Wednesday, June 6, 2018

Motivasi : Ujian dan kehidupan

Bukan kita yang tentukan jalan hidup kita. Semuanya atas aturan Allah. Seperti jodoh, rezeki dan maut yang bukan dalam kekuasaan kita, begitu juga takdir hidup kita. Takdir hidup kita sebenarnya telah tertulis sebelum kita lahir lagi. Kalaulah kita boleh tentukan haluan hidup kita sendiri, pasti kita akan tetapkan yang baik2 sahaja. Maka bukanlah dinamakan kehidupan jika tiada ujian dan kesusahan. Tiada keadilan kerana pasti tiada yang mahukan keburukan dalam kehidupan masing2..

Bukanlah dikatakan kita tak mampu berbuat apa2 dan menyerah pada takdir semata. Kita boleh merancang kehidupan kita mengikut kehendak dan pemikiran kita, tetapi apa yang bakal terjadi pada kehidupan kita tak semestinya mengikut perancangan kita. Allah jua sebaik2 perancang.. Dan setiap perancangan Allah pasti terselit hikmah yang kita sendiri tidak tahu..


Berbaik sangkalah dengan Allah selalu.  Ujian tidak akan salah memilih siapa penerimanya. Kerana hanya yang terpilih dan kuat yang layak untuk diuji. Bersabar dan redha, pasti kekuatan dan ketenangan akan menyusul..


#peringatanuntukdirisendiri
#kehidupansatubentukujian
#takdapattidur
#terlebihcoffeemungkin
#salamramadhan21

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...