Tuesday, November 18, 2014

bahagia itu...

teringat bait2 lirik lagu unic - Hakikat Bahagia..

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa
bahagia itu adalah suatu ketenangan....

jadi bahagia itu apa sebenarnya??
ramai orang mengimpikan bahagia. siapa yg tak ingin bahagia ye dak?.
tapi tak semua dapat merasakan apa itu kebahagiaan..

seperti lirik di atas, bahagia itu bolehla diibaratkan satu perasaan, satu rasa..yang terlalu gembira. sebenarnya tafsiran bahagia bergantung pada individu itu tersendiri.. bahagia itu kan ada dalam diri, hati dan jiwa kita..

bahagia itu... bila diri rasa tenang..
bahagia itu... bila bersama orang tersayang..
bahagia itu... bila melihat orang lain tersenyum..
bahagia itu... bila rasa kesyukuran atas nikmat kurniaan Allah..
bahagia itu... bila diri rasa disayangi
bahagia itu... bila melihat kebahagiaan orang lain..

banyak lagi tafsiran bahagia itu...

bahagia bukan boleh dibuat2.. kerana ia dimanifestasikan melalui tingkah laku dan perasaan kita. terpancar  dimata dan melalui senyuman yg ikhlas..

soalan cepumas. kenapa agaknya hospital sakit jiwa nama lain dia rumah bahagia??..

jawapannya kemungkinan ianya satu doa/harapan supaya penghuni rumah/hospital ini akan sentiasa bahagia atau pun akan bahagia satu hari nanti??.

apa2pun.. carilah bahagia itu!!!
ianya sentiasa ada dalam diri kita..
dan hakikat bahagia yg sebenarnya bila hati kita sentiasa mengingatiNya..

Tuesday, November 11, 2014

doa

"Aku memohon ampun kepada Allah yang maha Agung, aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang terus hidup dan selalu jaga. Aku mohon taubat kepadaNya, sebagai taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tiada mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku, dan akulah hambaMu. Dan akupun dalam ketentuan serta janjiMu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon perlindungan kepadaMu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmatMu yang Engkau limpahkan kepadaku, aku mengakui dosaku, oleh sebab itu berilah ampunan kepadaku, sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan kecuali hanya Engkau sendiri. Aku memohon perlindungan dari segala kejahatan sesuatu yang aku lakukan."

Monday, November 10, 2014

tubuh, fikiran dan roh

"ilmu menguatkan akal fikiran,
senaman menguatkan tubuh
ibadah menguatkan roh"

cukup tertarik dengan ayat di atas. salah satu antara kata2 penuh hikmah dalam novel the unsung hero. memang banyak lagi kata2 menarik/nasihat/panduan yg diberikan dlm khidupan..

memang tersangatlah tepatnya apa yg dikatakan diatas.. segala kekuatan ada sumbernya.. akal, roh dan tubuh memang cukup sinonim dalam diri manusia. roh dan jasad tak dapat dipisahkan melainkan bila sampai ajal ketetapan Allah.. selagi itu ia satu. apalah gunanya jika hanya jasad tanpa ada roh..apa gunanya roh jika tiada jasad.. dengan akal fikiran dapat membezakan kita sebagai makhluk istimewa..

ilmu sesuatu yg perlu diraih, dicari, dihayati dan difahami dan seterusnya dimanifestasikan dan diaplikasikan dalam hidup.. tanpa ilmu pengetahuan, kita akan jauh tertinggal di belakang..kalau kita tengok wahyu pertama yg diturunkan tentang peri pentingnya ilmu.. dengan ilmu kita dapat kenal Allah, kita tahu bagaimana bumi ini diciptakan dsb.. kalau kita tengok ilmu menjadi salah satu ciri perkembangan sesuatu tamadun..

senaman perlu dilakukan untuk gaya hidup yg lebih sihat.. salah satu keperluan penting untuk tubuh badan kita.. bila badan kita sihat, fizikal kita cergas, akal fikiran kita juga akan bertambah cerdas. kata orang, minda yg sihat datang dari fizikal yg sihat. dengan gaya hidup pada masa kini, kita terlalu terdedah dengan pelbagai risiko penyakit.. jika tidak dijaga pemakanan dan tidak bersenam, kita terdedah dengan risiko kegemukan, obesiti yg akhirnya melarat kpada kencing manis, darah tinggi dsb... dengan fizikal yg sihat kita juga mampu untuk beribadat kepada Allah..

ibadah juga sesuatu yg wajib dilakukan.. pengertian ibadah sebenarnya cukup luas. berbuat baik, senyum juga satu ibadah.. sesuatu yang bersangkut paut dengan roh, jiwa dan emosi mungkin boleh dikaitkan dengan ibadah.. mengenai roh sebenarnya satu misteri yg hanya Allah yg tahu. kita semua mungkin ada pengetahuan tentang roh, tp amatlah sedikit jika dibandingkan dgn ilmu Allah yg maha luas.. ketika penciptaan manusia pertama, Allah telah tiupkan roh ke jasad yg diperbuat dari tanah dan terjadilah nabi Adam a.s.. dari keturunan baginda, kita semua dilahirkan..roh juga perlukan makanan, kerna ianya sesuatu yg hidup..jadi sumber makanannya adalah ibadah kita, termasuklah zikir, solat,ibadah2 wajib, sunat dan juga harus.. apa jadi jika roh tidak diberi makan??.. jawapannya roh akan lapar, lemah dan jauh dari penciptaNya.. lama kelamaan bila roh sudah mati, jadilah manusia yg hidupnya umpama "mayat hidup".. jiwanya akan sentiasa rasa kosong, asing dan jauh dari rahmat Allah.. waallahu'alam..

kesimpulannya segala sesuatu ada sumbernya. kekuatan, kesihatan, kekayaan datangnya dari pemilik segala kekuatan, segala kesihatan dan segala kekayaan iaitu Allah s.w.t. jadi mintaklah denganNya, insyaallah.. jangan mintak dengan manusia lain, kerana mereka juga Allah yg berikan pada mereka..

Wednesday, November 5, 2014

pertemuan dan perpisahan

dalam hidup kita ni, hampir 27 tahun, ramai jenis manusia yg kita dah jumpa.. mcm2 jenis, mcm ragam rupa, sifat dan perangai.mereka ni boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama, kumpulan yg datang pergi mcm angin lalu. selalunya tak memberi kesan sangat pun. contohnya mereka2 yg hanya kenal rupa, pernah terserempak tp x tau nama dan personal lain2..

kumpulan kedua ni selalunya memberi infect yg mndalam juga, bergantung kpada hubungan emosi antara kita dan dia. kumpulan yg datang, ada dengan kita dalam jangka masa lebih dari setahun dan kemudian pergi. kerana apa?.. kerana memori dengan mereka yg buat kita teringat saat2 manis dan duka,saat sama2 senang susah dulu. mereka2 ni antaranya kawan sekelas, kawan satu tmpat kerja, kawan satu bilik, kawan satu rumah sewa, cikgu, mentor, secret admirer atau seseorang yg pernah mnjadi org pnting dlm hidup kita..
perginya kadang2 ada jodoh berjumpa semula, tapi kadang2 perginya utk selamanya. mungkin tidak akan pernah berjumpa lagi selagi hayat masih dikandung badan. lebih terasa bila tiada ucapan selamat tinggal

kumpulan yg ketiga yang pling dekat dengan hati kita. kumpulan yg datang, x pergi2 dah.. sentiasa ada susah senang dengan kita. contohnya macam keluarga dan sahabat. ramai yang boleh jadi kawan dan teman. tapi sedikit yg boleh jadi sahabat. kalau mereka pergi pun, bukan atas kehendak mereka, melainkan takdir dan kuasa Allah..

walauapapun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. setiap permulaan akan ada pengakhiran. semua benda Allah ciptakan sifatnya tidak akan kekal. hanya Allah yang bersifat kekal..

