang tak berapa kenal mungkin akan anggap dia happy go lucky tapi orang yang rapat dengan dia lebih memahami diri dia..dia bukanlah sehappy yang disangka...gelak ketawanya sekadar untuk menutup kesedihan hatinya dan sebagai penguat semangat untuk dia terus berjuang..

dia taknak dikatakan hendak menagih simpati atau kasihan orang lain..lebih2 lagi belas ikhsan orang..dia cuba menguatkan dirinya supaya orang lain nampak dia seorang yang tabah dalam menghadapi hidup ini..tapi sebenarnya dia bukanlah sekuat dan setabah yang disangka..dia tetap manusia biasa..insan lemah yang kadangkala terbuai dengan emosi dan perasaan..

sebenarnya terlalu sukar untuk memahami seseorang..kita semua sangat bagus sebagai pelakon di atas pentas kehidupan...sukar untuk meneka apa yang bermain di minda seseorang..payah untuk menyelami hati dan perasaan seseorang..zahirnya kita nampak tapi batinnya tetap tersembunyi...sebab tu human is complicated..bila bermain dengan hati dan perasaan kita kene jadi lebih berhati2..terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya...inilah pentingnya berfikir sebelum berkata dan bertindak..

untuk mengenali orang lain sebenarnya kita kene mengenali diri kita sendiri dulu..memberi peluang pada orang lain untuk mengenali diri kita dapat membuatkan kita lebih mengenali diri kita dari sudut yang berbeza dan mengenali orang lain juga memberi kita peluang untuk lebih mensyukuri nikmat yang kita ada..kesimpulannya bersyukurlah dengan diri kita.. terima diri seadanya dan cuba untuk memperbaiki diri..

Tuesday, November 17, 2009

kata cinta..


Bercerita mengenai perasaan, cinta, kasih dan sayang satu hal yang tak akan pernah habis diperkatakan..sesuatu yang menarik perhatian sesiapa jua kerana lumrahnya manusia yang sempurna pasti ada perasaan demikian..

cinta itu indah jika kene pada caranya..
cinta itu suci sesuci embunan pagi..
cinta itu buta tak mengenal sesapa..
cinta itu satu anugerah kurniaan tuhan pada hambaNya..

cuma cinta itu selalu disalahertikan..cinta tak bersalah, yang salahnya pencinta, yang tidak tahu erti cinta yang sebenar, bercinta dengan cara yang salah dengan kefahaman yang salah sehinggakan dengan megahnya berkata itu cinta sejati..sedangkan apa yang difahaminya berbeza dengan kefahaman orang lain..

cinta masa kini dikatakan terlalu murah harganya..perempuan dengan rela menyerahkan mahkota kegadisannya tanpa dipinta semata-mata kerana cinta..perempuan sanggup lari dari rumah,mengikut teman lelaki kerana sayang katanya..sanggup membelakangkan emak dan ayah yang bertahun-tahun menjaganya untuk seorang lelaki yang tak sampai sebulan baru kenal..semua kerana cinta..

bagi aku cinta sejati cinta yang berlandaskan cinta pada Allah..rasa cinta,kasih dan sayang bukan pada rupa paras, bukan pada harta dan bukan pada pangkat..tak guna couple bertahun2 tapi tak pernah ada matlamat untuk berkahwin..hujung pangkalnya niat seseorang..kalau ikhlas hatinya menerima jodohnya, insyaAllah bahagia yang dijumpa..

Seandainya bercita-cita mendambakan insan soleh/solehah, hamparkan dirimu sesoleh/sesolehah terlebih dahulu…mengharap yang terbaik maka bentuklah diri jadi terbaik…kerana sebagaimana kita mengharapkan dari dirinya, begitulah juga dirinya mengharapkan dari kita.

Cintailah Allah di tmpat teratas dalam takhta hati kita, nescaya Allah akan mengurniakan cinta hamba2 yg dicintai-Nya kpd kita.


Semoga ALLAH membuka pintu hati kita mencintai orang-orang beriman lagi bertakwa serta membuka pintu hati mereka terhadap kita….

Bersama mencari dan mendapatkan redha ALLAH

Monday, November 16, 2009

virus bermaharajalela..

nak masuk 4 ari dah kene sakit mata nie..hanya tuhan yang tahu betapa seksanya aku rasa..
masuk ari sabtu lepas bangun tido tu rase mata macam kene gam..ssh betul nak bukak mata.. 2 baru sebelah..melihat dengan hanya sebelah mata..macam lanun plak aku rase tyme tu..esoknye plak makin bertambah teruk biler dua2 belah mata dah dijangkiti kuman... merah giler mata dan terasa macam kene tumbuk....

ari ni isnin dah..patutnya kurang sikit selepas pekene ubat, tapi nampak gaya mcam x banyak pon berubahnya..g lagi klinik untuk 2nd tyme..dapat ubat yang sama gak dan dpat mc 2 hari.. risau sebenarnya dengan mock call yang sepatutnya ari ni..dan kelas yang tertinggal selama 2 hari...x taulah apa nasib aku ari rabu nanti..kalau x sihat jugak,terpaksalah bercermin mata hitam pergi keje...huhuhu......

Saturday, November 7, 2009

sebelum terlena


dikala malam sunyi sepi
sebelum mata terlena
mengenang akan nasib diri
di akhirat sana...

diri yang penuh dengan dosa noda
mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
bersama himpunan dosa yang menggunung tinggi
terkapai ku mencari limpahan hidayahMu..

lemah lututku berdiri menghadapMu
di hadapanMu tengisanku keharuan
Tuhan hamba belum pasti
bagaimana penerimaanMu
dikala mendengar pengaduanku..

Ya Allah Ya tuhanku
maghfirahMu kudambakan
rahmat kasih sayangMu kuharapkan
dan jua keredhaanMu
dalam hidupku..

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah redhakanlah kehidupanku
andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri..

Ya Allah
jangan Engkau palingkan hatiku
setelah Engkau berikan hidayahMu
Sesunggunya Kau maha pengasih..

hambamu ini amat memerlukan Mu oh Tuhan...

jangan ditangisi pemergianku


andainya esok bukan milikku lagi
dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
jangan ditangisi pemergianku
hanya titipan doa yang kuharapkan
agar aman di dunia sana...

andainya aku pergi dulu sebelum kalian
redhalah akan kalian akan kehilanganku
kerna yang pasti ku takkan kembali
perginya diriku buat selamanya...

andainya ajal datang menjemputku
kerna tuhan lebih menyayangi diriku
kerna itulah ketetapan yang ditetapkan ke atasku
pada setiap insan yang bergelar manusia.....

jangan ditangisi pemergianku...

sape nak beli selendang?

BnSyg are officially launched on 3 Nov 2009. I provide u all kinds of shawls with high quality and comfort materials. If you interested in any of the item(s) feel free to place an order at the bottom of the page. And if you want to get more details information of the product(s) pls do not hesitate to drop by to the link below:

www.bnsyg.blogspot.com

Thanks for ur support and co-operation. Really appreciate it.

p/s: if u guys have free time, pls do forward and spread this good news to ur friends. (",)

Thursday, November 5, 2009

i feel excited...

banyak benda yang membuatkan aku excited sekarang ni dan x sabar2 nak tunggu hari tu..


1. 9/11- Adik aku no3 akan bercuti semester dan pulang ke rumah..excited nak jumpa dia balik lepas hampir 5 bulan x jumpa..mesti banyak citer dari Sarawak..

