Wednesday, December 9, 2009

9 nyawa..

Karya terbaru hasil tangan penulis favorite aku, Ramlee Awang Mursyid akhirnya berjaya aku habiskan..novel ini dah pun menjengah di pasaran pada 24 November..

Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Penerbit: Alaf 21
m/s: 517

Mata hati
tidak pernah berdusta


Novel kali ini, Ramlee masih lagi membawakan alam bawah sedar sebagai jalan cerita utama seperti karya trilogi bagaikan puteri sebelum ini..kalau di dalam bagaikan puteri watak utama suryani yang koma telah jauh mengembara ke zaman Laksamana Sunan tapi untuk karya kali ini watak utama INTAN SURYANI juga koma tapi rohnya masih berada di alam yang sama..

Berkali-kali INTAN koma dan kemudian sedar semula menyebabkan mamanya, Azizah percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi..mitos kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa begitu kuat mempengaruhi Azizah sehinggakan tanpa sedar azizah terlalu mengongkong kehidupan INTAN..ditambah dengan peristiwa silamnya bersama arwah suaminya, Sanusi membuatkan dia terlalu menyayangi Intan...dan atas faktor kesihatan INTAN yang lemah jantung membuatkan dia terlalu berhati2 dengan kehidupan anaknya, sehinggakan INTAN merasakan dia bagaikan seorang puteri dalam sangkar emas yang tidak bebas ke mana-mana..

HAKIM, seorang anak yatim piatu yang buta menyara adiknya, Shauqi dengan penuh tanggungjawab.. Hatinya sangat luhur..sesiapa sahaja akan terusik melihat keikhlasannya.. Anugerah TUHAN, mata hatinya lebih celik dan dia mampu mendengar suara mereka yang berada di sempadan antara hidup dan mati..

Mereka berdua bertemu jua, INTAN dan HAKIM..di alam paranormal..ketika INTAN berkunjung ke kota singapura untuk berbulan madu..Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita..kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai..tika ini erti kebaikan dan kejahatan terbuka...INTAN meniti balik ke masa2 yang begitu jauh ditinggalkan dalam kehidupannya, menyelongkar balik segala kenangan yang sudah dilupakan...

Kemalangan ngeri tika usia INTAN 10 tahun dahulu rupanya penyebab HAKIM menjadi buta dan sekaligus menjadi anak yatim piatu..dan kemalangan itu jugalah yang meragut nyawa bapanya dan penyebab utama kemalangan itu mamanya sendiri, Azizah..kerana tak tertahan lagi menanggung derita hidup bersama Sanusi menyebabkan Azizah nekad untuk membunuh Sanusi dalam kemalangan yang dirancangnya..Mujur nyawa INTAN dapat diselamatkan...

Dan tika di alam prasedarnya inilah, INTAN berjaya menyelongkar sisi sebenar suaminya, Khairil..seorang penipu dan pembunuh kejam..rupanya dia dijadikan alat untuk mengaut kekayaan yang dimilikinya..segala-galanya telah dirancangkan dengan begitu teliti sekali..cuma silapnya Khairil tidak sabar dan perbuatannya berjaya mengundang syak di hati Dr Daud, kawan rapat Azizah..Hasilnya dia berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri ke sempadan johor-singapura selepas berjaya membunuh Shauqi, adik HAKIM..

Penangkapan Khairil membawa kepada penangkapan sindiket dadah antarabangsa..Pak Wibowo dan Roni yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai ahli geng seberang di lorong 22 yang turut melibatkan Shauqi....

Sebelum kematian Shauqi, dia sempat bertaubat dari kerja2 kotornya..dia cuba untuk menjadi orang baik dengan kembali sujud pada Allah..semuanya kerana HAKIM, abangnya yang terlalu disayangi dan menyayanginya...namun kuasa Allah, Shauqi maut di tangan Khairil..dan dengan kuasa Allah jua, INTAN berjaya bangun dari koma apabila pemindahan jantung milik Shauqi berjaya dan sesuai dengannya...

Penghujung kepada penantian bertahun2 akhirnya berbaloi apabila HAKIM akhirnya dapat melihat semula...dan balasan MATI kepada Pak Wibowo, Roni dan Khairil..

1 comment:

  1. hai..akak..ur sis luk lik chinese gurl...bdk cina...tpi comel kak...hehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...