#selamattinggal
#mogaberjumpalagi

Monday, October 27, 2014

jiwa sensitif

kalau sesiapa mengenali saya, saya memang seorang yg sangat sensitif. bila kena tepat pada apa yg sy sensitifkan itu, mmg airmata akan laju mengalir..macam empangan yg pecah.. malangya banyak benda yg buat sy sensitif.. mgkin ke sebab emosi sy terlebih bekerja?? atau terlebih hormon sedih??..

adik beradik sy tak akan heran kalau  tgok cerita sedih, bila dengar soksek soksek tu buat biasa je..tau dah siapa. sampai bengkak2 mata. baca buku pun kadang sama jugak. bila menghayati lagu pun sama jgak. terlebih2 cara penghayatannya. kan bagus penghayatan yg sama boleh kita bagi bila bersama dengan yang Hak, merintih merayu padaNya.. air mata taubat, air mata kerana takutkan Allah..

kadang sebab sy marahkan orang, bila kenang balik..saya akan menangis sendiri sebab buat macam tu. satu perangai yg saya rasa teruk, saya suka main redah tanpa berfikir dulu kesannya. biasanya perbuatan la. perkataan saya akan lebih berhati2. bila dah buat, rasa bersalah,  baru nak menyesal. dah terlajak perbuatan, susah juga nk berpatah balik..

satu benda yg automatik terus mengalir airmata laju bila berkenaan hubungan emak dan anak perempuan..ok.titik.

tapi mmg jiwa seorang perempuan sensitif pun kan??. lebih2 lagi time 'seminggu' tu.. tp sy perasan sy tak termasuk pulak di kalangan tu. sbb jiwa sensitif saya ni tak mengenal masa kowt, bila2 boleh jadi.. haha..

tp jgan dilayan sangat kan jiwa ni. tak baik utk kesihatan emosi dan minda. tapi nk buat camna, mcm fitrah semulajadi je.. layankn je la... pesanan pada diri jugak, jgan terlebih terbawa2 emosi tu sgt. emosi mempengaruhi perbuatan. kena bijak kawal emosi ya..

untitled

sebenarnya peribadi seseorang sangat dipengaruhi dengan cara dia dibesarkan dan dididik. selain faktor2 alam persekitaran, orang sekeliling dan cara pembawaan seseorang itu sendiri

sesetengah orang bila kita pandang macam sangat kedekut, berkira,tapi dari sisi lain, dia seorang yg sangat berjimat cermat. bila diselidik, ada sesuatu atau peristiwa yg membuatkan sikap dia jd begitu. contohnya kesusahan hidup semasa kecil, buatkan dia hargai segala benda/duit

sesetengah org, dlam jiwanya seperti ada perasaan dendam, ingin memberontak, kosong..bila ditelusuri, kemungkinan mereka ini hasil dari keluarga yg berpecah belah, emak ayah yg selalu bergaduh..atau suasana dia dibesarkan penuh dengan perasaan/sikap2 yg negatif..

kita sebenarnya byk dipengaruhi oleh sikap emak ayah kita. itulah yg dikatakan hasil didikan dari ibubapa..katakan seorang anak yang tertutup mindanya, tidak gemar bersosial, hasil dari didikan ibu bapanya yg terlalu mengongkong anaknya. berlawanan dengan seorang anak yg terlebih sikap sosialnya hasil dari sifat terlebih keterbukaan ibu ayahnya.

persoalannya, dua2 cara di atas tidak efektif dalam mendidik anak. terlebih mengongkong bimbang anak akhirnya akan memberontak dengan cara yg salah. terlebih mberi kebebasan pula membuatkan anak semakin sukar untuk dikawal

kesimpulannya.. bukan senang tugas mendidik yg diamanahkn kpada ibubapa kita. berat tanggungjawabnya. setiap ibu bapa punya cara masing2 untuk mendidik anak2 mereka. tak perlu dinyatakan yg itu salah, yg ini betul. perlulah beringat ibu bapa kita juga manusia. ada kelebihan ada kekurangannya. dan tiada manusia yg sempurna.

terimalah dengan redha setiap kelebihan dan kekurangan yg ada pada mereka. tanpa mereka siapalah kita. mereka sudah buat sehabis baik sebenarnya. bila kita sendiri suatu hari nanti merasa tanggungjawab itu sendiri, kita akan tahu bagaimana perasaan mereka.

#nasihatpadadirisendiri

untitled

assalamualaikum..

macam banyak benda berserabut kat dalam ni, tp tak tahu nk tulis yg mne satu dlu. tengah baca karya terbaru melur jelita, the unsung hero..smlam ternampak kat mph nu sentral, tggal satu je..cepat2 genggam tak letak2, letak balik buku fixi yg dlm gengaman sebelum tu. x smpat baca pun sinopsis kat blakang, terus sambar je bila tengok melur jelita..

mcm sebelum2 ni, karya die mmg x akan pernah menghampakan, tip top, superb!!.. antara penulis wanita yg mnjadi kgemaran sy slain evelyn rose n nadia khan. karya die berisi, big, deep dengan limpahan ilmu,ada jiwa, ada rasa.. mmang sesuatu!!...

baru baca separuh. ok mcm biasalah akn jtuh cinta dgn watak hero. kali ni nma hero dia irvan. tp terjatuh cinta jugak dengan heroin die..mcamne tu?.. haha.. tp watak babah dan chik pun rasa mcam sayang je.. x sabar nk habiskan..

pd pendapat sy la,kelebihan karya melur jelita ni sebenarnya dekat dengan kita, maknanya berpijak di dunia realiti, x over, x kurang..ckup2 perencah rasa dia..

kalau nk tau maksud unsung hero tu, maknanya hero yg x didendang. maknanya hero yg orang lain tak tahu. tak dicanangkan sebagai hero. setiap org mesti ada hero masing2 kn?.. pe habak mai skit.. hehe... hero saya pulak sorang je, dari kecik sampai besar.. sape lg klau bukan....

Thursday, October 23, 2014

foot detox patch

assalamualaikum..

sebenarnya dari dulu lagi teringin nak pakai benda alah ni..time tgh2 hot kt fb.. semua orang tag pasal benda alah ni.. tertanya tanya jugaklah biar betul?.. berkesan ke?.. dan mcm2 la soalan yg timbul atas ketidakpercayaan tu..

lagipun baca website2, ada yg kata menipu semua tu, siap ada yg buat eksperiment bagai, nk buktikan produk tu menipu. tapi mmg x dinafikan dgn lambakan produk dengan pelbagai jenama, mmg ada byk tiruan dari yg asli..

jadinya keinginan tu terbejat, dan akhirnya langsung terpadam trus.. tp baru2 ni tetiba g farmasi cari ubat sengugut, kakak tu offer benda alah sepeti gambar kt bawah tu. dia recommendkn sbb rmai cust datang balik, kata bagus n beli lagi. so, tanpa berpikir panjang sambil mnahan kesakitan, ambiklah 3 packet. setiap satu rm3..

balik tu malam sebelum tidur terus pakai..paginya mmg mcm org2 ckp la..hitam dan berminyak kaw2.. ye lah, siapa je la yg badan dia bebas dari sisa2 toksid. setiap hari dok makan mcm2. sy ni pulak mmg la byk sgt toksid dlm badan, sbb selalu je pning2 kpala, migrain, sakit prut dan mcm2 pnyakit lain. hari kedua pun sama, hari ketiga pun sama kehitaman dan keminyakannya..

tapi ada yg berbeza.. bezanya hanya org yg pakai je tau. masa pakai tu mmg rasa berdenyut2, mcm kne tarik kat bawah kaki kita. bila pakai ni, senang bangun tidur, rasa cergas, bertenaga, kaki kurang sakit, badan rasa ringan, n penghadaman pun mcm lancar je.. serius.. x tipu..

bila baca2 komen2 org ada yg kata herba tu msuk dalam saluran darah dan aktifkan saraf2, dan perbaiki pengaliran darah. waalahu'alam.. yg saya tahu, segala penyakit datangnya dari Allah, maka penawarnya juga dari Allah. ubat hanya perantara dan usaha kita untuk sembuh dari penyakit..

sy syorkan pd sesiapa yg ingin mencuba. cari jenama yg sesuai dan pastikan beli di farmasi. insyaAllah, kita mampu untuk mencuba.. ;)

Wednesday, September 24, 2014

peluang kedua

awak percaya pada peluang kedua??

yes.. i do believe in second chance. sebab gagal dalam peluang pertama.. gagal sebab tak rebut peluang yg ada ataupun segaja lepaskan/biarkan peluang berlalu begitu sahaja ataupun buat silap dengan sengaja atau tak sengaja..

itu sebab wujudnya peluang kedua. untuk membetulkan apa yang salah..tapi peluang kedua tak semua orang yg bertuah boleh dapatkan.. itu sebab peluang pertama seperti peluang keemasan. kita tak akan pernah tahu jika kita ada pilihan kedua..

peluang kedua seperti nasib yg baik. bukan selalu datang. jadi kene grab n buat betul2.. kita tak nak keputusan akhirnya sama atau lebih teruk daripada yg sebelumnya betul tak..

dalam konteks memberi maap contohnya, tak semua orang berhati baik untuk memaapkan dan melupakan.. tapi bila senang2 je dapat peluang kedua, ada kemungkinan utk peluang ketiga,keempat dan seterusnya??..itulah kadang2 kita always take for granted.. 

pasti ada sesuaty yg kita semua harapkan untuk peluang kedua kan..

