Saturday, December 31, 2011

terima kasih asia media tv =p

assalamualaikum..



thanks asia media tv!!.. menang jugak Garnier SMS Contest ni.. tahu resultnye ari tu 21 aribulan.. baru ari rabu ari tu adik aku angah tolong ambikkan.. thanks jugak angah!! =p... ye la, baru je keje takkan nak mintak cuti..semata-mata nak amik hadiah tu kat puchong..jauh tau..

baru kali pertama menang hadiah!!..hehehe.. sebelum ni pown ade dapat jugak free ticket dari asia media.. tiket untuk cerita aku bukan tomboy..dah selamat tengok pown kat klcc dengan adik aku.. asia media banyak tau buat contest..free2 jer sape kalau nak hadiah boleh dapat.. so, boleh like page diorang yek kat 
https://www.facebook.com/ASIAMEDIATV (tolong promote sikit=p)..


ni diaaa produk2 yang aku dapat..

ade satu lagi, whitening mask angah dah tolong rasmikan dulu.. light oil control, gentle clarifying foam, intensive brightening scrub, milky lightening dew,brightening eye roll-on dan whiten & even moisturizing cream..bez22=p...dapat barang percuma.. kalau beli kat luar semua barang ni mau lebih rm50.. 

lepas ni pakai semua satu set produk ni, agak2 boleh dapat kulit cantik, mulus dan berseri macam lisa surihani x?... hahaha...


2012 semakin menghampiri..

assalamuailaikum...

hari ni hari terakhir 2011..31.11.2011.......erm, esok dah 1.1.2012....cepat je setahun dah habis.. ok, SELAMAT TAHUN BARU 2012.. SELAMAT TINGGAL 2011...

untuk tidak melupakan apa yang berlaku sepanjang 2011 ni, baik aku mencoretkan serba sedikit peristiwa2 pahit manis sepanjang tahun ni..=p

pertamanya alhamdulillah, bersyukur masih diberi nyawa sehingga umur 24 tahun sudah.. tapi esok masihkah ada untuk aku?.. kerna kematian tidak tahu bila tika dan saatnya..ok, tahun ni alhamdulillah, sama je macam tahun2 lepas tapi alhamdulillah rezeki mencurah-curah di penghujung tahun...

#1 kerja : habis kontrak dengan cimb group..stahun kerja kat sana dari bulan 8 2010 sampai bulan 8  tahun ni.. alhamdulillah, banyak benda baru yang aku belajar.. banyak kenangan dengan ayien dengan banu kat level 20 tu.. dengan superior en faizal, kok yee, melissa dan jason.. yang pahit biarlah disimpan dalam hati.. sebab bersangkut-paut dengan orang lain kan...ada hati yang perlu dijaga..yang manis ada lah beberapa.. kenangan time en faizal belanja makan ramai2 kat kenny rogers, kenangan berbuka puasa dengan geng2 level 20 (ni yang paling bez rasenye).. kenangan time kene g surau reramai tu (time nuzul quraan x silap).. kenangan kitorang bertiga turun dept CCO yang sangat warm welcoming kitorang.. dept SPICK level 7 yang paling sangat2 x boleh lupa..handle dept ni dengan banu dua orang... stress setiap hari.. hahaha... pergi cimb kat pj tu..rindu sangat2 time kitorang bertiga menghabiskan masa bersembang2 di pantri, kadang2 sembang ngan pak guard dan mak guard yang baik2... surau pulak besar, kadang2 aku sorang jer la curi2 masa tido sekejap kat sana..rindu time lunch kat mesra, kampung dan kadang2 kat tenpat2 lain.. kat ali cafe, kat kedai thai dan korea... bez2....   lepas tu 3 bulan aku menganggur dan alhamdulillah baru jer memulakan kerja kat osk investment bank.. harap2 dapat permanent nanti...


#2 family : banyak sangat kenangan manis sebenarnya..bila dapat bersama2 keluarga rasanya itulah saat yang paling bermakna dalam hidup.. every moment mungkin tidak akan dapat diulang lagi. kalau dapat diulang pon, rasa yang dulu mesti tak sama dengan rasa yang sekarang.. jadi hargailah setiap best moment yang tercipta kan.... kenangan pergi putrajaya masa chinese new year, g tasik titiwangsa baru2 ni, lepas tu angah g bawak makan kat kampung baru.. g kulai jaya naek train for ikin's wedding.. g senggarang bulan 10 ari tu untuk wedding anak saudara abah.. muka pakusu abah tu (kira toksu kita la) sebijik macam abah.. lepas tu singgah balik tangkak..kene tahan pastu kena saman..hahaha... g makan kat luar reramai.. raya tahun ni kat umah atok lamah, seronok dapat solat malam raya tu adik beradik..dengan dapat kumpul dan bejumpa sedara mara.. haa... dapat g MAHA (ni kenangan paling bez).. sebab kitorang 5 beradik dapat keluar sesama...


#3 kawan2 : erm... latest dapat jumpa balik la kawan2 time kat uitm mase majlis rumah mila kat melaka.. seronok la jugak walaupun penat.. seminggu lepas tu g pontian pulak untuk wedding nazrin.. yang datang aku ngan una jer.. selamat aku angkut adik aku, ade lah jugak kawan kan...tapi bez time pagi tu, dapat duduk kat tepi laut, walaupun sekejap jer.. masa g perlis dengan ana (ni kenangan paling indah).. rasanya yang paling bez moment tengok matahari terbenam tu kat tepi laut.. jalan2 kat tepi jeti perlis, g menara alor setar.. kenangan masa q wedding haizi pown bez dengan mizah, mau dan nani.. g jogging setiap sabtu dengan ana (sekarang dah malas..hahaha).. bercerita-cerita dengan ana..kadang2 petang g metropolitan jogging sekali dengan mizah.. selalu keluar bertiga dengan nani dan mau jer.. g pesta buku dengan wirda dan adik aku..kelakar jadinya bila aku ngan wirda yang dua2 kaki novel ni bile time pesta buku.. 


alhamdulillah.. aku memang tunggu kehadiran 2012..macam2 yang baik akan terjadi insyaAllah.. 





