Thursday, March 28, 2013

Tip : Cara Rasulullah menjaga kesihatan diri

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang dah banyak baca mengenai tip yang saya nak kongsikan ini.. tapi saya nak berkongsi juga untuk peringatan diri sendiri dan untuk cuba diamalkan.. insyaAllah

1) Selalu bangun sebelum subuh - untuk bersiap2 melaksanakan solat sunat sebelum subuh dan solat fardhu subuh secara berjemaah di surau. Solat sunat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya. Solat subuh berjemaah juga besar ganjarannya dan menjadi penanda kegemilangan umat islam. Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh.


2) Aktif menjaga kesihatan - Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai pakaian wangi.. juga terdapat cara Rasulullah menjaga tatacara makanan baginda untuk kekal sihat..nanti saya cuba kongsikan..


3) Tidak pernah makan berlebihan - Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda. Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Makan perlulah tidak terlalu kenyang, dan tidaklah terlalu sedikit sehingga lapar. Perut juga memerlukan rehat dan umat islam disarankan berpuasa sunat isnin dan khamis. Perut yang terlebih makanan banyak menyumbang kepada keburukan daripada kebaikan seperti penyakit diabetis,kencing manis dan lain2 penyakit. Perut yang penuh juga membuatkan seseorang liat untuk melakukan kerja2 lain, terutamanya melakukan ibadah pada Allah


4) Gemar berjalan kaki - Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredadaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau boleh meletakkan kenderaan betul2 di hadapan tempat yang kita hendak pergi


5) Tidak pemarah - Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Sifat pemarah salah satu sifat mazmumah yang patut dihindarkan kerana marah itu daripada syaitan. Emosi 'marah' ini biasanya lebih dikuasai nafsu dari akal fikiran.


6) Pemaaf - Sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaapkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa bersalah dan rasa marah dan menjadikan hati kita lebih tenang.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT, tetapi dengan MEMBERI"

Sebenarnya banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah yang boleh kita amalkan. Semoga hati kita semakin dekat dengan baginda Rasulullah yang amat kita rindukan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...