Friday, November 29, 2013

suka

saya suka dinding.
sebab sejuk.

saya suka langit dan awan.
sebab biru.sebab luas dan lapang.

saya suka rama2 dan ikan.
sebab warna warni.cantik.nampak hidup bebas.

saya suka sungai, laut, air terjun.
sebab tenang. damai.

saya suka memerhati segala galanya.
sebab semuanya indah dengan caranya yg tersendiri.

saya suka menulis dari bercakap
sebab menulis lebih sampai ke hati. lebih berjiwa.lebih berseni.lebih berhati hati

saya suka apa lagi ye?.. saya suka awak..awak suka saya tak?.. hehe...

kadang ada benda/sesuatu/seseorang kita suka tapi tiada sebab untuk kita sukakanya. suka pun subjektif. betapa tinggi suka kita, berapa berat suka kita.kadang tak dapat digambarkan dengan perkataan.dengan ayat.

Saturday, November 23, 2013

bila nak kahwin??

assalamualaikum salam sejahtera salam satu malaysia.. ;)

terkesan baca lirik lagu baru hafiz hamidun..tp tak ingat pulak tajuk die.. mengenai jodoh la..lepas tu kat office ni td ade la kawan ni tanya kat kawan lagi sorang.."ko bile nk kawin?" mgkin dah bosan asyik kene tanya je.. dijawabnya "mnalah aku tahu..tanya Allah".. hehe.. buat sy terketawa dalam hati.. erm.. best jgak bagi alasan tu klau ade orang tanya sy soalan yg sama.. biase sy jawab insyaallah..doa-doakanlah ye.. sekarang mgkin boleh tukar sikit..

tahun depan mesti rmai yg bertanya sbb adik pun dah langkah tiang..kakaknya bile lagi??..hehe..

jodoh kan rahsia Allah..sama jgak dengan ajal maut..bila tiba masa nanti Allah akan pertemukan jugak dua insan yang berjodoh tu..tak di dunia mgkin di akhirat kan.. kita doa lah banyak2 moga Allah permudahkan urusan jodoh kita. amin.. tapi selamat abah emak jenis memahami. tapi kalau lagi bagus abah emak je carikan jodoh utk sy..hehe..

ermmmmm... kene buat analisis diri jugak ni...

#1 Allah tak izinkan lagi bertemu jodoh dan kahwin..Allah rindu mendengar doa kita..bersangka baik selalu dengan Allah..

#2 tak dapat lupakan seseorang??.. mungkin..sbb die dah ade lama dlm hati walaupun die x tau..

#3 sifat pemalu. mungkin.. malu yang tak bertempat kdang2.. perlu lebih byk blajar dan libatkn diri dalam akttiviti sosial dan kebajikan..insyaallah akan diusahakan dlm thun dpan..

#4 diri sendiri belum bersedia.. mungkin. bile nk bersedia?. entah.. ye lah bukan senang kita nak terima orang baru dalam hidup kita..

#5 terlalu memilih?? mungkin. tp ye lah wajiblah memilih kan..kalau boleh kita nk hidup sampai hujung nyawa dengan dia insyaallah..

errmmmm.. mcm2 mungkin.. terpikir juga tak salah je kalau tak kahwin kn?.. hidup ni bukan semata untuk kahwin.. jadi anak dara tua..itu pandangan masyarakat.. tak kisahlah..pandangan Allah lagi penting.. kalau perempuan tak kahwin, anak dara tua, kalau lelaki tak kahwin, anak teruna tua? haha...

tapi fitrah manusia Allah ciptakan berpasangan..supaya hidup kita mungkin sedikit bermakna. jadi seorang isteri, seorang ibu, seorang nenek..pahala pun banyak dapat bila jadi isteri yang taat..bile anak2 doakan kita..

buat masa sekarang baiklah kita perbaiki diri..banyak kekurangan ni..sebab tu Allah tak izinkan lagi ni..dan bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa kita (teringat video ammar)..

insyaalah..mari kita doa sama2 siapa yang belum bertemu jodoh supaya dipertemukan jodoh dan siapa yang sudah bertemu jodoh semoga diberikan kebahagiaan, kegembiraan, dilindungi dan dirahmati Allah sehingga akhir hayat.. aminnn...

p/s: apelah sy merepek pg2 ni.. terlebih panjang pulak..maap la ye sesi meluah perasaan pulak..

Wednesday, November 20, 2013

motivasi : Allah di dalam dada

assalamualakum dan selamat pagi..

alangkah indahnya jika Allah di dalam dada..maknanya kalimah Allah sentiasa tersemat di hati. seperti orang yang bercinta.."ambiklah kapak,belahlah dadaku, hanya namamu yang terukir didadaku"..(chewah...).. begitu juga diumpamakan seperti gambar di bawah ini mungkin oleh si pelukisnya..

alangkah baik dan indah sekali. pasti dalam setiap tindakan kita akan dahulukan Dia. asyik terpikirkan Dia. merindui utk selalu bersama Dia.. mungkin kita akan dapat rasakan yang dikatakan kemanisan iman itu.. kekasihNya pasti begitu.. tiada siap yg dpat menandingi nilai kasih sayang junjungan besar kita terhadap yang Khaliq.. walau bersifat makhsum, walau sudah dijanjikan syurga.. namun baginda masih ingin sentiasa beribadah sehingga hujung nyawa


semoga kita semua dijadikan hambaNya yang sentiasa bersyukur, sentiasa mengingati Allah, tawaduk dan istiqamah dengan segala amalan kita..insyaallah..

Saturday, November 16, 2013

motivasi : tips untuk diri..

assalamualaikum.. selamat petang semua.;)

setiap dari kita pasti pasang niat setiap hari kan? yg utamanya hari itu lebih baik dari hari semalam. kalau semalam solat hujung2 waktu, hari ini kalau boleh awal sikit dari hari semalam walapun tak awal waktu tapi kita berusaha menjadi lebih baik dari semalam.. ins ya allah..hari2 seterusnya bertambah baik sehinggalah istiqamah dalam solat awal waktu..

macam itu jugaklah dalam kehidupan seharian kita. mesti ingin berusaha untuk bertambah baik dalam setiap perkara yang kita lakukan.. kita manusia memang banyak kelemahan dan kekurangannya.tapi jangan jadikan ianya alasan untuk kita bergerak maju ke hadapan..usaha..semoga Allah memandang usaha kita..

ini antara yang saya cuba sematkan dalam fikiran dan berusaha.lebih pada tips untuk diri sendiri sebenarnya tapi masih relevan untuk sesiapa sahaja..

#1 Allah lebih besar dari segalanya.. walau apapun masalah yang datang, dugaan atau musibah yang melanda sentiasa fikir Allah lebih besar dari masalah kita..kembali pada Allah.. mohon dipermudah dan ditunjukkan jalan keluar untuk kita..sentiasa bersangka baik dengan Allah..walau apapun yang terjadi semuanya aturanNya..pasti ada hikmah yang disediakan untuk kita yang sabar..

#2 Sifat ikhsan.. segala-galanya dalam pemerhatian Allah. ya..ini memang susah sedikit untuk disematkan dalam fikiran.. walau berjaya disemat pun ia akan berlawan dengan kata hati yakni nafsu.. tapi kita berusaha..buat segala galanya pasti Allah nampak..jadi nak buat dosa malu dengan Allah..hatta terlintas di hati dan pikiran kita pun Allah dah tahu..kan sesungguhnya Allah maha mengetahui..