Sunday, December 25, 2011

laporan kerja - 1

assalamualaikum dan salam hari ahad =)

ini dia laporan pertama untuk kerja baru.. hehehe... alhamdulillah, lepas 3 hari kerja kat sana, rasenye macam 'i feel good'... ok la, suam2 kuku lagi rasenya..ye la baru je 3 hari kerja..selamat ade geng.. thanks iezy!!.. dia la geng yang bagitau ada jawatan kosong kat sana, dia lah geng untuk beberapa tahun sebagai rakan sekerja.. dan isnyaAllah sahabat dunia akhirat... takde lah rasa kesunyian sangat sebab ada geng.. 

aku ditempatkan di Group IT department. Unit IT Security..kita ade 3 orang..Ewilly dan miss Ang.. iezy unit helpdesk.. Ewilly ni baik sangat, sangat membantu..miss Ang pulak macam diam sikit..tapi baru jer kenal beberapa hari, x boleh nak judge people just like that kan.. Floor ni ade macam 2 bahagian. 1 bahagian untuk develop system..1 bahagian lagi kira macam support la.. aku masuk kategori support.. so, orang melayu perempuan hanya 4 orang termasuk aku..orang lelaki melayu banyak jugaklah tapi tak terlawan dengan orang cina la... kebanyakkan yang pangkat2 atas sikit sumenya cina.. India rasanya golongan minoriti..seingat aku ade sorang je staff india kat floor tu... 

ok..difahamkan kerja aku macam senang tapi macam susah jugak.. haih!!..(cakap berbelit-belit)..=)
hakikatnya dari pandangan kasar nampak macam senang, tapi bila dah masuk dalam lagi, nampak macam susah..kejenya cuma maintain IT security..tapi system yang nak kene jaga banyakkk!!.. banyak sangat kowt!!.. sume system kite kene master sebab kite je lah unit yang bertanggungjawab untuk create ID, delete ID, reset password, disable ID and reactivation.. sumenya dikaitkan dengan ID.. bila main dengan system, tak jadi masalah sangat rasanya pada aku..tapi setiap application system berbeza.. tahap complexity dan juga tahap ke"critical" nye... 

erm setakat 3 hari ini aku banyak buat key-in data jer, untuk tujuan report dan jugak filing... ade lah jugak belajar 2 system..tu system yang kira straigh foward..CMS dengan MMTH.. entah aku pown tak berapa nak paham lagi apa fungsi system tu.. Ewilly baru terangkan sikit2 tapi tak berani lagi nak bagi cuba.. Ari jumaat ari tu, kene siapkan report untuk audit.. mengikut kata iezy, staff sebelum ni, siti berhenti sebab stress dengan audit..kerap sangat!!.. x tahu lah macammana aku boleh tahan ke tak.. 

besok cuti hari krismas, hari selasa ada induction dengan HR.. minggu depan Ewilly cuti AL - pergi Hong Kong. nampaknya aku kene belajar dengan miss Ang..Dia macam tak reti nak ajar sangat.. x perlah duduk je la sebelah dia...

islam dan hari krismas

credit to Mohd Faudzee Abd Hamid (IPSI Pulau Pinang) from http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hari-krismas/


hari ini tarikhnya 25 december 2011 - perayaan merry christmas atau hari natal bagi penganut agama kristian.tapi kebanyakkan kita rakyat malaysia juga meraikannya.. 1 malaysia la katakan.. semua perayaan nak disambut..tapi pernah terpikir tak hukumnya menurut islam??..

malaysia sememangnya sebuah negara majmuk, rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama.. maka banyaklah perayaan yang dapat disambut dan dirai.. asasnya setiap agama mempunyai hari raya mereka atau hari2 agama mereka yang jelas mempunyai maksud dan tujuan untuk disambut.. jadi hari ini terpanggil untuk men 'google' berkenaan sejarah hari krismas ini dengan hukumnya menurut perspektif islam..


Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”1
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus2

Menurut almanak Yulius ,tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahirnya matahari. Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember juga . Plitach menyatakan dewa Orisis iaitu dewa orang Mesir lahir pada 27 Disember. Dewa Horus dan dewa Apollo dilahirkan pada 28 Disember. Semua dewa di atas adalah nama dewa matahari.

Jadi sebenarnya penganut agama kristian menyambut krismas sebagai memperingati kelahiran Tuhan Yesus mereka dan juga kelahiran dewa2 matahari mereka.. Ini bertentangan sekali dengan akidah tauhid orang islam yang mempercayai Allah is the only one.. Allah sifatnya esa, satu..maka tiada tuhan lain yang berhak disembah melainkan Allah.. Sebenarnya perayaan ini bersamaan dengan perayaan maulidur rasul..
tapi dapat dinilai sendiri bagaimana perbezaan sambutan kedua2 perayaan ini.. 

Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya.

Haram Hadir dalam Perayaan Kufur


Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Sedangkan perayaan hari raya orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

waallahua'lam..

boleh dapatkan info tambahan di website ini : 


Saturday, December 24, 2011

review : fiksyen 302

alhamdulillah..sudah menoktahkan pembacaan fiksyen 302 karya terbaru ramlee awang mursyid... ermmmm....komen pertama.... agak berat rasanya kisah fiksyen kali ini, menguji minda dan seperti kebiasaan pembaca akan masuk ke alam fiksyen dan berteka-teki siapa dalangnya/pembunuh/pengakhiran cerita..



pada pendapat aku, isu psikologi ini pernah RAM tulis dalam novel mandatori..aku pown tak berapa ingat mengenai sinopsis mandatori tu, tapi yang aku ingat ada kaitan dengan split personality dan masalah psikologi lain.. lebih kurang dengan fiksyen 302 dengan isu yang sama tapi sarat dengan watak2 utama dan juga yang paling menarik bagi aku ialah pengembaraan masa-teknologi fizik kuantum...

RAM bijak menyusun plot cerita dengan bermain faktor masa dan teknik imbas kembali.. ok sebelum kita pergi sinopsis, jom bercerita mengenai watak2 yang ada dalam fiksyen ini..

