Sunday, November 20, 2011

bola sepak sukan sea 2011




yeahhhhh.....skuad muda malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak sukan sea 2011..syabas sang harimau!!!... semalam selepas berjaya mengalahkan myanmar 1-0... kutuk punyer kutuk si fakri shaarani, dia yang jadi penyelamat..terima kasih fakri!!..haha...

indonesia yang menentang vietnam semalam juga berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir.. maksudnye sang harimau akan bertemu semula dengan si garuda..macam perlawanan peringkat kumpulan dulu.. adakah malaysia akan berjaya mengulangi kemenangan semasa peringkat kumpulan ataupun sekadar berpuas hati di tangga naib johan??..adakah kita akan berjaya mengulangi kemenangan 2 tahun lalu semasa di Laos??... huhuhu...berdebar2...nantikan sama2 pada isnin ni 21/11/2011 pada jam 8 malam waktu malaysia...

pada pendapat aku indonesia x akan duduk diam dan pasti mau membalas dendam atas kekalahan mereka kelmarin..dengan jutaan penonton indonesia lagi yang menyokong pasukan mereka..tapi insyaAllah semangat anak muda kita kuat, pasti tak akan terusik dengan semangat penyokong indonesia.. cuma aku rasa malaysia setakat ni bernasib baik sangat2 sebab pada pendapat aku pasukan kita ni masih belum ade pemain penyudah yang menarik.. seperti khairul idlan talha dan safee sali.. gol2 yang dijaringkan sebelum ni seperti shahrul azwari, izzaq dan semalam fakri nampak seperti nasib malaysia jer.. cume harapkan badrul baktiar yang sesekali berbisa dengan kedua2 belah kaki kiri dan kanannya.. tapi dengan pemain2 yang berpengalaman luas seperti mahali jasuli, muslim ahmad, asrarudin putra, fazli shaas, dan apek selaku the best keeper ever!!..malaysia berjaya menyekat pasukan lain.. ape-apepun skuad kendalian Ong Kim Swee berjaya mara ke final atas semangat berpasukan mereka..tahniah!!..


risau juga besok sebab ramai pemain2 kite yang injured dan x boleh bermain..
harapkan keajaiban akan terjadi dan tercipta lagi satu rekod baru buat malaysia!!!..majulah sukan untuk negara!!!..jom support malaysia ramai2!!!..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...