Saturday, February 27, 2010

harapan


harapan boleh agaknya disamakan dengan impian..semua orang ada harapan dan impian masing2..kadang terlalu banyak sehingga takkan tercapai semuanya..kadang ada impian yang nampak macam mustahil untuk dicapai dan kita akan mengharapkan akan ada satu keajaiban yang akan terjadi..tiada apa yang tak mustahil dalam hidup ini andai kita bersungguh untuk mendapatkannya..tapi tak cukup sekadar dengan keazaman sahaja, ada elemen2 lain yang menyokong..


sedar x sedar dalam kehidupan seharian kita sebenarnya kita banyak meletakkan harapan..
harapan pada seseorang, harapan pada sesuatu, harapan pada keadaan..berharap benda yang baik akan berlaku yang menguntungkan kita..x salah kalau berharap pada yang baik contohnya berharap dapat dinaikkan pangkat, dapat menang duit sejuta..tapi macam mane pulak harapan yang x baik..contohnya berharap orang yang kita x suka akan ditimpa kemalangan..


terlalu berharap kadangkala akan buat kita frustrated bile akhirnya kita x dapat apa yang kita harapkan..moralnya disini jangan terlalu mengharap..seharusnya pengharapan hanya pada Allah..dalam apa jua keadaan kita kene sandarkan pengharapan kita kepada Allah, kerna Dia berkuasa atas segala sesuatu..

hakikat bahagia..


bahagia yang selalu manusia cari tetapi derita yang selalu dijumpai..
bile bercinta rasa bahagia jer, bila bergaduh, berjauhan mula rasa derita merindui
bile rase happy sesangat, rasa sangat bahagia..
bile tengok orang lain gembira, kita pon rasa bahagia untuk dia sekali..

bahagia juga salah satu antara perasaan yang ada pada manusia..
sebenarnya bahagia itu ada pada diri kita sendiri..
kita yang mencipta bahagia itu sendiri..


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

hakikatnya bahagia itu
adalah ketenangan
bila hati mengingati tuhan..

selamilah hati nurani kita
carilah bahagia dalam diri

salam maulidur rasul..


salam maulidur rasul buat nabi muhammad s.a.w , rasul junjungan kita semua. Bersempena dengan maulidur rasul ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan selawat ke atas baginda dan sentiasa mengamalkan sunnah rasulullah..

Tuesday, February 16, 2010

tanggang moden



tanggang moden..
itu tajuk wanita hari ini...
ayah dan ibu.......
begitu sedih mendenngar luahan seorang emak dan ayah yang dibuang oleh anak sendiri...

begitu tega anak2 membuang jauh2 insan2 yang bersusah payah membesarkannya..
sanggup melukakan hati insan2 yang terlalu menyayangi mereka...
sehingga tergamak melontarkan kata2 nista...

"emak bodoh,xde otak, x guna satu sen pon.."
antara kata2 biadap yang keluar dari mulut anak2..
tersangat sangat biadap......
puncanya emak dah x larat jaga cucu..
dibuatnya emak sendiri macam orang gaji..
kejar keje kat dunia..anak2 suruh emak jaga..
x pikir ker macam mane perasaan emak tu..
geram giler dengan insan2 yang sanggup buat emak bapak macam ni..


sebenarnya 'ah saja dah sangat biadap..
ini pulak maki hamun..
x pernah ker terpikir mase2 kecik2 dulu..
emak abah jaga macam menatang minyak yang penuh..
sanggup jaga bila kita menangis, buatkan susu..
risau giler bile kita sakit...
x penah terpikir atau teringat kowt pengornbanan emak dan abah..


ingatan dan nasihat pada diri dan orang lain yang membaca..
jagalah dan sayangilah emak abah kita..
merekalah permata yang kita ada sepertimana kita permata bagi mereka..
sementara mereka masih di dunia..
berbaktilah pada mereka..
bile mereka sudah tiada,
penyesalan tidak ada gunanya..

Thursday, February 11, 2010

perhubungan dan pengorbanaan.....

bila melibatkan hati, perasaan dan perhubungan sesama manusia sebenarnya sangat kritikal. banyak benda yang perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan..banyak hati yang perlu dijaga..bukan hanya boleh mementingkan kebahagiaan sendiri sahaja..

perhubungan sesama manusia lebih spesifik hubungan lelaki dan perempuan yang melibatkan hati dan perasaan sangat complicated..ada lelaki yang dapat mengahwini seorang perempuan tanpa ada perasaan cinta dalam hati..ada perempuan yang dapat terima seorang suami yang sangat kejam padanya disebabkan perasaan cinta dan sayang..ada suami yang dapat terima kecurangan isterinya..ada perempuan yang sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya pada seorang lelaki..


kalau tak, tak akan wujud kisah romeo dan juliet, adam dan hawa dan banyak lagi yang berkaitan dengan cinta dan pengorbanan...


bukan semua keinginan kita dapat dipenuhi..kadang ada batas yang perlu dijaga, ada batu penghalangnya..