Rita Yunaliza - seorang peguam hebat yang banyak mengendalikan kes 302 - hukuman yang membawa kepada mati mandatori (hukuman gantung sampai mati).. anak kepada Datuk Mahali, seorang tokoh politik dan Datin Ummi Hani

Hizamnudin Awang - Pegawai polis berpangkat tinggi di Selangor. mengendalikan kes berprofil tinggi - pembunuhan Zarina Mustapha yang membawa kepada penahanan Dato Mahali sebagai suspek utama.. Disebabkan Dato Mahali terlepas daripada hukuman makhamah dan disabitkan tidak bersalah, Hizamnudin dipaksa secara berhemah supaya meletakkkan jawatan dan bersara awal.. Dia mengusahakan sebuah restoran bersama isterinya

Alias Mohd Fadzil - Seorang pegawai polis yang berpangkat ASP ditugaskan mengendalikan kes siasatan pembunuhan Dato Siaraf. Antara watak penting dalam fiksyen ini.

Norhafiza Izura - Juga seorang peguam yang mewakili Lan Lani. Berkhidmat di firma guaman Haji Sainoh. Watak utama yang bersama-sama hizamnudin dan alias dalam merungkai misteri pembunuhan

Dr Rozlina - Doktor psikiatri di Hospital Permai di Tampoi. Pengasas kepada projek rahsia pada tahun 2032 bertujuan untuk merungkai misteri zonan.

Farid Ja'ah - Bekas penganalisis saham yang berjaya di KL..namun disahkan menghidap penyakit jiwa kerana cubaan membunuh diri dan ditempatkan di Hospital Permai. Membunuh Dato Mubarak dan Sabri

Lan Lani - Dituduh membunuh Mubarak seorang penyisat persendirian dengan mengantung mangsanya sehingga mati. kemudian di dahi mangsa ditulis dengan angka 302 dengan permanent ink marker merah.. Kemudian Lan lani berbogel dan menanti polis menangkapnya

Jimmy Yeoh - Dituduh membunuh Dato Siaraf seorang peguambela dengan menggunakan sebatang pemutar skru, menikam mangsanya secara bertubi-tubi sebanyak 32 kali dan mengukir dahi mangsa dengan angka 302. kemudian dia berbogel dan menanti polis menangkapnya

Prakash Kumar - Dituduh membunuh Roslan, seorang alibi dalam kes pembunuhan Zarina Mustapha. Perlakuan tertuduh juga sama dengan Lan Lani dan Jimmy Yeoh ketika ditangkap oleh polis.

Zonan - watak utama.. siapa sebenarnya zonan??? Nama yang meniti di bibir2 tertuduh - dikatakan sebagai roh jahat yang tak berwajah. hanya bermuka putih tanpa hidung dan mulut...

ok pergi kepada sinopisis.. cerita bermula sebenarnya pada tahun 2009, tapi penulis memulakan dengan siri pembunuhan dengan cara yang hampir serupa pada tahun 2012..Mangsa2 pembunuhan dilakar dengan angka 302 pada dahi, sejurus itu pembunuh menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Berlanjutan fiksyen ini sehingga ke tahun 2032..


Kesemua mangsa yang terlibat sebenarnya berkaitan dengan kes Zarina Mustapha.Kemudian ketiga2 mangsa disahkan menghidap penyakit psikitri dan dibebaskan dari pertuduhan. Pelengkap kepada cerita pembunuhan Dato Mahali sendiri oleh Farid Ja'ah dan seperti sebelumnya farid pun terlepas dari pertuduhan dan disahkan tidak waras oleh makhamah.


sebenarnya boleh disimpulkan permulaan semuanya adalah CEMBURU dan DENDAM akibat dari salahsangka yang sebenarnya adalah fungsi OTAK  yang dipengaruhi dengan NAFSU... Ramai yang akhirnya terjebak dan menjadi mangsa.. Di sepanjang2 cerita, pembaca akan meronta-ronta mengenai siapakah zonan yang sebenarnya.. wujud dalam halusinasi atau wujud dalam bentuk nyata???..

ni dia bunya krinologi (betul ke perkataan ni) :




2009 - kisah percintaan Irwanshah dan Zarina Mustapha. zarina adalah setiausaha kepada Datok Mahali. Dato Mahali sememangnya seorang tokoh politik yang corrupt. banyak penyelewengan wang rakyat yang dilakukan.. Juga seorang kaki perempuan..cerita bermula dengan kematian zarina. Dato Mahali dituduh sebagai pelakunya. Namun kemenangan berpihak pada Dato Mahali. Dia bebas dari pertuduhan itu. Ini mengundang kemarahan Irwansyah.. Dia lah dalang fiksyen 302

2012 - Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash dan Farid Ja'ah melakukan pembunuhan atas arahan zonan. begitu juga pembunuhan Nurul, pekerja di Haji Sainoh & Co.. kononnya dilakukan oleh Dina. Dan di pertengahan cerita baru diketahui Dina sebenarnya sudah meninggal dunia, dibunuh oleh Farid Ja'ah dan disembunyikan di bilik utama pangsapuri Farid. berlaku split personality di dalam diri Farid. Juga percubaan pembunuhan dan pencerobohan ke atas Fiza dilakukan oleh Farid. Kesemua mereka dilepaskan dari pertuduhan 302 dan diarahkan menerima rawatan mental setelah disahkan tidak berfikiran waras. Case Closed!!.. 

2014 - Kematian Norhafiza Izura setelah peguam muda itu nekad untuk memburu Zonan. Sifatnya yang degil dan mempercayai zonan sebenarnya seorang pembunuh yang bertopengkan manusia dan ingin menuntut pembelaan buat Nurul mengundang padah padanya sehingga nyawanya menjadi galang ganti. ASP Alias juga mengalami kemalangan apabila brek gagal berfungsi..seperti kejadian ini dirancang dengan begitu teliti. Juga kematian Lan Lani di Hospital Permai. 