2. dapat gaji bulan ni..even belom sampai 2 minggu pun start keje..banyak dah plan yang nak dibuat dengan duit itu..

3. belajar kat labs..minggu depan kowt..sbb kelas sekarang sangatlah boring belajar pasal sistem..

4. ikut technician nanti belajar pasal phone cabel agaknya..entah..

5. maths SPM..lepas tu x payah dah ajar amir n amar..huhuhu..jahatnya..harap2 masuklah apa yang aku doh ajar diorang ni..

6. dpt buat keje sambilan kat rumah..dapat duit lebih sikit..

7. lepas sume mock call dan assessment dengan jayanya..moga dapat mengharungi 6 bulan ni dengan tabah..

8. perjumpaan dengan kawan2 sume..harap2 dapat jumpa la sbb selalu plan x jadik.. mizah terutamanya walaupun dekat tapi terasa jauh..rindu sama mizah, nani, mau dan nisa...

9. result upsr farah n pmr ijah..hopefully diorang dapat keputusan terbaik dan diterima masuk asrama..nanti tinggal aku sorang jer kat rumah..huhuhu...

10. dapat kumpul satu kuarga..

hidup ini satu perkongsian..


mungkin kita tak sedar tapi itulah hakikatnya..kita berkongsi di atas satu bumi dan dipegang kuat dengan satu ikatan persaudaraan iaitu persaudaraan sesama islam..kita bernafas dan menghirup udara yang sama..



Dalam ikatan perkahwinan juga, suami dan isteri berkongsi segala-galanya..dari kasih sayang hinggalah ke harta benda semua hak bersama..walau kadangkala isu ini akan heboh diperkatakan selepas pasangan suami isteri bercerai..kalau dulu sebelum kahwin, berkongsi juga..berkongsi kasih sayang emak ayah dengan adik beradik lain..tapi perkongsian suami isteri terlalu besar maknanya..itulah pentingnya memilih pasangan yang serasi dengan diri kita.. kalau boleh bercinta sekali, berkahwin sekali dan kekal sepanjang hayat..sebab kita berkongsi hidup bukan untuk sehari dua tapi bertahun-tahun lamanya..kata orang selagi hayat dikandung badan..



"Sharing is caring"..maybe betul agaknya..tapi kalau part bermadu ni selalu tak boleh nak dielakkan..mesti akan timbul jugak persoalan tu..rasanya pada pandangan aku tak salah bermadu asal kene pada tempatnya..lelaki tu mesti adil dan saksama..tapi kebanyakkannya memang x boleh berlaku adil..sifat manusia kadang2 mesti terlebih juga, membanding-bandingkan juga layanan isteri2..tapi terlalu tabah seorang yang sanggup bermadu suami.. mungkin kerana ada sebab yang menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan demikian.. mana kita semua tahu kan? something happens must be a reason..

Wednesday, November 4, 2009

indahnya Malaysia..

Mana2 pergi penuh dengan rakyat asing terutamanya hari minggu..salah satunya dekat depan Mydin dekat dengan CM tu..kalau bas nak lalu, teruk betul..penuh diorang kiri kanan..kat klcc ari tu g pon penuh dengan rakyat asing..macam2 rupa, macam2 bangsa..dr nigeria ada, bangladesh ada, indonesia la paling ramai kot..

sekarang ni rase-rasenya dalam setiap rakyat Malaysia pasti akan ada rakyat asing..Malaysia sekarang diibaratkan seumpama negara lambakan rakyat asing..fenomena sebegini ada pro dan kontranya..kita x dpt menafikan tanpa mereka, takkan ada banggunan pencakar langit, kerana khidmat mereka amat diperlukan sebagai buruh kasar..rakyat malaysia sendiri mana tahan dek panas,dek hujan..kekadang agak kagum dengan semangat sesetengah pekerja asing yang kerja x kira masa..mungkin sbb diorang merasa perlu bekerja keras demi anak2 di perantauan atau untuk terus hidup di bumi asing..itu yang datang ke Malaysia atas niat mencari rezeki..

tetapi bagaimana pula dengan rakyat asing yang datang buat pasal pulak? dah la datang negara orang tanpa permit yang sah..lepas tu buat huru hara, buat jenayah, menyusahkan orang lain..
itu memang tak dapat dimaapkan...

Ada sesetengah rakyat asing yang dah lama menetap di Malaysia begitu fasih berbahasa melayu dan ada jugak yang berjaya dalam perniagaan..wow! ada yang jadi tauke restoran, pengusaha kedai, dan macam2 lagi..ada yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan dah ada beberapa orang anak....tepat dengan perumpamaan kalau nak seribu daya kalau x nak seribu dalih..

Lambakan rakyat asing ni mmg ada impactnye pada kita semua sebagai rakyat Malaysia..sedikit sebanyak akan ada rakyat yang hilang punca rezeki dan peluang pekerjaan..mungkin akan membawa kesan pada ekonomi negara...

Sekian sahaja berita untuk hari ini..
berjumpa lagi pada siaran dan waktu yang sama..
:)

Saturday, October 31, 2009

Cinta Kau Dan Aku

Penulis: Siti Rosmizah
m/s: 679
Penerbit: buku prima

Hanya dirimu yang bisa membawa syurga
dalam hatiku
tanpa dirimu kuhanya manusia
tanpa cinta...

Ini hasil nukilan kedua penulis Siti Rosmizah selepas karya pertama beliau iaitu Andai itu takdirnya yang begitu suksis di pasaran..Bagi pandangan aku novel kali ini tidak banyak bezanya dengan novel pertama kerana isu yang cuba disampaikan penulis masih berkisar pada permasalahan rumah tangga dan ketabahan seorang wanita..bagaikan streotaip pada novel pertama beliau...namun aku tetap mengalirkan air mata bila ada part2 yang begitu menyentuh perasaan..bagiku penulis bijak bermain dengan emosi pembaca dan juga dialog2 yang dihasilkan cukup sempoi dan adakalanya bisa aku tergelak sendirian..

watak utama novel ini berkisar mengenai Nur Farisya Iman yang digambarkan berwatakan ala-ala tomboy.. Risya datang ke KL untuk mencapai impiannya untuk bergelar driver..dan pertemuan pertama pada pelanggaran di depan lif menjadi titik permulaan kisah hidupnya..
Mohd Farish Hakimi, itulah nama bosnya dan yang akhirnya menjadi suaminya..

Farish sebenarnya sudah jatuh hati pada Risya pada pertemuan pertama mereka lagi..begitu juga dengan Risya yang dalam diam mencintai Rish.Namun bagi Risya dia tahu batasannya, dia tahu siapa dirinya..manakan sama enggang dengan pipit..dia cuba untuk mengelak untuk berkahwin dengan Rish disebabkan hajat emaknya yang ingin bermenantukan Rish..akhirnya rancangan yang dirancangnya serba x menjadi apabila dia pula yang termasuk dalam rancangan emaknya..jodoh mereka akhirnya bersatu jua.walau dia cuba menafikan dia sudah bergelar isteri pada Rish..dia cuba menerima dan bahagia yang tercipta..

namun kedatangan Suraya, bekas tunang Rish dan Farah,adik iparnya mencetuskan permasalahan yang akhirnya membawa kepada penceraian..terlalu terancang rancangan yang diatur oleh Suraya dan Farah sehinggakan Rish langsung tidak menoleh kebelakang lagi.. dan pada masa yang sama Risya bergelar janda dia jua kehilangan anaknya..mujur ada sahabat yang begitu setia disisi...walau terlalu pahit untuk ditelan, kehidupan harus diteruskan.. dia bangkit untuk terus berjuang, dengan bersusah payah untuk meneruskan kehidupannya..
namun rasa benci mengatasi rasa rindu pada lelaki itu..