Monday, February 8, 2010

masa..

meski kamu semua dekat disisi
namun adakalanya aku rasa kita semakin jauh
masa semakin membuat kita terpisah
jarak semakin membunuh keakraban kita

cuma yang ada kenangan manis antara kita semua
yang pasti tak akan dapat diulangi
yang tinggal sejarah..
meski kadang ada rasa rindu ingin kembali ke zaman itu
namun hakikat kehidupan akan terus ke hadapan..

jalan di hadapan yang harus kita lihat
bukan terlalu kerap menoleh ke belakang
kerna kita tidak berdaya mengubah yang lepas
tapi kita mampu merancang untuk hari esok..

jeritan batin



merindui dalam diam
mencintai dalam senyap
menyeksa diri tanpa sedar
menanggung jeritan batin sendirian

andai kau sedar
dengarlah jeritan batinku
angin lalu sampaikan sarat rindu ini padanya
titipkan rasa kasih ini padanya

moga malam ini kita kan berjumpa
di ruangan mimpi indah..

Sunday, February 7, 2010

kreatif




apa itu kreatif??

mengikut kamus dewan kreatif ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasil, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.. tapi sebenarnya kreatif itu juga sangat subjektif seperti jugak kecantikan..maksud subjektif di sini berbeza mengikut pandangan orang dan setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza bagi suatu subjek...jadi sejauh mana seseorang itu dikatakan kreatif tidak akan ada kayu pengukurnya..

menipu juga bagi aku kreatif..walaupun nampak negatif perbuatan menipu itu tapi jika digunakan pada masa yang betul dan terdesak akan menjadi sesuatu yang kreatif..aku percaya setiap orang dilahirkan dengan sifat kreatif ini..setiap orang ada kebolehan masing2 yang tersendiri..cuma antara sedar dengan tidak jer..dan bagaimana orang itu menggunakan kebolehan yang ada untuk manfaat bersama..

ada orang dilahirkan dengan kebolehan memimpin, ada orang dianugerahkan dengan kebolehan pandai bercakap(peramah), sesetengah orang pandai dalam seni melukis, menari, berlakon..ada orang pandai melawak, macam2 ada..

dan aku??
apa kebolehan yang aku ada??
aku tak pasti apa kebolehan yang aku ada dan masih tercari2 dalam diri..aku harapkan kreativiti aku dapat memberi aku ilham untuk menjana pendapatan lebih..
yang pasti aku memang kreatif..hahaha..

sebab bile kita kata kita tak kreatif kita akan terus percaya yang kita x kreatif..
jadi kene fikir yang diri seorang yang kreatif..

perubahan yang tak menjadi..

hahaha..gatai tengok blog orang lain cantik dan telebih rajin rini cuba tukar layout baru untuk blog ni..kesudahannya taraaaaa...lagi buruk kowt dari sebelumnya..dan sangat x puas hati ngan header di atas..huhuhu...

tapi malas dah nak ubah lagi..biarla..lenkali nanti kalau banyak mase baru leh ubah balik..besok dah nak kene keje balik..x puas cuti sehari..masuk kul 9 pagi esok, jadi 7.30 dah kene kuar umah..
dan minggu ni keje berturut2 lima hari,xde gap..ini yang merunsingkan pikiran ni..tension minggu lepas pon x abis lagi, sampai penuh muka ngan jerawat...

Tuesday, February 2, 2010

motivasi diri..

walauapapun yang terjadi hidup mesti diteruskan..kita kena kuat dalam menempuh dugaan yang datang..Allah akan sentiasa bersama kita, tak pernah lupakan kita..kita je hambanya yang sentiasa lupakannya..kita kene yakin dengan diri sendiri..kalau orang lain boleh buat takkan kita tak boleh buat..kene yakin dengan diri sendiri dulu, barulah orang lain boleh yakin dengan diri kita..take it as a challenge..

kita kene yakin dengan apa yang kita sedang buat ni..walauapapun pilihan hidup yang kita harus pilih,kite kene yakin dengan pilihan kita supaya kemudian hari kita tak akan menyesal..dalam hidup ini pilihan sentiasa ada dan kita harus sentiasa memilih..yang mana baik, yang mana buruk, itu terletak pada tangan kita..

kita kene sentiasa berfikiran positif..dengan pemikiran yang positif hidup kita akan lebih termotivasi..kerna semuanya bermula dari permikiran..dari pemikiran yang sihat akan menghasilkan hormon2 yang stabil dan akan menyebabkan ketenangan pada diri, keyakinan pada diri yang akan terzahir dari perbuatan dan kata2..kita kene sentiasa bisikkan dalam hati dan pemikiran kita, kita akan jadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat, akan sentiasa berjaya dalam apa yang kita lakukan..

kita kene sentiasa tabah, teguh berdiri walaupun kadang ada perasaan ingin mengalah dan terus rebah..tak boleh cepat mengalah dalam apa yang kita lakukan..kita kene sentiasa tunjuk yang kita ni kuat..kuat dari segi emosi dan pemikiran..kita tak akan mudah dihanyutkan dengan emosi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...