2032 - Rita Yunaliza menerima jemputan dari Dr Rozlina untuk dijadikan subjek dalam satu projek rahsia untuk merungkai misteri Zonan. Menerusi mesin yang dicipta membolehkan seseorang melangkaui masa silam dan memasuki minda watak yang dipilih. Rita bersetuju untuk dijadikan subjek. Watak yang dipilih adalah Norhafiza Izura dan kembali pada 2012 dan 2014. Zonan akhirnya mengetahui mengenai projek rahsia ini dan akhirnya berjaya membunuh Dr Rozlina, Dr Hakimi (pembantu Dr Rozlina) dan Rita yang berada dalam jasad Norhafiza Izura dibunuh dan sempat mengetahui siapakah Zonan. Namun apabila dia kembali ke tahun 2032, dia mengalami amnesia tahap serius, kesan daripada kegagalan eksperimen itu. Zonan masih terselamat kerana tiada siapa pun yang percaya Zonan wujud di alam nyata. 


Pengakhiran cerita kita akan tahu siapa zonan sebenarnya...tak nak bagitahu siapa, kene baca sendiri =)
Lepas bace fiksyen 302 ni, semangat berkobar2 nak mendalami bidang psikologi.. menarik!!!... Zonan sendiri rasanya memiliki IQ tahap genius..bijak merancang, bijak menyamar, bijak memanipulasi..  

Yang paling mengejutkan atau orang kata ade twist nyer bila kita tahu siapa sebenarnya pembunuh Zarina.. Dan di akhir cerita Rita sendiri yang menjadi peguambela bagi Zonan, (pembunuh ayahnya)


Jadi kesimpulannya JANGAN PERCAYA!!!
Thanks Wirda Shafira bagi pinjam..=0.. tapi dah beli juga untuk simpanan sendiri...


Tuesday, December 20, 2011

esok..lalalala~~~

besok first day kat tempat keje baru... huhuhu... macam2 rase sekarang ni ade.. mesti malam ni tak dapat nak tido lena..dok mikir camne le kat tempat keje nanti.. eeeee...serius tgh nervous.. ye la 2 tempat keje before this ade geng masuk sekali same2..debaran die x sama... besok ni aku sesorang... tapi alhamdulillah ade jugak kawan kat sane yang memang dah keje kat sane.. tak lah kekok sangat kowt nanti..

harap2 sumenya berjalan lancar la...dapat sesuaikan diri..walaupun rasenya kat department tu ramai lelaki cina.. "Ya Allah, permudahkanlah urusanku besok"..amin...

p/s: dah dapat dah fiksyen 302.. thanks wirda, bagi pinjam =).. tapi dah tempah o9 jugak buku tu..g cari kat kinokuniya semalam x jumpe..mungkin dalam 2-3 hari lagi dapat..x sabar nak habiskan.. k, jom layan =)

Wednesday, December 14, 2011

lipas

salam hari rabu =)


berjumpa kite lagi di salam siri binatang dengan binatang yang lain pulak iaitu lipas..



ok..lipas bukanlah sangat kita boleh cakap sebagai binatang, lebih pada serangga.. serangga perosak!!
serangga yang 50-50 la boleh katakan aku geli..memang selalu sangat la serangga ni dikaitkan dengan perempuan..kadang2 bukan perempuan jer yang takut lipas, lelaki pon ade jugak!!.. x percaya???.. mesti percaya jugak...

sebenarnya bukan takut sangat pon, lebih pada geli..geli dengan sesunggut2 die yang banyak tu..lipas yang kalau kat lantai tu x takut sangat..tapi lepas terbang aku pobia sangat..ye la sekejap terbang sana, sekejap jer dah atas kepala...eeeeeeiiii....

ok, jom kite kenal lipas..lipas biasanya suka tinggal di kawasan yang gelap dan lembap macam kat dalam lari, belakang almari, bawah2 sinki, situlah tempatnya..makanannya pula semua benda yang boleh dimakan oleh lipas.. hehehe... iaitu sisa2 makanan...

k..ni ade 20 info menarik tentang lipas..aku copy paste dr website ni..



  • Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  • Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  • Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  • Lipas mempunyai darah berwarna putih
  • Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  • Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  • Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  • Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  • Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  • Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  • Lipas ada gigi di dalam perutnya
  • Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  • Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  • Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  • Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  • Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  • Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  • Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
  • Monday, December 12, 2011

    F I R S T

    Assalamuailaikum dan selamat malam =)

    Tetiba teringin nak bertulis mengenai first atau pun pertama.. yang pertama kali atau berkaitan nombor 1..



    #1 aku anak sulong (pertama) dari 5 orang adik beradik
    #2 pertama kali lihat dunia 24 tahun lepas pada 14 januari 1987
    #3 Aku lahir kat johor, so IC number kat tengah 01
    #4 Nama aku bermula dengan A, kadang2 tapi selalunya kalau attendance list disusun ikut abjad, nama aku yang pertama dipanggil


    #5 Aku ingat lagi hari pertama aku masuk tadika.. pagi2 lagi dah kene bangun, mandi air sejuk sangat..air perigi kan masa tu..abah yang mandikan..sampai2 tadika kene beratur la, menyanyi la..jumpe kawan baru..seronok la jugak.. =)

    #6 first time aku uzur mase umur 14 tahun tepat masa tarikh lahir aku kat kampung.. aku senyap2 jer, x gtau pown emak..malu pulak, dah sampai umah sendiri baru gtau..

    #7 first time aku tersuka dengan lelaki mase aku darjah 2 kowt.. gatai kan..hahaha..mase sekolah agama bukit perwira..nama dia a.....

    #8 first keje sendiri lepas  abis periksa SPM..keje dekat warta superstore as a cashier.. ade 6 bulan jugaklah keje dengan mau sebelum masuk matriks

    #9 cinta pertama - sepatutnya cintakan Allah lah yang utama, baru cintakan rasulullah, agama, baru masuk keluarga dan cinta sesama manusia.. (insyaAllah)

    #10 Sejujurnya aku tak suka no 1..haha.. sebab no 1 nombor pendahuluan, tak suka jugak dengan perasaan masa kali pertama..tapi yang pertama tu la permulaan segala-galanya.. takde no 1, takde lah no 2 dan seterusnya kan kan.. yang pertama yang tak suka tu jugaklah yang sering diingat...

    dah r malas la nak pikir lagi..nak tengok citer pulak =)

    Sunday, December 11, 2011

    spider - kita satu

    layan lagu yang aku tengah suka sangat sekarang ni =)



    ni lirik die...