#3 Allah maha pengasih maha penyayang.. kita umat akhir zaman yang terpilih..umat terpilih, umat nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam..kita ni sebagai khalifah di bumi Allah.. betapa banyak yang Allah bagi nikmat pada kita..tidakkah itu menunjukkan Allah maha pengasih dan maha penyayang.. kalau Allah tak kasihkan kita sudah tentu dia ambil nyawa kita masa kita sibuk buat dosa. kalau Allah tak sayang kita Dia bukakkan aib kita yang kita simpan kemas..kalau Allah tak pengasih tak penyayang tak dibukakkan pintu taubat seluas-luasnya.. cuma kita manusia selalu leka, jarang bersyukur bila nikmat ada..bila ditarik satu2 baru kita berfikir..

#4 jangan mengharapkan manusia. maksud saya kalau kita membuat kebaikan jangan harapkan balasan manusia tapi harapkan balasan Allah.. cuba ikhlaskan diri dalam setiap tindakan kita. kerana apa tau, sifat manusia yang suka mengungkit dan bukan senang untuk ikhlas. buat sesuatu pasti ada ganjarannya..ikhlaskan hati kita hanya untuk mengharap redha Allah..

#5 kalau kita mudahkan kerja orang ins ya allah Allah mudahkan kerja kita.. itu antara kata2 ustazah sy yg masih kuat sy pgang.. kalau bukan orang tu, orang lain yang Allah akan kirim untuk mudahkan kerja kita atau sewaktu kita dalam kesusahan. cuba juga untuk luaskan untuk gembirakan hati orang terutama orang tersayang..

#6 mencari ilmu..ilmu Allah ni luas. hidup kita juga satu proses belajar dan mencari ilmu yang panjang.. ilmu tentang hubungan dengan Allah juga hubungan sesama manusia..ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.. segalanya boleh dijadikan ilmu dan pelajaran kita kalau kita sentiasa memerhati dan berfikir.. bukan setakat di buku2.. dengan manusia lain juga terutamanya kerana kita hidup di alam realiti..dalam kelompok yang sama tapi mempunyai tahap dan ilmu yang berbeza2..pasti dengan setiap orang kita boleh belajar sesuatu sedikit sebanyak..

erm..cukuplah setakat ini dulu.. semoga kita berusaha untuk capai.. dan juga ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan..

;)

Thursday, November 14, 2013

motivasi : hati tenang

kita manusia biasa..mana sempurna dan tak akan pernah sempurna..kita pernah rasa kecewa, rasa keseorangan, sedih, dtinggalkan, "moral down", dan segala macam perasaan negatif.. tapi kita juga merasa gembira, bahagia, rasa dikasihi, disayangi dan segala macam perasaan positif.. itu kan semuanya lumrah kehidupan..ada suka ada duka..ada gembira ada sedih.. yang penting kita masih kuat berdiri..dengan hati yang tabah untuk terus berjuang untuk hidup..

penting untuk kita merasa segalanya dalam kehidupan ini. tiada kejayaan tanpa usaha yg gigih..tiada kemanisan perjuangan tanpa melalui proses jatuh bangun.. penting untuk kita belajar dari setiap kesalahan supaya kita tidak terusan mengulangi kesilapan yang sama...

manusia mana yang tiada masalah.. tiada manusia yang tidak pernah ada masalah dengan hatinya.. hati hati dengan hati kita..segalanya bermula di sana.. hati yang tabah pasti dapat menerima segalanya dengan berlapang dada..malah hati yang kuat akan tegar dengan masalah..datanglah segala masalah..pasti dapat diselesaikan dengan baik.

jadi penting disini untuk kita menjaga hati..supaya kekal kuat, tabah, semangat, bersih dari segala sifaz mazmumah, dan sentiasa kekal sihat.. ada banyak caranya.. tapi yang utamanya... dengan sentiasa mengingati Allah... insyaallah hati kita akan tenang.. sehingga akhir hidup kita membawa hati yang tenang mengadap pencipta kita..insyaallah.. itulah matlamat akhir kehidupan kita..

semoga kita semua terus tabah dan sabar menghadapi kehidupan ini dan moga kita mendapat 'pengakhiran' yang baik

Thursday, October 31, 2013

kisah mereka semua..

setiap dari seorang mereka ada kisah masing2..kisah tersendiri. bersatu di tempat ini..inilah dunia mereka sekarang.hospital yang bagaikan penjara.. terpisah dari dunia luar..dari segi luarannya nampak seperti mereka bahagia..hidup di dunia khayalan mereka sendiri..bebas mencipta, berkarya , berfikir tanpa sesiapa melarang..tapi.... dari segi dalamannya mereka ini parah..kritikal..jiwa mereka mungkin sudah tiada atau cuma nyawa2 ikan.. apa makna kehidupan?? apa makna sayang??..
Allah kurniakan akal untuk kita berfikir.. Allah juga anugerahkan kita dengan emosi..pelbagai perasaan.. bila kita berfikir mengikut emosi inilah padahnya.. tak mampu melihat dengan tulus, bertindak mengikut kata hati, terbawa2 dengan perasaan.. akhirnya jiwa tunduk lemah kalah dengan hasutan nafsu, tewas dengan hambatan emosi..

p/s: gara2 tengok cite hindustan smalam ni la merepek kt sini malam ni.. #xbolehtido...

Sunday, October 20, 2013

untitled entah kali ke berapa..

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..hati yang merasa sendiri, melaluinya sendiri tidak akan sama dengan hati yang hanya manpu bersimpati. mata yang melihat tanpa memahami jelas hanya mampu mengirim sendu. kekecewaan tak terluah..mahu disalahkan siapa? jika takdirnya tersurat begitu..

orang sekeliling punya hak menilai.. bebas membuat tafsiran. mulut orang bukan boleh dipaksa tutup.. biar tersalah menilai tapi jangan tersalah menghukum. bukan kita layaknya menjatuh hukum.

setiap orang ada rahsianya. setiap orang ada aibnya..setiap tindakan kita pastinya bersebab.. tidak perlu dicanang merata kerana belum tentu orang lain mahu percaya..apatah lagi menerima..

apa diharap dengan pandangan orang..?? apa diharap dengan penerimaan orang.?? jika pandangan dan penerimaan Allah yang lebih baik dan mulia.. kita semua sama sahaja..mati besok kita dibalut kain putih yang sama..liang lahad juga rumah akhir kita..