Cerpen PWTC by Nadia Khan

antara cerita yg menarik dalam cerpen karya Nadia Khan, PWTC.. memang minat dengan gaya bahasa si penulis ni, bila first baca novel gantung..rasa mcm wow!! she's very good..baca malam kol.12 smpai kol 4 pg..tak terasa nak stop, cuma nak habiskan je..

apa yg mnarik dlm cerpen PWTC ni sebenarnya isu yg diketengahkan.. kesimpulannya kita tak akan mampu melawan fitrah dan kuasa Allah. setiap segala yg Allah jadikan bersebab.. begitu juga penciptaan lelaki dan perempuan..

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [QS. Al Hujuraat (49):13]

bila difikirkan semula isu penkid,lesbian,transgender.. sebenarnya mereka ada pilihan.. terus mengikut naluri mereka atau ikut kata Allah.. ia seperti nafsu juga, wajib ditundukkan dan dipelihara.. "ikut hati mati,ikut rasa binasa".. anggap ia ujian dari Allah untuk uji tahap keimanan kita..

macam cerita cerpen tu,bila yang salah dijadikan betul, kesudahannya... terpaksa salahkan generasi sebelumnya.. atas tangan2 manusia juga yg membuat kebinasaan di atas mukabumi ini..

manusia sememangya punya hak tetapi pastikan hak yg diperjuangkan itu selari dengan hak Allah..

#dahlamatakulasnovel

Monday, September 22, 2014

untitled...

jiwa sepi. hati kosong. rasa pun mati
otak sarat..penat.. malas utk berfikir..

ada banyak soalan dan persoalan.. ada banyak rasa dan perasaan

tak dapat nak diluah atau terluah..
lelah..serasa hidup ini melelahkan..
penat.. dengan segalanya..
hari..masa..peristiwa..orang sekeliling dan perasaan sendiri...

ku cari damai abadi..hanya ketika saat jasad berpisah daripada roh mungkin..

ampunkanku Ya Allah.. aku hanya hambaMu yg lemah.. kadang tewas dengan diri..kadang hanyut dengan perasaan sendiri..

Sunday, September 14, 2014

stress = tekanan

stress bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.. kalau tak ada stress, bukan hidup la namanya.. boleh katakan tiada hari yg berlalu tanpa stress..atau mgkin tiada minggu tanpa stress atau paling kurang tiada bulan tanpa stress..

stress sebenarnya subjektif.. mengikut pandangan setiap orang. ada orang semua benda dia stress. hal kecil2 pun boleh buat dia stress. ada orang boleh rilek lagi walaupun masalah dia besar. sebab dia memandang sebagai bukan satu masalah besar.. org lain mgkin pandang sbg masalah yg serius san boleh mendatangkan stress yg berpanjangan...

jadi cara menangani stress juga berlainan antara satu sama lain.  lain orang lain caranya..tak sama.. mungkin boleh jadi sama jika perspektif mereka sama. ada orang suka makan.. bukan waktu lapar je, waktu stress lagi terlebih makan. susah sikit la org mcm ni nak kawal diet. ada orang pula pilih untuk tidur. walaupun stress tu tak akan hilang, sekurangnya dengan tidur dapat lupakan sementara stress tu atau pun ada rezeku dapat ilham dari mimpi..haha.. tp kalau dpt mimpi buruk lagi tambah stress... haha...

walauapapun kaedah/cara yg digunapakai, sebaik-baik solusi sebenarnya kita kembali pada Allah. solat dan berzikir..kita mengadu pada yg maha kuasa..setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. setiap yg Allah jadikan tidak pernah sia2.. bukan mengadu pada facebook,twitter ye... kita banyakkan berzikir dan beristighfar..moga2 Allah berikan kita sekeping hati yg tenang dan ampunkan dosa kita.. bila hati dan jiwa tenang, kita senang utk berbuat pahala, bersangka baik, mudah maafkan org lain dll.. kadang2 dosa kita juga menghalang doa kita dari termakbul.. sama2 kita semak balik kesilapan dan kesalahan diri kita, bermuhasabah.. moga2 Allah akan perkenankan doa kita..

jangan stress2 sangat ya.. insyaallah, suatu hari nanti Allah akan perkenankan doa kita.. yg penting kita jangan berputus asa dan percaya dengan qada dan qadar Allah..

Wednesday, August 20, 2014

untitled

rasa seronok bila jumpa dengan org baik2 ni.. walaupun tak pernah kenal, tapi sedaya upaya cuba menolong.. rasa diri sangat bertuah..tp pada masa yg sama rasa semangat nak buat bnda yg sama..

hati yg ikhlas insyaallah akan jatuh pada hati yg lain..terkesan sehingga ke lubuk hati yg paling dalam..tak kisahlah dari segi perkataan, percakapan ataupun perbuatan..

p/s: semoga diri kuat dan tabah dan semoga cepat sembuh.. ;)

Tuesday, August 19, 2014

ujian sakit

bila diuji dengan sakit ini..baru tahu bersyukur dengan apa yg pernah dimiliki..

bila sakit lidah, baru tahu betapa pentingnya memiliki lidah. susah nak bercakap, susah nak makan.nak telan air liur pun terasa payah..

bila sakit kaki, baru tahu kepentingan kaki yg sihat untuk bergerak sana sini. ini, satu tapak pun berjingkit jingkit. berpeluh bila pandang blakang, baru sikit jarak perjalanan, pndang depan jauh lagi. payahnya nak naik turun tangga..

biasalah kita kan.. semua take for granted..bila sihat terlupa untuk bersyukur dengan setiap apa yg ada. bila sakit, mengeluh..baru ingat setiap sesuatu ada fungsinya..

Allah hanya akan uji sesuai dengan keupayaan kita. tahap mana kita mampu untuk bersabar dengan ujiannya. sabarlah.. penyakit ini juga penghapus dosa2 kecil. insyaallah..

doakan saya semoga cepat sembuh ;)

Thursday, August 7, 2014

ceramah maghrib tadi..

assalamualaikum..

sedikit coretan pada kuliah maghrib td..sy cuba simpulkan ikut kefahaman sy.. klau salah tolong perbetulkn.

ada 3 golongan org islam ni;
1) islamnya yg terlalu ekstrim. menuduh dan mengkafirkan org lain. senang2 jatuhkan hukum pada org lain. cth: org lain solat 5 waktu, dia solat 7 waktu.

2) islamnya yg terlalu mengambil mudah. cth: bab halal haram. solat dia buat, zakat dia bayar. tp cuma zakat fitrah. zakat pndapatan, zakat harta dia x bayar. dia islam, tp atas dasar nama. boleh katakan dia ambil sebahagian, dia tnggalkan sebahagian yg lain.

3)golongan yg mukhsin. tidak berlebihan, tidak berkurangan. mengikut kdar yg ditetapkan islam. boleh katakan islam dihayati dan diamalkan sepenuhnya dlm khidupan seharian.

mestilah kita semua nk tmasuk dlm golongan yg ke3 kn.. bagaimana caranya?..

jawapannya kembali pada asasnya. 3 prinsip asas dlam agama islam. konsep islam,iman dan ikhsan.

kisah nabi muhammad s.a.w ketika ditanyakan mengenai islam,iman dan ikhsan oleh seorang lelaki muda, berpakaian putih dan berambut hitam. kelihatannya bukan berasal dr situ krana tiada sesiapa yg mngenalinya. yg membenarkn setiap jawapan rasulullah. ketika ditanya pd saidina umar, tahukah siapa lelaki muda yg bertanya itu. dialah malaikat jibril yg dtg untuk mngajar mengenai konsep islam, iman dan ikhsan.

nanti sy sambung balik ye

Wednesday, August 6, 2014

untitled

saya selalu ada masalah untuk ekpresikan apa yg sy rasa dan apa yg sy fikirkan.dari dulu lagi. kdang2 selepas menulis pun, dapat rasakan sesuatu yg msih tak dpt diluahkan. tersimpan di dlm hati je akhirnya..

