Thursday, September 26, 2013

motivasi: menyukat solat diri

assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan tercinta.semoga kita semua kekal dalam rahmat dan maghfirah Allah s.w.t

Pernahkah kita duduk sejenak berfikir merenung kembali ibadah2 yang kita lakukan.. terutama sekali ibadah wajib, solat 5 waktu sehari semalam?
Adakah sudah cukup sempurna atau sekurang-kurangnya mendekati kesempurnaan?
Adakah solat kita terdapat di dalamnya khusuk?..atau asyik berfikir menerawang mengenai hal dunia?
Adakah solat kita dapat mencegah diri kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar
Adakah solat kita dapat menguatkan keimanan kita setiap hari?

dan yang paling penting sekali, Adakah solat kita diterima Allah??

Alangkah ruginya selama hidup kita, solat yang kita lakukan sia-sia..tidak diterima Allah.. Di akhirat kelak, kitalah manusia yang paling rugi kerana kurangnya timbangan amal kita.. Alangkah ruginya jika solat yang kita lakukan selama ini tidak mampu membangunkan nilai-nilai islam dalam diri. malah menjadikan kita seorang muslim yang lebih teruk.. sama sahaja jika dibandingkan orang yang tidak bersolat dengan kita jika akhlak yang kita tonjolkan tidak mengagambarkan kita seorang muslim sejati..


kita tidak terlambat..masih ada masa lagi jika kita tersedar sebelum nikmat nyawa Allah tarik. yang penting apa tindakan kita??.. tidak sukup hanya sekadar sedar.. Bagaimana mahu mendapatkan solat yang sempurna atau menghampiri sempurna?..bagaimana mahu khusuk dalam solat? 


Pertama sekali pastilah dengan ILMU.. carilah,galilah ilmu yang ada..di laman2 sesawang, di rancangan2 tv, pada ceramah2..pada buku2..pada orang2 yang lebih berilmu.. insyaAllah Allah akan memudahkan niat kita jika kita ikhlas keranaNya..dengan ilmu kita akan lebih paham..kita akan lebih memahami..dan moga2 kita dapat mempraktikkan ilmu yang kita peroleh dalam kehidupan kita.. supaya kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak.


Yang kedua pastinya DOA.. doa senjata orang mukmin..padaNya kita memohon, padaNya kita meminta. Selepas kita berusaha dan berdoa,barulah kita TAWAKKAL.. Moga2 Allah terima segala ibadah yang kita lakukan...aminnnn


sama2 kita berusaha ye.. :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...