Wednesday, October 16, 2013

untitled

kita hanya melihat pada apa yang kita hendak lihat..kita hanya fikir dalam ruang lingkup kita yang terbatas.. kita ingin mendengar mengenai hal yang baik baik sahaja..kita rasa selesa..kita rasa selamat..di dalam zon yang kita cipta sendiri.. persoalannya sampai bila?? dunia yang luas disempitkan dengan dunia pemikiran kita yang tak ingin berkembang..

orang lain jauh sudah meninggalkan kita. orang sudah di bulan, kita masih di bendang..cuba buka minda kita. cuba luaskan pandangan kita. cuba lebarkan telinga kita.. dunia ini begitu luas untuk kita terokai..khazanah, misteri alam, manusia hebat melata hidupnya.. umpama sebutir permata yang terselindung, jauh terbenam di dasar lautan.. jika tidak dicari, pasti tidak ketemu..

dari alam,dari sekeliling,dari kanak kanak, dari pengalaman,dari pengembaraan,dari seseorang..semuanya guru terhebat.. benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.. belajar dan mempelajari dari sudut berbeza..dari kaca mata orang lain..tidak akan sama apa yang kita ingin lihat dulu dengan apa yang kita lihat kini.. segalanya.. bagai sesuatu yang baru..cukup berharga..

hakikat diri

ya..aku terpaksa akui..kadang memang ada masanya perasaan yang menjeruk rasa..yang membunuh jiwa itu akan hadir. aku bencikan perasaan itu..dan aku bencikan diriku bila aku punya rasa itu.. sekian lama ia tetap hadir..

ya..aku pasti aku harus gigih berusaha mencari dan mengenal..jawapannya pasti akan kutemui bila hakikat itu aku temukan dan fahamkan..jalannya aku nampak dengan jelas tapi untuk melaluinya aku tak pasti..mampukah aku tanpa sesiapa di sisi..

hakikatnya aku hanya insan yang lemah.. mengharapkan kekuatan dari pencipta kekuatan..

Monday, September 30, 2013

kuasa superpower

assalamualaikum.. 

pernah terpikir diri kita mempunyai keupayaan superpower?? pasti pernah terdetik kan..kalau sy dri kecik lg..teringin ada kuasa superpower.. tau kuasa apa yg sy nak?.. kuasa dpt baca hati/pikiran orang lain..;)..knapa?? sbb sy rasa itu kuasa yg paling kuat sekali.. 


banyak angan2 kita masa kecik yg tak masuk akal dan terkadang tersenyum sendiri.. dengan kita semua pulak disajikan dengan banyak hero2 yg mempunyai kuasa superpower..superman, spiderman, ironman,kluangman dan mcm2 lg la kn.. semua orang berimpian nak menjadi hero.. kerana semua org sukakan hero..semua org memuja hero.. hero selamatkan semua orang dgn kemampuan superpower yg ada..


tetapi sebenarnya segala sesuatu yg terjadi bersebab dan ada harga yg perlu dibayar..seperti kuasa.. datang bersama tanggungjawab. seperti hero punya tanggungjaeab menjaga keselamatan org lain.boleh saja kuasa yg ada kita gunakan utk berbuat jahat..terpulang kpada kita untuk mempergunakannya.. kearah kebaikan atau ke arah kehancuran...segalanya Allah jadikan bersebab.dan ingatlah kuasa hanya pinjaman Allah.. bila2 Allah mengkehendaki boleh ditarik semula.. tidak hanya kuasa..


segala amanah yg diberi juga tanggungjawab..ilmu, kepandaian..kebijaksanaan. kepakaran dalam bidang tersendiri semuanya kurniaan dariNya.. dan terpulang kpd kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin atau tidak.. moga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.amin..

misi hero




"tidak semestinya berlawan dengan pengganas itu hero. yang tidak berlawan, tetapi membawa rakan2 lain ke tempat yg selamat, itu juga hero. yg mengajak kita kepada islam, memberikan tazkirah kepada kita, membentuk akhlak kita menjadi lebih baik, itu semua adalah hero. yg melakukan kebaikan kepada kita, orang lain, yg memenuhkan dunia ini dgn perkara yg Allah suka, itu semua adalah hero.." 

luas tafsiran hero sebenarnya.. apa2 yg membawa kepada kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran..kita semua hero/khalifah utk dri kita sendiri.. tetapi hero paling agung adalah rasulullah s.a.w..berkat dakwah dan kesabarannya, islam tertegak di muka bumi..antara nikmat terbesar kita semua iaitu nikmat iman dan islam.. 


saya pasti kita semua punya hero dalam hidup kita..yg darinya kita pandang sebagai contoh terbaik kehidupan kita.. semoga kita semua juga dapat menjadi hero untuk diri sendiri dan untuk orang lain dan dpt memberikan sesuatu yg bermakna utuk islam..insyaallah ..

Thursday, September 26, 2013

motivasi: menyukat solat diri

assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan tercinta.semoga kita semua kekal dalam rahmat dan maghfirah Allah s.w.t

Pernahkah kita duduk sejenak berfikir merenung kembali ibadah2 yang kita lakukan.. terutama sekali ibadah wajib, solat 5 waktu sehari semalam?
Adakah sudah cukup sempurna atau sekurang-kurangnya mendekati kesempurnaan?
Adakah solat kita terdapat di dalamnya khusuk?..atau asyik berfikir menerawang mengenai hal dunia?
Adakah solat kita dapat mencegah diri kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar
Adakah solat kita dapat menguatkan keimanan kita setiap hari?

dan yang paling penting sekali, Adakah solat kita diterima Allah??

Alangkah ruginya selama hidup kita, solat yang kita lakukan sia-sia..tidak diterima Allah.. Di akhirat kelak, kitalah manusia yang paling rugi kerana kurangnya timbangan amal kita.. Alangkah ruginya jika solat yang kita lakukan selama ini tidak mampu membangunkan nilai-nilai islam dalam diri. malah menjadikan kita seorang muslim yang lebih teruk.. sama sahaja jika dibandingkan orang yang tidak bersolat dengan kita jika akhlak yang kita tonjolkan tidak mengagambarkan kita seorang muslim sejati..


kita tidak terlambat..masih ada masa lagi jika kita tersedar sebelum nikmat nyawa Allah tarik. yang penting apa tindakan kita??.. tidak sukup hanya sekadar sedar.. Bagaimana mahu mendapatkan solat yang sempurna atau menghampiri sempurna?..bagaimana mahu khusuk dalam solat? 


Pertama sekali pastilah dengan ILMU.. carilah,galilah ilmu yang ada..di laman2 sesawang, di rancangan2 tv, pada ceramah2..pada buku2..pada orang2 yang lebih berilmu.. insyaAllah Allah akan memudahkan niat kita jika kita ikhlas keranaNya..dengan ilmu kita akan lebih paham..kita akan lebih memahami..dan moga2 kita dapat mempraktikkan ilmu yang kita peroleh dalam kehidupan kita.. supaya kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak.


Yang kedua pastinya DOA.. doa senjata orang mukmin..padaNya kita memohon, padaNya kita meminta. Selepas kita berusaha dan berdoa,barulah kita TAWAKKAL.. Moga2 Allah terima segala ibadah yang kita lakukan...aminnnn


sama2 kita berusaha ye.. :)



Tuesday, September 17, 2013

Memory

Memories....
Either is good or bad, it still memories
It will be remained..
It will be remembered..

i leave with below video..is not my own memory (tiada kene mengena langsung) but i really like this piano instrumental... hepi listening ;)



Wednesday, September 11, 2013

Friday, September 6, 2013

harapan suatu hari nanti

Ya ALLAH..beri aku kesempatan untuk menjadi tetamuMu..
Ya ALLAH..Engkau permudahkanlah segala urusanku..
Hanya kepadaMu aku meminta dan memohon..
perkenankanlah hajat di hatiku...

Amin..amin..amin..
insyaAllah..;)

Monday, September 2, 2013

ujian

Ramai yg mampu belajar tapi tak ramai yg mampu beramal. Ramai yg tahu tentang islam tapi tak ramai yg hdup dgn akhlak islamiah. 