    Seringku bertanyakan


    Dimanakah hatimu sayang


    Kian lama ku simpan


    Bersarang cinta dalam diam

    Sampai bila harusku pendam


    Layan cinta dan perasaan


    Dengan lafaz ku bisikkan

    Korus


    Kita telah ditakdir bersama


    Teman hidup di dunia


    Malam siang kita jadi satu


    Kerana engkau adalah milikku

    Pegang tanganku seeratnya

    Dunia ini berputar ligat


    Mengapa harus ada sesal


    Andainya tersungkur tetap bersama


    Sampai bila harus ku pendam


    Layan cinta dan perasaan


    Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

    Satu….. wooooo..


    Kita telah ditakdir bersama


    Kerana engkau adalah milikku


    Kerana engkau adalah milikku



    update keje lagi.. =)

    assalamualaikum...

    hehehe...berapa banyak kali la update pasal keje... kesian kat diri sendiri, bape banyak kali dah tuko keje.. nasib2.. terbaru alhamdulillah hari jumaat lepas ada berita gembira aku terima... tiada berita gembira saat ini melainkan dapat keje!!!... syukur alhamdulillah, penantian berbulan-bulan terbalas jugak...

    21 aribulan ni baru masuk keje..sebelum tu kene buat test kesihatan bagai isnin tu.. so, aku ade masa seminggu lagi nak berehat2..hehehe...dah terlampau banyak rehatnya, badan pown makin naik.. nanti dah keje mesti sibuk,xde mase... mase sibuk la bez..

    eh, lupe nak gtau..excited terlebih,.aku dapat keje besa2 je kat osk investment bank kat jalan ampang.. dalam group IT la... unit  IT Security.. sebenarnya kawan aku yang gtau kat sane ade keje kosong..apply2, g interview, dapat jugak,alhamdulillah...memang berharap sangat pown dapat.. gaji pown ade increment dari gaji before this, permanent tapi 6 month probation la, geng kat sane ade.. dekat dengan klcc..boleh la g kinokuniya selalu =)..... 

    nanti dah keje aku akan update lagi..mesti banyak citer ni..=p... ok, azam baru kene bekerja bersungguh-sungguh. datang keje awal, x banyak buat salah.. supaya nanti dapat confirm.. semangat3x.. =)

    Sunday, November 27, 2011

    salam takziah..:(

    salam takziah buat sahabat aku Anisah Zubir atas pemergian bondanya yang tercinta..moga alyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..amin.. smoga nisa tabah dan sabar mengharungi dugaan ini..
    lumrah kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan mati..kita yang hidup ini teruskan amalan-amalan yang dapat membantu ibubapa kita lebih aman dan tenteram didunia sana...


    sedih bile dapat tahu juga..nisa antara sahabat terbaik yang aku ada..rasa terlalu sedih seperti kehilangan emak sendiri.. rasa bersyukur emak masih ada di depan mata..takut dan tak bersedia nak kehilangan emak lagi..rasa macam semangat nak lebih menghargai emak dan jugak orang lain yang ada... itulah mati itu pasti, cuma x tahu bile jer masa dan ketikanya... insaf2 bile terpikir amalan ini yang serba kekurangan...


    harap2 anisa tabah..aku tahu die orang yang kuat dan tabah..insyaAllah die dapat mengharungi kehilangan ini..al-fatehah...amin,...

    Saturday, November 26, 2011

    ermmmm.....

    gerammmmnye dengan laptop yg berproblem banyak sangat tu!!.......
    apa pun x boleh, apa pun x boleh.............................
    baru jer bergembira sekejap meraikan dapat format balik..dapat tengok gamba windows...
    tapi.....pastu banyaknye problem... banyak benda missing..
    last la...last solution beli satu cd windows xp professional service pack 2..
    lepas tu format lagi sekali....
    entah bile nak buat.............dah fedup sgt2 ni.....huhuhu...


    esok mula tahun baru bagi seluruh umat islam..1433H..salam awal muharam..salam maal hijrah.. harap tahun ni banyak benda baik berlaku, makin bertambah rezeki, dan berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik untuk dunia dan akhirat..

    besok jugak perlawanan malaysia vs bahrain..skuad muda kita dah dua kali kalah dalam perlawanan sebelum ni..jepun dengan syria dengan keputusan 2-0...tapi x per, masih lagi berpeluang untuk layak ke sukan olimpik 2012 ni...semangat3x..support pasukan kita.. ye la..masa lawan syria, pemain kite masih penat lagi selepas beraksi dalam sukan sea di indonesia.. syabas skuad harimau muda!!!..berjaya merangul emas 2 tahun berturut-turut...sekaligus menghampakan penantian garuda muda berpuluh tahun... cantik sangat tendangan penalti badrol baktiar!!.. so, sekarang fokus kite menentang bahrain..harap2 dapat mata..sebab bahrain sebelum ni pun sama kalah 2 kali...xper2..kite harap kesemua kesebelasan utama yang diturunkan ong kim swee dapat beraksi dengan baik..