kdang2 dh terpikir nk tulis mengenai sesuatu tp bile start menaip, benda lain automatik pula yg keluar. ada mcm2 bnda nk tulis dan nk share kt pikiran sy ada kt dlm draft. akhirnya tak terusik, kekal jd draft je..

nk katakan yg pikiran sy kompleks sgt. sy pun x tau. tp selalunya bila sy tk dpt nk tidur, mmg pikiran akn byk berpikir. banyak benda tp semuanya secara touch n go..

tapi bab mnzahirkan perasaan sy paling fail. sy selalunya tak pasti dgn apa yg sy rasakn. tak brmakna sy senyum, ketawa sy gembira. tp yg sy pasti sy akan brdiam dri bila sy marah. sy seorang yg sgt sensitif dan seorang perasa. jd sesuatu selalu buatkn hati sy trsentuh dn sy akn mnangis. x bermakna sy sedih. tp air mata tetap mngalir

Friday, July 25, 2014

C.I.N.T.A

"first love is painful and unrequited love is heartbreaking".. salah satu quotes dr flower boy next door.. byk quotes yg best2 mengenai kehidupan dalam cerita ni.. perwatakan heroin dalam cerita ni very reserved. macam ada sedikit persamaan dengan perwatakan diri sendiri. agaknya itu yg menarik minat nk tengok cerita ni

"sunguh menyakitkan mencintai seseorang yg tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dalam diam dan kamu tidak mempunyai keberanian untuk menyatakan perasaan cinta kamu kepadanya" - anonymous..

cinta dalam diam. mana mungkin akan berbalas jika terus menjadi rahsia diri. cinta dalam senyap. gembira bila melihat dia tersenyum. bersedih sama jika melihat dia dalam kesedihan. gila. selalu terpikir dan berfikir adakah dia mempunyai perasaan yg sama. jawapannya tidak akan pernah terjawab jika soalannya setakat berlegar di minda. bukan di mulut. memang seorang yg penakut.pengecut.tak yakin pada diri sendiri.

cinta perlu diungkapkan dibibir. bukan setakat hanya bahasa badan dan lirikan mata. kita biasa tertipu dengan bahasa mata. tetapi hati kecil tidak sesekali akan menipu. jujur. pada diri sendiri dan pada orang yang kita cinta.

jika jawapannya ya. mungkin kita orang yang sangat2 bertuah dalam dunia ni. memiliki cinta orang yg kita cinta. tapi bagaimana jika jawapannya tidak. kita juga beruntung sebab kita berani meluahkan perasaan kita dan hati kita akan lebih tenang mungkin. jika benar cinta, kita akan gembira melihat kegembiraan dia walau bukan bersama kita.

dalam dunia ni..berjuta kisah cinta. setiap hari pastinya ada kisah cinta masing2. cintalah yang membuatkan dunia ini indah. berwarna warni. berapa banyak kisah cinta yang tidak berbalas?. banyak!. berapa banyak kisah cinta yg terputus di tengah jalan?. banyak!. berapa banyak pula kisah cinta yang akhirnya bahagia selamanya? sikit rasanya!.. cerita dongeng banyaklah.. realitinya banyak kisah cinta yg tidak kesampaian.

realiti. kita suka dengan seseorang. tetapi seseorang yg kita suka tu suka orang lain.dan seterusnya. kita hanya nampak orang yg kita suka. kita tak pernah perasan ada orang lain yg benar2 sukakan kita. akhirnya??. itulah jodoh. Allah dah tetapkan akhirnya jodoh kita dengan siapa sejak kita dalam perut emak kita lagi.

jadi. kesimpulannya. cinta itu cuma perasaan hati yg mendalam pada seseorang. tafsiran cinta memang akan berbeza mengikut pandangan masing2. terserah. walau apapun. cinta Allah yang lebih utama dan pertama. tanpa cintaNya tak akan ada cinta sesama manusia. pemilik cinta yang utama. tak akan pernah ditolak dan pasti akan berbalas.

#berbicarapanjangmengenaicinta
#macamexpertsangatpasalcintaje
#terkesandenganceritakorea
#flowerboynextdoor

Saturday, July 19, 2014

peristiwa masa kini..

assalamualaikum..

saya pernah tulis pasal nahas kapal terbang yang berlaku di negara kita di johor. tahun 1970-an,sy pun tak ingat sebab belum lahir lagi..hehe..

sekarang tak sampai setahun, 2 peristiwa yang melibatkan kapal terbang berlaku. Dua2 melibatkan syarikat penerbangan yg sama. MAS atau Malaysian Airlines. 2014, tahun yg akan tercatat dalam peristiwa hari ini di masa akan datang. ketika umur sy 27 tahun. Disifatkan sebagai peristiwa paling dasyat terjadi dalam sejarah penerbangan Malaysia mungkin.

MH370..sehingga kini masih menjadi persoalan. dimana sebenarnya ia terletak?. selamat atau masih hidupkah semua penumpang? berbagai kemungkinan. berbagai pendapat. berbagai tafsiran. sehingga kini, selepas hampir 4 bulan tetap kekal misteri. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

MH17... tiba2 kita dikejutkan dengan peristiwa pesawat ditembak jatuh oleh peluru berpandu. bukti2 banyak mengarah pada Russia yang menjadi dalangnya. nahas paling buruk bila melibatkan 298 penumpang dari pelbagai negara. sayu hati bila melihat mayat2 bergelimpangan. yang hangus terbakar, bersepah daging merata2. Allah. Allah. Allah. Kau berikan kekuatan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. kita yang melihat sahaja sudah terasa sayu,pilu. bagaimana pula mereka..ahlk keluarga. di bulan mulia ini pula terjadi. yang pasti ada terselit hikmah yg hanya Allah yg lebih mengetahui.

dan tak lupa pada saudara seagama kita yang kini masih berjuang di bumi gaza dan juga di bumi palestin. Ya Allah berikan kemenangan ke atas tentera Al Qasam dan orang2 islam dalam menentang israel laknatullah. berikan mereka kekuatan. amin..

#mh370 #mh17 #prayformh370 #prayformh17 #prayforgaza

Wednesday, July 9, 2014

3:185

"Tiap tiap yang bernyawa akan merasakan mati. dan sesungguhnya pada hari khiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

Monday, June 23, 2014

ramadhan 2014

ramadhan bakal tiba lagi. berbaki cuma 6 hari kita semua di bulan sya'aban. insyaallah...

"Ya Allah ya tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan".. (HR Baihaqi)..

amin..amin..amin...
sayu hati membaca kes2 kemalangan jalan raya.mereka tidak sempat berada di bulan Ramadhan yang mulia. Di kawasan perumahan saya pun sebaya dengan adik saya, berumur 26 tahun sudah pun meninggal dunia.

Allah. mati itu begitu dekat dengan kita sebenarnya. Bila2 masa sahaja ajal kita mungkin menjemput. Dalam keadaan bagaimana kita tiada pengetahuannya. bersediakah kita??.. selalu bertanya pada diri tetapi kadangkala keinsafan menjengah seketika cuma. sesekali timbul rasa sebegini, suka untuk mengingatkan juga pada semua.. kita semua akan mati. insyaallah. Tapi seringkali kita lupa bila sentiasa hanyut dengan dunia.

"Ya Allah, peliharalah kami semua dalam lindungan kasih dan sayangMu. Ampunilah kami semua yang seringkali alpa dan lalai dalam mengingatiMu, dalam menjalankan perintahMu. Sesungguhnya Engkau maha pengampun. Ya Allah, suburkan jiwa kami dengan keimanan. Hidupkanlah dan matikanlah kami dalam islam dan dalam keadaan beriman. Hanya kepadaMu kami memohon.".. amin..amin..amin..ya rabbal a'lamin...