muncul Cikgu Zul, bekas cikgunya yang dulu pernah ditolak lamarannya.. bagi Cikgu Zul, Risya yang pertama dan terakhir dihatinya sejak dulu lagi..dia pernah bertunang sebelum dia berjumpa Risya namun di saat2 akhir dia nekad untuk memutuskan pertunangannya dengan Farah..itu puncanya yang menyebabkan Farah terlalu sakit hati terhadap Risya..Bahagia bila berjumpa dengan orang yang dicintai bertahun lamanya tapi untuk memiliki tiada terdaya.. Cikgu Zul disahkan menghidap Leukimia dan hanya mampu bertahan beberapa bulan lagi.. bila mengetahui keadaan Cikgu Zul dari ibu Cikgu Zul membuatkan Risya nekad untuk menerima keikhlasan Cikgu Zul..dan pada waktu yang sama Rish terlalu membenci Risya walau sebenarnya dia terlalu menyintai Risha..dan atas dasar benci itu dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Suraya pada hari yang sama dengan perkahwinan Risya.. Namun malam pengantin, sebelum majlis kedua2 pihak bermula..semuanya terbongkar..

Farah datang mengaku bersalah pada abangnya dan tanpa berlengah Farish nekad berjumpa dengan Risya untuk memohon keampunan..di sana di rumah Risya pula suasana meriah bertukar menjadi sedih apabila pengantin lelaki yang terlantar di pembaringan, sedang menghitung detik untuk mengadap penciptaNya.. Atas amanat yang diberi dan permintaan terakhir arwah, mereka diijabkabulkan kembali..terlalu besar pengorbanan yang dilakukan Cikgu Zul..

bagi Farisya perkahwinan kali kedua ini tidak bermakna apa2..hatinya sudah terlalu beku pada lelaki itu..dia tidak dapat melupakan setiap patah perkataan yang diucapkan padanya.. terlalu rendah, terasa sungguh hina diperlakukan sedemikian rupa oleh orang yang tersayang.. walaupun dia tahu dirinya dan suaminya adalah mangsa keadaan...

Namun kalau jodoh tak kemana..walau sekeras mana hatinya cuba menafikan jauh di sudut hati hanya lelaki itu yang bertakhta..dan akhirnya bahagia yang dicari hingga ke akhir hayat..
Farah yang dulu terlalu membencinya menjadi orang yang terlalu menyayangi dirinya.. dan Farish akhirnya berjaya menerima dan memaapkan Farah..

Bagiku watak Zack Kapcai dalam novel ini terlalu istimewa walau wataknya hanya sekadar watak tambahan..perwatakan yang cuba digambarkan oleh penulis menunjukkan bahawa watak Zack Kapcai ini begitu berpengaruh dalam kehidupan watak utamanya, Farisya.. dan pemikiran Zack Kapcai itu yang istimewanya..seolah-olah dia dia punyai 2 watak yang berbeza..



siapa diriku yang sebenar???

bukan salah keluarga, bukan salah kawan2, bukan salah diriku sendiri..
aku belajar menerima siapa diri aku...
aku belajar untuk lebih tabah dalam menghadapi hidup ini..
aku cuba mencari kekuatan atas setiap apa yang aku ingin lakukan..
namun kadangkala walau sekuat mana kita berusaha..
ada benda yang mungkin kita takkan gapai sampai bila2..

umpama perumpamaan api dan air yang tidak akan sesekali bersama..
bagai minyak dan air yang akan tetap terasing..
hukum alam kadangkala tak terdaya melawan..
cuma apa yang terdaya dilakukan..
berusaha untuk menjadi lebih baik..

itu yang aku sedang beusaha melakukannya..
walau kadangkala aku terasa terlalu payah untuk digapai..
namun aku tahu ia bukannya mustahil...
aku tidak perlu buktikan apa2..
aku tidak perlu tunjukkan pada sesiapa..
siapa diriku itulah aku yang ditunjukkan..
aku bukan seorang yang hipokrit..
aku mengaku akan kelemahan diriku..
dan aku cuba untuk memperbaikinya..

life is not easy..

hidup ini penuh dengan liku2 kehidupan yang terpaksa kita lalui.. Dalam kehidupan kita terpaksa memilih, kita terpaksa membuat keputusan walau adakalanya keputusan yang kita bakal ambil akan membuatkan kita menyesal sepanjang hidup..namun hakikatnya itulah tindakan yang terbaik kita pernah ambil sepanjang hidup kita..kita berani membuat keputusan dan berani menerima hasil daripada keputusan yang kita buat..

Sepanjang menyusuri bahtera kehidupan ini mungkin kadangkala kita akan kehilangan arah,
hilang identiti diri..andai diri tidak kuat berpegang pada kurniaan yang diberi nescaya diri terlalu lemah untuk bertahan dan berpaut pada dahan yang rapuh..manusia saling memerlukan antara sama lain..disini terciptanya peranan pihak sekeliling..

life is not easy as you think..kita kadangkala suka memikirkan jalan singkat untuk mencapai matlamat..tetapi hakikatnya tiada yang senang dalam hidup ini..bukan senang nak jadi senang..semuanya memerlukan usaha..kejayaan takkan datang pada kita andai kita tidak berusaha untuk mendapatkannya...tiada jalan pintas sebenarnya..siapa yang mengambil jalan pintas hakikatnya dia terlepas pelbagai pengalaman hidup..

segala kesusahan yang kita tempuhi pasti ada hikmahnya..dugaan hidup menjadikan kita lebih matang dalam segala segi..pengalaman ini yang akan mendewasakan kita..kejayaan yang kita kecapi sendiri lebih manis dan berharga daripada kejayaan yang datang tanpa usaha kita..

cuma kadangkala manusia terlalu alpa, terlalu leka dengan arus kehidupan..tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah...kadangkala sehingga menyalahkan takdir atas apa yang berlaku...sedangkan tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan padanya...

Monday, October 26, 2009

that day..





still nak bercerita pasal konvo walaupun x bez..hahaha... nak mulakan dari ari selasa tu.. gerak dari klcc nak dekat kul 5.30..sampai2 kat shah alam dah nak dekat 7.30..lagi 30 minit jer sebelom habis masa amik jubah..dahle ade masalah sikit pasal denda kak mas tu..kawan die dah tolong bayarkan,jadinya kene amik kat kawan die la dulu..janji nak jumpe kat bus stop seroja..

sampai seksyen 2, aku dah jadi kelam kabut..tengok bas 603 bertutup lagi..jadi nak tak nak terpaksa naik teksi..takkan la nak tunggu plak,biler mase plak die nak jalan.. terus g naik teksi..sekali cas mahal giler padahal dekat je pon..nasib la kau..pastu pasal kawan kak mas ni terpaksalah die naik ke atas menara jumpa aku...

sampai2 kat menara tu aku terus aim g bilik jubah..dalam pertengahan jalan tu selamat terseremak dengan orang yang bertanggungjawab mengenai jubah tu..terus diorang kata bilik jubah dah tutup dah dik..aduh ..mengeluh terus aku disitu..hahaha...camner entah..die kesian kot kat aku tengok ngan beg sekali..terus aku pon bagi reason kat diorang..selamat Allah bukakkan hati diorang nak tolong aku..alhamdulillah...lega aku ada gak orang nak tolong.. kesian gak dgr luahan hati diorang yang dari pagi keje kan...tapi terima kasih banyak2 la kat dua orang abang tu...settle masalah..pastu dah amik jubah baru g daptar...