Kenapa Allah turunkan ujian? Kenapa Allah ciptakan musibah? Untuk memilih hambaNya yg benar2 patuh. Ujian ialah tapisan.Ujian juga cara Allah menarik kita untuk kembali kepada Dia.Ujian juga cara Allah untuk kita sentiasa ingati Dia

7 perkara

ingin sihat? berpuasalah
ingin wajah berseri- seri? bangunlah bertahajjud
mahu dipermudahkan urusan? bacalah Al Quran
ingin bahagia? solatlah pada awal waktu dihimpit masalah? banyakkan istighfar

berasa dukacita? berdoalah
mahu keberkatan? lazimi selawat

Wednesday, August 28, 2013

16:49

Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yg berada di langit dan semua makhluk yg melata di atas bumi dan juga para malaikat, sedang mereka ( malaikat ) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yg di atas dan mereka melaksanakan apa yg diperintahkan kpd mereka semua makhluk di langit dan bumi sujud pada Allah..kita? manusia sebaik2 makhluk Allah..kenapa sombong untuk sujud pada pencipta kita...

Monday, August 5, 2013

Ramadhan: Masa yang tinggal

Assalamualaikum..

Ramadhan bakal berlalu. Lagi 2 hari sahaja kita umat islam akan berpuasa sebelum tiba hari kemenangan. Hari Raya Aidilfitri..Ramai sudah warga kota berpusu2 pulang ke kampung halaman masing2.. Cuti sekolah pun sudah bermula.. 


Bagi yang baru/ingin meneruskan perjalanan pulang ke kampung,berhati2 ketika memandu..Ingatlah sentiasa orang tersayang..
Bagi yang masih bekerja dan tidak dapat cuti, banyakkan bersabar..mungkin tak ada rezeki tahun ni, insyaAllah rezeki tahun2 mendatang (nak sedapkan hati sendiri)
Bagi yang dah selamat pulang ke kampung, semoga berbahagia berhari raya bersama keluarga tersayang..


Ramadhan yang tinggal beberapa hari saja lagi ini..Masih sempat untuk menambah amal..memang rasanya tak akan pernah cukup amalan kita walau kita diberi umur 100 tahun pun.. Masih ada masa untuk bermuhasabah dan meminta keampunan dari Allah..Amalan2 yang baik sepanjang bulan Ramadhan ini seperti membaca Al Quran, solat berjemaah, Qiamulail, bersedekah..moga2 kita diberi kekuatan untuk terus melakukan dan beristiqamah untuk bulan2 seterusnya.. 


Ramadhan,kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi..
Mari kita berdoa supaya kita masih berpeluang berjumpa Ramadhan yang akan datang...InsyaAllah

Friday, August 2, 2013

ramadhan: andai ini yang terakhir

Assalamualaikum..

Semoga kita semua dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu..hari ini sudah 24 hari kita berpuasa, jumaat terakhir di bulan mulia ini..masih tinggal 6 hari lagi untuk umat islam meraikan hari kegembiraan mereka..
tapi bagaimana dengan ramadhan yang akan ditinggalkan??..

Di penghujung2 ramadhan ini, sayu sahaja rasanya..ramadhan kali ini bagaikan tidak terasa masanya..sangat cepat berlalu..bagaimana jika ini ramadhan yang terakhir?..Allah..

Hanya Allah yang maha mengetahui..dengan berfikir sedemikian insyaAllah setiap kali ramadhan akan menjadi ramadhan yang terbaik dalam kehidupan kita..begitu juga ibaratnya kehidupan kita seharian..
andai hari ini hari yang terakhir kita bumi Allah ini?..andai solat ini,solat yang terakhir?..andai ini perkara terakhir yang kita akan lakukan??..bila seringkali berpikir akan terakhir ini,pastinya menyuntik semangat kita untuk memberikan yang terbaik..

Selagi belum berakhir, tidak bertemu di titik penhujung,titik penamat..USAHA..itu sahaja yang kita perlu lakukan..usaha sunguh2.. setelah berusaha barulah diserahkan pengantungan kita hanya padaNya..

Semoga akhir kita semuanya baik2..isnyaAllah..
Semoga tempat akhir kita juga tempat yang baik-syurgaNya ..insyaAllah

Tinggal lagi beberapa hari ini di bulan Ramadhan 2013 ini, mari kita rebut sama2.. :)

Al-Fatihah buat arwah,moga belia ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman


Tuesday, July 16, 2013

ramadhan kareem

assalamualaikum..

sekejap sahaja, 6 hari sudah berlalu..masuk hari ini hari yang ketujuh..23 hari yang tinggal nanti pasti juga cepat berlalu....bagaimana dengan puasa kita semua??.. alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk bertemu bulan ramadhan yang mulia ini. semoga kita semua beroleh rahmat,kemuliaan dan kebahagiaan di bulan mulia ini..semoga ramadhan kali ini lebih dan lebih bermakna dari ramadhan sebelum ini..



bagaimana dengan penghayatan kita di bulan ini?..seharusnya dengan peningkatan usia kita ibadah yang kita lakukan lebih bertambah2..peluang yang ada kita rebut dan usahakan dengan sebaik mungkin..kerana mungkin tahun depan kita tidak berjumpa lagi dengan bulan ini..berlipat2 kali ganda amalan2 dan ibadah2 yang kita lakukan diberi pahala oleh Allah..jika niat kita ikhlas kerana Allah semuanya dikira sebagai ibadah.. pergi kerja ibadah, makan, memberi makan,menyediakan makan untuk orang berbuka puasa, semuanya dikira ibadah dan diberi pahala..begitu besar sifar pengasih dan penyayang Allah..


tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan ibadah malam, solat terawih...satu kelebihan ramadhan, dimana tiada ibadah ini pada bulan2 lain..dalam terawih ada tazkirah, dapat kita menambah ilmu.. dalam terawih juga kita dapat bersedekah,tambah lagi pahala kita..dalam terawih juga kita dapat merapatkan sillaturrahim,..masyaAllah..dalam terawih sahaja pelbagai pahala yang kita dapat sekali..ruginya kalau kita tinggalkan solat terawih..walaupun ianya bukan ibadah wajib, tapi peluang ini cuma datang sekali setahun sahaja..30 hari untuk 365 hari..bayangkan istimewanya solat terawih...


Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.


satu lagi, Al Quran, kitab suci orang islam, panduan hidup kita diturunkan pada bulan Ramadhan.. jadi membacanya satu huruf sahaja diberi pahala..apatah lagi satu muka surat, atau satu juzuk satu hari.. 
bertadarus, belajar dan menambahbaik cara bacaan kita..semuanya dijanjikan pahala yang sangat besar oleh Allah..dan di penghujung 10 ramadhan yang terakhir, disediakan oleh Allah malam lailatul Qadar..malam yang manyamai seribu bulan..juga hanya terdapat pada bulan ramadhan..

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Surah 97,Al Qadr


jadi kesimpulannya begitu istimewa bulan ramadhan ini bagi sesiapa yang berfikir dan memerhati.. rebut sebaik-baiknya peluang di depan mata, selagi kita masih sempat melakukannya.. jika tidak termasuklah kita di kalangan orang yang rugi..marilah kita sama2 memperbaiki amalan2 kita seharian.. dan moga2 ibadah kita semua dipandang Allah dan diberikan ganjaran pahala..insyaAllah






Tuesday, July 2, 2013

motivasi: musuh utama

bismillahirahmanirrahim..

