Monday, January 26, 2015

h.i.l.a.n.g

ku hilang dalam terang..
biarpun bersuluh sang matahari..
tercari cari arah tuju..
di hadapan, jalan selirat terbentang..
di belakang, tertinggal simpang haluan..

aku sesat dalam duniaku sendiri..
aku hilang dalam ramai..

hasrat hati mahu ulang semula..
tapi dimana mulanya?..
namun kaki terpaksa melangkah hadapan..
gema hati berkali kali mahu berhenti..
namun akal fikir ingin terus berjuang..

jeritanku hanya Dia yang mendengar..
hanya Dia yang memahami..
berikan aku kekuatan..
berikan aku keyakinan..
untuk aku terus berani melangkah..
untuk aku tidak terus hilang dalam terang dan ramai..

akhirnya moga aku dapat kembali..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...