Sunday, August 7, 2011

review: takdir: cahaya yang tidak terpadam..

kali pertama membaca karya hilal asyraf.. sangat2 x menghampakan..sebenarnya baru je kenal siapa hilal asyraf raya tahun lepas, dari mak sedara aku. aku mula mengikuti blognye time blogspot lagi.. sekarang dah jadi .com.. novel die lebih pada persahabatan, ukhuwah sesama muslim..

awal2 dulu semangat gak menjenguk. sumber motivasi dan penambahan ilmu.. lepas tu lama dah x jenguk2.. sibuk menjengah page orang laen agaknya..jumaat ritu bile masuk popular, ternampak novel takdir ni, terus menarik perhatian, ambik dan terus bayar.. semalamnya, satu hari dok bace novel ni.. x nak lepas walaupun sekejap sebenarnya....




mengenai kembara seorang budak yang diberi nama Angkasa sakti. takdirnya tertulis bahawa dia insan istimewa. insan terpilih dalam menghidupkan kembali cahaya illahi, menyeru pada yang maha2 berkuasa atas segala sesuatu.

ketika dunia diselaputi kegelapan, ketika ramai yang hilang kepercayaan kepadaNya, ketika ramai yang berputus asa sehinggakan manusia yang bergelar makhluk menjadi tuhan.. namun kerajaan tanah haram dan kota hijau chinmayi masih berpeguh teguh akan ajaran agama langit dan utusan terakhir agama langit..

peperangan tidak dapat dielakkan dalam mempertahankan agama suci. namun dalam 10 tahun ini, kerajaan utopia cuba untuk menawan kerajaan tanah haram, tiadalah berjaya..walau jumlah askar semakin berkurang setiap tahun, tapi semangat juang, kepercayaan yang utuh pada sang pencipta tak pernah berkurang.. dengan pemimpin hebat, Ruh Faizan, yang berjiwa rakyat, dengan pahlawan2 hebat seperti Aizan fahmi, khalid al walid, waqqas yang hebat bertempur di medan perang..mughirah syu'bah, seorang genius bertangungjawab dalam mengatur strategi peperangan, kerajaan utopia tidak pernah berjaya memasuki sempadan kerajaan tanah haram yang dulunya dikenali sebagai makkah bumi barakah..

namun selepas kewujudan kerajaan utopia, selepas sang asura dan 5 jeneralnya menguasai dunia 10 tahun lalu, dan kekalahan wali songo di tangan sang asura 12 tahun lalu, sinar islam semakin sirna.. 

takdir telah menemukan mereka semua..sungguh cantik peraturan maha berkuasa..maha mengetahui.. hati yang keras pon boleh tersentuh dengan kuasa Allah, dia yang membolak-balikkan hati manusia.. jeneral Izrayel Janjuki, jeneral paling berkuasa, kedua tertinggi selepas sang asura akur pada takdirnya, agama langit menjadi pegangannya walau selepas 10000 manusia dibunuhnya, bukan itu yang Allah lihat, walau seluas mana dosa dan kejahatan yang menusia lakukan, luas lagi pintu taubat yang Allah bukakan.. benarlah bagi sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya dia akan melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima islam (Al An'am 6:125).. begitu juga yang terjadi dengan jeneral End dan Ezakeal, yang lembut hatinya untuk menerima agama suci selepas bertahun lamanya diseru oleh Kiai Bumi..

kita tidak akan tahu bile hidayah akan menyapa seseorang, tugas kita hanyalah berusaha, menyebarkan dakwah. hidayah itu milik Allah.. 

akhirnya kemenangan atas bumi tanah haram setelah tewasnya jeneral2 dalam petempuran hebat lebih 10 hari. namun kemenangan yang utama apabila sinar islam kembali bersinar di atas muka bumi ini.

p/s: x sabar nak tggu sambungan trilogi ni.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...