Tahu tak siapa musuh utama kita??..ye,betul syaitan dan jin itu memang musuh nyara kita, tapi ada yang lebih utama dari itu..ia ada dalam diri kita sendiri, sebahagian dalam setiap orang.. ye,betul..NAFSU...
nafsu itulah musuh utama setiap orang, betul kan..sebab apa??..sebab kita selalu tewas dan tertipu dengan nafsu..nafsu begitu kuat menggoda kita sehinngakan kita jatuh pada perangkap nafsu.. Lagi satu nafsu sifatnya batin(dalaman), tak nampak dengan pandangan mata kasar..maknanya nak melawannya bukanlah seperti berjihad menggunakan pedang..sebab itulah dikatakan jihad utama jugak adalah jihad melawan hawa nafsu


Nafsu terbahagi kepada 7 peringkat..(tengok gambo atas je la ^^).. nafsu yang biasa2 dalam kehidupan seharian kita contohnya nafsu makan, seks, amarah, dengki, cemburu, dan banyak lagi nafsu2 yang bersifat mazmumah la..Nafsu adalah ibarat kuda liar,sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan. Ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi manfaat sekiranya dikawal dengan latihan yang betul.


Salah satunya ialah dengan berpuasa..Seperti kedatangan bulan Ramadhan 7 hari lagi..Hikmah Ramadhan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata,mata tapi lebih dari itu.. dapat juga menahan nafsu kita, dengan syaratnya kene jugak puasa yang lain2..iaitu puasa mata dari melihat benda bukan2, puasa telinga dari mendengar orang mengumpat, puasa mulut dari mengumpat,mencaci, bermaksud puasa anggota2 badan lain jugak la... cara lain, mendekatkan diri dengan Allah, yakni solat, berzikir, banyak bersedekah dan berdoa memohon perlindungan dari Allah..


Seorang cendekiawan islam berkata 'beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan'. Imam Al-Ghazali mengatakan "antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin'


Firman Allah,"Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya."(An Nazi'at:40-41)


Jadi kita semua kene berjihad bersungguh2..mujahadah dalam melawan dan mengawal hawa nafsu. sebab Allah dah janjikan syurga bagi siapa2 yang taat padaNya dan berjaya menahan diri daripada nafsunya..
Akhir kata, Jangan biarkan nafsu mengawal dan membelengu diri..^^

Saturday, June 29, 2013

motivasi: Semak diri

Assalamualaikum,



Motivasi. Kita sentiasa memerlukannya dan memperbaharuinya. Sebagai booster,pemangkin dan inspirasi jiwa. Orang yang sentiasa bermotivasi tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidupnya. Fokus pada apa yang mahu dilakukan. Ada juga orang yang bukan tiada motivasi, tapi mungkin kurang motivasi dalam hidup. Mereka masih tercari-cari apa matlamat dan tujuan hidup mereka. Hidup dalam keadaan tertekan dan selalu merungut akan keadaan diri,menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain dengan nasib hidup mereka sendiri

Semak tips di bawah (diambil dari http://langitilahi.com/13095)

#Tips 1
Bagaimana meraih tenang, bahagia dan damai sentiasa?
Jelas matlamat hidupnya
Nyata tujuan hidupnya
Sentiasa fokus dalam hidupnya


#Tips 2
Hendak bertenaga, bersemangat, cerah ceria selalu?
Selalu membuat amal soleh
Sentiasa senyum
Berfikiran positif serta lapang dada


#Tips 3
Macamana hendak kekal termotivasi, terinspirasi dan enjoy our passion?
Membaca Al-Quran penuh khusyuk, tadabur dan amal
Solat awal waktu, khusyuk, sempurna dan berjemaah
Fokus terhadap kerja, impian dan cita-cita hidup


#Tips 4
Kenapa jiwa kita kekosongan, kegersangan dan kekontangan?
Tiada matlamat hidup.
Tiada tujuan hidup.
Tiada fokus dalam hidup.


#Tips 5
Apa sebab hidup kita tertekan, terhimpit dan sangat-sangat stress?
Bergelumang dengan dosa.
Suka dengan noda-noda maksiat.
Lalai, hanyut dan leka dengan “buaian” dunia.


#Tips 6
Kenapa kita selalu keras hati, ego tiada kesudahan dan air mata membeku?
Sukar memaafkan orang lain
Rasa diri hebat
Tiada kerendahan hati


Renung balik persoalan2 di atas dan ternyata betul kan??..


Tuesday, June 25, 2013

motivasi: never giveup; life must go on

lihat sekeliling kita..semuanya bergerak mengikut aturan alam..
lihat pada sang awan, setia melindungi kita dari terik mentari, tetap bergerak sikit demi sikit..
lihat pada sungai,sentiasa mengalir airnya..
lihat pada pertukaran siang dan malam
dan pada bulan dan matahari yang silih berganti..

semuanya berjalan mengikut aturan Allah..
kita manusia pun sentiasa bergerak,
bergerak ke hadapan..mengikut putaran masa..
masa pun tidak pernah penat berjalan, tidak pernah berhenti..

mahu tak mahu kita terpaksa juga berjalan ke hadapan..
walaupun kadangkala ujian yang datang
membuatkan kita terpikir untuk berhenti bergerak...
duduk,jatuh tak mahu bangun..
mahu tinggal pegun di dunia sendiri..keseorangan..

dunia ini bukan dunia kita seorang
dunia ini kalau kita tidak berjalan,kita akan ketinggalan
dunia ini indah sebenarnya, sia2 sahaja masa yang ada tidak dimanfaatkan
bukankah dunia ini singkat sahaja? persinggahan sahaja..?
jadinya setiap saat dan masa begitu berharga
mengapa harus menyerah....?
bukan orang lain yang untung,hanya kita seorang yang rugi..
kalau jatuh, kita bangun semula..
bergerak,berjalan dan kalau boleh berlari...


kita tidak punya banyak masa..
patut berkejar untuk mendapatkannya..
kerna kita pernah ketinggalan sekejap di belakang..

Friday, June 21, 2013

keroja

ermmmm..feeling excited bile dapat balik ke tempat asal.. lepas lebih kurang sebulan merantau dekat RHB Centre kat Jalan Tun Razak..tempat asal jugak yang dikenang, walaupun mungkin tempat baru sana lagi bagus.. Bila dipikir2 balik, bagus jugak ada 2 tempat kerja yang berbeza sungguh environmentnye ni.. Bukan senang kan nak dapat peluang macam ni (thinking positive) walaupun memula dulu rasa macam teraniaya.. macam jadi bola, tolak sana,tolak sini..


memang berbeza sungguh environment tempat kerja, kenal orang2 baru yang berbeza, cara kerja yang berbeza..tapi dah beberapa hari kat osk balik, rasa rindu pulak kat rhb..ermmm.. adat la, ada part best, ada part tak best..part best kat osk, dah biasa dengan environment dan orang2 kat sana, nak makan pun banyak pilihan, kerja pun banyak, nak pergi balik pun senang..part yang tak best, kekadang je la tension sikit pasal kerja, lebih2 bila audit.. part best kat rhb pulak, part masa yang terlebih senggang, aktiviti surau.. part tak best, kene gerak awal,balik lambat sebab ada shift, nak balik la kadang2 kene time hujan dengan keadaan jem yang teruk,perjalanan 5 minit boleh jadi 30 minit..tapi nak buat macamane,no choice.. rasa life kat sana macam hectic sangat..walaupun sebenarnya kerja x ade sangat pun... kawan2 baru pun x berapa nak ngam, ye la saya ni kan pendiam, bukan senang nak rapat dengan orang lain..


kesimpulannya..saya lagi suka dekat osk, tapi saya suka surau rhb..yang mmg sy akan rindu aktiviti saya kat surau sana..sampai2, awal lagi, g tidur kat surau, pukul 8,bangun buat solat sunat dhuha.. rehat kol 12 lebih turun, selalu tengahari mmg ada pengisian ceramah, dengar tapi kadang2 tidur jugak, solat zuhur berjemaah..


tapi kan saya rasa dalam beberapa tahun akan dtg (mgkin 4/5 tahun lagi) saya rancang nak buat kerja yang betul2 saya suka.. hope that time saya ada keberanian dan tekad untuk capai kerja impian saya;

Monday, June 17, 2013

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


                                





Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. 