    Sunday, November 20, 2011

    bola sepak sukan sea 2011




    yeahhhhh.....skuad muda malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak sukan sea 2011..syabas sang harimau!!!... semalam selepas berjaya mengalahkan myanmar 1-0... kutuk punyer kutuk si fakri shaarani, dia yang jadi penyelamat..terima kasih fakri!!..haha...

    indonesia yang menentang vietnam semalam juga berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir.. maksudnye sang harimau akan bertemu semula dengan si garuda..macam perlawanan peringkat kumpulan dulu.. adakah malaysia akan berjaya mengulangi kemenangan semasa peringkat kumpulan ataupun sekadar berpuas hati di tangga naib johan??..adakah kita akan berjaya mengulangi kemenangan 2 tahun lalu semasa di Laos??... huhuhu...berdebar2...nantikan sama2 pada isnin ni 21/11/2011 pada jam 8 malam waktu malaysia...

    pada pendapat aku indonesia x akan duduk diam dan pasti mau membalas dendam atas kekalahan mereka kelmarin..dengan jutaan penonton indonesia lagi yang menyokong pasukan mereka..tapi insyaAllah semangat anak muda kita kuat, pasti tak akan terusik dengan semangat penyokong indonesia.. cuma aku rasa malaysia setakat ni bernasib baik sangat2 sebab pada pendapat aku pasukan kita ni masih belum ade pemain penyudah yang menarik.. seperti khairul idlan talha dan safee sali.. gol2 yang dijaringkan sebelum ni seperti shahrul azwari, izzaq dan semalam fakri nampak seperti nasib malaysia jer.. cume harapkan badrul baktiar yang sesekali berbisa dengan kedua2 belah kaki kiri dan kanannya.. tapi dengan pemain2 yang berpengalaman luas seperti mahali jasuli, muslim ahmad, asrarudin putra, fazli shaas, dan apek selaku the best keeper ever!!..malaysia berjaya menyekat pasukan lain.. ape-apepun skuad kendalian Ong Kim Swee berjaya mara ke final atas semangat berpasukan mereka..tahniah!!..


    risau juga besok sebab ramai pemain2 kite yang injured dan x boleh bermain..
    harapkan keajaiban akan terjadi dan tercipta lagi satu rekod baru buat malaysia!!!..majulah sukan untuk negara!!!..jom support malaysia ramai2!!!..

    Saturday, November 19, 2011

    update tak berapa nak update.

    assalamualaikum dan salam pagi sabtu...

    nak merepek ape ye pagi ni??.. dah lame x update sebab laptop kesayangan dah xde..huhuhu.. dah ajal die agaknye..punye bertahan laptop toshiba lama tu, dr aku belajar thun 2006 sampai skarang dah 5 tahun.. dah macam2 rosaknye,tapi still bertahan gak!!.. itupown beli second hand..bagus r brand toshiba!!!..sbab tu mahal!!.. kalau dulu laptop lama2 brand toshiba memang berat giler kowt..tp sekarang banyak dah yang ringan...banyak tau jasa laptop tu!!..sedih la jugak..huhu.....ni semua gara2 virus la..memula die lambat sesangat, pastu tetiba tpadam sndiri, keluar blue screen tu, akhirnye langsung x boleh bukak.. die tulis hal.dll is missing or corrupted......tapi jap lagi tengoklah ade misi menyelamat kalau masih boleh diselematkan lagi..nak g cari cd windows yang rm10 tu., sambil mencari solution di youtube.... 


    hidup sahaja di rumah dah hampir 3 bulan, dengan ketiadaan laptop buat aku huru-hara jugakla.... huhu... tapi ade banyak mase nak buat benda lain... hikmahnya yang aku dapat lihat aku dah smakin rajin memasukkan diri ke dapur..haha.. dan aku jugak ade satu hobby baru yang baru nak cuba..craft.. aku paling suka buat frame gambar sndiri dan jugak kad2..cube jugak nak belajar buat felt craft, tapi bile laptop xde,internet xde, x dapat la nak tengok tutorial...


    perkembangan mencari kerja?.. hmmm... banyak jugak dah apply, tapi rezeki blom ade jugak.. kene banyakkan buat solat dhuha ni dan banyakkan berdoa..insyaAllah..insyaAllah.. stakat ni baru pegi 1 interview dan smalam pegi jugak job fair yang dianjurkan oleh BN youth..mintak-mintak ade yang melekat la kan.. alhamdulillah, adela jugak pekembangan sikit kan... 


    p/s: petang ni kul 5 skuad harimau muda menentang myanmar.. separuh akhir sukan Sea selepas malaysia muncul juara kumpulan A, mengalahkan Indonesia.. syabas malaysia!!..dan teruskan sokongan pada skuad negara kita!!!... 

    Wednesday, November 9, 2011

    Aidiladha dan kurban, pengorbanan dan ismail, haji dan mabrur..

    hari raya dah abis dah..macammane raya korang??..mesti meriah kan kan...:D
    kat kelantan ngan terengganu msti lebih meriah sambutannya.. raya kali ni same je macam raya yang lepas2..x balik kg pown, bezanya cume atuk kesayangan ade sekali bersama-sama di pagi raya...hehehe..


    ok..bile aidiladha je mesti berkait dengan ibadah kurban..ape die ibadah kurban atau sembelihan?..
    haaaa...dah lupe maksud die, tolong cari sendiri la ye..yang pasti binatang kurban msti berkaki empat mcm lembu, kambing, unta... ade la pastu syarat2 sembelihan, sah sembelihan.. 
    kenapa ade ibadah kurban ye??..

    haaa...berbalik la kite pada sejarah/sirah nabi2...peristiwa di antara nabi Allah Ibrahim a.s dengan anak kesayangannya Nabi Allah Ismail a.s... pasti semua orang tahu kan kisah tu..memang wajib diulang2 tiap kali raya kurban..ade dalam AlQuran Surah As-Shaffat ayat 102:

     "Apabila anaknya itu sampai umur yang membolehkan dia berusaha bersama dengannya, berkata Ibrahim: Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan dapati daku dari orang yang sabar."

    untuk mengingati peristiwa inilah terjadinya ibadah kurban..mengingatkan kita akan pengorbanan dan keikhlasan nabi ismail a.s..betapa hebatnya seorang anak kecil yang sanggup berkorban demi menjunjung perintah Allah..mane tak hebatnya ismail kalau kedua orang tuanya juga hebat..kita tengok bapanya.. Nabi Ibrahim a.s, salah seorang dari rasul ulul azmi..susur galur dari nabi Nuh a.s dan daripada keturunan ini jugalah lahirnya junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w... tengok pula pada bondanya..Siti Hajar, bukan calang2 perempuan..seorang yang tabah dan taat pada suaminya..seorang yang begitu hebat di mata Allah... 

