Sunday, October 20, 2013

untitled entah kali ke berapa..

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..hati yang merasa sendiri, melaluinya sendiri tidak akan sama dengan hati yang hanya manpu bersimpati. mata yang melihat tanpa memahami jelas hanya mampu mengirim sendu. kekecewaan tak terluah..mahu disalahkan siapa? jika takdirnya tersurat begitu..

orang sekeliling punya hak menilai.. bebas membuat tafsiran. mulut orang bukan boleh dipaksa tutup.. biar tersalah menilai tapi jangan tersalah menghukum. bukan kita layaknya menjatuh hukum.

setiap orang ada rahsianya. setiap orang ada aibnya..setiap tindakan kita pastinya bersebab.. tidak perlu dicanang merata kerana belum tentu orang lain mahu percaya..apatah lagi menerima..

apa diharap dengan pandangan orang..?? apa diharap dengan penerimaan orang.?? jika pandangan dan penerimaan Allah yang lebih baik dan mulia.. kita semua sama sahaja..mati besok kita dibalut kain putih yang sama..liang lahad juga rumah akhir kita..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...