Tujuan kita semua diatas mukabumi ini..semua orang pasti ingin berjaya dalam kehidupan masing2.. menjadi doktor, engineer, dapat kerja goverment, dapat gaji besar.. dapat hidup senang,, jika ditanya pada orang, siapa yang nak hidupnya susah? dalam zaman sekarang ni pasti tak akan ada yang sudi..
zaman sekarang itu yang dipandang.. antara doktor dengan ustaz, siapa yang lebih dipandang tinggi? mungkin ramai yang memihak pada doktor..doktor pekerjaan yang mulia, selamatkan orang.. bagaimana dengan ustaz? ustaz mungkin dipandang sedikit rendah daripada doktor walaupun sebenarnya tugas ustaz ni sama saja dengan doktor.. menyelamatkan orang juga.. menyelamatkan akidah manusia..lagi mulia di sisi islam.. tapi realiti dan mentaliti zaman sekarang memandang pangkat dan harta...
ilmu dunia dan ilmu akhirat pula...mana yang lagi penting? dua2 sama penting kan? baru kehidupan kita seimbang antara duniawi dan ukhrawi,, tapi berapa ramai yang benar2 mempelajari ilmu akhirat/ilmu agama? dan yang belajar ilmu agama pula, adakah ilmu yang dipelajari itu diamalkan? atau disebarkan? mungkin jawapannya "itulah tugas para pendakwah/ustaz2/imam2/pihak jawi/jakim"....
sedar x kita juga sebenarnya berperanan untuk menyebar dakwah? tapi bagaimana nak sebarkan dakwah, nak mentarbiah orang lain..nak mengajak orang lain ke arah kebaikan sekiranya kita sendiri tiada ilmu...? pentingnya kan ilmu agama bila ahli keluarga kita meninggal, kita x tahu nak menguruskan.. bila kita disuruh mengimamkan solat, bila kita sendiri tidak tahu hukum hakam, halal haram..
tugas manusia kene sering ingat mengingatkan antara satu sama lain..manusia mudah lupa dan sering buat kesilapan..penting ada kesedaran untuk mentarbiah diri sendiri..namun lebih baik jika sentiasa istiqamah dalam perbuatan...
No comments:
Post a Comment