    jadi apa sebenarnya yang kita paham dari erti pengorbanan dan keikhlasan nabi ismail a.s?
    apa yang boleh kite ambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan nabi ismail a.s??

    bagi aku..jika semuanya kerana Allah, untuk Allah, kepada Allah..insyaAllah Allah akan membalas kita dengan ganjaran yang setimpal.. ikhlas ini bukannya senang untuk dinilai..ikhlas dimulut memang biasa, tapi ikhlas di hati yang Allah tengok..makna ikhlas itu sendiri tak mengharapkan apa2 balasan kecuali mengharap redha Allah..waallahu'alam...

    teringat kisah sempena aidiladha di kaca tv..lakonan Fahrin Ahmad dan Eizlan Yusof..tajuknya panggilan baitullah.. memang menarik dan banyak iktibar jika dapat dihayati dengan baik.. pengorbanan Muhammad Haq dalam membantu keluarga yang lebih susah..sanggup melupakan impiannya untuk menjadi tetamu Allah semata-mata untuk membantu insan2 lain yang lebih memerlukan... dan pengorbanan haji daripada  sifat ujub/riak/takbur kepada insan yang lebih tawaduk.. bagi aku perubahan (hijrah) menjadi insan yang lebih baik juga dikira sebagai pengorbanan.. kerana sanggup meninggalkan perkara yang buruk dan berusaha melakukan perkara yang baik...

    erm...mcm dah panjang sangat je ni.. belum masuk lagi bab haji dan mabrur.. xpe la, next post la ye...
    ok...




    Tuesday, November 8, 2011

    soffiya


    Hari ni jugak last episode for soffiya..
    kesudahan yang aku rasa menarik dan bezz..
    mase preview citer ni memula dulu aku dah rase ini satu cerita yang menarik..
    ternyata memang menarik..
    penuh dengan kesusahan hidup yang dilalui watak utama, soffiya (Tiz Zaqiah), 
    penuh dengan rase menyampah dengan watak fiona (izzara), 
    penuh dengan kontroversi antara watak2 utama.. kamal dan elias,
    kisah cemburu, kisah cinta, kisah kepercayaan, kisah dendam..
    semuanya diadun dengan baik sekali...

    aku rasakan satu kisah yang benar2 mungkin berlaku..
    dalam masyarakat kita...
    ganti cerita ni, besok - kasih Dhia..
    pelakon utama Dora Danish n Adi Putra..
    bez x agaknya??

    jiwa dan lara

    penghujung kesudahan kisah cinta jiwa dan lara....
    malam ni last episod cerita jiwa dan lara...
    macam biase la yang jahat akhirnya mati...
    yang jahat2 mati, yg baik2 dapat hidup..

    tapi aaron aziz, watak baik ke watak jahat ke..
    semuanya mantappp... suka jugak dengan watak raimi dan ibnu..
    yang penting watak utama cerita hidup sampai habis
    walaupun mati sekejap kat tengah jalan cerita
    tapi dah takdir Allah,
    dua2 dipanjangkan umur dan dipertemukan semula..
    inilah simbolik cerita yang ingin disampaikan oleh pengolah jalan cerita mungkin
    seperti tajuknya..jiwa dan lara..
    tidak dapat dipisahkan..
    begitu kuatnya erti cinta mereka..
    dan begitu hebatnya kuasa Allah dalam percaturan hidup manusia..


    Sunday, November 6, 2011

    SALAM AIDILADHA:D





    [S A L A M  A I D I L A D H A]
    1432 H











    Sunday, October 30, 2011

    nyamuk

    salam hari rabu =)


    berjumpa kite lagi di salam siri binatang dengan binatang yang lain pulak iaitu lipas..



    ok..lipas bukanlah sangat kita boleh cakap sebagai binatang, lebih pada serangga.. serangga perosak!!
    serangga yang 50-50 la boleh katakan aku geli..memang selalu sangat la serangga ni dikaitkan dengan perempuan..kadang2 bukan perempuan jer yang takut lipas, lelaki pon ade jugak!!.. x percaya???.. mesti percaya jugak...

    sebenarnya bukan takut sangat pon, lebih pada geli..geli dengan sesunggut2 die yang banyak tu..lipas yang kalau kat lantai tu x takut sangat..tapi lepas terbang aku pobia sangat..ye la sekejap terbang sana, sekejap jer dah atas kepala...eeeeeeiiii....

    ok, jom kite kenal lipas..lipas biasanya suka tinggal di kawasan yang gelap dan lembap macam kat dalam lari, belakang almari, bawah2 sinki, situlah tempatnya..makanannya pula semua benda yang boleh dimakan oleh lipas.. hehehe... iaitu sisa2 makanan...

    k..ni ade 20 info menarik tentang lipas..aku copy paste dr website ni..



  • Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  • Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  • Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  • Lipas mempunyai darah berwarna putih
  • Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  • Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  • Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  • Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  • Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  • Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  • Lipas ada gigi di dalam perutnya
  • Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  • Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  • Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  • Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  • Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  • Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  • Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
  • Saturday, October 29, 2011

    new label

    assalamualaikum..

    hehehe...tetiba terfikir nak tambah label lagi..label yang dah sedia ada pown dah banyak, nak
    tambah lagi, apelah...hahaha..xper, kite biarkan die serabut dengan label2 yang entah ape2..

    so, ade beberapa idea untuk nama2 label ni..
    siri binatang - khas untuk binatang/haiwan2..dah ade beberapa binatang yang terlintas..
    siri tumbuhan - ini khas untuk pokok2 yang pelik2 dan jugak pokok2 ubat ubatan/rawatan
    siri bunga - ini pulak khas untuk bunga2...
    siri penyakit dan rawatannya - ini dah ade beberapa post yang lepas aku tulis sikit
    seseorang - ini untuk orang2 sekeliling/tokoh2/orang yang aku minat/sanjung

    tula die.... saje nak menambah maklumat..nanti2 aku juga yang membaca balik post2 yang aku post..
    jadi sebelum nak menulis, kenelah ade info dulu..kenelah gune khidmat pakcik google...
    supaya aku dengan pembaca2 dapat maklumat tambahan yang berguna..
    bukan ape banyak ilmu2 yang kite x tahu, nak lah jugak terokai kan...
    macam bunga2 dan tumbuh-tumbuhan...banyak kowt yang ade dalam dunia ni...
    yang aku tahu sikit jer.....itulah begitu luas dunia Allah ni...


    sat lagi final piala malaysia 2011.. terengganu lwn n.sembilan..aku sokong terengganu!!!..
    2-1....sebab terengganu nampak sangat kegagahannya dalam liga musim ni
    bile dapat kalahkan 2 gergasi besar dalam laluan ke final.. selangor ngan kelantan..
    peteh ganu peteh!!!....