Thursday, May 29, 2014

persepsi

assalamualaikum..selamat tengahari..

betul ke eja dia macam tu?.. macam pelik je..sebab nak dekat2 dengan pepsi pulak.. k sila abaikan. perception atau persepsi senang cite pandangan orang terhadap kita atau sebaliknya pandangan kita terhadap orang lain..

korang marah tak kalau orang lain salah panggil gelaran?? contoh macam cik dengan puan. memang ada bezanya ye dak?. besar jugak bezanya. panggilan penentu dah kahwin atau belum. tapi kalau orang dah bercerai panggil cik ke puan ek? (tetiba confius plak).. tp dia bergantung pada individu tu sendiri macammane kan.. ramai je kisah pasal gelaran ni terutamanya mereka yg berpangkat datin sri. haji pun kekadang ada jugak kisah kalau tak panggil dia haji. tapi ramai jugak yg tak kisah sebenarnya.. apa2 pun semua ni gelaran dunia je..sementara di atas dunia. kang sampai masa nanti bila dibangkitkan tak ade semua gelaran tu..

ok..sebenarnya. sy pun jenis tak kisah. mungkin sebab umur sy mmg patut dah berkahwin. msti ramai yang tersalah anggap panggil puan. walaupun sy single lagi.. masalahnya diorang yang tak bertanya. macam tajuk utama kita tadi la.. buat persepsi sendiri. lepas dah panggil baru tanya. lepas tu mulalah sekejap cik. sekejap puan. haha..kelakar.

apa2 pun kita semua memang mudah membuat persepsi/tanggapan pada orang lain. tak kisahla. pandangan baik atau pandangan buruk. tapi mungkin lagi banyak buruk dari yang baik la agaknya. tak salah sebenarnya buat tanggapan. ianya hak kita.privasi kita. otak kita. pikiran kita. yes. tapi kesannya kita sendiri jugak la yang tanggung.

buat eksperimen pun kene ada hipotesis. kira sama gak la dengan persepsi. cuma result akhirnya kene la bertanya pada orang berkenaan untuk mengukuhkan kita punya persepsi. mungkin persepsi kita menyimpang jauh. mungkin sipi-sipi. atau mungkin tepat bila kita berpikir dengan mata hati. setiap orang memandang dari sudut yang berbeza2. kalau sudut pandang kita dari kaca mata sahabat pasti tak akan sama dengan sudut pandang musuh. jadi persepsi akan berbeza. bergantung juga pada situasi,keadaan dan pengalaman. orang yang punya pengalaman sama pasti mempunyai empati yang tinggi. jadi persepsinya mungkin sedikit berbeza dari siapa yang hanya berpandangan simpati.

ok. kesimpulannya. selalu-selalula membuat persepsi sambil minum pepsi. atau kopi pun boleh.. ;)

Wednesday, May 14, 2014

hatiku...hatimu.....

terasa dekat tapi sebenarnya jauh..
hanya mampu memandang..
tak mungkin mampu disentuh hatinya..

realitinya..
dua dunia berbeza..
hakikatnya..
kita berdua berbeda

moga dibukakan pintu hatiku...

Sunday, May 4, 2014

taman indah...taman syurga.

pernah tak kadang2 dalam tempoh kehidupan kita ni kita rasa bosan?.. hidup dirasakan seperti tak bermakna?.. hari hari dilalui bagaikan satu rutin biasa. jadi mangli.. terpikir mahukan sesuatu yang luar biasa terjadi dalam kehidupan yang serba bosan..

tapi kadang kadang bila terpikir balik dan mencari jawapan pada kebosanan itu.. ia ada pada diri sendiri. ya.. sebab kita makin jauh hanyut. lupa pada tugas kita di dunia. lupa padaNya. Dia ada sentiasa tapi kita selalu melupakanNya.

Allah..Allah..Allah..
ampuniku ya Allah..
kerna jauh dariMu..
sunyi itu..bosan itu..
kerana Kau jauh dari hatiku.
jika hatiku sentiasa terisi dengan cintaMu pastinya tiada rasa sunyi. tiada rasa bosan..ya Allah..

bila dipikir.diselami. umur kita ya makin bertambah. setiap saat menambahkan lagi akan dekatnya saat kematian kita. tetapi........

bagaimana diri ini?.. sudah bersediakah?
semakin ramai yang berhijrah ke arah kebaikan. adakah kita tidak mahu termasuk sama di antara mereka??.

tidak cemburukah kita dengan mereka?.
tidak mahukah kita merebut syurgaNya?

masa makin suntuk. tapi kita masih alpa dengan dunia. dunia yang hanya sementara. tiada yang kekal di dalamnya. bangun!! bangkit dari alpa! bangkit dari tidur yg lena!!.. kita punya misi!! kita pasti mahu realisasikannya..

misi kita SYURGA.. insyaallah..amin..
sementara di dunia ini..mari kita sentiasa melawat taman taman syurga.. (majlis ilmu)

cinta..luas maksudnya..dalam juga maksudnya..

assalamualaikum cinta...

waalaikumsalam rindu....

bersambung entri sebelum ini. orang yang yakin pada diri sendiri pastinya dia cinta pada dirinya sendiri. orang yang cinta pada dirinya sendiri juga pasti kenal baik dengan dirinya. kerana apa?? kerana cintanya berasaskan cinta pada pemilik dan pencipta dirinya.

rasanya cinta bermula dari pengenalan. kenal sebenar benar kenal. tahu serba serbi mengenainya. tepat benar dengan ungkapan "tak kenal maka tak cinta".. jadi untuk cinta pada diri sendiri maka kenalah kenal diri kita terlebih dahulu. baru bertambah keyakinan diri untuk mencintai manusia lain.

cinta padaNya yang perlu diutamakan. disusuli dengan cinta pada penghulu kita. Rasulullah s.a.w. tanpa usahanya kita tak akan pernah mengecap nikmat islam. barulah cinta pada emak ayah kita. keluarga dan seterusnya semua sedara seislam kita. insyaallah..

saya juga masih tertatih tatih dalam mengenal diri sendiri dan juga mengenal pencipta kita semua. tetapi selagi kita dikurniakan umur, insyaallah ilmu itu tetap kita perlu cari sehingga ke liang lahad. kita mampu berusaha!!

#moodmuhasabahdiri
#xbolehtido

antara ketakutan dan keyakinan diri

assalamualaikum..selamat pagi..

semua orang pastinya pernah merasa takut. takut dengan bermacam macam perkara. dan ada sesetengahnya belum dapat lagi menangani perasaan takut itu lagi sehingga sekarang. betul tak??.. hehe..

sebab saya salah seorang darinya. ada satu ketika terdetik la jugak nak hadapi ketakutan tu..ala2 fear factor. erm.. yg penting kena pasti dulu apa jenis ketakutan yang kita hadapi. baru boleh tahu cara mengatasinya..

macam saya ni..saya rasa perasaan takut dalam diri saya ni begitu menebal. dari kecil lagi sampaikan dah besar panjang ni terasa dah sebati dalam diri. sebenarnya...ketakutan terbesar dalam hidup saya adalah saya takut dengan segala-galanya..haha..

takut mencuba sesuatu benda baru
takut ditolak
takut gagal
takut kecewa

rasanya paling takut..takut ditolak/tidak diterima. bahaya sebenarnya perasaan takut ini kalau tak cuba ditangani. sebab ia berkait rapat dengan kepercayaan diri. kira macam berkadar terus. sikap 90% memainkan peranan dalam tindakan kita. (cedok dari buku mana entah)

masalah utama saya sebenarnya berkait dengan ketidakyakinan diri sendiri. tak yakin untuk bersosial dengan orang sekeliling. disebabkan takut tidak diterima di dalam kumpulan. takut tak didengari suara. takut tak ada siapa ambil peduli. jadilah saya seorang yang pendiam. segan bercakap. berat mulut.

masalah utama sudah dapat dikenalpasti. fokus pula pada jalan penyelesaiannya. tiada siapa yang dapat menolong melainkan diri sendiri. kita kena yakin dengan diri sendiri. berdepan dengan ketakutan kita. berdepan dengan keyakinan diri. baru kita dapat maju ke hadapan. berusaha awak!!