pastu plak nak g ke umah mau..selamat turun2 menara tu ada bas 604 lalu..tanpa berfikir panjang terus je la naik bas tu..tp masalahnya aku x sure kemana hala tuju aku.. just instinct mengatakan area rumah tu macam aku tau...penat giler nak menapak ke rumah mau dengan 2 beg konvo yang kemain berat di sebelah kiri dan sebiji beg di sebelah kanan.. tapi aku respect kan diri aku sendiri..mmg tabah sekali..hahaha...

sampai2 umah mau lega giler..dah dapat baring sekejap terus segarkan diri..esok menanti dengan x taulah apa nak jadi..sure esok penuh dengan debaran dan cabaran lagi..tapi malam tu tidor lambat gak.,ye r jumpa member lama...banyak citer nak kongsi...tp terima kasih sangat2 mau sbb sudi bagi tumpang semalam..hahaha..

ari konvo tu la langsung x bez..dengan kelam kabut..dgan kene marah ngan abah sbb lama sangat kene tunggu....huhuhu....ye r masa terhad..kuar dari dewan dah kul 5..pastu kawan2 dok ajak tangkap gambar..sian gak abah emak tunggu lama..sampai abah balik tu x henti2 x puas hati...bas plak last sampai kul 6.30 jer..jadi sekejap jer dpt bergambar dengan nak kene pulangkan balik jubah tu...huhuhu...agak tension la...

mmg penat satu hari tu..besoknya ada kelas ngan alang plak..tapi alhamdulillah..syukur pada Allah..segala-galanya berjalan lancar..special thanks to my family..pada lecturer2 yang pernah mengajar aku, pada kawan2 yang selalu ada bersama..kepada mauizatul, abang jubah tu, cik anuar dan semua yang bersusah payah ari tu...

Saturday, October 24, 2009

minggu yang sibuk....


lama dah x bukak blog ni..minggu lepas minggu yang agak sibuk dan kelam kabut dan happy sesangat..firstly pasal soft skill training kat menara atlan,under careerxcell...actually minggu lepas aku ngan wirda dah pegi dah ari isnin tu tapi dihalau balik kemudiannya..hahaha.. sedih jer sbb dia nak full commitment dari peserta..no skip even 1 hour..so mengalah la sbb wirda nak kene amik jubah untuk konvokesyen..

so jumaat minggu yang sama..si aleya meminta kami supaya datang next week walaupun hari rabu tu hari konvokesyen kitorang...dah dia suruh g pegijelah masa ari isnin tu..cuak jugak lepas alang banyak kali tegaskan benda yang sama..even sampai mcm ala-ala kene angkat sumpah gitu..mmg terasa penat sangat ari tu sbb first time kan..kuar pun kul 6.30 tunggu bas..balik pon dah nak dekat kul 8...

tapi itulah mesti ada hikmahnya..kalau joint kelas minggu lepas mmg x bez kot sbb participant lepas kitorang blah tinggal 3 orang jer..terlampau sikit..minggu ni plak terlampau banyak, sampai kene buat 2 kelas...adalah dalam 40 org lepas campur 2 klas.. tapi mmg bez la kelas kitorang..havoc giler..ramai sangat yang aktif...first day pon dah panas dengan aksi debat.. hahaha...

kelas yang first 2 days tu dengan rees..mmg bez en rees ni..nampak agak pendiam, tapi bile dah bersuara x henti2 gelak dengan kata-katanya..tapi serious dia ni nampak sangat cute..aku suka dengan gaya dia yang kadang2 agak lembut gitu..hahaha....tp kelas kitorang mmg bez la.. sume banyak cakap terutamanya azi, linda ngan hilal..yang lain pon x kurangnya, banyak gak mencelah..ade beberapa je la yang agak pasif..x menyerlah sangat termasuklah aku.. hahaha...

pastu ari rabu ngan khamis tu kelas ngan other trainer, alang..so, ari rabu my convocation..so x masuk r kelas dia ni..selamat lepas satu hari.. trainer ni aku x berapa suka sangat..die elok jer cuma cara dia yang x berapa nak kene..buat panas jer...hahaha...rase-rasenya budak2 lain pon sependapat ngan aku..so ari khamis tu selamat die macam baik hati-3 jam x dok dalam kelas.. merayau cari mangsa...buat aktiviti luar kelas..bez jugak..sempat jugak aku terjumpa buku yang aku cari2..dan sekarang sedang berusaha menghabiskan membaca sebelom ari isnin..

secondly pasal konvo tu lah..x de feel sangat nak citer..patutnya it will the best moment in my life..tapi banyak sangat hal yang x kene jadinya..tapi seronoklah..alhamdulillah.. dah tercapai salah satu impian aku dan aku berjaya menghabiskan pengajian aku..tahniah buat aku.. dan jugak sangat terharu pada hari tu dengan emah dan abah aku..terima kasih emak, abah n adik2 aku for being there...

lepas g training tu banyak gak yang aku belajar..so hopefully segala lesson yang aku belajar boeh diaplikasikan dalam kehidupan aku.. n i'm trying to improve myself setiap hari..tapi kelas tu is one of my best memory..

Saturday, October 17, 2009

mengenai hati-1

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama."
(Ar-Ra'ad: 28-29)

Menyentuh soal hati, ianya satu perkara yang agak rumit..disinilah segala-galanya bermula..
hati yang suci bersih akan melahirkan insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang di dunia dan akhirat. sebaliknya hati yang hitam kotor menjadikan si pemiliknya seorang yang jahat dan kejam.. sebaik-baik manusia, pasti ada setompok hitam di hatinya..manusia bukan malaikat, bukan Rasulullah yang bersifat makhsum..

hati yang sentiasa mengingati Allah pasti akan tenang jiwanya, tergambar dengan perilaku yang sopan dan terpuji..hati yang bersih akan sentiasa dekat dengan Allah..sentiasa mengharapkan maghfirah, keredhaan dan kasih sayang Allah...

manakala hati yang rosak berkarat akan menyebabkan kita jauh daripada Allah dan semakin tersesat dari jalan kebenaran.

Rasulullah bersabda: "Sesunggunya hati manusia
akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.
Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk
menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab
Rasulullah,

"Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."


hati hendaklah sentiasa dididik..umpama mendidik anak2 kecil dengan nilai2 murni..umpama memelihara pokok, cukup dengan baja dan segala keperluan yang diperlukan pasti akan menjadi benih yang baik.

hati sentiasa rapat dengan jiwa..dengan iman..di sini terletaknya perasaan yakin..dan di sinilah juga terbit perasaan yang pelbagai..Allah kurniakan rasa itu fitrah..kita dapat merasa takjub, ujub, riak, sedih,kecewa, gembira...syukur pada Allah atas segala nikmat rasa ini..

semoga kita sentiasa dijauhkan daripada penyakit hati dan sentiasa mengingati Allah..




kehidupan dalam 3 hari

semalam sudah menjadi sejarah yang tak bisa diundur lagi
hari ini apa yang sedang kita lakukan
esok satu hari yang belum pasti...

berbahagialah orang yang hari esok lebih baik dari sebelumnya
rugilah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam..

esok pelbagai kemungkinan akan tercipta..
esok masih ada..bagi orang yang alpa akan nikmat nyawa..
namun masih adakah hari esok?
andai ajal datang menjemput..

hari ini hari segala-galanya..
umpama hari terakhir kita di dunia..
hari ini tunjukkan segala yang hebat..
semoga amal kita diterima...

semoga esok masih ada..
semoga kita berkesempatan melihat dan berfikir..
semoga kita diberi kesempatan untuk sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatanNya

Saturday, October 10, 2009

Alhamdulillah...



alhamdulillah..syukur padaMu tuhan..
Kau lebih mengerti apa yang kuperlukan..
Kau lebih memahami apa yang kuinginkan..

walau diri ini adakalanya alpa padaMu..
Engkau sentiasa ada di sisiku..
Engkau sentiasa mendengar rintihanku
walau apa pun yang terjadi...
itu sudah suratan hidupku..
Hanya kau yang maha Mengetahui..