    Friday, October 28, 2011

    nasi lemak milo ais....

    salam jumaat...penghulu segala hari..jugak bersamaan dengan 1 zuhijjah...

    selamat pagi...
    terasa nak bercerita pasal makanan dan minuman kegemaran aku..itulah die seperti yang tertera di title post..
    haaaa...aku dengan nasi lemak tak boleh dipisahkan..memang kegemaran, my favourite..
    bagilah makanan2 lain, nasi lemak gak yang aku pilih..kalau smggu langsung tak makan nasi lemak, aku dah mula meroyan, nak jugak dapatkan nasi lemak..kalau x sedap pun at least makan separuh jugak, demam pown makan separuh jugak...kalau bukan 2 keadaan ni, insyaAllah mesti licin punyer...hahaha...

    sodappppppnyeeeeee!!!!!!

    kenapa aku suka nasi lemak?
    1-sebab nasi lemak ni bagi aku satu makanan yang cukup lengkap..macam2 ada la orang kata.. lengkap nasi, kacang,ikan bilis, timun/kangkung..telur dan sambal
    2.sebab aku suka makan telur dengan ikan bilis..nasi lemak ade dua2 tu..
    3.makanan jimat..xde lah mahal sangat jika dibandingkan dengan makanan biasa.. ambik nasi lemak biasa je sudah, dah cukup sodap dah tu!!.. ini selalu aku buat bile tengah sengkek betul/nak berjimat..setiap hari makan nasi lemak..jimat!!..
    4.sebab senang didapati..bersepah2 tepi jalan orang meniaga nasi lemak, samada pagi/malam.. siap ade restoran untuk nasi lemak lagi..nasi lemak antarabangsa, nasi lemak kg baru..nasi lomak 55 (ni kat tempat aku je ade)..
    5.sebab nasi lemak lagi sedap dari maggi yang tak sihat tu!..wohaaa...



    k...sambung dengan minuman favourite pulak.. milo ais!...
    yang ini tak tahu sebab musabab kenapa suka minum milo ais..sebab dr kecik dah minum milo kowt!!.. kalau keluar dgn abah mase kecik2, abah selalu order milo ais kowt.. entah...yang pasti itulah favourite aku!!...


    k...jom makan nasi lemak!!
    minum milo ais...............

    Thursday, October 27, 2011

    kembar adalah kembar

    twin, kembar, kembar seiras, kembar tak seiras, kembar 3, kembar 4, kembar 5, 
    kembar siam, kembar2...itulah tajuk post yang aku nak membebel malam ni...

    macam bez kan..ade kembar, yang paling aku suka kembar seiras kowt.. agak mencabar 
    untuk kenal..hanya jauhari yang mengenal manikam bak kata pepatah.. haha (ade kene mengena ker?

    kenapa aku kata bez..jadi kembar kadang2 aku rase ade banyak kebaikan..
    kebaikan untuk menipu..hahaha... menipu untuk perkara yang dirasakan memberi kebaikan 
    (ade ker??)..ade la dalam certain2 case yang aku rase releven.. contoh macam nak kenakan
    pembunuh dengan menyamar jadi hantu.. (muka kan sama sebijik).. padan muka la pembunuh tu..
    lagi boleh menyamar untuk amik exam.. haha..eh bukan2..menggantikan tempat.. katakan kita x sihat dan 
    exam tu memang penting sangat...

    kembar kongsi muka yang seiras, kadang2 baju2 sume nak sama (time kecik2 la).. dah besar
    malu kowt, sepesen jer..dah macam boria kampung si pinang..x pun ahli marhaban kg mutiara..
    hehehe... lepas tu nama nak dekat sama.. amar-amir, syakira-salfira, aini-aina, azizi-azizul..
    bukan ape, senang nak ingat kowt..

    comel kannn??..gambar sekadar hiasan. sumber : google

    tapi ade orang kata kembar ni die ade berkongsi rase..x tahu la betul ke x.. contoh la kan.. 
    syakira duduk kat pahang, salfira duduk kat selangor..syakira tengah sedih pasal pakwe die,salfira
    yang duduk kat selangor pon tetiba rase sedih semacam.. (betul ke contoh aku bagi ni?)..
    hahaha..contoh jer yer..x de kene mengena dengan yang hidup ataupun yang dah arwah..
    entah, itu yang aku paham la..ade berkongsi perasaan...

    minat pulak aku rasa mesti x sama..kadang2 jauh sangat beza die..sama gak dengan sikap..
    itu yang boleh kita jadikan perbandingan.. haaa....tapi kalau jadi emak pada anak2 kembar 
    pown bez gak..jimat!!!..x yah mengandung banyak2 kali..cume time bersalin jer la
    bilangan tetap sama, cume mase jer..selang x bape nak lame.. tapi senang la...sekaligus dapat 2 
    orang anak...kalau dapat yang kembar x seiras,sorang lelaki sorang perempuan..dah kira
    lengkap la satu famili...

    p/s: emak sebenarnya ade kembar..tapi x tahu la terpisah dari kecik, entah hidup lagi atau dah jadi 
    alyarhamah...kira aku ade la genetik kembar ni..hehehe....tapi ape-apepun kembar sangat comellll..:D

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...