SUBHANALLAH, TANDA2 KEBESARAN ALLAH.. Biasanya orang2 yang Allah sayang selalu akan pergi awal.. orang2 baik selalu Allah tarik nyawa awal..tapi tak bermakna yang umur panjang tu orang tak baik..ajal maut kan semua di tangan Allah.. Bagusnya meninggal awal, kita tak banyak kesempatan masa untuk berbuat jahat di atas dunia ini..


Mari kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat adik Aiman. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin..

Friday, June 14, 2013

part 2: sebenarnya dia...

ok..sambung lagi..orang lain pulak... hehe..part 2: sebenarnya dia... ialah 

KHAIRUL RASYID BIN MOHD YUSOP

hehe..tengok belakang nama ayah kitorang sama kan??.. of course lah, sebab kami adik beradik satu emak, satu bapak..darah yang mengalir dalam diri dia sama je macam darah yang mengalir kat dalam diri saya.. (warne merah jugak kan)..


sebenarnya nak buat entri ni time besday dia 25/5 ari tu..tapi saya busy (alasan..haha, sebenarnya xde mood).. sesangat.. xpelah kan belum sampai sebulan pun..ari ni semangat pulak nak bercerita kan.. ok, adik lelaki terakhir saya ni sebenarnya,,erm..susah jugak nak decribe dalam one word...(berpeluh berpikir)


dia yang dulu dengan dia yang sekarang memang berbeza sangat2..saya suka sangat dia yang sekarang la of course.. manusia berubah kan, acit (nama manja adik saya..haha) pun berubah juga seiring masa dan penambahan usia (chewah..haha).. takyah lah citer dulu2,kite citer yang sekarang la kan...saya suka dia jadi pemuda yang dekat hatinya dengan masjid..kalau takada apa2, setiap solat fardu dia nak g solat kat masjid/surau..terutama sekali solat subuh, sampaikan abah pun jadi terikut pergi surau jugak solat subuh.. Lepas tu dia berdakwah sekali, sama2 ajak memeriahkan masjid/rumah Allah.. Itu yang saya kagum dan bangga sangat... 


Dia pun sama, ramai kawan jugak..rasanya ramai kawan2 yang senang dengan sikap dia.. Dia suka tolong orang..kawan2 dia memang dia tolong sungguh,bukan senang nak dapat kawan waktu susah..Teringat time dia accident dulu, setiap hari ada kawan2 dia yang datang berziarah..cikgu2 pun senang dengan dia, mana2 tempat dia pergi,memang orang berkenan dengan dia..siap awal2 dulu masa g sarawak, satu family dah bekenan nak jadikan menantu.. senang kata dia pandai bergaul dengan orang lain.. itu beza saya dengan dia, saya fail bab2 bergaul mesra dengan orang2 ni..saya lambat nak mesra,makan masa....


Dia ni kira 'lantang' juga orangnya.. lebih2 sekarang dah berjinak2 dalam bidang bahas2/pidato ni.. ye, dia ada bakat ikut perkiraan saya untuk jadi wakil menteri..kerana kebolehan berucap dan meyakinkan orang..tapi kekadang 'over' jugak..haha..sebab menampakkan sangat pendirian politik dia.. kira sebenarnya dia jujur orangnya.. Abah kata acit banyak ikut perangai abah masa muda2 dulu.. memang sebenarnya acit lagi banyak persamaan sikap dan sifat macam abah dari angah.. kira boleh dikatakan anak abah la.. tapi boleh jugak jadi anak emak, manja sangat jugak dengan emak.. kesimpulannya kira kami semua anak emak dengan anak abah jugak!!..(xde kene mengene statement..haha)


Adik saya ni,kelemahan dia...banyak jugak..erm, dia sebenarnya kuat menangis..cengeng siki..senang je tengok air mata dia keluar..haha.. 2nd, dia baran sikit orangnya..tapi rasa2nya semakin dapat dikawal dengan baik..bagus2..haha.. tapi macam banyak kelebihan la berbanding kelemahan (haha, mcm nak promote adik pulak)..


still thinking about one word to describe him.. erm, any ideas??







Sebenarnya dia....

Beza dia dengan saya 10 tahun..jauh jugak kan??..Citarasa dia lebih kurang sama dengan saya..biasanya apa yang saya suka,dia suka..apa yang dia tak suka, saya pun sama..mungkin dalam beberapa perkara kecik yang kami tak sehaluan.. Pemikiran dia tak menggambarkan usia dia kerana dia suka explore new things.. up to date..Ape2 yang dia tak tahu semuanya di'google'.. sifat ni sama jugak macam saya.. 


Saya kagum sebenarnya dengan dia..Kagum dengan bakat dia..Dia ada bakat besar dalam bidang seni.. lukisan2 dia walaupun tengok simple, tapi ada expression..bukan senang nak lukis kalau xade bakat kan..Dia warisi bakat melukit tu dari abah..kalau abah terer lukis scene/pemandangan, dia terer lukis anime/watak.. Lagi satu yang saya kagum pasal dia, dia punya gaya pembawakan.. Dia nampak senyap jugak, x banyak cakap macam saya jugak..tapi mana2 kitorang pergi mesti ada kawan2 yang akan tegur dia.. Kesimpulannya dia popular,dikenali dan disenangi ramai..


Tapi yang saya tak suka pasal dia, dia ni moody/berangin sikit.. kalau mood dia ok, ok la orang sekeliling..dia layan baik..kalau mood dia tak ok, memuncung je..saya pun x berani tegur kalau tengok dia dah macam tu...Ok. sebenarnya dia adik bongsu saya..Nor Farhanah Binti Mohd Yusop.. semalam hari lahir dia yang ke 14 tahun.. Selamat Hari Lahir Farah..haha.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, berjaya dunia akhirat..jadi anak yang solehah, adik yang baik..haha.. 


