Monday, September 30, 2013

kuasa superpower

assalamualaikum.. 

pernah terpikir diri kita mempunyai keupayaan superpower?? pasti pernah terdetik kan..kalau sy dri kecik lg..teringin ada kuasa superpower.. tau kuasa apa yg sy nak?.. kuasa dpt baca hati/pikiran orang lain..;)..knapa?? sbb sy rasa itu kuasa yg paling kuat sekali.. 


banyak angan2 kita masa kecik yg tak masuk akal dan terkadang tersenyum sendiri.. dengan kita semua pulak disajikan dengan banyak hero2 yg mempunyai kuasa superpower..superman, spiderman, ironman,kluangman dan mcm2 lg la kn.. semua orang berimpian nak menjadi hero.. kerana semua org sukakan hero..semua org memuja hero.. hero selamatkan semua orang dgn kemampuan superpower yg ada..


tetapi sebenarnya segala sesuatu yg terjadi bersebab dan ada harga yg perlu dibayar..seperti kuasa.. datang bersama tanggungjawab. seperti hero punya tanggungjaeab menjaga keselamatan org lain.boleh saja kuasa yg ada kita gunakan utk berbuat jahat..terpulang kpada kita untuk mempergunakannya.. kearah kebaikan atau ke arah kehancuran...segalanya Allah jadikan bersebab.dan ingatlah kuasa hanya pinjaman Allah.. bila2 Allah mengkehendaki boleh ditarik semula.. tidak hanya kuasa..


segala amanah yg diberi juga tanggungjawab..ilmu, kepandaian..kebijaksanaan. kepakaran dalam bidang tersendiri semuanya kurniaan dariNya.. dan terpulang kpd kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin atau tidak.. moga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.amin..

misi hero




"tidak semestinya berlawan dengan pengganas itu hero. yang tidak berlawan, tetapi membawa rakan2 lain ke tempat yg selamat, itu juga hero. yg mengajak kita kepada islam, memberikan tazkirah kepada kita, membentuk akhlak kita menjadi lebih baik, itu semua adalah hero. yg melakukan kebaikan kepada kita, orang lain, yg memenuhkan dunia ini dgn perkara yg Allah suka, itu semua adalah hero.." 

luas tafsiran hero sebenarnya.. apa2 yg membawa kepada kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran..kita semua hero/khalifah utk dri kita sendiri.. tetapi hero paling agung adalah rasulullah s.a.w..berkat dakwah dan kesabarannya, islam tertegak di muka bumi..antara nikmat terbesar kita semua iaitu nikmat iman dan islam.. 


saya pasti kita semua punya hero dalam hidup kita..yg darinya kita pandang sebagai contoh terbaik kehidupan kita.. semoga kita semua juga dapat menjadi hero untuk diri sendiri dan untuk orang lain dan dpt memberikan sesuatu yg bermakna utuk islam..insyaallah ..

Thursday, September 26, 2013

motivasi: menyukat solat diri

assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan tercinta.semoga kita semua kekal dalam rahmat dan maghfirah Allah s.w.t

Pernahkah kita duduk sejenak berfikir merenung kembali ibadah2 yang kita lakukan.. terutama sekali ibadah wajib, solat 5 waktu sehari semalam?
Adakah sudah cukup sempurna atau sekurang-kurangnya mendekati kesempurnaan?
Adakah solat kita terdapat di dalamnya khusuk?..atau asyik berfikir menerawang mengenai hal dunia?
Adakah solat kita dapat mencegah diri kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar
Adakah solat kita dapat menguatkan keimanan kita setiap hari?

dan yang paling penting sekali, Adakah solat kita diterima Allah??

Alangkah ruginya selama hidup kita, solat yang kita lakukan sia-sia..tidak diterima Allah.. Di akhirat kelak, kitalah manusia yang paling rugi kerana kurangnya timbangan amal kita.. Alangkah ruginya jika solat yang kita lakukan selama ini tidak mampu membangunkan nilai-nilai islam dalam diri. malah menjadikan kita seorang muslim yang lebih teruk.. sama sahaja jika dibandingkan orang yang tidak bersolat dengan kita jika akhlak yang kita tonjolkan tidak mengagambarkan kita seorang muslim sejati..


kita tidak terlambat..masih ada masa lagi jika kita tersedar sebelum nikmat nyawa Allah tarik. yang penting apa tindakan kita??.. tidak sukup hanya sekadar sedar.. Bagaimana mahu mendapatkan solat yang sempurna atau menghampiri sempurna?..bagaimana mahu khusuk dalam solat? 


Pertama sekali pastilah dengan ILMU.. carilah,galilah ilmu yang ada..di laman2 sesawang, di rancangan2 tv, pada ceramah2..pada buku2..pada orang2 yang lebih berilmu.. insyaAllah Allah akan memudahkan niat kita jika kita ikhlas keranaNya..dengan ilmu kita akan lebih paham..kita akan lebih memahami..dan moga2 kita dapat mempraktikkan ilmu yang kita peroleh dalam kehidupan kita.. supaya kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak.


Yang kedua pastinya DOA.. doa senjata orang mukmin..padaNya kita memohon, padaNya kita meminta. Selepas kita berusaha dan berdoa,barulah kita TAWAKKAL.. Moga2 Allah terima segala ibadah yang kita lakukan...aminnnn


sama2 kita berusaha ye.. :)



Tuesday, September 17, 2013

Memory

Memories....
Either is good or bad, it still memories
It will be remained..
It will be remembered..

i leave with below video..is not my own memory (tiada kene mengena langsung) but i really like this piano instrumental... hepi listening ;)



Friday, September 6, 2013

harapan suatu hari nanti

Ya ALLAH..beri aku kesempatan untuk menjadi tetamuMu..
Ya ALLAH..Engkau permudahkanlah segala urusanku..
Hanya kepadaMu aku meminta dan memohon..
perkenankanlah hajat di hatiku...

Amin..amin..amin..
insyaAllah..;)

Monday, September 2, 2013

ujian

Ramai yg mampu belajar tapi tak ramai yg mampu beramal. Ramai yg tahu tentang islam tapi tak ramai yg hdup dgn akhlak islamiah. 


Kenapa Allah turunkan ujian? Kenapa Allah ciptakan musibah? Untuk memilih hambaNya yg benar2 patuh. Ujian ialah tapisan.Ujian juga cara Allah menarik kita untuk kembali kepada Dia.Ujian juga cara Allah untuk kita sentiasa ingati Dia

7 perkara

ingin sihat? berpuasalah
ingin wajah berseri- seri? bangunlah bertahajjud
mahu dipermudahkan urusan? bacalah Al Quran
ingin bahagia? solatlah pada awal waktu dihimpit masalah? banyakkan istighfar

berasa dukacita? berdoalah
mahu keberkatan? lazimi selawat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...