Monday, April 11, 2016

motivasi: beriman pada perkara ghaib

assalamualaikum..

beriman kepada perkara ghaib salah satu asas dari akidah islam atau ciri2 orang yang bertaqwa. apa yg dimaksudkan dgn perkara ghaib ialah perkara2 yang kita sebagai manusia biasa tidak akan nampak pada pandangan mata kasar kita. tapi dirasakan kewujudannya. berdasarkan dalil yang boleh diterima akal. contohnye kewujudan Allah, syurga, neraka, jin, malaikat, syaitan, bahkan roh kita sendiri. bukan bermaksud jika tidak nampak pada pandangan kita, sesuatu itu tidak wujud.

makhluk2 ghaib yang terdiri daripada malaikat, syaitan dan jin.. atau dalam masyarakat kita lebih pada gelaran hantu, mereka wujud. malah kewujudan mereka lebih awal dari kita, bangsa manusia.. mungkin jumlah mereka juga lebih ramai. mereka wujud bersama2 kita, tetapi dipisahkan oleh dimensi yg lain atau kita panggil alam ghaib. hanya yang diberi keistimewaan, atau hijabnya dibuka mampu melihat mereka.

mereka juga seperti kita.. makhluk Allah. kita semua hamba Allah.. makhluk sesama makhluk tidak mampu memberi mudarat atau manfaat. tanpa izinNya.. menunjukkan bahawa tiada sesiapa yang dapat melawan kekuasaan Allah.

bila difikir, memang tangan2 manusia yang hanya membuat kerosakan dimuka bumi ini. seperti penceritaan penderhakaan iblis, mereka sudah berjanji akan membawa seramai mungkin anak adam bersama mereka ke neraka jahanam. mereka hanya mampu membisik dan menghasut sahaja sebenarnya..tetapi anak adam sendiri yang jatuh ke perangkap mereka..dengan nafsu, dengan rendahnya nilai iman dalam diri..
mudah saja dihasut melakukan kejahatan di luar batasan manusia.. bila nafsu menjadi raja, akal dan roh mudah bekerjasama, jadilah manusia yang bertopengkan syaitan.. jadilah kes pembunuhan tragis, pemerkosaan yang menghayat hati, kes santau, saka, sihir dan segala 1001 macam kejahatan..

ya..bukan mudah untuk menjadi baik. bukan senang jalan ke syurga. kerana kita manusia lemah, yg dikurniakan hawa nafsu.. sentiasa muhasabah diri dan mendekatkan diri pada pencipta kita. moga kita semua termasuk di kalangan orang yang bertaqwa..aaaminnn.....

#lepasbacanovelqarin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...