Terima kasih tuhan..
atas segala nikmat yang Engkau berikan padaKu..

Monday, October 5, 2009

#84

sedar x sedar dah hampir 2 minggu aku secara x rasminya kerja kat kedai buku sekolah rendah.. ye aku suka dengan kerja tu walaupun gajinye x lah semahal mana..keje x berapa nak banyak, yelah macam jaga kedai la kan..customer datang serve..dalam kes aku ni kebanyakan customer aku budak sekolah lah dari prasekolah sampai darjah 6..dah nama pon kedai buku sekolah rendah kan..

nampak je kerje tu x penat tapi malam2 terasa gak sakit2 badan, masuk tido pun awal..penat sebab terlampau banyak duduk la kot.. n penat melayan kerenah2 budak2 ni.. tapi itu yang membuatkan aku tersenyum setiap hari..telatah diorang sume..walaupun nakal tapi mereka2 ni sangat comel....

dan x sampai seminggu aku jadi tersangatlah famous kat sekolah tu..cikgu2 sume kenal sebab aku ade adik kat sekolah tu darjah 6 yang bolehla dikatakan famous jugak dan ayah aku yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah.. bertambah2 famous adik aku yang no4 pernah mengharumkan sekolah tu dengan keputusan UPSR nyer dan muka aku amatlah saling tak tumpah macam die..sampai memula tu ade cikgu tu x bagi salam terus panggil nama adik aku tu...

diorang banyak ingatkan aku kenangan masa sekolah dulu..pasal kawan2 ni..g memana same2 jer..ade yang memain anak tangga tu..ade yang diam sangat n ade tu yang banyak sangat cakap sampai x berenti2 citer..macam2 ragam..ade yang datang tu sesaja je nak mengacau, bukannya nak beli pon..ade tu datang nak tolong2 kemas..ade tu datang x tau nak beli apa..ade tu nak beli x cukup duit..aku jadik kesian then aku suruh bayar esok..last2 ade gak yang bayar, tapi lagi banyak yang x bayar..last2 aku yang terpaksa ganti guna duit aku....macam2..

cikgu pun bebaik jugak..kalau lalu depan kedai selalu senyum tapi ade gak yang langsung x senyum..tapi ramai dah cikgu baru..cikgu lama mase tyme aku kat sekolah tu adelah tinggal 2-3 kerat...yang buat aku malas sikit nak datang ari2 sebab sorang cikgu ni yang menggatal.. x habis2 dok suruh budak2 kirim salam...nak buat lagu mana..terpaksalah bersabar sementara nak dapat keje lain..

Saturday, September 26, 2009

entri bergambar..





raya 2009

dah masuk hari raya ke 6..terasa mmg cepat masa berlalu..nak citer sikit pasal raya tahun ni..
bolehla seronok la jugak tapi bez lagi raya tahun lepas dekat umah maklong.. tahun ni beraya di tangkak tercinta dengan kekurangan salah satu anggota keluarga..acit yang berada di perantauan..
mesti die pun sedih di pagi2 raya..tapi ptg tu suara die kelihatan gembira beraya bersama keluarga angkatnya...(skema giler)

tahun ni dah x balek naik bas lagi macam raya2 tahun sudah..sekarang sudah menggunakan khidmat kereta angah..angah dah jadi driver bertauliah untuk keluarga ni..so dah x yah kalut2 pagi2 kena bangun sbb takut tetinggal bas..tapi balik raye ari tu pun kena kerah jugak bangun pagi sebab takut jam..rancangnya lepas sahur nak gerak, tapi bangun sahur pun pukul 5, nak gerak camner..last2 lepaskan solat subuh dulu..kul 7 baru gerak...

agak tersasar sikit sebelom nak kuar KL..jadi meronda2 dalam KL nak dekat 3o minit..selamat ada pakar kat sebelah angah yang tau jalan shortcut..kalau x jadi cam ari tu, dekat 1 jam lebih pusing2 lagi..last2 sampai jugak..alhamdulillah..

pagi raya la bez..lepas solat raya, sesi bermaap-maapan kuarga kitorang buat kat dalam bilik jer..malu nak buat kat luar..,.pastu sesi bergambar..then sume macam nak blah jer.. pak usu nak g muar..mak uda nak g umah suami die..mak uteh sekeluarga jer x de plan..jadi kitorang pun plan nak g jementah..kampong abah sekejap..nak g ziarah kubur arwah atok ali..dah lame benar x ziarah kubur tu..ye lah lame dah x beraya kat jementah..pastu boleh singgah2 sekejap jiran2 atok..yelah dah ade kenderaan..senang sikit nak bergerak..kalau dulu no choice terpaksalah dok temankan atok kat umah,layan tetamu datang..x boleh nak mengelak..suka ke x suka terpaksa layannnnn...

first tempat yang dituju kubur atok..sampai2 melilau dok cari mana satu..abah pun lupa mana satu..salah satu kubur tu ade orang datang melawat..siap bawak bunga lagi..langsung x terpikir itulah kubur arwah atok..lepas die pergi baru perasan..ye lah ingatkan kuarga die kan..kitorang pun x kenal dengan pak cik yg datang ziarah tu....lepas tu g beraya kat umah wak tambem.. jiran arwah yang paling rapat..dok situ pun x lame..ramai sangat sepupu sepapat die datang..penuh umah tu...then terdetik nak g umah atok..umah tu dah jadi umah sewa..kiranya ade lah penghuninya..sampai2 kitorang pon terkejut..pakcik tu yang kitorang jumpe kat kubur tadi.. Pak cik Rasul...die kata tetiap tahun die datang melawat kubur tu n tiap kali first day raya die x g memana sbb tunggu adik beradik abah datang... tinggal abah sorang jer yang die x kenal.. kira baik la pak cik rasul ni, walaupun x pernah kenal ngan arwah..tapi setia melawat kubur arwah.. telepas rindu kat umah tu..dfapat tengok puas2..x banyak sangat pun berubah..cuma penuh dengan barang2..kalau dulu arwah atok awi x letak banyak sangat barang...kira lapang jer umah tu....

raya kedua plak x g memana..kuarga tok long datang..memang ramai kalau diorang datang sekali.. malam tu plak pak usu buat bbq..puas melantak ayam..mak uteh plak awal2 pagi dah cabot balik terengganu..ade kenduri katanya..kuarga diorang ni mm x betah dok lama2 umah atok..x selesa agaknya..yelah kuarga besar..

before balik KL..sempat beraya kat umah tok cik..siap jumpe ngan tok su satu family..yang x kenal pon baru kenal la ni...besar jugak sebenarnya kuarga belah emak ni... ade tu aku langsung x kenal pon...yang toksu ni plak mase kecik2 dulu jer penah g umah die kat kempas..

sekarang dah masuk raya ke6..dah terasa pun...cume setiap malam ade la yang datang berkunjung..siang2 panas sangat sekarang ni.. itupun yang datang jiran2 dulu kat bukit botak..

p/s: rindu raya kat umah lama...

