Tuesday, June 21, 2016

Ramadhan 16

assalamualaikum..

apa khabar puasa harini? apa khabar iman harini?... diam tak diam harini dah masuk 16 Ramadhan. sekejap sangat. sungguh.. cepat betul masa berlalu..

niat dihati nak tulis disini setiap hari sepanjang Ramadhan, akhirnya macam biasalah.. semangat mula2 je..hehe..

masih berbaki 14 hari lagi ni.. jom kita sama2 rebut pahala berganda.. lebih2 lagi 10 malam terakhir tu.. harap2 semangat ni terus ada la smpai hujung Ramadhan.. ;)

Wednesday, June 8, 2016

Ramadhan 3 : Rumusan Fisiologi Puasa

Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah, sila share😊👍

Monday, June 6, 2016

Ramadhan 2 : Tarbiah Ramadhan

assalamualaikum..

semoga kita semua dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu. sedar tak sebenarnya Allah banyak mentarbiah kita dalam bulan Ramadhan ini..tujuan Allah mewajibkan Ramadhan ke atas umatnya supaya mudah-mudahan kita beroleh taqwa.. itu sebenarnya tujuan kita berpuasa, bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga..

Ramadhan, Allah cuma datangkan sebulan dalam setahun. 30 hari daripada 365 hari. bulan persedian untuk kita sebenarnya untuk melalui 11 bulan yang seterusnya..Di dalamnya terdapat seribu kebaikan, bulan keampunan, bulan kerahmatan, bulan merebut pahala berganda, bulan mulia, bulan yang mana terdapat malam lailatul qadar, bulan turunnya Al Quran dan banyak lagi peristiwa yang boleh dikaitkan dalam bulan Ramadhan..

1) sahur - Allah melatih umatnya supaya kehidupan mukmin bermula sebelum terbit fajar.. ketika sahurlah terdapat keberkatan dan waktu mustajab untuk berdoa. dan selepas itu solat subuh berjemaah sebelum keluar mencari rezeki. cuma dalam bulan Ramadhan, kita nampak jemaah subuh lebih ramai. kenapa selepas Ramadhan kita tak dapat buat solat subuh jemaah. sedangkan sebulan Allah dah latih kita? #persoalanhati

2) Allah mengajar kita untuk jujur pada diri sendiri dan bersifat ikhsan. Kita sendiri tahu kita puasa atau tak, boleh saja kita menipu kata kita puasa sedangkan sebaliknya. hanya Allah yang tahu sah atau tidak puasa kita. jadi kita sendiri kena jujur. walau orang lain tak tahu kita jujur atau menipu, Allah tahu segalanya..

3) iftar - Allah mengajar kita menghargai masa. Allah menyuruh kita menyegerakan berbuka puasa dan melambatkan sahur. bulan Ramadhan kita semua alert dengan waktu maghrib. Kita yang tunggu maghrib. tapi bila bulan2 lain, langsung kita tak ambil tahu waktu maghrib. maghrib yang tunggu kita..
#tarbiahsentap

4) Allah juga mengajar kita untuk menjauhi sifat membazir kerana membazir amalan syaitan. berpada2 ketika membeli juadah berbuka puasa..

5) Allah mengajar kita sifat sabar, menghargai orang lain, bertolak ansur, bersillaturrahim dan banyak lagi yang kadang kita tak nampak..

banyak hikmah yang sebenarnya Allah beri kita kalau kita ada masa untuk berfikir dan memahaminya. Moga Allah terima puasa kita semua.. Aminnn....

Ramadhan 1 : Ramadhan datang lagi

"Wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2  sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (2:185)

Ramadhan datang lagi untuk tahun 2016. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berada di bulan mulia yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan dan pahala berganda..

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 yg lepas. Moga amal ibadah kita semua diterima. moga kita diberi kesempatan untuk merebut sebanyak2 pahala dalam bulan istimewa ini. selamat menjalani ibadah Ramadhan semua..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...