bila melibatkan hati, perasaan dan perhubungan sesama manusia sebenarnya sangat kritikal. banyak benda yang perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan..banyak hati yang perlu dijaga..bukan hanya boleh mementingkan kebahagiaan sendiri sahaja..
perhubungan sesama manusia lebih spesifik hubungan lelaki dan perempuan yang melibatkan hati dan perasaan sangat complicated..ada lelaki yang dapat mengahwini seorang perempuan tanpa ada perasaan cinta dalam hati..ada perempuan yang dapat terima seorang suami yang sangat kejam padanya disebabkan perasaan cinta dan sayang..ada suami yang dapat terima kecurangan isterinya..ada perempuan yang sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya pada seorang lelaki..
kalau tak, tak akan wujud kisah romeo dan juliet, adam dan hawa dan banyak lagi yang berkaitan dengan cinta dan pengorbanan...
bukan semua keinginan kita dapat dipenuhi..kadang ada batas yang perlu dijaga, ada batu penghalangnya..
No comments:
Post a Comment