Wednesday, September 23, 2009

#80-karutan jiwa...

rindu itu datang bertandang lagi..
sudah acapkali wajah tu datang mengganggu saban malam
ada rasa senang dalam hati..
tapi hati ni tak perlu dilayan sangat..
kelak merana jiwa...
satu kerja pun x jadi...

panggilan pagi raya tu terlalu menganggu diriku..
aku masih tertanya-tanya siapa empunya diri..
ah..lantaklah...x usah dipikir sangat..
kalau benar dia ikhlas.......

aku cuba melawan perasaan ni..
aku tau diri x sempurna mana...
memang bahagia bila diri disayangi..
ada insan lain yang jujur mencintai...
tapi...
belom masanya lagi rasenye...
bahagia itu akan datang jua nanti..

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri..



x terasa langsung ramadhan kali ni..sekejap je syawal datang menjelma..insyaAllah hari ahad ni dah raya...tapi raya kali ni x berapa meriah sangat..bagai ada kekurangan..salah sorang ahli keluarga xde same2 pagi raya..confirm..pagi raya nanti mak mesti menangis lama2..
mase memula dulu acit pegi pun sikit2 teringat, mula menangis.. makan2 asyik teringat kat acit jer..ye lah anak kesayangan die tue...

tapi memang rase lain...kalau x malam nak balik kampung mmg meriah..dah plak acit banyak cakap..besok nak balik kampung dah tapi macam xde ape2 perasaan pon..huhuuhu...
mesti balik nanti sibuk kena tanya pasal kerja..huhuu...ni satu hal lagi..mmg x boleh nak mengelak r...soalan wajib..camner la nak jawab..rezeki xde lagi la kot jawapan terbaik..

jadi di kesempatan ni aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
buat semua muslimin muslimat yang akan menyambut syawal..kepada kaum keluargaku dan semua sahabat handai yang mengenali diriku.. andai ada terkasar bahasa, tersalah kata..ampun dan maap dipinta..

Sunday, September 13, 2009

motivasi tengah malam..

biler tengok makcik2 n pakcik2 yang dah tua2 pon rajin lagi datang surau buat terawih, aku jadi malu pada diri sendiri..ada yang solat pon atas bangku tapi full sampai 20 rakaat.. ada yang susah benor nak bangun lepas sujud pon tetap rajin datang surau..aku yang muda remaja ni pulak kekadang terasa liat nak buat sampai 20 rakaat...kekadang buat sampai 8 jer..

mungkin kerana makcik2 n pakcik2 ni pikir usia yang dah semakin lanjut ni patut dihabiskan dengan beribadah..supaya ada bekalan di kemudian hari..tapi kita sendiri tak tau bila ajal maut kita...siangnye sihat jer,alih2 malam meninggal dunia...orang yang sihat, tetiba sakit perut pon boleh innalillah..sedangkan orang yg jatuh kapal terbang tetap sihat.. kerja ajal maut ni semuanya keje tuhan...jadi tanggapan ade segelintar manusia yang jahil mengatakan ingin bertaubat pada usia tua itu salah belaka..selagi kita hidup di dunia ni, menghirup udara segar di bumi Allah yang maha luas ini..seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya..salah satu caranya dengan 'amal mahruf nahi mungkar'...

beribadahlah seolah-olah esok kita akan mati..dengan sentiasa mengingati mati hati kita secara automatisnya akan sentiasa takut pada Allah dan bersegera kepada kebaikan..

semoga kita semua dimudahkan ketika sakarul maut datang menghampiri..semoga kita semua meninggal dunia dalam khusnul khatimah..insyaAllah..

Saturday, September 12, 2009

dia kekasih Allah

kita mengaku sebagai umat rasulullah tapi amat sedikit pengetahuan kita semua tentang Rasulullah s.a.w..kita mengaku baginda sebagai nabi terakhir kita, namun sunnahnya jarang kita ikut...terlalu istimewa manusia yang bernama Muhammad ini.. dia kekasih Allah..

Akhlak baginda seindah Al-quran..walaupun baginda dijamin masuk syurga, namun baginda tetap rajin sujud pada penciptanya..sampaikan kaki baginda bengkak kerana terlalu lama berdiri mengadap Allah s.w.t..sehinggakan berjuzuk2 al-Quran dibacanya dalam satu rakaat.. seolah-olah Allah di depan baginda dan baginda bercerita kepada penciptaNya..

itu Rasulullah..kekasih Allah, manusia yang dijamin masuk syurga.. bandingkan dengan kita.. terlalu jauh perbezaannya..yang fardu pun adakalanya terasa liat..bagaimana kita nak mengaku kita sebagai umat baginda sedangkan amalan kita langsung tidak setanding baginda.. MasyaAllah...

kasih rasullah pada umatnya terlalu mendalam..sehinggakan baginda sanggup berulang alik bertemu Allah untuk meringankan bilangan solat fardu semasa peristiwa Isra Mikraj.. sehinggakan ketika saat2 terakhir baginda menghembuskan nafas, baginda masih mengingati umatnya..begitu kasih dan sayang Rasulullah terhadap umatnya..sedangkan kita yang mengaku sebagai umatnya?? apa yang kita telah lakukan untuk baginda? Waallahu'alam..

hayati bait2 lagu pemergianMu nyanyian kumpulan Inteam mengenai detik2 kewafatan Rasulullah di sini...dan boleh download lagu di sini

Friday, September 11, 2009

malam lailatul Qadar


ari ni dah masuk ramadhan 21, malam yang ke22..terasa cepat sangat masa berlalu... x sampai 10 ari je lagi syawal akan menjelma...lagu2 raya pun dah semakin banyak berkumandang di radio2..

terasa kelainannya menyambut ramadhan dan syawal2 bila dah besar dibandingkan dengan masa kanak2 remaja dulu...masa dulu2 lagi seronok agaknya..teringat dulu masa nak solat terawih..excited sangat sampaikan berbuka pun kat surau..nak solat maghrib jemaah sekali.. sanggup tu tinggalkan makan yang sedap2..g berdua ngan nabila(dah kawin pun), g awal2 pun last2 kena solat kat luar gak sebab kat dalam dah penuh n kite budak2 kena solat kat luar.. pastu rajin plak tolong bentangkan sejadah, kemas surau..masa memula ramadhan jer excited.. dah malam2 akhir, selang seli..sbb nak main bunga api n buat kuih raya.... lepas tu kalau kat rumah lama, abah rajin pasang pelita keliling rumah..terasa sangat suasana nak raya dengan excited nak balik kampung..

yang pasti kenangan tu tetap tinggal kenangan...x mungkin akan berulang lagi..sekarang bulan ramadhan dan syawal terasa hambar..bagaikan ada kekurangan.tambahan pulak selepas pindah rumah ni..lain rasanya..dan lepas arwah atok awi meninggal, dah x beraya lagi dekat jementah..kena la terima hakikat zaman kanak2 dah pun berlalu..hidup mesti diteruskan..

di 10 malam terakhir inilah masanya kita kena meningkatkan amal ibadah kita..kerana Allah telah menjanjikan malam Lailatul Qadar kepada hambanya yang sentiasa taat akan perintahNya..

