Saturday, November 14, 2015

monolog dalaman 3

terpikir hidup ni takkan cuma satu kitaran.maksudnya, kita dilahirkan, membesar, sekolah, masuk universiti, kerja, bila tiba masa kahwin, seiring masa berinjak dewasa, tua dan akhirnya mati. adakah kita hidup untuk mati?

itu kira macam kitaran yg normal bg kebanyakan orang. takkan Allah hidupkan kita tanpa tujuan kan. setiap yg Allah ciptakan ada fungsi dan tujuan. bukan sia2. macam tu la jugak kita. lebih2 lagi kita sbgai manusia sebenarnya sebab Allah kurniakan sekali kita otak untuk berfikir.

jadi tujuan Allah ciptakan manusia untuk jadi khalifah atau pemimpin atas mukabumi ini. setidak tidaknya kita jd pemimpin diri sendiri jika tidak mampu mnjadi pemimpin masyarakat atau lebih tinggi. satu lagi sebenarnya untuk menyebarkan dakwah. Allah utuskan rasul dan nabi sebagai pembimbing, sebarkan ajaran islam yg murni.

islam as a way of life.

setiap dari kita wajib berdakwah. sampaikan walau hanya sepatah ayat..

kita hidup atas dunia ini bukannya lama. sekejap sangat. jadi kita kena saling pesan berpesan sesama kita. kita kan mudah terlupa.

apa yg kita cari sebenarnya selama kita hidup ini?. satu je.. keredhaan Allah.. bila Allah redha, insyaAllah selamat hidup dunia akhirat. keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita.

apa matlamat kita??. syurga. itulah sebaik2 tempat. untuk masuk syurga bukan mudah. ganjaran untuk kita semasa hidup di dunia. yg sibuk mengumpul pahala. yg sibuk mencari keredhaan Allah.

Allah....
dari mana kita datang? - dari Allah
untuk apa kita dihidupkan? - untuk Allah
kemana kita akan kembali? - pada Allah

semoga Allah redha. Amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...