Mungkin dari kecik saya banyak jaga dia, menyanyikan dia kat buaian, bercerita sebelum dia tidur, pakaikan baju dia. suap makan dia..dia makan jugak la nasihat2 yang saya bagi. Kami rapat la jugak sebab tinggal kami berdua je sekarang kat rumah tu.. tapi saya bukanlah kakak yang baik sebab saya jarang ambik tahu jugak masalah dia..kekadang dia bercerita pun dengar tak dengar je.. jarang la jugak kita women talk sangat..haha..tapi saya sayang dia sangat2.. saya sayang semua adik beradik saya yang lain jugak.. cuma ye la saya ni sebenarnya tak pandai nak ekpreskan rasa sayang saya.... 



harapan

dalam tak sedar setiap hari kita semua berharap kan..
pagi-pagi, bila bangun tidur je kita dah berharap
harapan supaya hari ini bertambah baik dari hari semalam
belum besok lagi, kita dah berharap macam2 untuk hari esok dan hari2 mendatang


ingat tak masa kecik2 dulu
bila kita ternampak kapal terbang lintas atas, kita lambai tangan, dengan harapan orang kat dalam akan nampak kita kat bawah..hehe
bila emak/ayah kita hilang aje dari pandangan mata kita, kita menangis, sebab takut mereka tinggalkan kita,
bila nampak balik semula,kita berhenti nangis, kita harap emak/ayah kita tak akan tinggalkan kita keseorangan..


kita banyak berharap kan,
harapan hidup bahagia, harapan untuk sihat sejahtera, berharap untuk cemerlang,
semuanyalah yang baik2..ada orang yang berharap buruk2 ke??
erm, mungkin ada, tapi bukan untuk diri sendiri.untuk orang lain la kowt kan..
ada harapan yang menjadi nyata, alhamdulillah
ada harapan yang tinggal harapan, terkulai layu, berubah menjadi angan2 yang tak akan tercapai


berharap pada manusia ni, ada dua kemungkinan aje
samada dikecewakan atau digembirakan..
tapi sebaik2 harapan hendaklah disandarkan pada Allah
Dia tak pernah hampakan harapan kita semua
cuma lambat atau cepat je, kerana dia sebaik2 perancang


apa harapan terbesar hangpa?? :)

Tuesday, June 11, 2013

10 Ramuan Ubat Pencuci Dosa





Sempena kedatangan bulan Sya'aban 1434 tok nak tambah sedikit lagi artikel untuk anda semua. Artikel bertajuk seperti diatas kiriman seorang rakangroup.

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu: Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa, dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat". Yang baik jadikan ikhtibar...

Sunday, June 9, 2013

review: Qasidah buat Kekasih

                                              



Sebuah novel yang sarat dengan pengajaran. Membacanya membuat kita berfikir, perlunya menjadi manusia yang berperanan dalam membawa kebaikan dalam kalangan masyarakat. Novel ini juga membawa masej yang jelas setiap orang perlu diberi peluang, untuk kembali ke pangkal jalan.

MS Anuar mahmod pengarang buku Suara-Suara Terpendam dan novel Memoir Anak Setinggan



Penulis cerpen ‘Sebelum Berkalang Tanah’ ini telah membuktikan bahawa penulis wanita juga mampu mendalami watak lelaki sehinggakan saya rasai kelembutan, kesopanan, kedinginan serta keangkuhan insan yang bernama lelaki. Bermula dengan azan Subuh yang berkumandang serta ucapan kalimah puji-pujian kepada Allah oleh Habib Hasan membuatkan jiwa saya mula berdebar untuk meneruskan perjalanan sehingga bas Metro bernombor 12 tertera di cermin Zainul Muttaqin. Inilah novel pembangun jiwa! Novel yang benar-benar berbicara buat para pembaca yang dambakan sebuah kehidupan husnul khotimah!

Ilya Alias pengarang novel kanak-kanak Pari-Pari hati dan Otai


Melalui watak-watak yang kuat asas agamanya yang ditonjolkan di dalam novel ini, penulis dapat menyampaikan pengetahuan agama yang jarang-jarang diketahui oleh orang biasa. Perlu lebih ramai golongan yang ahli dalam bidang masing-masing terjun dalam dunia penulisan fiksyen untuk mendidik masyarakat hari ini.

Nurolshamshi Saidin, pengarang novel Dingin Salju Indiana dan Di Sini Kami Berteduh



Sebuah novel tarbiah yang sangat menyentuh jauh ke dalam jiwa. Melalui watak Zainul Muttaqin yang merindukan sang kekasihnya dengan bait2 qasidah sentiasa di bibirnya membangunkan satu peribadi seorang pemuda yang begitu hebat. Rindu dan kasihnya pada Rasulullah s.a.w membuat dia mengajak sama orang2 yang dicintainya mencintai kekasih Allah.. Miftahul Ashwaq usahanya dan juga harapannya. Memberi sesuatu yang bermanfaat buat ummah sebelum tubuh berkalung tanah.. Amilina Syakira,hamba Allah


"kehidupan di dunia ini tidak lain kecuali permainan, sedangkan kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar andai mereka mengetahui (Ayat 64,Surah Al Ankabut)"


Thursday, June 6, 2013

salam isra' dan mikraj 2013

assalamualaikum dan selamat pagi..

Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1


Sumber: utm (google image)


27 Rejab 622M atau tahun ke 11 kenabian, peristiwa penting dan bersejarah ini berlaku. Ia berlaku sebelum Hijrah Rasulullah ke Madinah. Tahun ini juga digelar sebagai tahun dukacita kerana baginda kehilangan dua orang kesayangan baginda iaitu isterinya, Saidatina Khadijah r.a dan bapa saudaranya Abu Talib r.a. Dan juga peristiwa baginda ke Taif ditemani anak angkat baginda iaitu Zaid bin Harithah. Bukan sahaja penduduk Taif tidak menerima seruan Rasullullah malahan membaling batu sepanjang perjalanan keluar sehingga berdarah kedua2 nya, dari dahi hingga menitis ke kaki baginda. Rasullullah sangat berdukacita dengan mereka tetapi masih mendoakan agar keturunan mereka akan ada yang menerima islam. 


Isra' dimana perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa di BaitulMaqdis (Palestin atau dulu dikenali sebagai Syam). Mikraj dimana perjalanan Rasullullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh


Pentingnya peristiwa bersejarah ini adalah pengajaran yang dapat kita perolehi, pahami dan diamalkan.. Yang utamanya kepentingan solat 5 waktu sehari semalam. Perintah solat ini diwahyukan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad, tidak seperti sebelum ini melalui perantaraan Jibril. Pentingnya solat berbanding ibadah2 lain kerana amalan ibadah inilah yang mula2 akan dihisab di hari kebangkitan nanti. Dan semua amalan ibadah lain bergantung pada ibadah solat ini.


Kedua mengenai kekuatan iman para sahabat. Peristiwa ini sememangnya kalau difikir mengguna logik akal,memang tak terjangkau oleh kita, manusia yang terbatas ilmunya. Tetapi tiada yang mustahil dalam susunan dan aturan Allah. Peristiwa ini mula2 diketahui oleh Abu Jahal yang memang tercari2 sebab menuduh Rasullullah gila..Lalu Rasulullah mengumpulkan manusia2 untuk memberitahu perjalanan ajaib baginda yang berlangsung di malam hari..Ketika itu ada juga orang yang sudah masuk islam, terdetik meragui  cerita Nabi. Sahabat beliau, Saidina Abu Bakar pula bila ditanya akan kebenaran cerita baginda, dengan yakin Saidina Abu Bakar percaya dan mengatakan lebih dari itu pun aku percaya dengan Muhammad. Disini kita dapat lihat keyakinan dan kekuatan iman para sahabat terhadap Rasulullah dan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


Ketiga, pengajaran daripada peristiwa2 sepanjang perjalanan Rasullah. Rasullulah dipertontonkan dengan pelbagai peristiwa mengenai kaum2 yang diseksa akibat dari perbuatan mereka. Pengajarannya mana2 perbuatan yang dilarang dan berdosa besar seperti memakan harta riba/anak yatim, mengumpat, tidak membayar zakat, tidak bersolat dsb janganlah dilakukan. Mana2 perbuatan/amalan2 yang baik hendaklah kita lakukan seperti berjihad fisabilillah, mengeluarkan zakat dsb..