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Carilah malam lailatul qadar pada malam ganjil daripada malam-malam sepuluh akhir daripada Ramadhan.

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

maka bersama-samalah kita merebut peluang yang ada..kerana malam lailatul qadar datangnya cuma sekali dalam bulan yang sangat mulia dan banyak keistimewaan dan kehebatan pada malam lailatul Qadar..

Daripada Abu Hurairah daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya.

Saturday, September 5, 2009

#78

mungkin aku yang terlalu sensitif..sampai sekarang walau cume sebaris ayat yang diucapkan sudah cukup membuatkan air mataku mengalir deras...entah apa yang x kena pada diriku sejak kebelakangan ini..aku terlalu sensitif..asyik teringat kisah2 silam yang sedih2..dan aku rasakan sekarang seperti aku seorang yang gagal dalam hidup..

mungkin beban perasaan yang aku tanggung selama ini x tertanggung lagi..aku dah x kuat lagi menahan rasa,menyimpan perasaan..namun aku tiada siapa untuk diluahkan...alangkah indahnya hidup andai ia terjadi seperti yang kita mahukan..tapi itulah yang dinamakan suratan kehidupan..bukan semua yang kita hendak akan dapat..bukan semua keinginan kita akan terpenuhi...

semua yang berlaku adalah ketetapan Allah..tapi kita sebagai hambanya boleh berikhtiar untuk mengubah menjadi yang lebih baik..cuma apa yang diperlukan semangat, keinginan dan usaha ke arah itu..insyaAllah.."

Ya Allah kuatkan hatiku, tabahkan hatiku, berikan aku semangat dan keberanian dalam menempuhi kehidupan ini..Amin"

Sunday, August 30, 2009

percintaan seorang pembunuh..

pembunuh juga seorang manusia, punya hati dan perasaa..berhak untuk mencintai dan menyayangi sama seperti manusia lain..mungkin perasaan itu hadir tanpa disedari, namun untuk mengungkapkan terlalu banyak risiko yang menanti..cuma jalan yang ada menanti dan menanti sehinggakan tiba masa yang sesuai untuk bertindak..

mencintai secara diam-diam sakitnya serupa menanti seribu tahun.....memandang dari jauh tanpa boleh mendekati...bahagia apabila melihat dia tersenyum gembira..jauh di sudut hati ingin berkongsi kegembiraan itu, apakan daya..kesempatan masih belum terbuka...

tanpa menunggu ruang dan masa yang sesuai, cinta itu telah memanggil-manggil..meminta untuk didekati,.meminta untuk diluahkan..tapi sayang..cinta itu bukan untuknya..cinta itu telah pun diambil pergi oleh orang lain...sekuat mana kasih si dia pada orang itu, kuat lagi rasa kasihnya, cintanya dan sayangnya pada si dia...lantas masa menjadi saksi pengubat paling mujarab...rasa kasih dan sayang si dia sepenuhnya untuknya..tiada orang lain lagi...

untuk berterus terang, terlalu pahit kenyataan yang harus ditelan...dia kenal siapa dirinya dan tak akan pernah lupa pada dirinya..dia seorang pembunuh!...untuk memulakan hidup baru, baginya terlalu sukar...kebenaran perlu diungkapkan walau sepahit mana pun..dia tidak mahu hidupnya dibayangi rasa bersalah terhadap insan yang paling disayanginya.....namun dia terlambat....si dia telah pun tahu akan rahsia hidupnya..dan pengakhiran kepada sebuah kisah percintaan..terlalu tragis...si dia akhirnya meninggalkan dirinya jua lantaran kesilapannya..

kini dia terus menunggu dan menunggu lagi...adakan ada lagi percintaan untuk dirinya??

Thursday, August 27, 2009

Berita Kepada Kawan by Ebiet G.Ade

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Ho ho ho ho

Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Oh...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukhabarkan semuanya
Kepada karang
Kepada ombak
Kepada matahari


Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit...

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Ho ho ho ho

Sunday, August 23, 2009

semalam,ari ni,esok dan lusa..

semalam berkesempatan solat terawih di masjid wilayah..terlalu ramai manusia sehingakan penuh sampai ke belakang..Alhamdulillah..tp lepas jer 8 rakaat,hampir separuh pergi meninggalkan masjid..masuk imam kedua,bacaannya terlalu mendayu-dayu..terlalu menusuk kalbu bagi siapa yang mendengarnya..abis solat,pergilah mencari selipar yang ditinggalkan tadi.. cari punya cari,xjumpe..huhuhu...last2 terima hakikat bahawa selipar kesayangan dah dibawa orang lain...waaaaa..sayang selipar tu,banyak kenangan tu walaupun x secantik mana...

arini g belajar memandu ..malu sebenarnya nak mengadap muka cikgu 2 lagi..dah masuk 3x ,x lulus2 jugak...mesti tension die ngan aku...huhuu...entah mana silapnya,maybe aku terlalu nervous masa test..mase training k jer...balik belajar, qadak tido semalam..lately,susah betul nak tido..lepas kul 4 baru leh tido . .nape entah..maybe banyak sangat pikir kot kan??

besok aku ade interview keje kat shah alam,kat anggerik mall.. nervous gak,walaupun ni dah interview ke3...aku sebenarnya terlalu risau..g jer interview,tp xdapat2 gak keje..tp xpelah..belom ade rezeki aku..insyaAllah adalah nanti2..so,malam ni kena prepare sikit2.. aku berharap sangat dapat keje ni...

lusa,ari selasa test jpj..huhuhu....paling risau parking..jangalah kena mengulang lagi..
hopefuly dapat buat dengan baik...insyaAllah...

Saturday, August 22, 2009

ahlan wasahlan ya ramadhan..


alhamdulillah..berkesempatan juga untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ni...
selamat dtg bulan ramadhan yg mulia...bulan yg sering dinanti-nantikan oleh setiap muslimin.. bulan kerahmatan,bulan kemulian,bulan kemapunan, bulan rezeki,bulan ibadah...

harapan ramadhan kali ini lebih baik drpda ramadhan yg sebelom2 ni..semoga diberikan kesihatan yg baik agar dapat menjalankan perintah Allah sebaik mungkin..supaya ramadhan kali ni lebih bermakna dengan amalan2 tambahan..

insyaAllah dapat menyambut ramadhan bersama keluarga sebulan selepas 4 thn sambut dengan kawan..tadi alhamdulillah dpt solat terawih dekat surau..malam ni dah start bersahur..n besok first Ramadhan..

” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu. Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”

p/s:selamat menyambut ramadhan buat seluruh dunia..

