Saturday, November 14, 2015

monolog dalaman 3

terpikir hidup ni takkan cuma satu kitaran.maksudnya, kita dilahirkan, membesar, sekolah, masuk universiti, kerja, bila tiba masa kahwin, seiring masa berinjak dewasa, tua dan akhirnya mati. adakah kita hidup untuk mati?

itu kira macam kitaran yg normal bg kebanyakan orang. takkan Allah hidupkan kita tanpa tujuan kan. setiap yg Allah ciptakan ada fungsi dan tujuan. bukan sia2. macam tu la jugak kita. lebih2 lagi kita sbgai manusia sebenarnya sebab Allah kurniakan sekali kita otak untuk berfikir.

jadi tujuan Allah ciptakan manusia untuk jadi khalifah atau pemimpin atas mukabumi ini. setidak tidaknya kita jd pemimpin diri sendiri jika tidak mampu mnjadi pemimpin masyarakat atau lebih tinggi. satu lagi sebenarnya untuk menyebarkan dakwah. Allah utuskan rasul dan nabi sebagai pembimbing, sebarkan ajaran islam yg murni.

islam as a way of life.

setiap dari kita wajib berdakwah. sampaikan walau hanya sepatah ayat..

kita hidup atas dunia ini bukannya lama. sekejap sangat. jadi kita kena saling pesan berpesan sesama kita. kita kan mudah terlupa.

apa yg kita cari sebenarnya selama kita hidup ini?. satu je.. keredhaan Allah.. bila Allah redha, insyaAllah selamat hidup dunia akhirat. keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita.

apa matlamat kita??. syurga. itulah sebaik2 tempat. untuk masuk syurga bukan mudah. ganjaran untuk kita semasa hidup di dunia. yg sibuk mengumpul pahala. yg sibuk mencari keredhaan Allah.

Allah....
dari mana kita datang? - dari Allah
untuk apa kita dihidupkan? - untuk Allah
kemana kita akan kembali? - pada Allah

semoga Allah redha. Amin..

monolog dalaman 2

kahwin. bukan perkara mudah.. berat sebenarnya dengan tanggungjawab. tapi tanggungjawab yg mematangkan kita. kahwin juga satu sunnah untuk melahirkan zuriat yg soleh solehah. lagi satu ia juga fitrah manusia.

Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan, supaya dapat kenal pasangan masing2 dengan lebih baik. Allah tak akan pernah biarkan kita bersendirian.

hasbunallah wani'mal wakil..



monolog dalaman

masa cepat sangat berjalan. bila dah sibuk dengan aktiviti harian, terasa jauh sudah kita tertinggal di belakang

jodoh oh jodoh. tak pernah terpikir untuk serius mencari..bila tengok kawan2 sebaya dah pun ada anak2, mulala rasa kita ni dah tua, cemburu pun ada. bila pandang pada diri sendiri, baru rasa banyak yang kurang. bila asyik sibuk dengan kerja, bila asyik sibuk memberi alasan, bila terlupa pikirkan diri sendiri..inilah akibatnya..

tiba2 rasa keseorangan.........   

takpe2.. Allah kan ada.. kita kena positif. jodoh ada, cuma cepat atau lambat. kita kena usaha lebih kalau kita betul2 serius nak mencari. kita pun tak tahu jodoh atau ajal yg datang dulu....


Thursday, November 12, 2015

nasihat

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN
PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul..

Monday, November 2, 2015

motivasi : diuji dengan sakit

kita tak tahu apa akan jadi esok..
dan juga hari2 yang seterusnya..
jikalau hari ini kita masih sihat, alhamdulillah..tapi kita selalu lupa untuk bersyukur..
esok hari jika tiba2 kita terlantar sakit.. baru kita ingat hanya Allah jualah satu satunya tempat kita bergantung..

jika hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah..alhamdulillah..
esok hari tiba2 roh kita meninggalkan jasad tanpa pesan.. innalillah..kembali kita ke alam kubur, sebelum menuju ke alam barzakh..

emak tiba2 diuji dengan penyakit kanser usus.. semoga emak kuat
melawan penyakit tu.. dan Ya Allah, berikanlah kesembuhan, kesihatan, kesabaran, keimanan pada emak untuk menghadapi ujianMu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...