#mooddirisendiri
#xbolehtidur
#merepek

Monday, April 21, 2014

some random though

siapa lagi yang lebih mengenali kita kalau bukan diri kita sendiri..ye dak?.. walau sahabat karib, walau keluarga yang tinggal serumah..pastinya diri sendiri mengatasi carta nombor satu. macammana orang kata dia sendiri dah tak kenal dgan diri dia sendiri??.

maknanya di sini sebelum ni dia kenal dengan diri dia sendiri. tapi mungkin disebabkan sesuatu yang berat, yang susah untuk diterima akalnya dia rasa keliru dengan diri dia sendiri..mungkin..

proses mengenal diri pastinya bukan mengambil masa sehari, seminggu malahan setahun. mungkin bertahun tahun atau mungkin untuk seumur hidup. terselit antara mencari makna kehidupan.

ada banyak tanda tanya di sekeliling kita. tapi kita tiada jawapan untuk itu. sesetengahnya pastinya ilmu itu terbatas dengan keupayaan kita sebagai manusia. sesetengahnya pastinya perlu dilalui dengan pengalaman. sesetengahnya lagi mungkin didapati dari perantaraan orang lain...erm.. sesetengahnya lagi??.. ;)



Monday, March 24, 2014

kepercayaan

kecewa?.. ya benar barangkali..
itulah bila meletakkan kepercayaan pada manusia. lidah tidak bertulang. mampu berkata manis saat memerlukan. mampu berjanji tapi sukar untuk ditunaikan.

mungkin sifatku sendiri yang mudah percaya pada cakap orang lain, jujur dan bersangka baik. bukan ingin mengatakan diriku baik. aku juga banyak kekurangan dan kelemahannya. aku berpegang pada prinsip buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. tetapi manusia kadang2 bila kita berbuat baik tidak semestinya balasan baik yang akan kita terima. itulah yang terjadi bila harapan kita sandarkan pada manusia.

aku belajar sesuatu dari pengalaman ini. kepercayaan. bukan sesuatu yang mudah untuk diberi tetapi mudah untuk dikhianati. manusia mudah lupa dengan janjinya. bila apa yang dimahukannya tercapai dia lupa pada insan yang banyak menolongnya. dia lupa untuk bersyukur dan berterima kasih pada tuhan..

ya.bukan semua manusia sebegitu. ada yang masih berpegang teguh pada janjinya. kebanyakannya manis hanya di bibir. kepercayaan aku mungkin sedikit goyah atau mungkin hilang bila berhadapan dengan mereka. mereka yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.

mungkin sukar bagiku. aku hanya perlu percaya pada diri sendiri. dan pada Allah.

Saturday, March 15, 2014

ujian Allah

hidup ini tidak lain hanya sebagai medan ujian. setiap seorang dari kita pasti diuji. ujian tanda Allah sayang pada kita

"jangan dipinta hidup yang mudah tapi pintalah hati yang tabah".. kata2 terkenal dari pahrol juoi.

#prayforMH370..

Thursday, March 13, 2014

untitled

pernah tak awak terjaga dari mimpi. tapi tak ingat apa yang awak mimpikan. terbawak bawak rasa kesedihan dari mimpi itu. cuba ingat tapi tak dapat ingat. bila tak cuba ingat dia datang dalam bentuk bayangan tapi kabur. naluri kuat mengatakan mimpi itu ada kaitan dengan diri. tapi tak ingat.

#sedih pagi2
#mimpi mainan tidur

Sunday, March 2, 2014

part 3: sebenarnya dia...

assalamualaikum..

bersambung lagi dengan siri sebenarnya dia...saya kan ada 4 orang adik beradik tersayang.ada dua lagi yang belum sempat diceritakan. ok arini kalau sempat boleh buat dua sekaligus.kalau tak hanya Allah yg tahu bila saya rajin nak bercerita..hehe.. ;)

ok..sebab semalam besday dia yang ke 26 tahun. 1 mac 1988 tarikh dia dilahirkan. anak kedua. lelaki.mesti emak abah gembira dengan kelahiran dia sebab pelengkap sepasang rezeki yg Allah bagi. berselang lebih kurang setahun dua bulan jarak kami. jadi kadar pembesaran atau zaman tumbesaran kami lalui tak banyak sangat beza.

banyak kenangan masa kecik tapi tak semua dapat ingat.itupun sesetengahnya abah yang cerita balik. ok..sebenarnya dia adik lelaki saya yang kedua. sekarang pangkat dia leftenan muda (dr) Khairul Anwar.. terbaik la angah!!.. hehe..angah kebanggaan kami sekeluarga. emak abah dan adik beradik lain pastinya gembira dengan kejayaan angah. sehinggakan emak abah tak dapat tahan emosi bila ada orang bercerita pasal kejayaan angah

alhamdulillah.. bulan 4 tahun ni angah bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya. jadi ini besday terakhir dia sebagai bujang. tahun depan ada rezeki mungkin sebagai ayah pulak?..hehe..kita doakan sama2.. bertambah lagi ahli dalam family

ok..angah dari kecik lagi dah menampakkan kemampuan dan kebolehan dia. pergi sekolah pun rajin. peksa semuanya straigh A rasanya. sejuk perut emak mengandungkan angah. emak pernah cakap angah paling senang emak lahirkan. kecik2 pun tak banyak masalah. beza sungguh dengan saya..hehe..ingat lagi masa abah ajar maths soalan tambah tolak rasanya.angah je dapat jawab betul. masa mengaji pun angah dulu naik quran.saya terkedek kedek lagi baca muqaddam. tapi nak surah2 akhir la jugak. mana tak cemburu bila emak asyik puji angah je kan kan..hehe..itu semua cerita lama..

bila pikirkan balik. kelakar cemburukan adik sendiri. hehe.dah memang dia berbakat. nak jadi macam sekarang bukan senang. banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui betul tak?.. tapi time kecik dulu angah ni nakal jugak. sampai kene balun dengan abah.kena ikat kat pokok rambutan. jadi orang juga akhirnya..

sekejap je dulu kecik, sekarang dah besar panjang. nak jadi suami orang pun. hehe.. semoga angah terus berjaya di akhirat dan di dunia. moga menjadi suami dan anak yang baik. semoga terus mampu menyumbangkan bakti pada pesakit dan juga buat negara tercinta. amin.

Monday, February 24, 2014

motivasi:makhluk dan pencipta

assalamualaikum..

siapa makhluk?.. kita semua makhluk. manusia.jin.iblis.syaitan.binatang.tumbuh-tumbuhan. segala yang diciptakan oleh maha pencipta. Siapa pula pencipta?. pencipta adalah tuhan. yakni Allah. yang menciptakan segala-galanya di dunia ini. penciptaan bumi. penciptaan langit.penciptaan manusia dari air mani yang hina sifatnya. penciptaan manusia pertama yang bergelar adam. penciptaan gunung dan seluruh alam..

tidakkah betapa hebat maha pencipta?. menjadikan dari tiada kepada ada. menghidupkan selepas dimatikan. sungguh aku bukan orangya yang layak untuk bercerita mengenai Allah. kerana dangkalnya ilmu didada. masih bertatih mencari dan mengenal pencipta. tetapi hati ingin meluahkan sesuatu mengenai pencipta untuk dikongsikan. semoga bermanfaat.

tiadalah kita hidup di dunia tanpa adanya ayah emak kita. tiadalah nikmat iman dan islam andai tiada perjuangan dari para nabi dan rasul. siapalah kita sebenarnya tanpa Allah. hanya manusia yang lemah lagi hina. yang tiada upaya melainkan dengan kehendak dan kekuasaan Allah.

ya..kita semua hanya hamba Allah. asalnya diciptakan Allah dan akhirnya juga kita kembali pada Allah. bukan mudah untuk merasa diri hamba. lantaran dikaburi dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara. dicambah dengan hasutan dalaman dan luaran. dibajai dengan sifat mazmumah lantas menjadikan kadang kita melupkan hidup bertuhan. kita berkiblatkan harta duniawi. nafsu menjadi tunggangan kita.

ALLAH.. betapa lemahnya hambaMu ini. lantaran kejahilan diri yang tidak mengenal baik penciptaku. ALLAH.. Kau sungguh dekat tetapi kami yang selalu menjauhkan diri. Kau sentiasa ada tapi kami selalu melupakanMu. Kau maha pendengar tetapi kami jarang merintih dan berharap padaMu.

ALLAH..hambaMu ini kadang alpa dengan hakikat ketuhanan. hanya merasa bertuhan bila memerlukan. ya Allah,ampunkan dosaku. ampunkan dosa kami semua. kami semua mengharapkan maghfirah dan keredhaanMu. hakikatnya kami semua hanyalah hambaMu. bimbinglah kami ya Allah menuju redhaMu. bimbinglah kami menuju syurgaMu..

amin.

motivasi:zikrullah

assalamualaikum..

semoga kita semua dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu hendaknya..