Semoga bermanfaat dan dapat berkongsi ilmu. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa bersejarah ini.. Dan selamat bercuti pada siapa2 yang bercuti :)

Tuesday, June 4, 2013

bahagia atau derita

Bila hati dah tetap, tiada kegusaran, tiada keresahan, yang tinggal hanya keyakinan.
Yakin dan pasti dengan pilihan yang dipilih. Semestinya ada sesuatu di situ..yang jauh terkesan di sudut hati...
Pilihan kita sendiri yang tentukan. Natijahnya kita sendiri yang rasakan...
Bahagia atau derita satu pilihan atau satu natijah???
Mengapa memilih derita jika bahagia menanti?
Mengapa memilih sengsara jika gembira di hadapan?

Harapan??
Harapan semoga suatu hari nanti derita bertukar bahagia?
Sengsara bersilih ganti gembira

Monday, June 3, 2013

kita bakal bertemu..

assalamualaikum,



Insyaallah...37 hari lagi kita bakal bertemu. Bulan yang dinanti-nantikan.. 
Sekarang kita berada di bulan2 persediaan dan pensucian diri. Diriwayatkan apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah akan berdoa " Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (Riwayat Al Thabrani, Al Baihaqi)

Jadi apa antara persediaan2 yang boleh kita lakukan pada meraikan dan menyambut kedatangan bulan mulia ini?.. antara persedian2 yang boleh dilakukan

1) Perbanyakkan puasa sunat isnin dan khamis
2) Banyakkan membaca Al Quran
3) Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. (Doa yang dibaca oleh Rasulullah)
4) Perbanyakkan zikir dan istighfar
5) Cuba untuk Qiamullail, berlatih untuk bangun malam
6) Menjaga kesihatan diri
7) Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia2 dan mengumpat
8) Belajar/Ingat kembali perkara2 yang penting berkaitan Ramadhan
9) Pengisian rohani dengan mendengar ceramah2
10) Berazam menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum


Kalau dapat diamalkan separuh pun sudah cukup baik. Tapi kalau dapat buat semua lagi2 baik,alhamdulillah..Jom kita cuba perbaiki amalan kita dari sehari ke sehari. Moga menjadi lebih baik.

Saturday, June 1, 2013

Tuhan Lebih Saintifik

Dia seakan berperang dengan dirinya sendiri..Bisikan bisikan yang seakan menghasut untuk melupakan hasratnya,memadamkan keyakinannya..lalu tafsir al-Quran yang sempat dibeli di Indonesia, diselak lembaran demi lembaran. Tangannya bergetar apabila menyentuhnya. Melihat ayat-ayat yang terpampang di depannya. Sehingga tiba pada ayat mengenai gambaran neraka, bertambah mengigil dan terketar2 tangannya. Dia menyelak lagi dan tiba pada ayat mengenai gambaran syurga pula. Dia menangis keseorangan. Di sebalik air matanya timbul satu ketenangan yang tidak pernah dirasakan..

sayup-sayup terdengar laungan azan dari masjid berhampiran. Dia bagaikan terpukau dan tertarik untuk menyambut seruan itu. Kakinya mengheret langkahnya tiba di masjid. kelihatan ramai lagi orang2 lain berpusu2 datang walaupun suara itu sudah terhenti. Dia melihat dan memerhati. Mereka membentuk satu barisan seperti satu binaan teguh. Dia jadi semakin bertambah kagum dengan apa yang dilihatnya. Jauh dalam hatinya dia ingin turut sama dalam jemaah itu.


Kini keyakinannya telah tetap. tiada siapa yang dapat menganggu gugat hasratnya. Lebih2 lagi selepas menghadiri persidangan islam dan kristian di Jakarta. Dia yakin inilah agama yang benar. Ya, inilah satu-satunya agama yang tiada keraguan padanya. Hasratnya disampaikan pada isterinya, dan ternyata isterinya tidak dapat menerima keputusannya.. dia sayangkan isterinya dan dia juga lebih sayangkan agama yang ingin dianutinya..


"Aku bersaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Ada satu perasaan aneh yang menerpa selepas dia mengucap kalimah itu dengan tenang. Seakan satu keyakinan dan satu ketenangan yang sukar diperolehi..Kalimah yang membezakan agama yang dianutinya dulu dan kini. Pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Pemisah antara syurga dan neraka. Pemisah antara islam dan kafir. Dia sangat tersentuh dengan sikap pegawai2 PERKIM yang menyambut baik kehadirannya sebagai saudara baru..sehinggakan ada yang menitiskan air mata. kemudiannya dia dibawa ke masjid sekali untuk menunaikan solat zuhur. Dia cuma mengikut pergerakan yang memang sudah dihafalnya. Walaupun dia tidak membaca apa2 ayat.tapi dia dapat merasakan Allah itu dekat sekali dengannya. Rasa dirinya terlalu kerdil, tunduk dan sujud di hadapan Allah, tuhan sekelian alam...Selepas selesai solat, pihak masjid mengumumkan keislamannya. Dia kemudiannya dikerumuni jemaah masjid untuk bersalam dan berpelukan. Semuanya mengucap syukur atas keislamannya. Sungguh dia diraikan. Dia rasa dihargai.


Dia sudah menemui apa yang dicarinya. Kini tugasnya dia mahu kebenaran ini dikongsi bersama2 orang tersayang. ibunya dan isterinya terlebih dahulu sebelum pengikut2nya sebelum ini. Dia tahu tidak mudah baginya..dia tahu akan ada banyak penentangan.. dulu dia dilahirkan dengan agama kristian. tapi disebabkan konsep triniti yang tidak difahaminya membuatkan dia memilih ateis, tidak percaya pada agama. Dia rasakan menjadi penganut ateis lebih mudah,bebas dan mudah difahami. Kuasa sains dapat membuktikan banyak perkara yang dia tidak fahami. Sains dapat menjawab segala-galanya. 

Dia seorang yang terpelajar. Pensyarah muda bergelar Doktor dan mengajar anatomi kepada pelajar2 perubatan. Dia memperjuangkan konsep ateis, tidak percayakan tuhan dan giat menyebarkan dan menghasut pelajar2 untuk mengikuti ajarannya. Muncul seseorang, doktor pakar islam..Dr Ahmad Zabidi.. Selepas beberapa kali perdebatan dengan doktor muda itu,keyakinannya terhadap perjuangannya selama ini semakin goyah sedikit demi sedikit. Peribadi doktor muda itu juga sangat terkesan di hatinya, terdetik di hatinya mungkinkan ini agama yang benar...sehinggakan tiba pada satu peristiwa fitrah bertuhan membuatkan dia nekad akhirnya memilih islam..Di sebalik sains,terdapatnya tuhan dan tuhan lebih saintifik


Sangat menarik sekali apa yang cuba disampaikan Dr Farhan Hadi, penulis novel ini: Tuhan Lebih Saintifik. Pertembungan antara ateis dan islam. Pertembungan pemikiran antara pensyarah ateis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam. Persoalan-persoalan, perdebatan2 dan jawapan2 yang sangat menarik dan ilmiah untuk direnung bersama. Tahniah Dr Farhan. Ini rasanya antara karya yang hebat untuk dibaca.


"Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya., rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...