Saturday, May 27, 2017

Amukan Jembalang Tanah - A.Darwisy

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua..😀😀😀

First time masuk pertandingan and kena buat review novel kat Goodreads. Dah lama sangat tak mengulas novel sebenarnya. Tapi disebabkan baru je habis baca novel ni semalam, jadi idea pun fresh lagi, bolehla mengulas sikit2..
Ok..tapi panjang sikit. Mintak2 ada rezeki menang ye..hehe..

Review Amukan Jembalang Tanah

Novel yang ditunggu-tunggu selepas sequal Jangan Biarkan Dia Masuk 2.. Insyaallah karya saudara Anuar tidak pernah menghampakan, sarat dengan ilmu dan mesej dakwah yang baik dengan plot dan gaya penulisan yang menarik. Ceritanya seolah-olah dekat dengan hati kita dan kita seakan 'hidup' dan menjadi sebahagian daripada watak-watak cerita..

Amukan Jembalang Tanah mengisahkan mengenai rahsia sebuah sekolah di dalam sebuah kampung yang dikatakan kebal dari ditawan pihak jepun. Diceritakan sekolah itu ada penjaganya. Sebelum wujudnya kampung itu, sudah wujud makhluk penjaga itu.

Kini usia sekolah itu mencecah 100 tahun. Bermula dengan majlis sambutan yang dirancang pihak sekolah maka bermulalah rentetan peristiwa yang membuka rahsia 100 tahun dahulu.

Kehilangan pelajar bernama Sakinah yang akhirnya dijumpai mati membuatkan kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba untuk menyiasat. Cikgu Mastura Dan Cikgu Badrul turut sama membantu. Dalam proses itu, pelbagai kejadian yang berlaku. Rahsia terungkap sedikit demi sedikit dan akhirnya kebenaran terserlah jua.

Siapa 'pelakunya' di akhir cerita sangat tidak dijangkakan. Kesudahan yang sangat baik sebenarnya kerana rahsia 100 tahun terjawab. Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Akibat terpaksa ditanggung demi perbuatan sendiri.

Hubungkait antara zaman kini dan zaman 100 tahun dulu ada kesinambungannya. Penulis bijak menyusun dan mengarap kemas plot demi plot. Setiap watak juga ada perwatakan penting yang saling berkait antara satu sama lain.

Saya paling terkesan sekali dengan watak Razali. Guru muda dari luar yang menjadi tenaga pengajar di sekolah itu. Dia berjaya membuka mata hati sekumpulan kecil penduduk kampung untuk melawan kebatilan dan kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka. Hatinya yang lembut, tetap mendoakan rakan sejawatnya yang jauh terpesong akidahnya. Dan dia ikhlas menerima Salmah walaupun tahu siapa Salmah dan keturunannya yang sebenar.

Banyak mesej yang disampaikan dan banyak pengajaran yang kita boleh jadikan tauladan dan sempadan, insyaAllah.. Sesungguhnya perbuatan syirik itu satu perbuatan dosa besar dan mengundang bala Allah. Makhluk tidak berkuasa. Allah jua yang maha berkuasa. Apa jua kesusahan yang menimpa dan bala bencana yang berlaku hasil jahil tangan-tangan manusia sendiri. Sama-sama kita bermuhasabah diri supaya bertaqwa kepada Allah, mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga Allah memaafkan dosa-dosa kita.
#pesanpadadirisendirijuga
#pesaningatmengingati

Diharapkan untuk novel seterusnya, penulis dapat mengembangkan lagi watak Melah dan Salmah. Mengenai hantu tenggelong/balan-balan/penanggal.

Semoga saudara Anuar terus sukses dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberikan sesuatu kepada masyarakat.
Teringat kasih!!

#orangkampung

Tuesday, May 16, 2017

Masalah dalaman

Assalamualaikum n selamat tengahari semua..😊😊

Tetiba terasa nak bercerita pasal masalah paling serius yang saya ada dari kecil sampai sekarang.. iaitu masalah keyakinan diri.. n saya nak fokuskan pada masalah pergaulan dengan orang sekeliling..

Saya takut untuk memulakan perbualan dgn orang yg x dikenali. Saya ada perasaan takut untuk ditolak, diperlekehkan ataupun dihiraukan oleh orang lain. Saya takut untuk bersuara sebab pikir tiada orang yang akan mendengar dan memberi respon.. Berat kan masalah saya??

Jadilah saya seorang yang pendiam, pemalu dan seorang yang banyak memendam rasa. Saya suka pada kesunyian, keseorangan..

Lebih teruk lagi saya memberontak pada emak saya sendiri. 😞😞

Tapi alhamdulillah dari masa ke masa, saya dapat perbaiki sedikit Demi sedikit.. kalau ada orang baru, saya Cuba ringankan mulut untuk menyapa.. Cuma dengan lelaki perasaan malu tu masih menebal.. Tapi tengok jugak Jenis lelaki yang macam mana.. kalau saya rasa selesa, saya boleh bersembang.. biasanya dgn orang yang memang banyak cakap, Jenis lembut2 sikit, atau pun dah memang kenal lama sangat..

Kalau yg Jenis senyap macam saya, memang krik2 la jawabnya.. x bercakap langsung.. ataupun dengan orang yg dalam diam saya minat.. mmg kalau cakap pun x boleh pandang direct muka atau mata dia.. ataupun ada Jenis yang memang Tak masuk atau x ngam.. mmg tak akan bercakap atau tegur jugak..