ZIKRULLAH
"Hanya dengan mengingati Allah hsti menjadi tenteram" (Ar-Ra'd:28)

sudah diamalkan. tetapi mengapa kadangkala hati kita tetap tidak tenang?. sentiasa ada gelisahnya. mungkin tidak dihayati dengan sepenuhnya. zikir bukan setakat menyebut di mulut tetapi disertai dengan hati. begitu juga amalan lainnya.. khususnya solat

terjumpa link di bawah yang sangat menarik kupasannya:
http://banyakzikir.wordpress.com/category/zikir/

#sama2 kita belajar
#banyak lagi ilmu yang perlu digali untuk lebih mengenal Allah
#pesanan pada diri sendiri

repekan di pagi isnin..

assalamualaikum..selamat pagi ;)

tak dapat tidur malam ni seperti biasa. malam ahad paling susah nak lelap mata tapi hari isnin hari yang paling bersemangat. pelik sikit mungkin dari orang lain. hari isnin la hari yang dinantikan kadang2 bila ahad satu hari memanjakan diri berehat dan bermalasan di rumah.

berita gembira!..mungkin berita basi. tak lama lagi bertambah ahli keluarga baru. pak usop dan cik ros nak dapat menantu!!.. lawa orangnya. baik budaknya!..haha.. mungkin tahun depan bertambah lagi ahli baru??.. dapat anak sedara ke??.. insyaallah.. alhamdulillah!!.. saya??.. erm..biarlah rahsia.. belum sampai seru lagi agaknya.. sama2lah doakan saya ya..

tahun ni boleh dikatakan tahun sedara mara menyambut orang baru. baik belah abah mahupun belah emak..haha.. alhamdulillah!!.. semoga masjid yang dibina berkekalan hendaknya.

nak merepek apa lagi ya.. owh ya..lama sudah tak mengupdate pasal kerja kan.. diam tak diam tahun dah masuk 2 tahun lebih kerja. dari oskib sampai ke rhbib. dan ada desas desus unit kami akan ditarik masuk bawah bank. rhb group. berpangkalan di bangi. huhu.. ini rasanya berita sedih. tak tahu bila masanya terjadi. dari mula2 dulu 2 orang, sekarang unit kami dah bertambah 9 orang. hasil gabungan dengan rhb dan 2 orang dari unit helpdesk yg ditarik masuk.

apa perasaan saya sekarang pasal kerja?..x ade rasa apa kowt!!.. huhu.. macam kesian je kan bunyinye.. entah!!. Allah lebih mengetahui. saya kene sentiasa memperbaharui niat. iklhas untuk mendapat redha Allah!!.. barulah ada sinar harapan disitu. mungkin dalam 2/3 tahun lagi ingin menukar angin. buat apa yang saya ingin buat.insyaallah..

owh ya sebenarnya besok saya kene shift pagi.masuk 7.45 sampai 4.45.. harus bergerak lebih awal. tapi sekarang pun tak tidur lagi ni..bagaimana sih?.. pasti terbabas ketidurannya besok pagi!!... pasti sampai paling awal pun pukul 8.. tapi siapa je la yang dah masuk kerja seawal 7.45..huhu..terpaksalah mengikut arahan..lainla kalau bekerja sendiri ye dak..

mau bicara apaan lagi ini??. erm..sudahla. stop sini aja dulu.. selamat tidur buat diri saya. semoga diri kita semua dilindungi selalu,dirahmati dan diberkati di dunia dan juga di akhirat.. amin..;)

Thursday, February 20, 2014

rahsia hati

motivasi: bacaan talqin..

assalamualaikum.. alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk kekal hidup. Namun setiap yang bernyawa pasti akan mati suatu hari nanti.

Bacaan talqin yang selalunya dibaca dikubur untuk si mati sebenarnya satu nasihat juga bagi kita yang masih hidup. pastinya kita masih mampu untuk mendengar lagi dan mengambil iktibar. suatu hari nanti juga nama kita akan turut diselitkan dalam talqin seperti di bawah;

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr

p/s: semoga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khatimah iaitu sebaik baik kematian. insyaallah..

Tuesday, February 11, 2014

cukup terasa pabila;

cukup terasa

1) sedih
- bila orang yg kita sayang keluarkan kata2 yg menghiris hati kita. pedih dia rasanya macam dada kene hiris pisau..
-bila orang yang kita percaya boleh tipu kita hidup2
-bila jadi orang yang terakhir dapat tahu satu2 berita walaupun kita antara orang yang paling rapat.

2) terharu
-bila ada orang lain yang sudi mengambil berat pasal kesihatan diri.
-bila ada orang yang sudi hulurkan bantuan di kala waktu susah tanpa mngharapkan balasan walaupun hubungan kita dengan dia kurang baik
-bila orang hargai apa yang kita buat dan cakap terima kasih walaupun perbuatan itu nampak kecil tapi cukup bermakna

3) gembira
-bila pandang muka kanak2 comel dan perhatikan telatah mereka.
-bila dapat tengok muka orang2 yg kita sayang gembira,senyum dan ketawa
-bila dapat luangkan masa dengan alam

4) excited
-bila hal2 yang berkaitan novel dan penulis kesukaan -RAM
-bila dapat tengok/nikmati pemandangan/tempat orang lain/baru
-bila jumpa dengan orang peramah yg byak cerita pasal pengalaman hidup

#sebenarnya perkataan atau perbuatan dua2 meninggalkan kesan yang mendalam. dapat ingat sampai mati.
#terasa diri sangat sensitif kebelakangan ini

Monday, February 10, 2014

opick - rapuh

saat ini..detik ini..lagu ini begitu hampir pada jiwaku.. "Ya Allah, terasa diri sungguh rapuh.bantulah hambaMu ni ya Allah.berilah aku kekuatan.berilah aku ketaatan.berilah aku ketaqwaan. Ampunkan dosaku.terimalah ibadahku".. amin..amin..amin..ya rabbal a'lamin....

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Friday, February 7, 2014

tak pelik tak mustahil

mungkin tak pelik dan tak mustahil bila melibatkan hati dan perasaan.seribu satu cerita..kadang tak ada sebab untuk kita sukakan seseorang. tiba tiba dia datang..


kadang kita baru jumpa dengan seseorang tu tapi macam dah lama kenal.kita senang dengan dia. ada orang kata sebab kita ada dalam doa mereka..

sama juga dengan perasaan benci mungkin. mungkin bukan benci tapi lebih pada tak suka. tak ada sebab. cuma wujud perasaan tak suka atau kurang senang. mungkin sebab tak pernah kenal dengan baik..

kesimpulannya kita memang mudah membuat andaian pada seseorang...

me myself

Tuesday, February 4, 2014

CNY @ gua tempurung

assalamualaikum..
minggu ini pula kita beriadah di gua tempurung..seronok!! first time jugak masuk gua.. subhanAllah... cantiknya ciptaan Allah.. kagum sangat2 dengan struktur dalam gua.. serius cantik!!
angah ambik pakej yang paling mencabar pulak tu..tour sampai abis!! memang challenging!! merangkak, jalan itik..masuk lubang, menggelungsur..redah air lebih dari paras pinggang.. wau!!..pengalaman yang cukup berharga. renjer yg bawak kitorang pulak sporting.. grup kitorang paling ramai..semua bangsa ada. budak kecik pun ada..pakcik dlm lingkungan 50 thun pun ada..semua semangat!!..



Tuesday, January 28, 2014

tidur dan mimpi

assalamualaikum..


selain dari membaca,hobi lain saya ialah TIDUR. sejak bila  jadi hobi tak tahulah pulak bila bermulanya. kenapa tau saya suka tidur. banyak sebab.antaranya..



#1 Boleh hilangkan stres sekejap - bila terlampau stres banyak jugak aktiviti yang saya buat. tidur pun termasuk salah satu aktiviti yang boleh menhilangkan sekejap rasa stres tu..

#2 Boleh kurangkan sakit - macam stres, sakit pun sebenarnya stres jugak. semua benda tak boleh nak buat bila kita sakit,terutamanya sakit sengugut.so aktiviti yang paling utama untuk mengurangkan atau sekurang-kurangnya dapat hilangkan sekejap rasa kesakitan ialah dengan tidur.ini juga saya selalu aplikasikan waktu terlalu lapar.

#3 Sebagai terapi diri / rehat - lepas penat seharian bekerja kan..tidur sebagai waktu rehat kita. perasan jugak kadang2 kalau demam ke kene migrain ke,lepas tidur yang lena dan cukup,bila bangun akan terasa segar. dan kadang2 terus hilang demam tu..of course la jugak dengan pengambilan air 100plus n panadol.

