Thursday, June 6, 2013

salam isra' dan mikraj 2013

assalamualaikum dan selamat pagi..

Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1


Sumber: utm (google image)


27 Rejab 622M atau tahun ke 11 kenabian, peristiwa penting dan bersejarah ini berlaku. Ia berlaku sebelum Hijrah Rasulullah ke Madinah. Tahun ini juga digelar sebagai tahun dukacita kerana baginda kehilangan dua orang kesayangan baginda iaitu isterinya, Saidatina Khadijah r.a dan bapa saudaranya Abu Talib r.a. Dan juga peristiwa baginda ke Taif ditemani anak angkat baginda iaitu Zaid bin Harithah. Bukan sahaja penduduk Taif tidak menerima seruan Rasullullah malahan membaling batu sepanjang perjalanan keluar sehingga berdarah kedua2 nya, dari dahi hingga menitis ke kaki baginda. Rasullullah sangat berdukacita dengan mereka tetapi masih mendoakan agar keturunan mereka akan ada yang menerima islam. 


Isra' dimana perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa di BaitulMaqdis (Palestin atau dulu dikenali sebagai Syam). Mikraj dimana perjalanan Rasullullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh


Pentingnya peristiwa bersejarah ini adalah pengajaran yang dapat kita perolehi, pahami dan diamalkan.. Yang utamanya kepentingan solat 5 waktu sehari semalam. Perintah solat ini diwahyukan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad, tidak seperti sebelum ini melalui perantaraan Jibril. Pentingnya solat berbanding ibadah2 lain kerana amalan ibadah inilah yang mula2 akan dihisab di hari kebangkitan nanti. Dan semua amalan ibadah lain bergantung pada ibadah solat ini.


Kedua mengenai kekuatan iman para sahabat. Peristiwa ini sememangnya kalau difikir mengguna logik akal,memang tak terjangkau oleh kita, manusia yang terbatas ilmunya. Tetapi tiada yang mustahil dalam susunan dan aturan Allah. Peristiwa ini mula2 diketahui oleh Abu Jahal yang memang tercari2 sebab menuduh Rasullullah gila..Lalu Rasulullah mengumpulkan manusia2 untuk memberitahu perjalanan ajaib baginda yang berlangsung di malam hari..Ketika itu ada juga orang yang sudah masuk islam, terdetik meragui  cerita Nabi. Sahabat beliau, Saidina Abu Bakar pula bila ditanya akan kebenaran cerita baginda, dengan yakin Saidina Abu Bakar percaya dan mengatakan lebih dari itu pun aku percaya dengan Muhammad. Disini kita dapat lihat keyakinan dan kekuatan iman para sahabat terhadap Rasulullah dan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


Ketiga, pengajaran daripada peristiwa2 sepanjang perjalanan Rasullah. Rasullulah dipertontonkan dengan pelbagai peristiwa mengenai kaum2 yang diseksa akibat dari perbuatan mereka. Pengajarannya mana2 perbuatan yang dilarang dan berdosa besar seperti memakan harta riba/anak yatim, mengumpat, tidak membayar zakat, tidak bersolat dsb janganlah dilakukan. Mana2 perbuatan/amalan2 yang baik hendaklah kita lakukan seperti berjihad fisabilillah, mengeluarkan zakat dsb..



Semoga bermanfaat dan dapat berkongsi ilmu. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa bersejarah ini.. Dan selamat bercuti pada siapa2 yang bercuti :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...