Tapi saya Cuba juga untuk jadi seorang yang peramah, ringan mulut.. x naklah orang label kita sombong kan. #siscuba..
Mana yang kenal saya mesti dah paham perangai saya macam mana.. saya akan banyak bercakap bila saya tengah excited.. pasal sesuatu yang saya suka atau dengan orang yang saya memang selesa bercerita dengan dia.. kalau tak, memang saya akan jadi pendiam..

Teringat dulu masa kat sekolah membawa ke uni memang tak bercakap dengan lelaki. Kira bertuah siapa yg dapat cakap dgn saya..hahaha (lebih2 pulak)..
Bila dah start masuk work environment, pergaulan jadi lebih luas sikit.. perempuan tak ada masalah langsung. Saya pikir dulu saya tak akan kahwin sebab sebelum tu mesti kawan Dan berkenalan dengan lelaki dulu kan??..
Tapi sebenarnya dengan tunang saya sekarang pun tak banyak cakap.. haha..
Teknologi memudahkan hubungan saya dengan dia.. kalau saya Jenis pendiam, dah tentu2 saya tak suka borak lama2 kat phone kan..

Ok..sekian sahaja sesi merepek saya tengah hari ni..

Dah dekat dah nak Ramadhan..😀😀

Tuesday, December 27, 2016

Kak Sarimah

assalamualaikum..
selamat tengahari.. dah makan tengahari belum??..
alhamdulillah sy kenyang dah.. tiba2 rasa nak cerita pasal petang jumaat ritu.. masa dah abis solat asar, tiba2 kakak kat depan tegur..sy pulak blurrr,, eh kakak ni sapa, die dok sebut pasal kuantan..lepas tu dia tanya eh awak dah pindah dari OSK ye?.. sy macam blur2 lagi..lambat betul la saya..bile dia cakap pergi kuantan masa misi banjir baru saya ingat akak ni... Kak Sarimah!!.. baru teringat kakak tinggi yang ada anak ramai dah tapi maintain macam anak dara..hehe... yang paling terkejut tu dia boleh ingat nama saya.. and sebab dia ingat sy ada tahi lalat kat hidung.. rasa macam diri diingati dan dihargai pulak..ye la jumpe skali tu je tapi die ingat..sebab tahi lalat kat hidung..macam kelakar pun ade jugak!!..hehe..


kak sarimah dok sebelah sy..pakai tdung biru

Monday, December 12, 2016

selamat hari kelahiran

selamat hari kelahiran kecintaan dan kesayangan Allah..
selamat hari kelahiran pemimpin kesayangan ummat..
selamat hari lahir peribadi mukmin sejati..
selamat hari lahir ya rasullullah...
rasul pembawa rahmat ke sekelian alam...
junjungan besar kami, penghulu kami, pembawa syafaat kami...

selawat dan salam buat mu..
alangkah indahnya jika dapat bertemu denganmu..
tapi alangkah malunya diri ini yang penuh dengan dosa..
alangkah bersyukurnya menjadi ummatmu..
syafaatkan kami di sana nanti..

Ya Rasulullah, salam dan cinta buatmu..
salam maulidur rasul..

Sunday, December 11, 2016

#muhasabahdiri

*MUHASABAH DIRI*
  

*Waktu berlalu begitu pantas* menipu kita yg terlena, belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

*Cadangnya* pukul 9.00 pagi hendak solat Duha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar, teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

*Komitmen* tidak akan melewatkan malam kecuali dgn tahajjud dan witir, walaupun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib *hidup* menghabiskan umur? Berseronok dgn usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah *usia* di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dgn panggilan "Tuk Wan, Tuk Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil *menunggu Sakaratul Maut* tiba, diperlihatkan catatan amal yg kita pernah buat?

Astaghfirullah, *ternyata tidak seberapa* sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah ruh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah drp tubuh ketika *Sakaratul Maut*?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku *memerlukan waktu* utk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita *menyia-nyiakan* waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

*Perlu berapa tahun* lagikah utk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita bersedia utk mati.

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan utk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun *tidak akan pernah cukup* bagi orang-orang yg terlena.

*Astaghfirullah*,

Saturday, December 10, 2016

03122016 - majlis pertunangan

Alhamdulillah…alhamdulillah..alhamdulillah..
03 December 2016 – penghujung tahun 2016 – selamat menjadi tunangan orang J
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan juga pagi kejadian


Terima kasih tak terhingga buat semua yang menjayakan majlis. Family terutamanya – abah, emak, farah, acid, ijah, ema dan akif.. tapi sorang x cukup korum – angah yang jauh di sabah.. sayang sangat korang semua, berhempas pulas, sebelum, semasa dan juga selepas majlis.. terharu sangat!!
Dan jugak sedara2 – makuda, pakuda, fatin n makuteh satu family..

Terima kasih juga buat sahabat2 yang sudi datang terutamanya sahabat sejati, Hamizah yang awal2 lagi dah datang dan setia teman kita lama2.. jasamu dikenang, insyallah nanti masa awak kawen kita cuba ada kat sisi awak..hehe.. Mauizahatul, Insani, Ana, Jannah, Farhana n Kak Afiza yang sudi jugak datang. Terima kasih sume!! J

Dan juga geng rewang yang baru ditubuhkan, geng pak cik amin dengan isteri, cik mah n pakcik makcik lain yang bertungkus lumus masak, dari mggu sebelum kejadian, hari sebelum.. tulang belakang majlis,hehe… terima kasih sangat2!!..

Alhamdulillah..Allah mudahkan semua. Sangat2 puas hati dengan semua, dari baju cantik yang dapat diskaun, pelamin yang sangat cantik dan affordable dan jugak make-up pun tak heavy sangat.. suka sangat!!..

Insyaallah untuk tahun 2017 kalau tiada apa2 aral melintang…..
May Allah ease everything for us….









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...