#4 tidur ada MIMPI - saya suka dengan mimpi.jarang akan tidak bermimpi..biasanya setiap malam pasti bermimpi,tak kisahlah mimpi seram ke, mimpi yang menakutkan ke atau mimpi yang best. sebab apa tau..dalam mimpi saya rasakan saya seperti seorang pengembara - mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. atau pun sebagai seorang pelakon..haha.. tapi yang penting dapat mimpikan orang2 yang kita rindukan. walaupun tak dapat berjumpa di alam realiti,cukuplah hanya di alam mimpi. dapatlah hilangkan sedikit kerinduan pada orang2 yang tiba2 terasa rindu kan...mimpi2 yang misteri,mimpi dapat tengok tempat cantik. mimpi yang kadang2 macam ada petanda. mimpi peristiwa yang akan berlaku mungkin. banyak sebenarnya kalau nak berceloteh pasal mimpi ni..hehe.


ini antara fakta tentang tidur;


ini pula antara fakta tentang mimpi;


lain2 boleh google sendiri
p/s: tadi dapat mimpi best..tersenyum lepas bangun. mungkin sy tak ingat siapa tapi pasti pernah berjumpa. budak arab dalam lingkungan 7-10 tahun mungkin. saya terjumpa dia baring di atas tubuh ayahnya yang telah syahid. sepertinya dia tak mahu tinggalkan jasad ayahnya. saya tanya dia nak tinggal kat mana lepas ni lebih kurang la kowt..dia jawab saya berserah pada Allah,lebih kurang jugaklah jawapan dia yang saya ingat..macam jawapan yang menyenangkan.lepas tu dia ikut saya masuk macam kat dalam kelas. ada papan putih.dia bagitau nama dia..tapi tak ingat dah nama dia. dia tanya pulak nama saya. dia tuliskan dekat papan putih tu dalam tulisan jawi la dan lepas tu dia tanya maksud..lepas tu habis mimpi..hehe...



Sunday, January 19, 2014

keberkatan

assalamualaikum w.b.t.. ;)

jangan dipandang rendah akan perkataan ini.keberkatan itu perlu ada dalam kehidupan kita. berkat dalam segala segi. berkat akan rezeki. berkat akan pekerjaan. berkat dalam sesuatu perhubungan. berkat dalam segala apa yang kita ingin lakukan.. barulah berkat kehidupan kita. berkat di dunia dan insyaAllah berkat di akhirat.

apa jadi jika hidup kita tidak berkat??.. ada bezanya.besar bezanya. rezeki yang kita dapat tidak akan pernah cukup. kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada. nafsu akan sentiasa mengawal diri kita. kita akan terdorong untuk melakukan rasuah contohnya dan perkara yang tidak baik. dari kecil perbuatan sehinggalah besar tanpa kita sedar. kemudian hati kita akan sentiasa resah gelisah..tidak tenang. takut perbuatan kita akan terbongkar.kita akan ditangkap.dipenjara

bila hidup tidak berkat.kita dapat lihat hubungan kita dengan Allah sudah tentu makin jauh. hubungan dengan manusia mungkin banyak masalah. penuh dengan penyakit hati. dendam,benci,cemburu,marah, sakit hati sentiasa ada pada orang2 sekeliling. hidup mungkin tunggang langgang dengan masalah diri sendiri. masalah dengan keluarga sendiri. masalah dengan suami/isteri... penceraian.buang anak. bunuh diri.hisap dadah antara pilihan yang akan diambil.

nampak..
pentingnya keberkatan dalam hidup..

bagaimana meraih jalan keberkatan?..
tiada lain.kembali pada jalan islam..
amal makruf nahi munkar.. Buat yang Allah suruh..tinggal apa yang Allah larang. sentiasa perbaiki hubungan kita dengan Allah..insyaAllah Allah akan perbaiki hubungan kita sesama manusia. pentingnya juga mencari rezeki yang halal..

moga2 kita semua mendapat keberkatan dalam hidup ini. moga2 kita semua diberkati dan dirahmati selalu..insyaAllah..

Sunday, January 12, 2014

motivasi: jika ini yang terakhirnya..

bagaimana jika ini malam terakhir kita di dunia?
bagaimana jika pagi esok mata kita tidak terbuka seperti biasa?

bagaimana??..
tiada apa yang mampu kita lakukan..
bila nikmat nyawa yang diberi pinjam sudah ditarik balik.. bila roh sudah terpisah dari jasadnya..kita kembali pada yang asal kejadian..dari tanah yang kotor..meratap..menangis..meraung.. merayu mahu dihidupkan semula.. "Ya Allah...aku menyesal.hidupku di dunia tidak digunakan dengan sebaiknya. aku leka dengan keindahan dunia.apa bekalan yang aku ada untuk mengadapmu Ya Allah.. aku malu padaMu.. Ya Allah kembalikan aku ke dunia..aku ingin bertaubat.aku ingin solat.aku ingin berpuasa.".. Allah.. tiada peluang kedua. tidak berguna solat bila sudah di dalam kubur.tidak berguna taubat jika roh dan jasad sudah berpisah....

bagaimana nasib kita di alam kubur? bagaimana nasib kita di alam akhirat?
hanya Allah yang lebih mengetahui..

bagaimana nasib kita di dunia?..
kita mampu mengubahnya jika kita berkehendak.. nasib kita di alam kubur dan nasib kita di alam akhirat ditentukan oleh nasib kita di dunia. yang kita sendiri pilih dan tentukan..

bagaimana jika esok kita masih mampu bernafas?..masih lagi bernyawa?.. masih diberi kesempatan untuk melihat bumi Allah... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan kita..Allah masih ingin kita berusaha menjadi lebih baik..Allah masih inginkan kita bertaubat. Allah sayangkan kita..adakah kita sayangkan Allah?.. jika ya..sayangi diri sendiri terlebih dahulu.. jika kita sayangkan Allah pasti kita tidak akan buat sesuatu yang boleh merosakkan diri kita sendiri...

Ajal maut Allah sudah tetapkan.. jadi kita semua perlu sentiasa bersedia. bila2 masa sahaja nyawa kita akan ditarik. tak akan tercepat atau terlewat walau satu minit..

#peringatan untuk diri sendiri untuk sentiasa mengingati mati..

Sunday, January 5, 2014

terlepas pandang..

kadang kadang kan kita terlepas pandang benda2/sesuatu yang penting disebabkan mungkin kita menganggap benda/sesuatu itu remeh/kecil/tidak penting. tanpa kita sedar benda/sesuatu yang besar datangnya dari yang kecil. seseorang/benda yang hebat datangnya dari seseorang lain yang biasa2 atau dari idea kecil/remeh bagi orang lain

sehinggakan bila terjadi sesuatu yang besar dan memberi impact pada hidup kita barulah kita tersedar sesuatu. sudah terhantuk baru tergadah kata orang. tapi itu mungkin sikap kita semua untuk belajar sesuatu dalam hidup ini. setiap perkara ada harga yang perlu dibayar. untuk mendapatkan sesuatu pasti ada sesuatu yang perlu kita korbankan.

pertama di bulan januari 2014

assalamualaikum.. selamat pagi semua khusus pada anda semua. tak dapat tidur jadi ingin merepek sebentar disini. ermmm...sudah masuk tahun baru 2014. macam baru semalam je januari 2013 tu.. sungguh masa bergerak terlalu amat pantas..sungguh ni..tak main main. kalau difikirkan dengan serius..kita patut berbuat sesuatu..jika tidak masa kita akan terus berlalu begitu sahaja. tanpa ada sebarang pengertian.tanpa ada sebarang peningkatan hidup.

ya.berbuat sesuatu itu berkait rapat dengan hidup yang lebih bermakna. jika tidak 5 tahun yang akan datang hidup kita masih sama. bila direnung kembali pada apa dan bagaimana kita habiskan usia kita..pasti kita akan menyesal kalau kita tidak gunakan masa yang ada dengan sebaiknya..masa yang tinggal kita pun tak pasti berapa lama lagi.

ya.mendapatkan hidup yang bermakna. itu azam baru untuk tahun 2014 di samping memperbaharui azam yang sedia ada setiap tahun. menjadi seorang yang lebih baik dari tahun sebelumnya.. terlalu umum sebenarnya azam itu. ikut pakar motivasi azam perlu jelas dan detail dan patut ditulis di atas kertas. keberangkalian untuk tercapai akan jadi lebih tinggi..

jika kita tidak merancang, kita merancang untuk gagal.ya..bagus bila kita mampu merancang. lagi bagus jika kita mampu bergerak ke arah rancangan kita. berjaya atau gagal mungkin 50/50. bergantung pada beberapa faktor. realistik atau tidak?.. strategi perancangan..usaha.. doa dan tawakal.. hidup kita akan lebih bermakna jika kita ada azam atau keinginan untuk mencapai sesuatu. akan lebih bermakna jika azam itu tercapai. tercapai atau tidak itu lebih bagus daripada langsung tiada azam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...