Wednesday, August 19, 2009

bisikan malam

Bisikan Malam
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

down load kat sini

Tuesday, August 18, 2009

emosi yang selalu menang?

entah kenapa perasaan itu kadangkala hadir juga dalam diriku..puas aku cuba lupakan dan cuba menghindari, namun kadangkala emosi mengawal segalanya..aku tewas dengan perasaan aku sendiri..dan setiap kali rasa itu datang bertapak, deraian air mata menjadi saksi, menjadi teman setiaku..

aku tahu aku bersalah menyimpan perasaan sedemikian pada orang yang banyak berjasa dalam hidupku..aku sayangkan dia..tanpa dia, tiada aku didunia ini..namun kadangkala tutur katanya terasa menghiris, layananya kadangkala membuatkan aku terasing..namun aku tahu dia jugak sepertiku..jauh di lubuk hatinya terlalu menyayangiku..cuma........rasa itu tidak pandai diekspresikan....mungkin kami sama2 memerlukan lebih ruang untuk bersama.. mendalami dan mengenali lebih dekat antara satu sama lain..mungkin dengan cara itu hubungan kami akan lebih utuh..cuma kesempatan dan peluang yang kadangkala membataskan...

rasa itu...

aku rindukan saat-saat itu, saat dimana aku terasa dunia ini terlalu tenang dan aman.. terasa diri sentiasa dekat denganNya, rindu untuk mengadapNya...menyelak helaian demi helaian tafsir Quran..aku terlalu rindukan ketenangan itu...

dulu saban waktu aku bertanya pada diriku, apakah erti kebahagiaan? dimanakah kebahagiaan?
mungkin persoalan itu sudah terjawab...terlalu sukar untuk diukir dengan perkataan, terlalu indah untuk diluah dengan kata-kata..rasa itu....pernah aku rasakan...

namun rasa itu hanya menjengah sementara cuma..rasa itu pergi tanpa aku sedari.. mungkin perginya bersama semangat yang semakin hilang..mungkin kerana aku hanya insan kerdil yang sentiasa alpa akan nikmat dunia....

rasa itu datang cuma dari lubuk hati yang paling dalam..bukan sekadar lakonan atau kepuraan, tetapi satu perasaan yang sukar ditafsir..aku rindukannya..sungguh...

"Ya Allah, tabahkan hatiku dalam menghadapi dugaanMu..
hambaMu ini terlalu lemah..
dekatkanlah hatiku PadaMu,
kuatkanlah imanku Ya Allah,
Jangan Engkau kuranginya,
sebaliknya Engkau tambahkanlah nikmat iman dalam diriku"

Amin Ya Rabbal A'lamin..

Monday, August 17, 2009

kematian..

Sejak beberapa ari ni, asyik berita kematian yang aku sering dengar.. pemergian Ustaz Asri dan pelakon param serta mangsa H1N1 yang saban hari bilangan angka kematian semakin meningkat..terasa sangat bimbang dan takut untuk berjalan di tempat awam..

Hakikatnya kematian pasti akan tiba pada setiap insan yang bernyawa..itu janji Allah pada hambaNya..Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali..Tiada siapa yang boleh lari dari kematian, x kurang,x lebih walaupun sesaat jika ajal menjemput..

mungkinkah wabak H1N1 ini Allah turunkan sebagai peringatan pada manusia yang semakin alpa akan nikmat dunia,sehingga melalaikan akhirat??Bersama-samalah kita renung dan pikirkan bersama..Waallahua'lam.

Saturday, August 15, 2009

gembira+sedih+risau=???

hari yang ditunggu-tunggu sejak sebulan dulu dah pun sampai semalam.. tamatlah kelas php di cosmopoint..tp apa yang aku rasa??patutnya rasa gembira dah abis..dah x payah susah2 naik bas n kekadang tu kena berdiri sampai umah..bukannya dekat,mahu satu jam...x payah dah pikir pasal duit nak makan, duit yang sentiasa x cukup..

tapi apa yang aku rasa sekarang macam xde apa-apa jer..xder rasa gembira, xde rasa sedih.. apa yang aku rasa sekarang ni lebih pada rasa risau..apa yang akan jadi selepas ni??apa perancangan aku lepas ni?? off course la kena cari keje..i really desperate to have my first job right now..
memandangkan x lama lagi kita akan menyambut ramadhan dan seterusnya bulan syawal, aku perlukan duit sangat2..

p/s: rasa gembira bila penulis novel sendiri membaca ulasan novel aku..ni yang bersemangat untuk terus mengkomen ni..tapi lama gak x sentuh novel..huhu...

Tuesday, August 11, 2009

Bahang H1NI

semakin terasa bahang h1n1 yang hampir masuk 3 bulan x silap..angka kematian pun semakin meningkat dari sehari ke sehari..x masuk lagi angka yang dijangkiti virus tersebut.. hebat jugak penangan virus ni..kerana ia terlalu cepat merebak dan senang dijangkiti..

p/s: pandai-pandailah jaga diri..sekali terkena buruk padahnya..

Monday, August 3, 2009

gokusen 2

seminggu baru leh abiskan citer ni..
itupun kena curik masa tidor..
last2 dalam bas pegi balik asyik tetido..
selamat x terlajak bas...

tp citer ni mmg bez r.......
first time tengok citer jepun pasal cikgu2 nie..
episod pertama dah bez..


citer ni pasal seorang cikgu muda, Yamaguchi Kumiko (Nakama Yukie), jugak merupakan waris generasi keempat keluaga Ooedo, yakuza berpengaruh di jepun..Dan die diarahkan mengajar di kelas 3D.. kelas yang paling teruk sekali dalam sekolah tu..sume cikgu pun dah ilang harapan kat pelajar2 kelas 3D nie...

tp yamaguchi percaya dengan pelajar2 ni sume..dari setiap episod ade jer problem yang pelajar ni create dan die dapat selesaikan..n setiap episod ade jer bab yang boleh mengalirkan air mata dan kata2 yang cukup bermakna..die berjaya mengubah sikap pelajar2 tu jadi semakin baik..
last2 sume pelajar berjaya tamatkan pengajian diorang..

sebut pasal kerjaya cikgu ni. jarang n sukar nak berjumpa dgn cikgu yang bersemangat waja dalam mendidik anak bangsa..kerjaya ni diaggap mulia dan tergalas satu amanah yang amat berat, namun x semua warga pendidik di luar sana yang sedar..

sesetengahnya mengajar macam nak tak nak jer..datang kelas, tulis kat depan, duduk kat meja..abis waktu,balik..harapkan duit gaji masuk setiap bulan..langsung x terpikirkan pelajar2..
sesetengah tu plak..pilih kasih..layanan budak kelas pandai ngan budak kurang pandai jauh beza..budak pandai abis segala dipujinya, yang budak kurang pandai, cercaan dan makian la yang terpaksa ditelan..sedih gak biler ade lagi cikgu2 yang macam ni...mungkin setengah dari sesetengah cikgu tu cikgu yang dah lama mengajar..n biler ade cikgu muda yang menegur cara mengajar, dikatakan kurang ajar...(apsl aku emo sangat ni r? cam ade experience jer??)

tp sebenanrnya bukan senang nak senang..jadik cikgu tu la yang paling susah..n aku terlalu hormat pada orang yang bergelar warga pendidik ni disebabkan ilmu yang diberi..

fail betul nak bagi tajuk..

Ada garis kebimbangan di raut mukanya..
itu yang aku dapat lihat..
walau kadangkala dia cuba untuk mengelak..
cuba menyembunyikan perasaannya..
walau tutur katanya kadangkala memberi aku semangat..
memberi aku harapan dalam kehidupan ini..
namun aku pasti..
ada perasaan kecewanya terhadap aku...

mungkin akulah anak yang paling dia bimbangkan..
bimbangkan masa depan aku
yang aku sendiri pun x berapa jelas...
kadangkala bile perasaan ini datang bertamu..
ada segarit penyesalan dalam diriku..
alangkah indahnya jika aku seorang yang bercita2 tinggi..
alangkah menariknya jika aku ade matlamat hidup yang jelas..
x lah aku terkapai-kapai sekarang..

hati cuba menyedapkan..
mungkin ini ketentuanNya..
mungkin ade rahmatnya semua yang terjadi..
insyaAllah..ade rezeki tak kemana..
cuma perlu ade kesungguhan dan semangat yang kuat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...